About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 23

Nisa' merenung siling kosong. Tangan kanannya melangkau jauh di atas badan Hana, sebagai langkah bersedia kiranya Hana terjaga dari lenanya dan mahu ditidurkan semula. Mujur juga Nisa' tidak membiasakan Hana tidur di dalam buaian. Jika tidak, pasti sukar untuk Hana melelapkan mata tanpa buaiannya.

Nisa' mengeluh kecil. Peristiwa siang tadi benar-benar membuatkan dia tak keruan. Sudah pastilah puncanya sikap ummi yang sukar bertolak ansur dan suka berkeras itu.

Keluhan dilepaskan lagi. Tahu mengeluh tidak begitu digalakkan tetapi jiwa dan perasaannya betul-betul penat, penat dan letih dengan sikap ummi. Ummi...

********

"Nisa', mari naik." Suara abah memanggil membuatkan Nisa' yang sedang mengagah Hana dalam kendongan Fazil menegakkan badannya. Mendongak sedikit ke atas. Kemudian, dia dan Irfan berpandangan.

Fazil turut memandang Nisa' hairan.

"kenapa abah suruh akak turun lepas tu panggil naik balik?" soal Fazil hairan.

Nisa' mengerling Fazil sekilas. Kemudian, diciuminya pipi Hana. Irfan turut membisu.

"tak ada apa-apa, Zil, jangan lama-lama kat bawah. Nanti Hana kena nyamuk pulak." Nisa' mengingatkan. Fazil tidak mengangguk, tidak menggeleng. Dia menghantar Nisa' dan Irfan pergi naik ke atas rumah kembali dengan pandangan hairan.

Nisa' yang baru hendak mengambil tempat duduk membatalkan niatnya apabila matanya menangkap tubuh ummi yang bingkas dari kerusi. Pandangan tajam ummi masih memanahnya dalam.

"Nisa', ikut ummi." Mendatar suara ummi. Ummi berlalu bersama jelingan tajam. Nisa' telan liur, serba salah. Dia berpandangan dengan Irfan yang juga kelihatan keliru, sebelum suara abah turut kedengaran.

"Nisa', ikut ummi tu,"

Nisa' pandang abah. Berbalas pandang sesaat dua sebelum dia mengangguk perlahan.

"baik abah."

Nisa' meneruskan langkahnya, tertoleh-toleh juga dia melihat Irfan yang keseorangan bersama abah.

"ummi," perlahan suara Nisa' menyapa sebaik punggungnya mencecah kerusi di meja makan, berhadapan dengan ummi.

Nisa' cuba menatap wajah ummi yang tegang namun tidak terdaya. Akhirnya, dia tunduk memandang meja, merenung pantulan wajahnya sendiri yang Cuma kelihatan bentuknya sahaja.

Ummi mendengus kecil.

"Nisa', kamu ni betul nak ummi mati ke?" soalan pertama ummi membuatkan Nisa' tersentap. Dia mendongak pantas, merenung wajah ummi yang sudah melepasi separuh abad itu.

"ummi, kenapa ummi cakap macam tu?" suara Nisa' perlahan, benar-benar tidak menyangka soalan sebegitu akan terpacul dari mulut umminya.

Ummi berpaling kasar.

"dulu, masa kamu dengan Badri, ummi dah cukup pening kepala. Bila kamu putus dengan dia, ummi senang hati Nisa', sebab kamu dapat Daniel, yang sempurna dari semua segi, dan yang penting, status dia bersih, takkan mengundang cakap orang. kamu putus dengan Daniel, tak minta kebenaran ummi. Kamu bawak balik budak tu, yang latar belakangnya entah apa-apa, dan sekarang, kamu nak kahwin dengan duda pulak? Nisa', kamu ni betul dah hilang akal ke apa hah?" tempelak ummi. Pandangan ummi tajam, seperti kebiasaannya.

Nisa' tertunduk mendengar tempikan ummi. Sampai hati ummi.

"Daniel tu dah cukup bagus tau! Kerana budak tu, kamu sanggup tinggalkan Daniel, nak kahwin dengan duda pulak? Apa ummi nak cakap dengan saudara kita nanti? Apa ummi nak cakap dengan pak long, mak ngah, mak teh? Mana ummi nak letak muka ummi ni?" tambah ummi lagi. Suaranya jelas menyinga. Nisa' masih menunduk, tidak mahu menentang mata ummi, membiarkan sahaja ummi mengeluarkan hujahnya. Nanti saja dia membidasnya.

"kamu tu anak dara. Dah dapat padanan yang sempurna. Daniel. Kaya. Kacak. Anak teruna. Keluarga yang baik-baik. Kalau tak kerana budak tu, anak si Badri tu, kamu dah lupakan semua jasa Daniel pada kamu. Sahlah, budak tu memang budak sial!"

"ummi!"

"apa? Tak betul apa ummi cakap? Hah? Kerana budak tu, Daniel pergi dari kamu. Tak ada sesiapa nak ambil dia jadi anak angkat. Sekarang, yang sangkut dengan kamu, duda pulak! Siallah namanya tu!" Nisa' memejam mata rapat-rapat. Mengalirlah beberapa titis mutiara jernih yang sudah bergenang di tubir matanya sedari awal tadi.

Nisa' merenung wajah ummi yang tegang lama. Sepi membaluti suasana. Di atas, entah apa yang abah cakapkan dengan Irfan. Irfan. Kasihan Irfan. Dia tak bersalah. Dia Cuma mahu membantu. Dia tak patut diperlekehkan. Namun, bagaimana mungkin dia menerangkan semua itu kepada ummi yang tidak boleh tahu langsung mengenai apa yang dirancangkan mereka? Lagipun, semua rancangan gila itu bermula dari ummi juga, berpunca dari ummi juga. Jika bukan kerana ummi yang mendesak Nisa' menyerahkan Hana kepada keluarga lain, Nisa' tidak mungkin akan mencari keluarga angkat dengan keadaan begitu terdesak sekali.

Nisa' menyeka air mata perlahan, melirik ummi yang jelas begitu marah. dada ummi turun naik menahan nafas.

"ummi, Nisa' takkan serahkan Hana kepada sesiapa, atau tinggalkan Hana ummi. Dia anak Nisa'."

Ummi menjegilkan matanya, geram dengan kata-kata Nisa'.

"bila dia jadi anak kamu? Bila kamu beranakkan dia? Hah? Kerana Badri! Kerana Badri kan kamu sanggup nak jaga dia?" tempelak ummi kuat.

"Nisa', kenapa kamu ni susah sangat nak faham kehendak ummi? Ummi Cuma nakkan yang terbaik untuk kamu. Ummi tak nak nama anak ummi dijaja orang. bela anak bekas kekasih. Kahwin dengan duda. Kan tak sedap didengar?"

Nisa' menelan liur. Terasa tekaknya kelat, dan kering.

"biarkan apa orang nak kata. Nisa' tak pernah kisah. Ummi kisahkan kata orang, sedang yang dipandang Allah Cuma taqwa. Ukuran Iman tak datang dari penilaian insan sejagat ummi. Memelihara anak yatim, besar pahalanya ummi. Kahwini duda, apa dosanya? Sedang nabi mengahwini Khadijah yang sudah janda. Beza umur pula jauh. Nabi juga anak yatim yang dibela ramai orang, akhirnya, dia mendatangkan rahmat yang tak terhingga kepada semua yang menjaganya. Apakah ertinya semua tu ummi? Kenapa ummi tak boleh memandang apa yang Nisa' buat dari sudut berbeza? Nisa' anak ummi. Nisa' tau besar dosanya membantah ummi, tapi Nisa' mahu ummi merestui Nisa', supaya kita sama-sama mendapat saham akhirat, insyaAllah."

"Nisa'! kamu jangan nak mengajar ummi pulak!" tengking ummi. Panas telinganya mendengar teguran ikhlas Nisa'.

Nisa' menunduk seketika. air mata sudah kering, bersisa di pipi.

Dia merenung ummi dalam. Bingkas menghampiri ummi.

Dicapai tangan ummi, dan dia melutut di hadapan ummi. Ummi mendengus kasar. Memalingkan mukanya. Tidak mahu bertentangan mata dengan Nisa'.

Dicium tangan umminya lama. Kemudian, dia mengangkat mukanya, merenung sisi wajah ummi.

"ummi, jika Nisa' dikatakan anak derhaka, Nisa' terima tapi satu perkara Nisa' nak ummi tahu, Nisa' tak pernah berniat untuk membelakangkan ummi tapi semuanya terjadi dengan terlalu pantas. Nisa' penat ummi. Nisa' penat. Tolonglah, Nisa' merayu pada ummi, lupakan semua yang berlaku dulu, terimalah Irfan ummi. Nisa' perlukan Irfan. Demi Hana. Irfan juga sayangkan Hana, dan dia akan menjadi ayah yang baik untuk Hana. Itu yang Nisa' fikirkan sekarang ummi. Kepentingan Nisa' bukan keutamaan Nisa' sekarang. Semuanya, Nisa' lakukan untuk Hana. Semuanya. Nisa' tahu, Nisa' Cuma boleh berusaha. Jika ummi membantah, Nisa' tak akan teruskan dengan cadangan ni. Nisa' Cuma akan berkahwin dengan restu ummi. Lama mana pun Nisa' terpaksa tunggu. Tapi satu Nisa' minta, tolong jangan pisahkan Nisa' dan Hana, tolong ummi." Air matanya menitis lagi. Dia teresak-esak di situ lama, namun ummi masih membatu.

"Nisa'," suara abah mengejutkannya. Nisa' mendongak, dan pandangannya menangkap tubuh abah dan Irfan yang entah sejak bila di situ.

Nisa' memalingkan mukanya sedikit, menyeka air mata.

Kemudian, dia memandang mereka semula. Ummi masih membisu. Nisa' menarik nafas dalam.

Mengukir senyum tawar kepada abah. Dia bingkas perlahan-lahan.

"pergi angkat beg kamu. Kamu tidur sini kan malam ni?" soal abah tenang. Karakter yang sangat berlawanan dengan ummi.

Nisa' angguk perlahan. Mengatur langkah ke arah abah dan Irfan. Melirik ummi yang merengus perlahan. Nisa' pasrah. Dia memanjat tangga, diikuti Irfan.

"awak ok?" soal Irfan pantas sebaik mereka berada di bawah rumah. Mereka beriringan ke kereta.

Dia angguk perlahan. Menanti Irfan membuka but kereta namun Irfan kaku di tepi kereta, merenungnya.

"kenapa?" soal Nisa' pula.

Irfan menggeleng.

Dia kemudiannya bersandar di keretanya. Memeluk tubuh.

Nisa' menghampiri. Matanya masih tidak lepas dari wajah Irfan.

"Irfan, apa, abah cakap dengan awak?" soal Nisa' perlahan, teragak-agak.

Irfan membalas renungan Nisa', senyum nipis.

"tak ada apa-apa." Jawabnya ringkas.

Nisa' mengerutkan dahi. Pelik.

"kenapa awak senyum?" soalnya lagi.

Irfan geleng.

"tak ada apa-apa." Dalihnya.

Nisa' menanti sesaat dua. Apabila Irfan masih tidak kelihatan berminat untuk menyambung bicaranya, dia turut bersandar di kereta. Melepaskan keluhan panjang.

"saya rasa lega," Irfan menoleh pantas apabila Nisa' tidak menghabiskan ayatnya.

"lega kenapa?" soal Irfan ingin tahu.

Nisa' mendongak, memandang pokok jambu air yang rendang dan sedang berbunga lebat.

"lega sebab ummi tak luahkan marah dia pada awak," sekilas Nisa' menoleh, memandang Irfan.

Irfan senyum tawar. Menarik nafas dalam.

"mungkin, apa yang kita buat ni tak betul." Ujar Irfan perlahan, dan teragak-agak bunyinya. Nisa' menoleh, mencari-cari makna kata-kata Irfan. Matanya dikecilkan, ditenung Irfan lama.

"don’t tell me that you want to back off now." Ujar Nisa', ada nada amaran juga di situ. Namun hakikatnya dia lebih kepada takut, takut rancangan mereka tidak membuahkan hasil dan Hana akan pergi darinya.

Irfan senyum nipis melihat wajah Nisa' yang kerisauan. Jelas benar dia risau. Dia menentang mata Nisa' yang masih menanti. Menanti kebenaran kata-katanya tadi.

"no, Cuma saya rasa bersalah." Nadanya mendatar.

Wajah Nisa' yang tegang mengendur sedikit, lega. Dia memandang ke hadapan kembali, mengeluh panjang.

"saya pun. Sebab saya terpaksa membohongi semua orang. saya rasa bersalah sangat. Yang membuatkan saya teruskan juga semua ni sebab saya fikir bohong saya tu takkan menyakiti sesiapa. Cuma, mungkin ada hati yang akan patah." Ujar Nisa', nada kerisauan terselit di hujung ayatnya.

Tiba-tiba, Nisa' menoleh.

"Irfan, untuk mengelakkan saya rasa bersalah yang teramat dengan penipuan ni, kalau kita jadi kahwin, saya harap awak dapat ceraikan saya cepat-cepat." Nisa' meluahkan permintaan itu tanpa ragu lagi.

Irfan terdiam, dia menoleh sekilas, senyum tawar.

"ok, as you wish." Nisa' angguk perlahan.

Dia bersandar lagi di kereta, menggigit jarinya resah. Irfan telan liur. Dikerling Nisa' di sisi.

Dia mengeluh tanpa Nisa' sedari. Keluhan berat.

1 comment:

  1. nape la irfan ni x ckp y die suke kn nisa'...adooiiya..!

    ReplyDelete