About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, December 7, 2009

Anaknya, Anakku Jua 44

Nisa' terkebil-kebil seketika apabila bunyi lagu Barry Manilow menguasai suasana hening di dalam kereta itu. Terlelap pula dia. Hana di pangkuan enak tidur tanpa kelihatan terganggu langsung oleh bunyi tersebut.

Nisa' meregangkan tangan kanannya yang terasa lenguh sebelum mencapai telefon bimbitnya di sisi.

Dipejam celik matanya beberapa kali sebelum matanya dapat melihat dengan jelas nama pengirim mesej itu.

Mala?

Button view message ditekan.

Salam. Nisa', dah kat mana? Erm, aku tiba-tiba teringat something. Nisa', aku tau pada kau Irfan bukan sesiapa, tapi nanti, bila dia dah hntr kau n Hana, salam dia, cium tangan dia coz he’s still ur hubby after all. If x nk buat, x pe, aku Cuma ingatkan as ur good fren. Ok?

Nisa' terkedu. Terasa berpasir tekaknya.

“siapa tu?”

Nisa' menoleh, senyum kelat.

“erm, tak de sapa. Kawan.”

Irfan angguk. Tidak bertanya lagi.

Lama ditenung mesej itu, barisnya diulang satu demi satu.

Akhirnya, dia memutuskan untuk membalas juga mesej itu.

We’ll see how it goes. Ok? Anyway, Mala, thanks.

Dan sepanjang masa itu, Nisa' tak mampu lagi terlelap. Beberapa minit saja lagi mereka akan tiba. Irfan akan menghantar Nisa' dan Hana ke rumah Nisa', dan mereka akan menjalani hidup seperti biasa. Abah, ummi, ibu, dan ayah telah dimaklumkan mengenai hal itu terlebih dahulu. Nisa' dan Irfan tidak akan tinggal serumah selagi belum selesai kenduri.

Benar kata Mala. Nisa' tahu, walau apapun yang terjadi, Irfan tetap suaminya, dan penghormatan sebagai seorang suami tetap perlu diberi.

Direnung Irfan dari sisi. Irfan, Sara beruntung dapat awak.

“awak tengok apa?”

Nisa' menoleh ke kiri pantas. Gelabah. Tertangkap pulak.

“err, tak, tak de pape.”

Nisa' menggigit bibir.

Irfan mahu bersuara lagi apabila telefon bimbitnya pula berbunyi. Ada mesej masuk.

Irfan mencapai handphonenya dengan berhati-hati, dan dibeleknya. Sekali-sekala saja dijeling skrin telefon. Keselamatan keluarga perlu diutamakan.

Mala?

Irfan, nanti, if Nisa' cium tangan awak, saya nak awak buat something. Cium dahi dia. Boleh?

Hampir tersedak Irfan.

“kenapa Irfan?”

Irfan pantas geleng.

“err, tak, tak de pape.” Dalihnya.

Mala ni gila ke apa? Nak Nisa' penampar maut aku kat situ jugak ke?

Pantas jemarinya menaip.

Ish, cari pasal je. Nanti, belum apa-apa dia dah mintak cerai. Matilah saya.

Beberama ketika kemudian, balasan Mala masuk.

No, dia takkan buat apa-apa. Nanti, awak cakaplah, awak terbiasa buat macam tu dengan isteri awak. Say sorry. Hahaha. Suka hati je sy ni. but I think, it’s time u use indirect method. Mcm sy kata, show it in ur behaviour. Not by words. Seeing is believing. After all, u was a husband and u r her husband now. Rite?

Irfan telan liur. Dikerling Nisa' di sisi.

Aduhai hati...

Ok, saya cuba. But if sy x jwb call awak nanti, means something bad happened to me.haha.

Irfan tersenyum sendiri.

Balasan Mala masuk lagi.

trust me in this, ok? Good luck!

Irfan menarik nafas dalam. Handphonenya diletakkan kembali di dashboard.

Nisa' menoleh, dan pandangan mereka bertentangan seketika. masing-masing senyum kelat.

Irfan diam, Nisa' bisu. Irfan resah, Nisa' risau. Destinasi yang dituju semakin dihampiri.

Debaran semakin menggila di dada Nisa'. Nak salam and cium tangan?

Serta-merta ingatannya melayang pada Sara.

Ish, boleh ke? Kesian Sara, tapi...aduh! pening! Sara, akak takkan rampas abang Irfan Sara, Cuma hormatkan dia je. Sorry...

Kereta berhenti di depan apartment. Enjin dimatikan. Irfan keluar, Nisa' keluar.

Beg pakaian Nisa' dan Hana dikeluarkan. Nisa' menghulurkan tangan.

Irfan menggeleng.

“saya bawak ke atas. Awak pegang je Hana.” Nisa' terdiam.

Irfan sudah mengangkat kedua beg itu. Dipandang Nisa' yang masih termangu-mangu. Hairan.

“Nisa', lead the way. Saya tak tau rumah awak.”

“oh, err, sorry, sorry.” Nisa' malu sendiri.

“its ok.”

Nisa' pantas melangkah, mendahului Irfan, dan Irfan setia menurut dari belakang.

Mereka menaiki lif ke tingkat 5.

Nisa' berpaling pada Irfan sebaik saja mereka sampai di depan pintu rumahnya.

“Irfan, ni rumah saya. Tak apa la, awak tinggal je beg tu kat situ. I can manage.” Ujar Nisa'.

Irfan geleng.

“tak, sampai awak dan Hana selamat masuk dalam rumah, baru saya akan pergi. Awak berdua tanggungjawab saya sekarang. So, if you would please allow me to fulfil my responsibility...”

Nisa' terdiam.

“ok. Up to you..” kunci dikeluarkan dari beg tangannya. Dengan susah payah, dia cuba memasukkan anak kunci ke dalam mangga.

Hakikatnya, jantungnya berdegup kencang. Kali pertama lelaki asing yang kini bergelar ‘suami’ akan masuk ke dalam rumahnya.

Irfan meletakkan kedua beg itu. Dihampiri Nisa'.

“bagi saya kunci tu.”

“tak apa, saya boleh buat. Dah biasa dah.”

“Nisa', please..”

Mata mereka bertentangan.

Nisa' pantas menyerahkan kunci itu. Mundur sedikit ke belakang.

Pintu gril terbuka, dan pintu kayu juga dibuka.

Nisa' masuk, diikuti Irfan.

Diletakkan Hana ke dalam katilnya.

Irfan meletakkan beg di atas lantai, diamati rumah itu.

“hmm, not bad.”

Nisa' senyum tawar. Dihulurkan tangannya.

“kunci?”

“oh. Sorry, terlupa pulak.” Kunci rumah Nisa' bertukar tangan.

“nak minum dulu?” soal Nisa' berbasa basi.

Irfan berfikir seketika.

“coffee would be perfect.”

Nisa' angguk.

“ok, duduk lah dulu. Tengokkan Hana ya.” Nisa' menghilang ke dapur. Kedengaran bunyi pintu gril ditutup.

Water boiler elektrik dihidupkan.

“Irfan, take time sikit, air baru nak masak.” Jerit Nisa' dari dapur.

“its ok. Saya nak tengok buah hati saya puas-puas dulu.” Balas Irfan dari ruang tamu.

Nisa' terpana. Buah hati.

Hana memang buah hati semua orang. dia tersenyum sendiri. Irfan begitu sayangkan Hana.

Nisa' mengorak langkah ke pintu dapurnya, dan dilihatnya Irfan sedang mengagah Hana mesra di atas sofa. Terkekek-kekek Hana ketawa.

Nisa' tersenyum senang. Begitu asyik Irfan, tidak disedari Nisa' berdiri di situ.

“sayang abi, nak tinggal abi ya?” ujar Irfan dalam gaya budak-budaknya. Nampak comel pasangan itu.

Nisa' ketawa kecil.

“Hana jaga ummi ya, kesian ummi, duduk dengan Hana sendiri. Dia nak buat semua sendiri. So, Hana tak boleh nakal-nakal ya, jangan nangis selalu. Hana good girl, kan?” celoteh Irfan, ditenung ke dalam mata Hana.

Seolah-olah Hana mengerti bicaranya.

Nisa' terpaku mendengar bicara Irfan.

Entah kenapa, ada sayu di situ.

Kenapa Irfan cakap macam tu?

Nisa' mengundur perlahan apabila water boilernya berbunyi menandakan air sudah masak.

Dibancuhnya Nescafe 3in1 untuk Irfan di dalam mug. Diatur mug di atas dulang dan ditatang dulang itu ke ruang tamu.

“Irfan, minum..” jemputnya saat dulang itu diletak di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu itu.

Irfan angguk. Hana diletakkan di atas paha sebelah kanan.

“sayang, dengan ummi jom?” Nisa' menghulurkan tangannya, namun Hana berpaling.

“aik, tak nak dengan ummi?”

Irfan ketawa kecil.

“tak apa, dia baik, tak kacau abi.” Irfan meyakinkan Nisa'.

Nisa' tidak membalas lagi.

Tidak tahu apa yang patut dijawabnya bila Irfan membahasakan diri begitu.

Irfan meneguk nescafenya, dan Hana tidak berkutik. Senyap saja di pangkuan Irfan.

“awak pergi sabah lagi bila?” Nisa' cuba mencari topic.

Bosan dengan kesunyian itu.

Irfan meletakkan mugnya kembali. Separuh habis diteguk sekaligus.

“sebelum kenduri ni, entahlah. Tak pasti lagi tapi mungkin ada kot nanti. Lagipun, kita dah bagi alasan untuk nikah sebab saya sibuk dengan hal di sabah pulak. So, kalau tak ada pun, kenalah ada-adakan.”

Nisa' angguk.

“Irfan, maafkan saya sebab susahkan awak...” entah kali keberapa Nisa' meminta maaf.

Irfan geleng.

“Nisa', boleh tak saya nak mintak satu benda dari awak?”

Nisa' kerut dahi.

“apa dia?” risau Nisa' dengar nada tu. Serius.

Irfan menunduk seketika. direnung wajah Nisa' lama.

“tolong berhenti minta maaf. Saya dah muak dan penat dengar perkataan tu.”

Nisa' kelu.

“Irfan, saya...”

“ya, saya tau, saya tolong awak, but, saya nak awak tau, saya dengan rela hati buat semua ni. bila awak selalu minta maaf, saya rasa macam... you know, macam kena paksa pun ada padahal saya tak dipaksa. So, please, saya mintak ni je dari awak. Boleh kan?” Irfan meminta penuh pengharapan.

Nisa' angguk lambat-lambat. Diketap bibirnya.

“maaf.. err, saya takkan minta maaf lagi. Thanks Irfan..”

Irfan tergelak kecil. Digaru dahinya. Nisa' pelik.

“lagi satu, yang tu pun saya dah muak dengar. Stop thanking me please. Boleh?”

Nisa' terdiam lagi.

“ok...” Nisa' garu kepala yang tak gatal.

dah, nak cakap apa? Sorry tak boleh, thanks tak boleh.

Lucu Irfan melihat wajah kalut Nisa'.

Irfan mengerling Jam di dinding.

“saya balik dululah. Dah petang ni.” Irfan bingkas.

Nisa' turut bangun.

Bertalu-talu ciuman singgah di pipi Hana.

“abi balik dulu ya sayang? Jumpa esok.” Sejurus itu, diserahkan Hana pada Nisa'.

Debaran Nisa' semakin menggila. Nak salam?

Mereka melangkah ke pintu. Nisa' semakin kalut.

Irfan juga resah dalam masa yang sama. Nisa' akan salam aku ke? Kalau dia tak salam, tak boleh nak tarik dia tiba-tiba. Kang kena flying kick, tak pasal je.

Gril dibuka, Irfan menyarung kasutnya.

“well, saya pergi dulu.”

Nisa' angguk, bingung.

Irfan menanti sesaat dua, sebelum dia berpaling.

“err, Irfan.”

Irfan menoleh pantas.

Nisa' menghulurkan sebelah tangannya, tangan kanan.

Irfan tergamam. Disambut huluran itu.

Nisa' menunduk, diciuminya tangan itu buat kali kedua, selepas mereka dinikahkan.

Sebaik dia berdiri tegak, giliran Nisa' terpempan. Tangan Irfan terlekap kemas di belakang kepalanya, Irfan menariknya mendekat, dan satu ciuman hangat singgah di dahi Nisa'.

Hana ketawa tiba-tiba. Seakan suka dengan keadaan itu.

Irfan turut tersenyum. Menutup malunya. Nisa' kaku. Tiada senyuman, tiada raut marah. kaku. Dan wajah mereka Cuma seinci dua jauhnya.

Lama pandangan mereka bertaut. Ada bicara yang cuba disampaikan namun ianya seakan-akan beku, kekal di antara mereka. Tidak sampai ke tujuannya. Lama mereka begitu.

Masa seakan-akan terhenti. Akhirnya, Irfan bersuara.

“take care, and I mean it. Assalamualaikum.” Ujar Irfan separuh berbisik, dan suara Irfan bagai angin lalu. Aman dan selamat kedengarannya.

Nisa' angguk perlahan.

Irfan berpaling. Dan dia tidak menoleh lagi.

Nisa' masih kaku di situ. Entah kenapa, dia mengharapkan Irfan berpaling, melihat mereka sekali lagi. Namun hampa, Irfan terus pergi.

Nisa' senyum tawar.

Nisa', dia bukan untuk kau. Sara untuknya. Pantas Nisa' membuang fikiran itu jauh. Jauh dari akal warasnya. Semua ini akan tamat, dan Cuma akan tinggal dia dan Hana. Itu dia pasti. Namun kenapa ada sebahagian dirinya tidak merasakan begitu?

Oh hati, jangan kau salah lagi. Dia bukan untukmu..

Gril ditarik, dan wajah tenang Irfan mula kabur.

18 comments:

  1. uuuuuuuuuuu....
    so sweet..
    haha..tengs to mala..
    we owe u la mala..
    hihi..
    nisa',irfan mmg untukmu..
    percayalah..
    ceewaahh..

    ReplyDelete
  2. yeah..bunga2 cinta~
    thanx anarif~

    ReplyDelete
  3. best la dpt kawan cm mala ni..
    yups..nisa percaya la..
    irfan mmg utk awak..ekeeke..

    ReplyDelete
  4. ske mala...huhu tlg psgn tu jgn x tlg..hai..

    ReplyDelete
  5. bgs2..
    bru lega sket hati dgn entry ni..
    lps ni mala la kena jd mastermindnye..
    nk hrp yg 2 org tu,thn dpn pn blum tentu lg.haha

    -kin2-

    ReplyDelete
  6. best..best..susahnyer nk dapat kwn mcm mala tu skrg ni..teruskn berkarya..anda mmg berbakat..but pls jgn lama sgt utk new n3...

    ReplyDelete
  7. waduh..... cayalah mala... i love u! u ar a good true true friend!!!!!!!!!!!!!! lepas ni, mesti nisa tak lena tidur, sbb kena kiss dgn irfan.......heheheeeeeeeeeeee. nak lagi................................

    ReplyDelete
  8. senyum je baca n3 ni...

    ReplyDelete
  9. mala betul2 membantu. irfa, yakinkan nisa cinta awk. no more sara ke atau org lain

    ReplyDelete
  10. bst lh..thanks 2 mala yg ssh2 jd p'antara...br de buih2 kenesraan gitu....( aku pn dh start b'bunga2 plak)

    ReplyDelete
  11. seronok sangat.....
    senyum sendiri u....

    ReplyDelete
  12. well
    whats our writer says?
    u thinks watz da best?

    ReplyDelete
  13. hehehe nak new n3
    nape writer post mcm lambat je cite nie
    tak sabar dah nak baca nie..hehehe

    ReplyDelete
  14. suka la cita nie..mg best..best sgt..huhu

    ReplyDelete
  15. SALAM...
    mari sertai saya di catcheyes jom.. yg bestnya..PERCUMA!
    http://www.catcheye.com.my/?r=76267
    Cara nak register.
    1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=82888
    2.klik join catcheye now
    3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar
    berdasarkan ini selepas cukup RM50)
    4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3
    jawapan A.
    5.klik agree and proceed..Ok siap

    kemudian apa perlu buat?
    1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=76267 dan sign in
    2.lepas sign in klik reward panel
    3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
    4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
    5.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada
    kawan2.
    6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level
    1.percayalah!sebab benda ni 100% percuma

    ReplyDelete
  16. we luv u mala!!!!!!!!!!!!!!! thanx for being very10x good fren!!!!

    nisa'.....bukalah pintu hatimu.....

    ReplyDelete