About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 19

Malam itu, Mala berkunjung ke rumah Nisa'. Seminggu selepas pertemuan empat mata Nisa' dan Irfan di restoran itu.

Nisa' senyum senang melihat Mala mengagah Hana yang sudah boleh menguntum senyum. Nisa' memghulurkan air Nescafe yang telah dibancuhnya kepada Mala. Dia kemudian mengambil tempat di sisi Mala, di atas lantai mereka bertiga.

‘ai, princess Hana dah boleh senyum ya? Ala, comelnya dia! Hee! Geram aku!’ Mala mencubit pipi montel Hana geram.

Nisa' berdehem perlahan.

‘ai, kau ingat pipi anak aku tu apa? Lempeng tak siap ke nak cubit-cubit macam tu?’ marah Nisa'.

Mala ketawa kecil. Dicubit lagi pipi Hana membuatkan Nisa' menepuk kuat pahanya.
Mereka ketawa bersama. Nisa' mengusap pipi Hana lembut. Teringatkan cadangan Irfan. Terngiang-ngiang perbualan mereka tempoh hari.

Kahwin? Memang cadangan gila! Tapi, aku memang tak ada pilihan demi mengekalkan Hana dengan aku. Apa lagi pilihan aku yang tinggal? Tanpa disedari, dia mengeluh panjang.
Membuatkan Mala menoleh melihatnya.

‘ai, cik Nisa' mengeluh?’ tegur Mala.
Nisa' senyum tawar mendengar teguran yang lebih berupa usikan itu.

Perlukah dia memberitahu Mala mengenai cadangan Irfan itu? Apa reaksi Mala agak-agaknya? Gila? Memang cadangan tu gila. Agaknya, aku boleh masuk Tanjung Rambutan dah sebab asyik buat tindakan ekstrem je sejak ada Hana. Kerana Hana, aku jadi macam ni. Hana.

‘Mala, aku nak beritahu something kat kau ni. kau, jangan terkejut tau?’ Mala angkat kening.

‘apa?’

Nisa' telan liur. Mencari-cari ayat yang sesuai untuk memulakan.

‘Irfan, dia ajak aku kahwin sebab...’

‘what? Aku salah dengar ke? Ya Allah Nisa'! tahniah! Akhirnya, berbapa juga Hana!’ Mala menarik Nisa' ke dalam pelukannya. Nisa' terkebil-kebil, menahan nafas terkejut.
Mala merenggangkan pelukan, memandang Nisa' dengan pandangan ceria.

‘bila dia lamar kau?’ soal Mala teruja.
Nisa' garu kepala.

‘err, tak lah lamar, tapi dia cadangkan...’

‘hah, bagus sangat lah tu. Aku dah agak dah. Tapi cepat jugak si Irfan ni bertindak ek.’ Ujar Mala kagum.

Nisa' pantas mengangkat tangan kirinya, dihayun ke kanan kiri pantas.

‘Mala, bukan macam tu.’
Mala mengecilkan matanya. Mendekatkan wajahnya ke wajah Nisa'.

‘alah Nisa', jangan la malu dengan aku. Oo, senyap-senyap kau ek.’ Usikan Mala semakin menjadi-jadi.

Nisa' buntu. Macam mana nak cakap ni? Akhirnya, dia memegang kedua-dua bahu Mala.
‘Mala, dengar dulu, jangan menyampuk!’

Mala yang terkejut dengan tindakan drastic Nisa' angguk laju. Bulat matanya melihat Nisa'.

‘Irfan ajak aku kahwin, kemudian, kitorang akan bercerai. Kitorang buat ni semua untuk Hana, supaya Hana akan kekal bersama aku. Faham?’

Mala terdiam seketika. terkebil-kebil matanya mendengar bicara Nisa'.

‘biar betul!’ akhirnya, hanya itu yang terucap di bibirnya.
Nisa' melepaskan bahu Mala, menekur karpet. Melepaskan keluhan panjang.

‘dia yang cadangkan. Sebabnya, dia kata sekarang aku terikat dengan ummi sebab aku anak dara. Bila aku dah bercerai nanti, aku bebas sebagai janda. So, aku boleh jaga Hana. Kau pun tau kan hari tu Irfan tak boleh ambil Hana sebab dia lelaki tak beristeri, Hana perempuan.’ Jelas Nisa'.

Mala merenung Nisa' bersama seribu persoalan. Jadi, Irfan tak meluahkan perasaan pada Nisa'?

‘kau orang nak berlakon la?’ soal Mala.

‘hmm, terpaksa. Lepas sebulan dua, kitorang akan bercerai.’ Beritahu Nisa', ada nada ragu-ragu di hujung suaranya.

Mala merenung Hana tidak berkelip. Berfikir dalam.

‘Irfan cakap dia akan ceraikan kau lepas korang kahwin?’

‘haah.’

‘sanggup dia?’

Nisa' menoleh. Memandang wajah Mala yang pelik. Soalan itu pelik.

‘kenapa kau Tanya macam pelik je? Dia yang cadang, mestilah dia sanggup. Aku ada Tanya jugak pasal family dia nanti macam mana, tapi dia kata family dia no hal. Perempuan yang dia suka tu pun tak ada masalah. Cumanya, untuk mengelakkan masalah, hal ni akan menjadi rahsia. Sekarang, Cuma kau, aku dan Irfan je yang tau.’ Jelas Nisa' lagi.

Mala mengerutkan dahinya. Jadi betullah Irfan ada kekasih? Tapi pandangan dia pada Nisa', kenapa Nampak lain? Apa sebenarnya yang dia nak buat ni? ish, pening!

‘Mala, kenapa kau Nampak macam lain je? Kau, tak setuju kitorang buat macam ni?’ soal Nisa'.

Mala geleng, keliru.

‘bukan tak setuju, tapi, entahlah. Dah tak ada ke idea gila lain yang kau orang boleh fikirkan?’ soalan Mala membuat Nisa' ketawa kecil.

Pandangan Nisa' kembali pada Hana yang sedang bermain dengan jemarinya sendiri. Dicapai jemari Hana dan digenggamnya.
Direnung wajah serius Mala.

‘Mala, aku tau idea ni gila. Aku pun mengamuk pada Irfan masa dia mula-mula cadangkan. Tapi lepas dengar reason dia, it’s reasonable. Seriously, apa cara lain yang ada yang boleh membuatkan Hana kekal dengan aku tanpa gangguan dari ummi? Nanti, bila aku dah jadi janda, aku dah bebas Mala, dari segi agama mahupun undang-undang. Kau pun tau kan?’ soal Nisa' pula.

Mala mengeluh kecil. Merenung Nisa' tidak percaya.

‘kau sanggup pegang title janda?’ soalan itu membuatkan Nisa' senyum pula.

‘sanggup tak sanggup, terpaksalah, demi Hana.’ Genggaman jemari Hana bertambah erat.
Mala turut menggenggam jemari Hana yang bebas.

Merenung Nisa' dan Hana silih berganti. Kemudiannya, pandangannya tertumpu pada wajah Nisa'.

‘Nisa', sejak ada Hana, kau dah berubah. Aku tak kata kau berubah ni tak elok, dan aku tak kata elok juga, tapi aku kagum dengan kau. Kau sanggup ketepikan hal diri kau semata-mata kerana Hana. Aku tak sangka hati kau sebesar tu.’ Pujian Mala yang berlagu di bibirnya membuatkan Nisa' senyum kecil.

Layakkah dia untuk pujian itu? Berbaloikah pengorbanannya ini? Nisa' sendiri tidak pasti. Apa yang dia pasti, Hana akan kekal bersamanya, walau apa yang terjadi.

‘Mala, aku tau susah nak berkorban terutamanya untuk orang yang sangat asing pada kita. Tapi, entahlah, susah aku nak gambarkan tapi sejak Hana jadi penghuni rumah ni, aku rasa macam ada semangat baru. Bukan sebab Hana anak Badri, tapi kerana pengorbanan Suraya. Sampai sekarang, aku masih terbayang-bayang peristiwa malam tu. Wajah Suraya yang aku baru kenali, yang tak pernah aku tau kewujudannya. Suraya yang tabah, sanggup mengorbankan nyawanya demi anaknya. Dalam dia bertarung dengan maut, dia boleh lagi memikirkan masa depan Hana dan mencari aku. Mengenangkan pengorbanan Suraya, aku jadi kuat untuk menerima semua ni, dan menghadapi apa saja demi Hana. Suraya sanggup mengorbankan nyawanya demi Hana, kenapa aku tak boleh korbankan hidup aku yang entah terjamin atau tak di akhirat nanti. Aku tau, akal waras susah nak menerima semua ni, tapi jika kau Tanya pada iman di dada, mungkin kau takkan berfikir waras lagi. Sekurang-kurangnya, dengan menjaga Hana sebaik mungkin, diri aku terjamin kelak, siapa tahu? Lagipun, aku dah sayangkan Hana lebih dari segala-galanya. Dia anak Badri dan Suraya, anak aku jugak. Dia tetap anak aku, sampai bila-bila.’ Ujar Nisa' panjang lebar.

Mala tersenyum bangga mendengar kata-kata Nisa'. Sebelah tangannya diletakkan di atas bahu Nisa'. Seraut wajah Nisa' ditenung dalam.

‘Nisa', aku bangga dengan kau, even aku pun mungkin takkan mampu buat seperti kau. Mungkin tak ada yang sanggup Nisa'. Aku doakan kau dapat apa yang kau hajatkan dan semua kegembiraan di dunia menjadi milik kau, dan Hana.’ Doa Mala. Nisa' memegang tangan Mala, dibawa turun ke silanya, digenggam erat.

‘Mala, thanks for being here with me.’
Mala angguk perlahan.

‘thanks to you too, kerana mengajar aku sesuatu yang sangat berharga. Kasih sayang yang tidak bersempadan.’

Nisa' senyum kecil. Buat seketika, mereka membisu, membiarkan sepi melayani perasaan masing-masing.

‘so, kau akan kahwin dengan Irfan?’ soalan Mala membuatkan Nisa' teringat kembali dengan hal itu. Tentang cadangan Irfan. Cadangan gila.

Nisa' mengeluh kecil.

‘setakat ni, aku rasa ya.’ Nisa' memandang Mala, tidak pasti.

‘kau dah jawab dengan Irfan?’

Nisa' angguk.

‘bila majlisnya?’

Nisa' terdiam. Mengeluh lagi.

‘entahlah, aku buntu. Sekarang, aku kena bawa Irfan balik rumah, kena kenalkan pada ummi dan abah. Kau pun faham kan, takkan ada majlis kalau ummi dan abah aku bantah.’ Mala angguk perlahan.

Nisa' mengeluh, kemudian senyum tawar.

‘pelik kan? Orang nak kahwin, happy bagaikan dunia diorang yang punya, tapi aku tak ada perasaan langsung.’

Mala mencebik.

‘sebab kau kahwin sebab lain, bukan sebab cinta.’ Tingkah Mala.
Nisa' senyum saja.

Tiba-tiba, Mala terfikir mahu bertanyakan sesuatu.

‘kau, tak sukakan Irfan ke?’ cungkil Mala.

Nisa' angkat muka, pandang wajah Mala yang ingin tahu. Jungkit bahu.

‘entahlah. Biasa je. Kenapa?’ Nisa' menyoal Mala pula.
Mala menjeling Nisa' tajam.

‘kenapa lagi kau Tanya? Kalau kau suka dia, kenapa nak kahwin dan berlakon? Langsung sajalah yang betul! Apa susah?’ buntang mata Nisa' mendengar kata-kata Mala.

‘ish kau ni, dia bukan suka aku pun, dia buat semua ni sebab Hana tau. Bukan sebab aku. Dia pun tak nak Hana lepas ke tangan orang yang dia tak kenal.’ Pantas Nisa' memberi alasan.

Mala terdiam. Betul ke Irfan ni ada someone? Ish, confuse betullah.

‘hmm, apa-apa jelah cik Nisa' oi. Asalkan, kalau jadi majlis kau tak lupa aku, dah lah.’ Mala mengomel sendiri.

Nisa' tertawa sahaja mendengar bicara Mala. Kahwin dengan Irfan? Ish, macam mimpi je. Ya Allah, semoga ini jalan yang benar untuk kami. Amiin.

2 comments:

  1. haha..akhrinya mereka berkahwin jgk..sure pas kwen nnt ade bibit cinta antr mereka.

    ReplyDelete
  2. tol 2...n hrap2 cm 2 la.tp mana pergi si daniel ni ek.snyp jek..

    ReplyDelete