About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, December 5, 2009

Ini Bubur Cinta: Bowl 4



“Paan!” Paan menoleh pantas.
Aman dan Chan berlari mendapatkan Paan. Tercungap-cungap.
“hah. Aku ingat korang dah lupa aku.” Ada nada bengang di situ.
Chan tersengih menampakkan gigi tengah yang rompang. Kosong.
“sorry lah Paan. Kalau aku tak tolong bapak aku, dia tak nak bagi duit belanja lebih. Jadi aku kena kerjalah.” Chan menjelaskan siap dengan mimic muka lengkap.
Paan memanjangkan tangannya.
Pap!
“aduh! Apesal kau sekeh aku?” berkerut muka Chan menahan sakit.
Aman ketawa terguling-guling.
Pap!
Chan pulak ketawa terguling-guling.
“Paan! Kenapa kau buat aku pulak?” marah aman tak puas hati.
Paan belek lastiknya.
“apesal kau gelakkan Chan? Padan muka.”
Tawa Chan bertambah kuat. Hilang sakit tadi.
“eh, dah lah. Hari ni, nak buat apa?” Paan masih membelek lastiknya. Bangga betul dia dengan lastik itu. Buatan tangan tu.
Chan letak jari di bibir, fikir panjang.
“entah.” Akhirnya itu jawabnya.
Aman turut geleng.
“tak tau.”
Paan pandang keliling, ada sebiji batu besar berdekatan. Dia melangkah ke batu itu, lalu duduk.
Masing-masing berfikir. Dengan bermacam gaya.
“hah! Aku tau!” Chan bersuara kuat.
Aman dan Paan tenung Chan.
“apa dia?”
“Di sebelah kedai aku tu, ada sekor kucing baru beranak. 4 ekor anak dia. Comel. Kau nak lastik diorang?”
Muka Paan berseri.
“haa! Nak! Nak!”
Aman turut ceria.
“lepas tu kita gi lastik burung Wak Abu pulak, nak?” Aman pula bagi cadangan.
Paan angguk lagi. Tiba-tiba...
“eh, tak nak la.” Paan seperti hilang semangat tiba-tiba.
Aman dan Chan berpandangan.
“apesal pulak? Bukan kau ni gila lastik ke? Kitorang tukang sorak je.” Soal Chan pelik.
Aman angguk.
“betul, betul. Selalu kau melompat je kalau dapat lastik binatang.”
Paan geleng.
“nenek aku marah la. Dia dah tau aku lastik ayam dia.” Paan bersuara lemah.
Aman kerut dahi.
“macam mana dia boleh tau?” sebelum sempat Aman Tanya, Chan dah Tanya dulu.
Paan mengeluh lemah.
“Isabelle.”
Chan dan Aman berpandangan.
“hah? Siapa? Sabelle?” Chan menyoal lagi.
“ish, kau ni. Isabelle lah. Dia duduk rumah nenek aku.” Jawab Paan.
“kenapa nama dia macam nama pelakon tv je?” Aman pula bertanya.
Paan tidak terus menjawab. Bermain-main dengan lastiknya.
“dia anak orang putih. Entah. Tu je yang nenek bagitau aku.”
Chan mendekat.
“cantik tak?”
Paan pandang Chan tak percaya.
“kau nak kena sekeh lagi ke? Dia baru umur 4 tahun la. Cakap melayu pun tak reti.” Ada nada hampa di situ.
Aman mengurut dagu.
“eh, jap, jap. Kau dah jumpa budak tu la?”
Paan angguk.
“dah la. Kalau tak, takkan aku tau pasal dia.”
Aman angkat kening sebelah.
“oo, tak bagitau kami pun!”
Paan pandang Aman, Chan tak percaya.
“aku baru je pergi jumpa dia. Tu pun sebab aku tak tau nak buat apa. Koranglah, tinggal aku!” paan memulangkan kembali salah mereka.
Chan sengih.
“hehehe. Sorry la. Eh, Paan, jom, kami nak tengok anak orang putih tu.” Ajak Chan.
Paan geleng.
“dia marah aku lah.”
“apesal pulak?” Aman pelik.
“aku lastik anak ayam nenek aku depan dia. Dia terus nangis, marah aku. Dia bagitau nenek, apa lagi, kenalah sebakul dengan nenek tadi.”
Chan terangguk-angguk macam burung belatuk.
“oo, patutlah kau insaf ek? Dah tak nak lastik binatang dah?”
Paan jungkit bahu.
“entah, tapi dah tak ada mood. Mak aku pulak pergi rumah nenek, balik-balik, marah-marah aku sebab pergi rumah nenek. Mak aku tak bagi aku kawan dengan dia. Kenapa entah.” Ada nada tidak puas hati di situ.
Aman sengih.
“kau je yang tak boleh. Kami boleh kan?”
Chan turut sengih.
“yalah, jom Aman, kita pergi rumah Nek Zizah. Tinggal Paan.” Chan mendapatkan Aman, diletakkan tangannya di bahu Aman, dan mereka beriringan melangkah.
Paan bingkas cepat. Tak puas hati.
“oi! Mana aci! Aku yang bagitau korang!” jerit Paan.
Serentak itu, dia membuka langkah seribu, melepasi Aman dan Chan dan meninggalkan mereka.
Aman dan Chan pula, seraya melihat Paan berlari, mereka turut berlari untuk menyaingi langkah Paan. Riuh suasana apabila Chan terjerit-jerit memanggil Paan.
*********
“dia tak nak keluar. Dia kata kamu jahat.” Nek Zizah memberitahu dengan berat hati.
Paan mengeluh.
“ala nenek, pujuklah dia. Ni ha, Chan dengan Aman yang nak jumpa dia. Bukan Paan.”
Aman dan Chan mengangguk laju.
“betul Nek Zizah. Kami nak tengok anak orang putih tu. Mana tau, boleh buat awek.” Chan menyampuk.
Nek Zizah menghadiahkan jelingan tajam.
“amboi Chan. Kecik-kecik dah pandai.”
Chan sengih.
Aman turut mengerling Chan tak puas hati.
“entah Chan ni. gigi tak cukup ada hati nak ngorat.”
Paan ketawa besar.
“entah Chan.”
Chan sengih saja mendengar kutukan dua sahabatnya itu.
“saya gurau sajalah nek. Nek, panggilkanlah dia.” Pujuk Chan lagi.
Nek Zizah menghalakan pandangannya ke pintu bilik Isabelle yang tertutup rapat.
Dia mengeluh perlahan.
“ok, nenek rasa macam ni. cuba kamu fikirkan apa benda yang boleh buat dia keluar? Dia tu budak lagi. Kena tarik perhatian dia. Kalau tak, jangan haraplah dia nak keluar. Nenek pun suka dia ada kawan. Sekurang-kurangnya taklah dia bosan kat sini.” Nek Zizah menjelaskan.
Chan kerut dahi.
“apa yang boleh buat dia keluar?” Chan Tanya Aman.
Aman tengok Paan.
Paan geleng, jungkit bahu.
“entah, tak tau.”
Chan teringat sesuatu tiba-tiba.
“anak kucing!”
Berseri wajah Aman.
“hah! Mesti dia suka. Nek, dia suka anak kucing?”
Nek Zizah jungkit bahu.
“entah, ye kot?”
Paan pantas berdiri. Aman dan Chan turut bangun.
“jom! Pergi kedai bapak aku sekarang!” ajak Chan bersemangat.
Mereka melompat turun.
Paan mahu melangkah apabila Nek Zizah menahannya.
“Paan, nenek nak Tanya sikit.”
Paan duduk kembali.
“apa nek?”
Nek Zizah menunduk seketika.
“mak kamu ada cakap apa-apa tadi, lepas dia balik dari rumah nenek?”
Paan terdiam, angguk lambat-lambat.
“ada nek. Mak tak bagi Paan kawan dengan Isabelle lagi. Mak larang Paan datang sini lagi jumpa dia.”
Nek Zizah melepaskan keluhan berat. Haliza, Haliza..
“Paan, patutnya Paan dengar cakap mak. Jangan jumpa Isabelle lagi.”
Paan kerut dahi.
“kenapa nek? Kesian Isabelle. Dia tak ada kawan pun kat sini. apa salahnya kami kawan dengan dia?”
Nek Zizah menarik nafas dalam. Sukar untuk memberi jawapan untuk soalan itu.
Dipegang bahu cucunya itu.
“Paan, Paan akan faham nanti. Hal orang tua. Mak tu Cuma tertekan sikit. Paan dengar cakap mak ya.”
Paan tunduk.
“tapi Paan nak berkawan ramai-ramai. Mak mana boleh halang Paan berkawan.” Protes Paan.
Nek Zizah mengeluh.
Benar kata cucunya itu. Haliza saja yang membesar-besarkan perkara itu. Dendam yang tak patut dibiarkan beraja.
“hmm, pergilah dengan Chan. Nenek tunggu sini.”
Paan bingkas, menuruni tangga dan berlari laju mengejar Chan dan Aman yang sudah jauh pergi.

4 comments: