About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, December 1, 2009

Anaknya, Anakku Jua 43

Perhatian Mala dan Hajah Rubiah pada televisyen terganggu apabila Irfan naik ke rumah bersama Hana dengannya, tanpa Nisa'.

Irfan tidak bersuara, tidan menyapa mereka, dia terus ke dapur. Mala memanjangkan lehernya, kelibat Nisa' tidak kelihatan.

Aik, apa dah jadi ni? pelik.

Mala angkat punggung. Perlahan-lahan dia melangkah ke dapur.

“Irfan.” Panggilnya apabila matanya disapa wajah kelat Irfan.

Irfan angkat muka.

“oh, Mala. Kenapa?”

Mala kerut dahi.

“kenapa? korang tu kenapa? ada apa-apa yang boleh aku bantu dan yang perlu aku tau?” suara Mala perlahan.

Tidak mahu Hajah Rubiah yang sedang menonton televisyen terdengar perbualan mereka. Mala memeluk tubuhnya. Setia menanti jawapan Irfan.

Irfan menunduk seketika. air masak yang dituangnya diteguk seteguk dua.

Seketika kemudian, keluhan panjang dilepaskan.

Mala menghampiri meja makan, ditariknya sebuah kerusi lalu duduk.

“Irfan, awak boleh bercerita dengan saya. Mana tau saya boleh tolong. Korang baru sehari berkahwin, saya tak nak perkara yang kita takutkan tu jadi secepat ni. awak faham kan?” Mala berbicara perlahan.

Irfan mengangguk.

“tak ada apa-apa pun. Salah saya. Nisa' tak salah.” Irfan turut duduk, dipangku Hana di pangkuannya.

Mala angkat kening.

“cerita dulu. Lepas tu baru saya boleh cakap siapa salah, siapa betul.”

Irfan mengeluh berat.

“saya nak belikan Nisa' baju pengantin, dia tolak. Dia nak guna duit sendiri.”

“sebab tu je?”

“entahlah Mala. Saya pun tak faham kenapa susah sangat dia nak terima duit saya. Saya ni sebenarnya...entahlah, saya dah anggap dia dan Hana betul-betul macam family saya, dan saya nak biaya semuanya tentang mereka. Sedangkan Nisa', dia masih anggap dia dan Hana entity yang berbeza dari saya. Dua pandangan yang berbeza. Jadi saya mendesak, dia mendesak. Itu puncanya.”

Mala terdiam, mengeluh panjang.

“hmm, Nisa' tu memang macam tu, dia independent sangat. Tak suka ditaja orang. tambah pula awak...maafkan saya, tapi ini realitinya, awak, pada dia bukan sesiapa. Jadi, memang tak boleh salahkan dia.”

Irfan angguk.

“saya faham. Entahlah. Sebenarnya, saya terkilan bila Zila pergi sebelum sempat saya bahagiakan dia dan anak saya. Sebab tu, saya nak beri semua yang saya ada pada Nisa', dan Hana. And I just can’t resist that feeling. Saya mahu memberi, dan terus memberi, dan Nisa', pada dia, apa yang saya dah buat untuk kenduri ni, dah lebih dari cukup. Dia dah tak nak terima bantuan kewangan dari saya. Itu yang buat saya terkilan sendiri.”

Mala menarik nafas dalam.

“awak ok ke sekarang? So, how do you suggest to go through the situation?”

Irfan jungkit bahu.

“entah. Biarkan saja dia beli guna duit dia. Saya yang bersalah. Dan Nisa', dia pun bercakap berdasarkan apa yang dia tahu. Dia bukan Tuhan. Dia tak boleh baca hati saya, fikiran saya. Don’t worry, nanti saya ok lah. Saya Cuma perlukan masa. You know, untuk biasakan diri dengan reality.” Ada sinis di situ.

Mala mengangguk.

“nampaknya, tak banyak yang saya boleh tolong. Saya Cuma boleh berharap, awak sabar dan teruskan juga hidup awak, sebaik yang mungkin. Sekurang-kurangnya, awak cuba. Kalau in the end, hati dia tetap tak terbuka untuk awak, apa boleh buat? Mungkin itu yang dah ditentukan. Ok?”

Irfan angguk.

“Mala, thanks again.”

Mala senyum nipis. Dia bingkas.

“so, boleh saya ambil Hana?” suara Mala ceria sedikit.

Irfan angguk.

Hana bertukar tangan. Mala mengatur langkah ke tangga sebelum dia menoleh kembali.

“oh, lagi satu Irfan. Cuba lihat Nisa' dan Hana sebagai orang baru, bukan ganti kepada arwah keluarga awak, mungkin cara tu nanti akan lebih berkesan. Who knows?”

Irfan terdiam.

Mala sudah menghilang ke atas.

Nisa' dan Hana sebagai orang baru?

********

Nisa' tidak bersuara langsung di dalam kereta. Senyap. Cuma kedengaran suara Hana sekali-sekala berbual sendiri.

Irfan mengerling Nisa'. Marah ke dia?

Irfan berdehem perlahan.

Nisa' sedar tindakan Irfan itu tapi otaknya terlalu ligat berfikir hinggakan dia tidak mampu memberi respons.

Hakikatnya, hatinya tersentap, dan tersentuh. Tadi, sebaik dia naik ke atas, Irfan, Mala dan Hana tiada di ruang tamu. Nisa' ke dapur, dan baru saja dia mahu melangkah, dia terdengar suara Irfan.

“entahlah Mala. Saya pun tak faham kenapa susah sangat dia nak terima duit saya. Saya ni sebenarnya...entahlah, saya dah anggap dia dan Hana betul-betul macam family saya, dan saya nak biaya semuanya tentang mereka. Sedangkan Nisa', dia masih anggap dia dan Hana entity yang berbeza dari saya. Dua pandangan yang berbeza. Jadi saya mendesak, dia mendesak. Itu puncanya.”

Nisa' kaku di situ. Mala dan Irfan berbicara tentangnya.

Suara Mala kedengaran, namun terlalu perlahan untuk Nisa' menangkap butir bicaranya.

Kemudian, kedengaran Irfan berkata lagi.

“saya faham. Entahlah. Sebenarnya, saya terkilan bila Zila pergi sebelum sempat saya bahagiakan dia dan anak saya. Sebab tu, saya nak beri semua yang saya ada pada Nisa', dan Hana. And I just can’t resist that feeling. Saya mahu memberi, dan terus memberi, dan Nisa', pada dia, apa yang saya dah buat untuk kenduri ni, dah lebih dari cukup. Dia dah tak nak terima bantuan kewangan dari saya. Itu yang buat saya terkilan sendiri.”

Nisa' tersentak apabila tangan seseorang menyentuh bahunya.

“ummi..”

“Nisa' buat apa tu? Ummi nak cakap sikit dengan Nisa'?”

Nisa' angguk laju.

“ok.” Nisa' kembali ke ruang tamu bersama ummi.

Ummi duduk, Nisa' mengambil tempat di sebelah ummi. Kata-kata Irfan berlegar di ruang mindanya.

Jadi, kerana terkilan dengan pemergian Zila dan anak mereka, Irfan mahu menebus semuanya dengan aku dan Hana? Semuanya dari segi kewangan? Memang salah aku. Irfan tak bersalah. Dia Cuma mahu memberi dengan ikhlas. Patutlah dia terasa. Irfan, maafkan saya.

“Nisa', dengar tak ummi cakap ni?” suara ummi menghilangkan suara Irfan dari benak fikirannya.

“ummi, sorry, Nisa' tak dengar. Ummi cakap apa?”

Ummi menyandar.

“ish, termenung apa lah.” Omel ummi.

Nisa' sengih malu.

“kamu ada masalah ke dengan Irfan?”

Nisa' terdiam. Geleng.

“tak, kenapa?”

Ummi memuncung.

“kenapa muka dia keronyok je? Dia naik tadi mood macam tak baik.”

Nisa' geleng bersama senyum.

“ummi, tak lah, tak gaduh. Ada salah faham sikit, salah Nisa'. Ummi jangan risau. Kami takkan buat benda yang pelik-pelik sebelum kenduri ni.”

“sebelum kenduri? Maksud kamu lepas kenduri ada yang akan jadi?”

Nisa' terdiam.

“eh, tak, tak, maksudnya, mesti takkan jadi apa-apa la, especially sebelum kenduri. Yelah, Nisa' takut ummi risau kenduri tak jadi, semua akan jadi. Cuma, tu la, ada salah faham sikit. Ummi jangan risau ye?” pujuk Nisa'.

Ummi tidak menjawab. Direnung Nisa' dengan pandangan yang Cuma dia mengerti.

“Nisa'...”

“hah?”

“awak ok ke?” Nisa' menoleh sekilas.

“ok, kenapa?”

“tak lah, awak senyap je.”

Nisa' terdiam. Menunduk, direnung Hana di pangkuan.

“Irfan, maafkan saya.”

Irfan menoleh.

“sebab apa?”

“sebab tadi. Saya tak patut cakap macam tu.”

Irfan pula terdiam. Dia dengar ke tadi?

“err, tak pe, awak tak salah.”

Nisa' tidak membalas lagi.

“so, err, kita beli baju baru la ni?” Irfan cuba mengubah topic.

Nisa' angguk.

“ok, tak ada masalah, saya ikut je.”

“duit siapa?”

Nisa' menoleh.

“Irfan, kalau awak rasa awak masih mampu nak bayar semuanya, awak boleh bayarkan. Sebenarnya, saya Cuma risaukan keadaan kewangan awak. Yelah, awak kan baru mula semula. Banyak duit diperlukan. Dan kehidupan awak yang lagi satu pun perlukan duit jugak. Kalau awak memberi terlalu banyak, entahlah, saya rasa macam tak baik untuk awak. Tapi, awak lebih tau tentang diri awak. So, suka hati awaklah. Tapi saya akan pastikan baju tu nanti tak mahal sangat.”

Irfan menarik nafas dalam. Nisa' tak dengar tadi.

“betul?

Nisa' angguk laju.

“betul. Saya ikut je.”

Irfan turut angguk.

“oklah kalau macam tu.”

Kan bagus kalau Nisa' dengar apa aku cakap dengan Mala tadi? Hmm...

Telefon bimbit Irfan berbunyi nyaring. Dilihatnya skrin. Bakar. Dikerling Nisa' sekilas sebelum ditekan punat hijau. Hands-free sudah terlekap di telinganya kemas.

“hello,”

“assalamualaikum, Irfan.”

“waalaikumussalam bang ngah. Lama tak telefon, apa cerita?”

“Irfan, apa yang kau rahsiakan dari aku?”

“rahsia apa pulak bang ngah?”

“kau nak kahwin dengan perempuan tu Irfan? Perempuan yang bela anak GRO tu?”

“bang ngah, tolong cakap baik-baik sikit. Untuk pengetahuan bang ngah, bukan nak kahwin, dah kahwin. Kami dah nikah semalam. Dan dia sekarang isteri saya yang sah. Saya sangat hargai bang ngah kalau bang ngah boleh sebut nama dia betul-betul. Bukan perempuan-perempuan macam tu je. Ok?”

Nisa' menoleh. Irfan sedang bercakap tentangnya.

“oh, sebab dia, kau dah nak menentang aku sekarang? Kau ingat aku akan duduk diam? Dia tu bela anak GRO. Boleh rosak keturunan kita kerana dia nanti, kerana budak tu, kau nak macam tu?”

Irfan menggeleng.

“bang ngah, yang rosak keturunan bukan kerana anak bekas GRO, tapi kerana mulut memfitnah. Irfan minta maaf. Irfan Cuma akan bercakap dengan bang ngah lagi kalau bang ngah dah reti bercakap yang elok tentang isteri dan anak Irfan. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan.

Nisa' menunduk. Pasti Bakar sedang menyumpah seranah.

“Bakar benci kami kan?”

Irfan mengangguk.

“tapi dia tak ada kena mengena dengan kita. Lagipun, kita dah nikah. Tak ada apa yang boleh dia buat.” Yakin bicara Irfan.

Nisa' senyum sinis.

“nampaknya dia takkan duduk diam selagi saya dan Hana tak pergi jauh dari hidup dia. Mujurlah kita bukan berkahwin untuk selamanya.”

Bicara Nisa' yang itu membuatkan Irfan menoleh sekilas.

Tiada riak bersalah. Nisa' benar-benar tidak mengerti.

Irfan melepaskan keluhan panjang. Tabahkan hatiku, bukalah pintu hatinya untukku, Tuhan...

8 comments:

  1. hehhhh...
    npe la umi kaco..
    kalo x,,nisa' da dgr ayt penting dri mulot mala da..
    ngeeeeee..
    sabr ek irfan..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. ameen..moga2 doa irfan mkbul..
    bukakla pntu hati nisa utk irfan... :D
    bgus la irfan ni..protect nisa..(da tntu la..nisa kn isteri die)

    ReplyDelete
  3. nape nisa xsedar2 lagi nie..
    harap irfan tabah..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  4. nisa, nisa...... benci tau!!! sian....irfan!

    ReplyDelete
  5. risau si bakar or shila nk buat sonething tak elok kat diorg..haisy..

    ReplyDelete
  6. waaaa.... sian kat irfan.... tp btl gak kata mala, irfan kena lihat nisa' & hana sbg org baru. bkn pengganti zila & anaknya....

    ReplyDelete