About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, December 15, 2009

Diari Amar, Warkah Aisyah (Version 2)

Warkah Aisyah, untuk Amar.



20 Julai 2005



Salam kehadapan Amar.

Amar apa khabar? Harapan Aisyah tak lain tak bukan hanyalah supaya Amar gembira dan bahagia selalu. Aisyah dan keluarga, abang Amal, walid, ummi, semuanya sihat, Alhamdulillah. Semakin hari, keceriaan di rumah ni dan kebahagiaan semakin melimpah ruah.



Andainya Amar dapat melihat wajah ummi dan walid yang berseri-seri saban hari, pasti Amar juga akan terdetik di hati, “Tak pernah mereka segembira ini,” kerana itu yang Aisyah rasakan sekarang. Walid dan ummi menghitung hari, mengalahkan Aisyah dan abang Amal. Mereka yang sibuk ke hulu ke hilir menyediakan segala keperluan, sedang yang akan diijabkabulkan bukan mereka, tetapi kami.



Namun Aisyah tidak membantah, kerana Aisyah amat mengerti isi hati mereka. Impian mereka hampir terlaksana. Dan harapan abang Amal hampir dipenuhi. Harapan keluarga juga akan tertunai. Kedua-dua buah pihak. Hmm...



Oh ya, mesti Amar tertanya-tanya, kenapa Aisyah tiba-tiba mengutus surat kepada Amar? Dan pastinya Amar tidak pernah mengharapkan kehadiran surat ini, kan? Sebenarnya semalam, Aisyah ada tercuri dengar perbualan walid dan abang Amal, yang Amar tidak akan pulang ke Malaysia dan menghadiri walimah kami namun tidak pula sempat Aisyah tanyakan sebabnya kepada abang Amal kerana selepas tu, abang Amal bergegas ke hospital, ada panggilan kecemasan.



Untuk seketika, Aisyah tertanya-tanya, dan jujur Aisyah katakan, Aisyah mengharapkan kehadiran Amar di walimah kami nanti. Sibukkah Amar sampaikan walimah kami, abang Amal yang begitu rapat dengan Amar sedari kecil ini, tidak boleh langsung Amar hadiri? Begitu banyakkah kerja Amar? Pensyarah Amar terlalu mendesakkah? Jika Aisyah juga mendesak Amar untuk pulang, bolehkah begitu? Aisyah sedar, kita terlalu jauh biar kita bernaung di dalam sebuah keluarga. Tapi Aisyah amat mengharapkan kehadiran Amar. Amar, pulanglah, ya?



Amar,



Mungkin itu bukan tujuan sebenar Aisyah mengutus surat ini kepada Amar. Aisyah ada tujuan lain. Namun, sebelum Amar meneruskan pembacaan Amar, Aisyah mohon Amar membaca dengan hati terbuka, dan tolong jangan salahertikan segala yang akan Aisyah luahkan kelak, sebelum Amar menghabiskan surat ini, Aisyah pohon dengan Amar.



Amar,



Masih ingatkah Amar kali pertama kita bertemu hampir 15 tahun yang lalu? Bagaimana penerimaan Amar pada Aisyah? Bagaimana baiknya abang Amal dengan Aisyah, dan bagaimana bencinya Amar pada Aisyah?



Sehingga sekarang, Aisyah masih tidak boleh melupakan tohmahan Amar, dan pujukan abang Amal. Amar cakap, “ Mak kau bunuh mak aku! Aku benci kau!” Jika Amar masih belum lupa, ayat itu merupakan ayat pertama Amar, untuk Aisyah. Dan untuk pengetahuan Amar, Aisyah menitiskan air mata.



Dan abang Amal pula, dengan gayanya tenangnya seperti selalu, tersenyum nipis memujuk Aisyah sebaik Amar berlalu dengan amarah. “Dik, abang Amar memang begitu. Dia rapat dengan arwah ibu. Sebab tu dia susah nak terima adik dan ummi baru. Adik jangan ambil hati ya? Abang Amar sebenarnya baik. Cuma dia masih tak dapat lupakan ummi kami.”



Kata-kata abang Amal menusuk ke kalbu, dan Aisyah pegang kata-kata itu, sehinggalah setahun kemudian, apabila Amar mula boleh berbicara dengan Aisyah. Walaupun Cuma dengan memberi arahan. Dan Aisyah amat gembira, melihat Amar sudah boleh menganggap ummi, sebagai ummi Amar sendiri. Aisyah amat gembira, dan bahagia.



Mungkin Amar tidak sedar. Acap kali Amar terpacak di hadapan kanvas lukisan Amar, Aisyah akan mengintai di balik dinding, menanti-nanti Amar memanggil Aisyah, dan meminta Aisyah menemani Amar. Sebagaimana yang abang Amal selalu lakukan, setiap kali dia membedah katak. Aisyah akan ikut mencangkung di sisinya, memerhati abang Amal mengeluarkan setiap isi perut katak itu, dan diceritakan satu persatu dengan Aisyah.



Terus terang Aisyah rasa mual melihat perbuatan abang Amal, tapi melihat kesungguhannya, Aisyah tak sanggup menolak bila dia memanggil Aisyah. Abang Amal terlalu baik, terlalu baik untuk dikecewakan. Dan kini, abang Amal juga telah mencapai cita-cita yang diinginkannya sekian lama, untuk menjadi seorang pakar bedah, dan Aisyah amat berbangga dengan abang Amal. Aisyah tau Amar, walid dan ummi juga begitu, kan?



Amar juga apa kurangnya. Sudah ke luar Negara dengan azam dan semangat untuk menjadi pelukis terkenal. Aisyah turut berbangga dengan Amar. Walaupun mungkin pada pendapat abang Amal dan walid, pekerjaan Amar tu nanti tidak begitu menjamin masa depan Amar, pada Aisyah, itu semua tak penting. Yang penting apa yang ada di hati kita, dan azam kita untuk mendapat semua tu. Betul tak?



Amar,



Amar ingat tak, dulu, Amar suka melukis di bawah pokok mangga depan rumah. Sebelum Amar masuk asrama penuh. Ingat? Dan kebetulan, bilik Aisyah pula bertentangan dengan pokok mangga tu. Dari situ, Aisyah selalu memerhati Amar. Bukan apa, suka melihat ketekunan dan ketenangan wajah Amar bila Amar melukis.



Bila Amar dah tiada, kerap kali Aisyah jenguk di balik langsir, dan seakan-akan Aisyah dapat melihat Amar di situ, sedang melukis, dengan penuh ketekunan. Aisyah rindukan saat itu. Teramat rindu...



Amar ingat lagi tak, masa kami pergi melawat Amar untuk pertama kalinya di sekolah, Amar datang berlari-lari dan Amar peluk walid, ummi, dan abang Amal. Masa tu, Amar tak pandang Aisyah pun, tapi Aisyah tak ambil hati, sebab Aisyah tau, Amar perlukan masa untuk semua tu. Bila Amar rasa pudding jagung kegemaran Amar dan Amar puji sedap, hati Aisyah berbunga riang kerana Aisyah yang menyediakan pudding itu dengan bimbingan ummi. Tapi bila Amar tau Aisyah yang buat dari ummi dan Amar terus berhenti menyuap dengan alasan Amar kenyang, Aisyah terguris kerana Aisyah tau kenapa Amar berhenti makan. bukan kerana kenyang tapi kerana Aisyah yang buat kan? kerana itu air tangan Aisyah, kan?



Tapi terubat juga hati Aisyah bila Amar tetap ambil pudding tu untuk dijamu pada kawan-kawan. Sekurang-kurangnya, tak membazir walaupun bukan Amar yang makan pudding tu.



Amar,



Mungkin Amar perasan sejak dari itu, Aisyah tak pernah lagi ikut berkunjung ke asrama Amar. Bukan kerana marahkan Amar tapi kerana Aisyah sedar, kehadiran Aisyah tak diperlukan. Tapi entah kenapa, setiap kali walid dan ummi sampai di rumah, Aisyah amat mengharapkan mereka berkata, “Amar cari Aisyah, dia Tanya kenapa tak datang? Dia kirim salam.” Namun kata-kata itu tak kunjung tiba. Tau lah Aisyah, Aisyah mengharapkan buah yang tak gugur. Maafkan Aisyah.



Tapi Aisyah tak marahkan Amar, tiada langsung secubit rasa marah. Aisyah mengerti, dan Aisyah sedar kedudukan Aisyah di mata Amar. Aisyah amat memahami.



Sehingga apabila Aisyah juga menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh, Amar pula sudah habis belajar. Acap kali melihat Estima walid masuk ke pekarangan asrama, Aisyah berlari-lari turun dengan harapan sekujur wajah Amar akan muncul, namun acap kali juga Aisyah kecewa, kerana Amar tidak ada. Selama 2 tahun Amar di rumah, 2 tahun Aisyah di asrama, 2 tahun jugalah kita bertemu Cuma di hari perayaan.



Entah kenapa, Aisyah dapat rasakan, Amar tidak betah di rumah bersama kami sekeluarga jika abang Amal yang kala itu sudah memulakan pengajiannya di university selama beberapa tahun itu ada di rumah. Aisyah rasa, Amar bukannya bencikan kehadiran abang Amal, tapi kehadiran Aisyah kan? Kerana jika abang Amal pulang, Amar dan dia akan bersembang bersama bagaikan tiada henti, dan seperti biasa, Aisyah Cuma mampu melihat dari jauh. Kerana Aisyah tahu jika Aisyah mendekat, Amar akan bangun meninggalkan kami serta-merta.



Kerana itulah yang kerap Amar lakukan. Aisyah sedar semua itu. Kerana itulah Aisyah tidak lagi mahu menyertai kalian, kerana Aisyah mahu Amar rasa selesa di rumah, rumah kita.



Kemudian, Amar pula pergi menyambung pengajian, dan tinggallah kami di rumah. Kadang kala, Aisyah rasa, Amar akan pergi jauh dari rumah, jika Aisyah ada di rumah. Entahlah, mungkin perasaan Aisyah saja. Dan sejak itu hingga sekarang, jika Aisyah tidak silap, sudah 4 tahun 5 bulan dan 18 hari, kita tidak bertemu. Amar tetap di sana, menyambut perayaan aidilfitri pun di sana. Dan sejak itu juga kita tidak pernah bersua, apa lagi berbicara. Kadang-kadang, bila ummi dan walid dapat panggilan dari Amar, Aisyah amat berharap, dan menanti walid memanggil Aisyah, “ Aisyah, Amar nak cakap.” Tapi, hmm...ayat tu tak kunjung tiba. Dan Aisyah pasrah. Maafkan Aisyah.



Oh ya, Amar pasti sudah tahu kan bagaimana perancangan walid dan ummi untuk mengahwinkan Aisyah dan abang Amal? Hmm.. pastinya abang Amal sudah bercerita dengan Amar. Kalian kan rapat? Aisyah sedar, keluarga kita keluarga yang paling beruntung, kerana kita saling melengkapi. Kerana itu bila ummi menyampaikan hasrat untuk menyatukan kami, Aisyah terkedu seketika. kerana, kala itu, di hati Aisyah, rupanya sudah ada yang bertakhta. Namun melihatkan keceriaan ummi saat hasrat itu disampaikan, Aisyah Cuma mampu menunduk. Tidak mampu terkata apa-apa.



Dan ummi pula, menyangka tindakan itu sebagai satu jawapan, “ya.” Sedang Aisyah sendiri tidak pasti. Walid turut gembira, dan tanpa Aisyah sangka, abang Amal turut menerima cadangan itu, sedang Aisyah, sebenarnya...



Amar,



Entah kenapa, Aisyah rasa sayu saat Aisyah mengetahui Amar takkan pulang menghadiri walimah kami. Aisyah pilu, kerana sehingga ke saat itu kelak, Aisyah tetap tidak mampu menjadi seorang insan di mata Amar, biarpun sebagai seorang adik tiri. Terukkah Aisyah? Jahatkah Aisyah? Sampai begitu sekali Amar membenci Aisyah?



Amar,



Walau segunung tinggi benci Amar pada Aisyah, Aisyah mahu Amar tahu, bahawa tiada sekelumit rasa benci Aisyah pada Amar, dan tiada sekelumit rasa marah dengan layanan Amar. Aisyah tak tahu apa sebabnya, namun Aisyah tak mampu memarahi Amar. Mungkin...kerana selama ini.... maafkan Aisyah Amar.



Aisyah harap, Amar tak akan melihat tindakan Aisyah ini sebagai sesuatu yang kurang manis, kerana Aisyah tidak sanggup lagi menanggung derita menyimpan rasa. Biar Cuma Aisyah yang merasakannya, Aisyah tetap ingin Amar tahu, bahawa di hati Aisyah Cuma ada Amar, entah bila, entah mengapa, Aisyah juga tiada jawapan. Namun Aisyah tau, harapan Aisyah pada Amar akan selamanya tinggal harapan, kerana yang ada Cuma benci Amar pada Aisyah, kan?



Aisyah pasrah, Aisyah redha. Abang Amal lelaki yang baik, dan Aisyah tau dia akan menjadi suami yang baik, dan taat pada perintahNya. Tapi entah kenapa, hati ini tetap rawan mengingatkan Amar. Maafkan Aisyah...



Biarpun Amar membenci Aisyah, namun tidak pernah perasaan itu wujud di hati Aisyah, dan Aisyah sentiasa melayangkan doa memohon yang terbaik, Cuma yang terbaik untuk Amar. Jadi, sebelum segalanya ternoktah, dan Aisyah menguburkan rasa ini untuk selamanya, Aisyah pohon kepulangan Amar supaya kita dapat bertemu buat kali terakhir sebagai insan yang bebas, sebelum Aisyah terikat dengan tali perkahwinan. Pastinya Amar tidak setuju jika Aisyah membuai rasa pada insan lain sedang di sisi sudah ada yang setia, kan?



Aisyah juga tidak mahu begitu. Kerana itu Aisyah mahu menamatkan segalanya, dengan memberitahu Amar tanpa rasa ragu, kerana Aisyah tau, apa jua tindakan Aisyah kini, segala-galanya tetap sudah terlambat. Lagipun, mana mungkin Amar akan menerima Aisyah di sebalik benci Amar. Kan?



Amar,



Rasanya surat ini sudah menemui noktahnya. Pinta Aisyah, untuk kali terakhir, pulanglah. Aisyah perlukan sinar kebencian Amar, untuk menguatkan Aisyah bagi meneruskan semuanya. Dan pinta Aisyah, juga, sekiranya surat ini sudah sampai ke tangan Amar, Amar bakarlah. Walaupun hati kecil Aisyah kuat mengatakan Amar tidak akan menyimpan surat ini tanpa Aisyah memberitahu Amar. Aisyah mengerti, namun andainya Amar terlupa, Aisyah pohon, hilangkan jejak surat ini.



Aisyah tidak mahu ada hati yang robek, jika surat ini terlepas ke tangan yang tidak sepatutnya, kerana bukan itu tujuan Aisyah. Apa juga yang terjadi, Aisyah tetap akan meneruskan perkahwinan ini, dan selepas diijabkabulkan, cinta Aisyah Cuma untuk abang Amal seorang, suami Aisyah kelak.



Amar,



Doa Aisyah, semoga Amar bahagia ditemani yang Amar sayangi, hingga ke akhir hayat Amar. Dan lupakanlah benci Amar pada Aisyah, kerana Aisyah juga akan melupakan Amar. Itu janji Aisyah. Terima kasih Amar, kerana mengajar Aisyah erti cinta sejati, terima kasih, untuk segalanya. Dan maafkan Aisyah.

Yang tulus mengharapkanmu,



Aisyah



Diari Amar



3 Disember 1991

Walid kawin baru. Aku kecewa dengan walid, dan juga abang Amal. Ummi baru setahun pergi, walid sudah mencari pengganti. Aku kecewa. Dan pilu.

Benci melihat wajah itu. Dia dan umminya sama saja. Menyibuk di dalam rumah aku. Aku takkan terima mereka sampai bila-bila. Takkan.

Puas hati aku tengok dia menangis bila aku tengking dia. Padan muka! Aku benci kau Aisyah!



9 Disember 1992

Aku mula memahami walid, dan aku sudah boleh menerima kehadiran ummi.

Aisyah? Entah mengapa, aku masih rasa bersalah dengan tindakan aku memarahinya setahun lalu. Aku nak minta maaf, tapi dia terlalu asyik dengan abang Amal. Nampaknya, dia sudah bencikan aku. Pastinya dia benci aku kerana tuduhan aku tempoh hari. Nanti la, aku akan minta maaf dengan dia.

Aisyah, maafkan Amar.



7 Julai 1993

Kami belum lagi bercakap secara baik. Setakat ini, aku Cuma berani memberi arahan kepada Aisyah. Sampai bila, aku pun tak tau. Cemburu jugak tengok dia dan abang Amal tapi aku tau. Salah aku. Abang Amal memang baik. Semua orang suka. Aku pun sayang abang Amal. Tapi kalau tiba-tiba aku bercakap dengan dia baik-baik, kalau dia tak suka macam mana?

Dia tak pernah pun kisah dengan aku walaupun aku melukis. Dia tak suka la tu dengan apa yang aku buat. Abang Amal jugak yang akan dia cari akhirnya. Hmm, salah aku..



20 September 1994

Aku ada cara lain untuk tegur dia. Aku dah bawak semua kanvas aku dan alat lukisan semua ke depan rumah, di pergola, bawah pokok mangga. Bilik dia depan tu je. Nanti bila-bila dia jenguk boleh la aku panggil dia supaya join aku, betul tak?

Yes! Amar! U r a genius!



18 November 1994

Hmm.. dia tak pernah jenguk pun. Sia-sia je aku menapak kat sini hari-hari. Sekalipun dia tak jenguk. Sedarlah diri, Amar, dia benci kau.

Hmm...



5 Januari 1995

Hari ni hari pertama aku di sekolah berasrama. Aku dah tinggalkan dia, dan aku Cuma boleh berharap satu hari nanti dia akan maafkan aku. Aku teringin nak bersembang dengan dia, macam abang Amal dan dia selalu buat. Mereka serasi. Aku pulak? Hmm..

Sebab tu aku pilih untuk duduk di asrama. Biarlah aku jauh, sekurang-kurangnya dia takkan rasa kekok dengan kehadiran aku di rumah. Biar dia bahagia dengan ummi, walid dan abang Amal. Aku takkan mencelah. Aku dah putus asa menanti dan mencuba. Dia perlukan masa untuk terima aku.

Aku harap dia tenang bila aku tak ada. Harap-haraplah...



28 Januari 1995

Hari ni buat pertama kalinya walid, ummi dan abang Amal melawat aku di asrama. Seronok betul! Dia pun ada, tapi mesti walid yang paksa dia datang. Hmm...

Aku rasa pudding jagung yang ummi bawak, dan ummi kata, dia yang buat. Terus aku berhenti makan. mesti dia nak yang lain makan jugak. Kalau aku habiskan, apa pulak kata dia nanti. Tapi ummi paksa jugak aku bawak ke bilik, bagi kawan-kawan. Mesti dia tak puas hati. Tapi dia tak bantah pun. Yelah, dia kan anak kesayangan... Hmm.. bawak je la.

Tapi serius pudding tu sedap. Kalau aku baik dengan dia, boleh aku mintak dia buat selalu. Tapi...



18 Mei 1997

Dah 2 tahun lebih aku kat asrama ni. sejak hari tu, dia dah tak pernah datang lagi melawat aku. Cuma walid, ummi dan abang Amal je yang datang, tu pun kalau abang Amal free. Abang Amal dah masuk u. Dia dah sibuk nk jadi doctor. Pekerjaan yang dia idam-idamkan.

Tahniah abang Amal!

Setiap kali walid dan ummi datang, aku nak tanyakan Aisyah, tapi aku takut dia tak suka pulak. Nak kirim salam, risau dia tak selesa. Hmm...

Bila cuti, cepat-cepat aku join program luar. Aku tak nak balik rumah. Tak nak buat dia tak selesa. Lagipun, salah aku jugak sebab tuduh dia macam-macam dulu.

Masa raya je kitorang jumpa. Tu pun, aku mengelak dari dia sebab aku tak nak dia rasa meluat pulak dengan kehadiran aku. Dia kan benci aku...



8 Februari 2001

Dia dah duduk asrama. Mesti dia tak betah duduk rumah sebab aku dah habis belajar, dan aku dah duduk rumah semula. Hmm, so, dia pulak keluar. Tiap kali walid dan ummi melawat dia, aku rasa nak ikut, nak tengok keadaan dia, tapi, nak ke dia terima kehadiran aku?

Nanti, dia menyampah pulak dengan aku. Hmm, tak payah ikut la. Sampaikan salam dalam hati je. Bila aku tau dia akan balik cuti sekolah, cepat-cepat aku ikut program luar. Aku nak dia habiskan masa di rumah dengan tenang. Kalau aku ada, mungkin dia takkan rasa selesa.

Aisyah, semoga Aisyah gembira selalu. Itu saja harapan Amar.

Abang Amal pulak dah grad. Sedang buat in-house training dia. Bila abang Amal balik, aku baru boleh sembang lama-lama dengan abang Amal. Tapi, bila dia join, cepat-cepat aku angkat kaki. Takut dia tak selesa sebab mesti dia nak sembang dengan abang Amal je.

Macam masa aku di asrama dulu, dia dan aku berjumpa pun masa raya je. Teringin nak bercakap dengan dia, macam mana abang Amal dan dia bersembang. Tapi, macam tak de harapan je?

Hmm...



20 Disember 2001

Aku dah dapat offer ke Dublin. Sebuah universiti artistic, untuk minat aku. Walid dan ummi tak berapa senang aku nak sambung dalam lukisan, sebab diorang rasa kerjaya ni tak ada masa depan. Abang Amal tak membantah, katanya “ apa yang baik untuk Amar, baiklah untuk abang.”

Aisyah? Macam biasa, dia tak memberi pendapat. Dia bukan kisah dengan aku. Dia kisah dengan abang Amal je. Dan aku rasa mesti dia pun tak setuju dengan aku punya pilihan. Yelah, macam tak ada masa depan.

Tapi, aku nak pergi jugak. Walid dan ummi dah izinkan. Aku kena pergi, sebab aku dah tak sanggup duduk rumah, mengadap muka dia tanpa mampu buat apa-apa. Entahlah, kenapa ya?

Kadang-kadang, bila aku tengok dia dan abang Amal bersembang, ada rasa pelik. Aku sentiasa mengharapkan aku di tempat abang Amal. Dan dia bersembang baik dengan aku. Aku teringin sangat, bercakap dengan dia.

Tapi, harapan tinggal harapan.

Selamat tinggal Malaysia, selamat tinggal Aisyah. Maafkan Amar.



25 Mac 2002

Dah setahun lebih aku di bumi Dublin. Aku rindukan semua di rumah, namun aku tak mampu jejak kaki di sana lagi. Bukan sekarang. Aku selalu telefon ke rumah, dengan harapan, dia akan minta gagang dari ummi atau walid, untuk bercakap dengan aku. Tapi hampa.

Dia tak pernah bersuara pun bila aku telefon ke Malaysia.

Sampai macam tu dia benci aku? Dan entah kenapa, saban hari, aku semakin sedih mengenangkan dia.

Menyesal sebab aku sakitkan hati dia dulu. Entah kenapa, aku rasa, aku rindu dia!



1 Ogos 2004

Hari ini abang Amal call aku. Buat pertama kalinya, dan suara dia girang.

“Amar, abang ada berita baik!”

“apa bang? Happy semacam je ni? nak kawen ke?”

“eh, macam mana Amar tau?”

“eh, ye ke? Tahniah bang! Siapa orang yang bertuah tu?”

“Amar kenal sangat, Aisyah.”

“ha?”

Hancur luluh hati dan perasaan aku saat aku mendengar sebaris nama itu, dan baru aku sedar, sebaris nama itu sudah bertakhta di hatiku sejak sekian lama, dan baru kini aku mengerti, punca rasa pedih yang bertandang, kala aku melihat abang Amal dan dia bergurau senda. Cemburu namanya.

Dan kini, Aisyah semakin menjauh, tanpa aku berpeluang mencuba membuang bencinya padaku, tanpa aku berpeluang menemuinya dan meminta maaf, tanpa aku berpeluang meluahkan segala rasa yang terpendam jauh di dasar hati.

Aisyah akan menjadi milik orang lain, dan orang itu juga insan yang aku sayangi. Tak mungkin aku membantah. Aisyah juga pastinya gembira dengan berita ini. Aku dapat membayangkan senyum manisnya saat berita ini sampai ke telinganya. Pasti dia tersenyum lebar. Manis, seperti selalu.

Aisyah,

Maafkan Amar kerana menyakiti Aisyah, Amar tak mampu untuk meluahkan kata maaf. Namun Amar mahu Aisyah tau, Amar rasa bersalah dengan kata-kata Amar. Dan Amar ingin pohon ampun dan maaf, kiranya selama ini Aisyah membenci Amar.

Percayalah, tidak pernah ada rasa benci Amar terhadap Aisyah, walau sekelumit pun. Walau Amar tau Aisyah membenci Amar. Maafkan Amar.

Aisyah,

Sebelum Aisyah dan abang Amal diijabkabulkan dan Aisyah sah menjadi milik abang Amal untuk selama-lamanya, Amar nak Aisyah tau, Aisyah tetap di hati Amar, dulu, kini, selamanya, sehingga ke akhir hayat Amar. Aisyah gadis istimewa selamanya di mata Amar.

Pada Amar, Aisyah bukan adik tiri Amar, malahan tempat Aisyah di hati Amar lebih tinggi dari itu. Namun Amar tau, Aisyah tidak menganggap Amar begitu. Mungkin Amar bukan seorang saudara tiri pun, dia mata Aisyah. Jika diikutkan hati Amar, mahu sahaja Amar terbang ke Malaysia sekarang juga dan membawa Aisyah pergi, namun Amar tau semua itu tidak perlu. Amar Cuma bertepuk sebelah tangan.

Terima kasih Aisyah, kerana sudi hadir ke dalam hidup Amar. Terima kasih kerana mengajar Amar erti cinta sejati. Amar mengharapkan yang terbaik, Cuma yang terbaik untuk Aisyah.

Maafkan Amar...

***********

“maafkan Aisyah, Amar. Aisyah tak boleh terima lamaran Amar.” Sayu suara Aisyah, memberi jawapan setelah sekian lamanya dia membisu.

Senyuman di wajah Amar memudar. Tidak menyangka itu jawapan Aisyah. Mengapa? Bukankan itu yang diharapkan Aisyah?

Suasana di tepi tasik hening, sepi dan tenang. Berbeza dengan gejolak di hati masing-masing.

Amar bergegas pulang sebaik menerima surat Aisyah, dan kepulangannya diharapkan akan menggembirakan hati Aisyah. Dan dia membawa khabar lain. Hasrat hati untuk melamar Aisyah sebagai isterinya.

Aisyah yang mengambilnya di airport, dan mereka tidak terus pulang. Ada yang perlu diselesaikan.

Dan kini, Amar hampa lagi. Aisyah menolaknya.

Amar merenung seraut wajah itu yang tidak memandangnya. Cuba mencari kepastian. Seriuskah Aisyah menolaknya?

“tapi, Aisyah yang mintak Amar balik jugak. Amar di sini, sekarang ni, di depan Aisyah, kerana Aisyah, bukan walid, bukan abang Amal, bukan juga kerana ummi. Amar tak balik ke sini untuk dengar jawapan tu Aisyah.” Ada nada kecewa di situ.

Aisyah memejamkan matanya rapat-rapat, lama. Dia menarik nafas dalam, cuba mengumpulkan sisa-sisa kekuatan yang masih ada, untuk berdepan dengan Amar. Hatinya meronta mahu menerima, namun akal warasnya masih sedar, dan imannya masih ada. Janji telah dibuat. Tegakah dia memutuskan janji yang telah dibuat?

Kerana kesenangannya dan Amar, dan perasaan yang begitu kecil itu, dia memusnahkan kasih sayang walid dan ummi, serta abang Amal yang amat besar padanya. Pertalian keluarga juga mungkin terputus. Itukah bahagia yang dia cari?

“Amar mintak Aisyah ambik dia di airport.” Beritahu abang Amal pagi semalam.

Aisyah terkedu. Benarkah apa yang didengarinya?

“Amar? Mintak Aisyah ambik dia di airport? Dia…balik?” gugup Aisyah bertanya kembali, mahu memastikan apa yang didengarinya.

Amal angguk yakin.

“yup. Aisyah ambil dia. Abang sibuk. Boleh?”

Aisyah angguk laju, tidak yakin. Namun itu jugalah yang dibuatnya, menuruti permintaan itu. Anehnya, apabila dua pasang mata itu bertentang, mereka berbicara seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seolah-olah mereka rapat sedari dulu lagi.

Dalam diam, Aisyah bimbang. Sudahkah Amar menerima suratnya? Kerana apa Amar pulang tiba-tiba? Kerana kehadiran surat itu? Tapi tak mungkin. Sukar untuk Aisyah menerima kenyataan itu. Kerana hanya surat Aisyah, Amar pulang? Seribu tahun lagi pun tak mungkin itu yang terjadi.

Dan kini, fikirannya sesak setelah jawapan itu dia ketahui.

Amar pulang kerana dia. Selama ini, mereka melagukan irama yang sama, Cuma irama itu bisu, tidak didengari oleh sesiapa. Dan kini, masing-masing mendengarnya. Namun kenapa iramanya pincang?

Hatinya bahagia, kerana Amar turut merasakannya apa yang dia rasa. Perasaannya mekar, kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Tapi…tak mungkin dia menyahutnya, tak mungkin dia boleh melagukan irama itu bersama Amar. Dan mungkin, dia akan mematikan irama itu untuk selama-lamanya. Cuma beberapa hari saja lagi, saat itu akan tiba, dan hidup matinya hanya untuk bakal suaminya, abang Amal.

Aisyah membuka matanya perlahan. Dia menoleh, membalas renungan sayu Amar bersama senyum nipis yang memerlukan seluruh kudratnya untuk diukir. Sesalan timbul pula kerana dia mengutus surat itu. Jika surat itu tidak diutuskan, pasti ini tidak terjadi. Masing-masing tidak mengerti. Mungkin lebih baik begitu.

“Amar, Aisyah akui, Aisyah senang mendengar pengakuan Amar. Aisyah gembira, kerana kita merasakan rasa yang sama. Tapi Amar kena faham, tujuan Aisyah menulis surat itu, kerana Aisyah ingin menenangkan perasaan Aisyah, dan kerana Aisyah fikirkan, Amar tak mungkin akan pulang, kerana Aisyah. Fikiran itu yang membolehkan Aisyah menguatkan diri dan surat itu sampai ke pengetahuan Amar. Semata-mata kerana itu.” Tenang ayat-ayat itu meluncur dari bibirnya, sedang hatinya tersayat pilu. Digenggam tangannya kuat seolah-olah dia mahu menyerap kekuatan dari alam sekeliling, supaya kakinya tetap mampu berdiri.

Amar tertunduk lesu.

“Amar, Aisyah tunangan orang, dan kini, hubungan yang tinggal antara kita, Cuma adik dan abang, dan selepas ini, insyaAllah, Aisyah akan menjadi kakak ipar Amar. Janji Aisyah sudah diberi Amar. Aisyah bukan munafik, dan Aisyah tak boleh mungkiri janji ini. Janji ni, bukan sekadar janji Amar, tapi penyatuan sebuah keluarga. Cuba Amar bayangkan, natijahnya jika kita menurut rasa hati. Walid, dan ummi, hati mereka akan hancur Amar, dan Aisyah tak sanggup melihat semua tu berlaku kerana Aisyah. Kerana dalam hidup Aisyah, perkara terakhir yang Aisyah fikirkan, ialah mengecewakan walid dan ummi. Berdosa besar, Amar. Dan Cuma kerana rasa cinta yang akan pudar bila-bila masa saja ni, kita sanggup mengejar bahagia yang tak pasti, dan memberi derita pada insan lain, yang selama ini, Cuma mengharapkan kebahagiaan kita?”

Amar tidak bersuara lagi. Beristighfar panjang.

Salahnya juga kerana bertindak terburu-buru.

Sepi. Aisyah membetulkan beg tangannya di bahu.

“Amar…”

Amar panggung muka.

“Amar faham kan, maksud Aisyah?”

Amar angguk, bersama senyum tawar.

“Maafkan Amar… Amar terlambat, Aisyah..” ada sesal di situ.

Aisyah senyum kelat.

Bukan salah Amar, dia yang terlambat.

“Amar, takdir memang aneh. Kadang-kadang, kita jangkakan sesuatu itu akan menjadi milik kita, bila akhirnya, sesuatu itu pergi dari kita, dan semuanya di luar kuasa kita, hambaNya yang lemah. Namun tak bermakna hidup kita sudah berakhir. Hikmah itu ada. Dan ini bukan pengakhirannya, sebaliknya semuanya baru bermula.”

Amar angguk lemah.

“betul kata Aisyah. Amar minta maaf sekali lagi, kerana selama ni, Amar jauh dari Aisyah. Dan sekarang, Aisyah akan pergi dari Amar, untuk selama-lamanya. Amar doakan kebahagiaan Aisyah, dan abang Amal.”

Aisyah kelu. Digagahkan bibir menguntum senyum.

“terima kasih, Amar.”

Aisyah mengerling jam di tangan. Tidak betah lagi dia berhadapan dengan Amar begini. Ketenangan yang dipamerkan bakal runtuh temboknya tidak lama lagi, dan dia perlu melarikan diri dari semuanya, sebelum itu terjadi. Sekurang-kurangnya tidak di hadapan Amar.

“kita balik ya? Semua orang dah tunggu di rumah..” saran Aisyah.

Amar angguk.

“tapi, Aisyah, sebelum tu, Amar nak Aisyah terima sesuatu dari Amar.”

Aisyah terpaku.

“apa dia?”

Amar membuka zip beg sandangnya, dan dikeluarkan sebuah diari hitam. Ditenung diari itu lama sebelum dihulurkan kepada Aisyah.

“nah, ambillah. Amar rasa, Amar dah tak berhak lagi nak simpan diari ni, dan surat Aisyah. Mungkin ada baiknya Amar jauhkan diri dari semua ni. Amar redha, dan Amar tak nak kenang lagi perkara ni. Mungkin..ini yang terbaik untuk kita.”

Mendengar ayat itu, setitis mutiara jernih gugur jua di wajah mulus Aisyah. Disambut diari itu, dan diseka pantas air matanya.

Diari Amar…

Sepasang mata itu ditenungnya dalam.

“Amar, maafkan Aisyah…”

Amar senyum tawar.

“jom, balik?”

Aisyah angguk. Mereka beriringan ke kereta, dan sekali lagi, sepi mengiringi mereka. Irama itu mula sayup, dan akhirnya, tidak kedengaran lagi.

******

Aisyah merenung wajahnya sendiri di cermin. Cantik berhias, namun serinya tiada. Jelas kelihatan kesedihan yang terpancar di wajahnya. Puas sudah dia memaniskan mukanya, namun ternyata gagal.

Riuh-rendah di bawah kedengaran sehingga ke tingkat atas. Aisyah keseorangan di dalam bilik. Sementara menanti waktu dibawa ke surau untuk majlis pernikahan. Kebetulan pula, mak andam menyiapkannya awal kerana dia terpaksa ke rumah lain pula.

Aisyah menarik laci meja soleknya, dia dikeluarkan diari hitam itu. Sudah berapa kali dikhatamkannya, dan kerana itulah, berat hatinya semakin terasa.

Namun dia sedar, tiada apa yang boleh dibuat lagi. Dia yang membuat keputusan, dan dia tahu, itu yang terbaik demi kebaikan semua pihak.

Pintu terkuak.

“Aisyah, dah sampai masanya, jom.” Seorang sepupu abang Amal berdiri di muka pintu.

Aisyah pantas menyeka air mata yang bergenang.

“ok.” Diari itu diletakkan kembali ke dalam laci, dan surat itu di atasnya.

Aisyah bingkas. Dia mendapatkan sepupu itu dan keluar dari bilik. Di bawah, kenderaan mereka sudah menanti.

*****

“ummi, mana brooch songkok Amal?” Amal menyoal ummi yang sedang sibuk di dapur.

“dalam bilik Aisyah kot. Kejap, ummi tengok.” Ditinggalkan kerjanya, dan ummi mengorak langkah ke bilik Aisyah di tingkat atas.

Sampai di bilik itu, ummi pantas mencari-cari brooch yang dimaksudkan. Laci meja solek ditarik, dan ummi kaku sebentar.

Matanya tertancap pada sepucuk surat bersampul putih bertuliskan ‘Amar’. Surat untuk Amar? Kenapa Aisyah yang pegang? Gerak hatinya kuat memintanya membuka sampul itu.

Dibuka sampul itu, dan ummi terduduk di sisi katil setelah hampir separuh isi surat itu dibacanya.

“ummi, kenapa lama sangat? Amar dah tunggu dalam kereta tu. Aisyah dah pergi dah.” Amal yang muncul di balik pintu hairan melihat ummi di sisi katil.

“ummi, apa yang ummi baca tu? Masa dah suntuk ni..” Amal mendekat.

Ummi tidak menjawab lagi.

Dihulurkan surat itu pada Amal.

Diari hitam itu pula dicapainya. Setahunya, Aisyah tak pernah menulis diari, dan diari ini, diari yang dibelikannya untuk Amar lama dahulu.

Diselak helaiannya, dan sekali lagi, ummi terkedu. Diari itu beralih ke tangan Amal pula.

Amal turut terduduk. Tidak terkata apa-apa. Tangannya perlahan menanggalkan songkok di atas kepala.

“ummi..”

Ummi menoleh, pandangannya kosong.

Amal mencapai tangan ummi, digenggamnya erat.

“kita kena buat sesuatu. Amal tak boleh biarkan saja perkara ni.”

Dahi ummi berkerut.

“Amal nak buat apa?”

Amal tidak membalas, dibiarkan soalan itu sepi. Ummi kaget. Marahkah Amal?

*********

Sepi. Pelik. Pengantin sudah tiba, tok imam sudah menanti, namun majlis pernikahannya masih belum berjalan.

semua ahli keluarga pengantin di luar surau. Senyap sunyi. Amar bingung. Aisyah keliru. Wajah Amal serius. Abah turut membisu.

Amar resah, dia tidak mahu menunggu lagi.

“abang Amal, kenapa kita berdiri di luar ni? Kita dah lewat bang. Apa yang abang tunggu lagi?” soal Amar pelik.

Amal angkat muka.

“kita belum terlewat Amar.” Balas Amal, tenang dan tegas.

Amar kerut dahi.

“belum terlewat apanya? Dah jam berapa dah ni? Abang Amal, tok imam dah lama tunggu kat dalam tu. Abang…”

“Amar, boleh diam tak? Dengar apa abang nak cakap dulu?” pinta Amal.

Aisyah tertunduk saja. Tidak tahu di mana haknya untuk bersuara.

Amar diam, angguk perlahan.

Amal menarik nafas dalam.

“abang kecewa dengan kamu berdua. Kerana itu, abang tak nak kahwin.”

Bulat mata Amar, Aisyah angkat muka. Tidak percaya.

“abang Amal..” serentak mereka bersuara.

Amal angguk.

“abang serius, abang tak nak kahwin.”

“apa salah kami bang?” Aisyah menyoal perlahan, dan sayu.

“kalau kami bersalah pada abang, maafkan kami. Maafkan Aisyah…” Aisyah tertunduk kembali.

Amal mengeluh perlahan.

“salah kamu, sebab kamu pentingkan diri.”

Aisyah pandang Amal tidak percaya. Rasanya, apa yang dilakukannya sudah cukup baik. Dia mengorbankan perasaan mereka.

Amar tidak terkata apa-apa lagi. bingung.

“Aisyah dan Amar, dua-dua adik abang. Adik yang abang amat sayangi. Kasih abang pada korang tak pernah berubah.” Amal bersuara lirih.

Aisyah sudah menunduk, menahan air mata yang bergenang.

“walid dan ummi pun sayangkan korang, dan walid tak sangka ini yang terjadi.” Walid menghampiri Amar.

Disentuh lembut bahu Amar.

“Amar, sebenarnya, kami nak jodohkan Amar dan Aisyah, tapi melihatkan korang tak pernah berbaik, walid dan ummi bimbang, perkahwinan yang diatur kelak akan memudaratkan kamu, dan kami juga, dan walid tak mahu itu berlaku.” Walid terhenti bicaranya, dan dia memusatkan pandangannya pada Amal.

“Amal pula, dia memahami tujuan dan niat kami Cuma untuk mengekalkan Aisyah dalam keluarga ini, demi kebaikan Aisyah. Kerana itu, abang Amal menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Aisyah.”

Kelu lidah Amar mendengar hakikat itu.

“so, since korang dah ok, abang rasa, tak perlu lagi abang korbankan diri abang. Abang nak, Amar gantikan abang. Boleh?” suara Amal ceria sedikit berbanding tadi.

Amar terkedu.

“tapi, abang Amal…”

Amal menepuk bahu Amar mesra.

“abang sayangkan Aisyah Cuma sebagai seorang adik. Tak lebih dari itu. Dan since abang dah jumpa ni…” ditarik keluar sepucut surat dari poketnya, ditayangkan di hadapan mereka bersama senyum lebar.

“abang dah bebas. Tapi lepas ni, abang nak denda korang.” Suara Amal sedikit garang.

Amar kerut dahi.

“denda apa bang?” soal Amar pelik. Walid dan ummi turut saling berpandangan hairan.

Amal tersenyum lebar.

“abang nak anak saudara kembar 3. Boleh?”

Kata-kata Amal mengundang tawa yang lain. Cuma Aisyah tersipu malu. suasana tegang tadi sudah bertukar ceria dalam sekelip mata. gimik saja..

“pengantin ni nak kahwin ke tak?” suara seseorang menyergah mereka membuatkan tawa mereka mati. Mereka berpaling.

Tok imam!

“tok, kejap tok!” berkejar mereka semua masuk ke dalam surau. Tok imam menggeleng saja.

Mereka yang lain berbisik sesame sendiri apabila Amar yang menggenggam tangan tok kadi, bukannya Amal.

Amal tersenyum lebar. Dikerling Aisyah, dan kelihatan wajah itu berseri seperti seorang pengantin. Amat berbeza dari wajahnya sebelum ini.

Alhamdulillah…

*******

“macam mana dengan Aqil, Afiq, Ainun?” Amar mencadangkan. aisyah tidak memberi respond. Berfikir sekejap.

“Sedap jugak tu. Ok la.” Ujar Aisyah bersetuju.

Amar senyum lebar. Bahagia. Di tangan Aisyah, Aina sedang disusukan. Kembar Aina, Aqil dan Afiq sedang lena tidur di sisi ummi mereka. Kembar tiga hasil persenyawaan in vitro.

Pintu wad terbuka dari luar, dan wajah ceria ummi, walid dan abang Amal terjengul.

“hah, apa perasaan Amar sehari bergelar bapa?” soal Amal lantas memeluk adiknya itu erat.

Ummi pantas mendapatkan cucu-cucunya.

Dipeluk dicium satu persatu. Begitu juga walid.

“baru sampai?” soal Amar.

Selepas berkahwin, Amar dan Aisyah menetap di luar Negara, dan mereka pulang ke tanah air sebaik saja Amar menamatkan pengajiannya.

Setahun kemudian, Aisyah disahkan mengandung dan apabila dikenal pasti, dia mengandung kembar 3.

“haah. Baru je. Bila boleh keluar?”

“hari ni boleh dah. Semua sihat.”

“Alhamdulillah.”

Amar tersenyum bahagia.

“jom, abang Amal, kita minum di bawah.” Ajak Amar.

Amal angguk.

Mereka beriringan ke kantin hospital.

“abang Amal, Amar nak Tanya sikit, boleh?”

Berkerut dahi Amal.

“apa dia?”

“abang Amal, betul tak pernah sayangkan Aisyah lebih dari seorang adik?”

Langkah Amal mati.

“kenapa Amar Tanya tiba-tiba?”

Amar jungkit bahu.

“entah, tergerak nak Tanya.”

Amal senyum nipis.

“betul Amar nak tau?”

Amar angguk. Amal menghela nafas dalam.

“sebenarnya, abang Amal memang sayangkan Aisyah lebih dari seorang adik.”

Amar tersentap.

Melihatkan perubahan di wajah Amar, Amal tersenyum lebar.

“tapi, abang lagi sayangkan Amar. Lagipun, cinta tak boleh dipaksa. Abang tau dia tak cintakan abang, dan abang tak pernah bermimpi pun Aisyah akan cintakan abang. Tapi, abang nak menjaga hati walid dan ummi. Sebab tu abang setuju dulu. Tapi, abang betul-betul lega bila Aisyah dah berjumpa dengan jodohnya, Amar. Dan abang tak pernah menyesal.” Tenang Amal berbicara.

Amar kelu, terharu dengan bicara Amal. Ditarik abangnya ke dalam pelukan.

“terima kasih bang.”

Amal tersenyum lega. Hatinya lebih tenang kini. Dan rumah itu, kini lebih ceria, pastinya..

p/s: sorry coz lewat buat n3 ni.bnyk faktornya.huhuhu.anyway, cuma ini yang mampu saya lakukan setelah menjeruk idea sekian lama. almaklumla, mengubah kembali hasil ciptaan dari idea asal bukanlah perkara yang mudah, dan skrg br sy tau mcm mana susahnya. but i'm happy coz finally i did it, and i really hope that it fulfills ur expectation. sorry if this version kurang 'umph' dr yg asal.i can feel it too. hehehe. slmt membaca n feel free to comment my writing, ok? love u all!

12 comments:

  1. hehe...saya suka sgt ngan suma cerpen yg awk tulis.
    menarik giler..saya baca suma dalam satu hari even sy ade final exam hari nie...huhu..
    sbb best sgt..nnt tulis lagi ye
    tahniah krn telah menghasil cerpen yg sgt menarik..

    ReplyDelete
  2. honestly..dh byk kali saya bukak blog awak nie..kiranya dh byk kali la tgk cerpen nie..tp x t'gerak ati nk baca sb nmpk cam boring cita dia..

    then ari nie..saya rasa cam nk baca..

    ruginya saya rasa sb baru ari nie nk baca..thumbs up!!cita nie mg best2x..

    mg btl suma cerpen or novel yg awk tulis mg menarik..novel favret..AAJ..best2x..huhu

    ReplyDelete
  3. saya lg suka yg ini dari yg kedua2 nye mati tu..best!~!!!!!

    ReplyDelete
  4. hehe.. memandangkan da bace yg ending mati.. so feel tu lain sikit la.. tapi pape pun best la coz diorg kawen n dapat anak..

    ReplyDelete
  5. saya lagi suker citer versi 1 tu...
    bace cerita yang samer ngan due kesudahan berbeza menunjukkan kreativiti awak...
    tahniah...
    tapi still like the first one...

    ReplyDelete
  6. sy lg suke yg versi 1...lagi bez...lain dari yg lain..4 me cinta tak semestinya memiliki.memang semua org nk happy ending...tp,xsemua dapat ape yg diimpikan..
    papepun, versi2 ni pun bez gak..tp ending nyer bise jer..dh blh agak ending pe..mb sbb happy ending kot:)

    ReplyDelete
  7. ohhhh..ini lainnyer..tapi yg pertama lagi best laaa...anyway..teruskan najah..akak followw..hihihi

    ReplyDelete
  8. Memang yang 1st lagi best, sedih tak hingat orang kiri kanan. Nasib baik orang ofis dah balik dan tinggal akak sengsorang. Teringat-ingat lagi walaupun sedang baca karya orang lain. Cerita versi 1 lebih realistik kerana seperti komen black starz, tidak semua yang kita impikan akan menjadi realiti, banyak kes yang menjadi trajedi... Bagaimana pun, kerana kehidupan kita sememangnya rojak dengan segala bagai, pembaca kadang kala perlukan happy ending supaya hidup tidak selamanya stress dan sebagai motivasi bahawa langit tidak selalunya mendung. There's always a string of light out there. Anyway, good job adik for all the outstanding karya...

    ReplyDelete
  9. dua2 pun best...
    yg 1st mmg tangkap leleh..
    n 2nd punya senyum meleret..
    masing2 ader umm yg tersendiri..
    teruskan usaha berkarya lg yer...

    ReplyDelete
  10. anarif,
    to become a good writer, u kene kuat semangat & pegangan u. wpon jln cerita asal u sedih, let it be. jgn terpengaruh dgn asakan org. pandangan peminat mmg penting tp ramai jer writer yg berjaya tnpa ikut kata org lain. just throw your idea as it be. I'm one of yr big fan, so any revamped on yr story might change my mind about yr world of writing. gambatte ne!

    ReplyDelete
  11. hmmmmm... apa nak ckp ek? specheless...
    argghhhhhh........ besttttt... dua2 sye suka... dua2 ada pengajaran yg bagus tuk sye...
    emmm...memang tuk jadi a good writer, kte x patut terpegaruh ngan pandangan org lain, supaya apa yg writer cuba tulis atau sampaikan akan difahami oleh org len... tapi bg sy... pandangan org lain 2 akan menyebabkan writer dapat mencetuskan idea yg lebih kreatif... awak blh cuba gabungkan apa yg org len nak dgn idea asal awak.... so cter 2 akan jd lebih menarik...
    hehehehe...melalut lak sy nie... hrp wak x kecik ati ye... nie sekadar pandangan sy jek..
    papepown gambate ne... chayok2... aza2 fithing... koshih hor karo( berusaha la ye)..;p
    usaha tangga kejayaan

    purle me.:)

    ReplyDelete