About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, May 24, 2011

AAJ TEASER!





Anarif: Ya, saya tau ramai dah merindu sangat Irfan dan Nisa', so sy hadiahkan power peek untuk korang. hehehe ^^

“Katakanlah saya tak terbuka hati pada awak. Apa plan awak seterusnya?” duga Nisa'.

Irfan mengurut dagunya, seolah berfikir panjang.

“Saya akan tetap meneruskan plan saya, iaitu menjadi suami awak.”

“Kalau saya mintak cerai?”

Irfan jungkit bahu.

“Nak buat macam mana, bukan jodoh kita.”

Nisa' kehilangan kata. Perasaan halusnya tersentuh dengan bicara Irfan.

“Awak begitu pasti dengan semua ni, sampai awak sanggup mempertaruhkan hidup awak?”

Irfan angguk.

“Apa yang saya tahu, saya dah jumpa tujuan hidup saya kembali, dan saya takkan lepaskan awak, walau apa pun yang terjadi..”

Nisa' menunduk, cuba menahan air mata yang bergenang dari menitis. Kenapa hatinya tidak terbuka lebih awal?

Irfan mendongakkan wajah Nisa' perlahan.

“Boleh awak beritahu saya satu perkara?”

Dalam sedu, Nisa' mengangguk. Irfan tersenyum lagi.

“Bila pulak awak tersangkut dengan saya?”

Soalan Irfan membuatkan Nisa' bertambah malu. Dia tertunduk lagi.

“Masa di hospital.” Suaranya begitu perlahan, namun begitu jelas di telinga Irfan.

“Di hospital? Bila tu ya?” soal Irfan kembali, sengaja mengusik.

Mustahil dia dapat melupakan apa yang berlaku. Nisa' mencebik.

“Kerana awak, saya tak boleh tidur langsung tau.”

“Ye ke? Apa yang saya buat?”

“Awak tidur atas katil saya, Sempit. Sesak.” Tambah Nisa' lagi.

Irfan ketawa riang.

“Kalau macam tu, bolehlah buat lagi, kan?”

“Awak nak saya sakit lagi ke?” Nisa' menjegilkan matanya.

“Alah, nanti awak mesti akan masuk hospital lagi.” Selamba Irfan menjawab.

“Kenapa pulak? Hospital tu rumah saya ke?”

“Habis, awak nak bersalin di rumah?”

Jawapan Irfan membuatkan Nisa' bertambah malu. Dia melayangkan cubitan manja ke lengan Irfan, membuatkan tawa lelaki itu semakin galak.

p/s: AAJ dah nak keluar! Excitednya!! FYI, korang dh boleh order AAJ dr KakiNovel. So, cepat2 order tau! ^^



PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

No comments:

Post a Comment