Sekali lagi Darin merenung makanan
aneh di depannya yang bersusun cantik.
“Apa ni nek?”
Hajah Faridah tergelak kecil. Bukan
saja bertanya tapi memek muka Darin memang lucu.
“Ayam gulung cheese. Makanlah.”
Tanpa berlengah, Darin mengambil pisau
dan sudu. Sedikit kalut dia memotong. Dia saja yang melaga-lagakan pisau dan
pinggan sedangkan nenek makan dengan sopan dan senyap.
Darin mengeluh sendiri.
“Nenek tak letih ke makan slow
dan sopan macam tu?” soal Darin kagum. Nenek begitu sopan-santun di matanya.
Hajah Faridah tersenyum saja.
“Makanlah. Nanti sejuk.”
Darin kembali memotong ayamnya dan
menyuap tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya. Sekejap saja, ayamnya sudah
habis.
Darin menyandar ke kerusi. “Nek,
makanan orang kaya memang sikit-sikit macam ni ke?” Keluhnya tanpa sedar.
Sedap, macam nak order lagi!
Nenek ketawa kecil.
“Sebab itulah nenek makan
perlahan-lahan. Makan four-course meal ni, kenyang menunggu je. Kalau
ambil sup tadi, boleh juga kenyangkan perut tu.”
Darin angguk-angguk mengerti.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Nek…”
“Hmm…”
“Kenapa bila saya cakap macam tadi,
saya cakap dengan nenek tu, kalau Fakhri dengar, dia nak marah-marah je. Nenek
tak ada nak marah pun macam dia. Saya cakap benda yang betul kan, nek? Nenek
memang kaya, kan?”
Nenek tersenyum mendengar luahan
Darin.
“Cuba Darin tanya Fakhri sendiri.
Pernah tanya?”
Darin cepat-cepat geleng.
“Tak naklah. Nanti dia marah.
Malaslah.”
Habis sahaja hidangan utama Hajah
Faridah, pelayan tadi terus mengambil pinggan kosong dari meja mereka. Cerita
fasal Fakhri pun habis begitu saja. Beberapa ketika kemudian, dia kembali
dengan mangkuk bujur kecil. Sekali lagi, Darin termenung memerhatikan makanan
yang begitu asing di depannya.
Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
No comments:
Post a Comment