About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 18

Nisa' melepaskan keluhan panjang. Runsing. Bingung. Keliru. Semuanya bercampur-baur. Dia bersandar di kepala katil, tangan kanannya diletakkan di ubun-ubun Hana yang sudah lena. Sebelah tangannya lagi terletak di atas dahi, berfikir dalam.
Mindanya jelas terbayang peristiwa seminggu lalu.

‘Mak Su ada cadangan.’
Serentak mereka mendongak.

‘apa dia?’ serentak juga mereka bertanya.

‘kamu berdua kahwin. Selesai masalah.’

Nisa' terkedu, Irfan berdiri pantas.

‘Mak Su!’

Mak Su menjeling Irfan.

‘apa? Salah ke Mak Su cakap ni?’

Nisa' tersandar di kerusi, mahu tergelak melihat Mak Su dan Irfan. Dia tidak ambil pusing kata-kata Mak Su kerana dia tahu itu hanya gurauan Mak Su seperti hari itu, dan ianya takkan mungkin jadi kenyataan.

‘Mak Su ni, tak habis-habis dengan ayat tu. Dari hari tu lagi.’ Bicara Nisa' menahan tawa. Irfan memalingkan muka dari Nisa', menarik nafas dalam, lega kerana Nisa' tidak memahami ‘gurauan’ Mak Su itu.

Mak Su melopong. Dia mengambil tempat di sisi Nisa', mengambil alih tempat Irfan sebentar tadi.

‘betul ni Nisa'. Kalau kamu berdua kahwin, senang. Selesai masalah. Mak kamu tak risau tak ada orang nak kahwin dengan kamu. Hana tetap jadi milik kamu berdua. Hah, tak ke selesai masalah namanya tu?’ bersungguh-sungguh Mak Su menjelaskan.
Nisa' ketawa kecil.

Marahnya pada Irfan tadi sudah berganti rasa lucu.

‘Mak Su, mustahil kami akan berkahwin sebab kami tak bercinta pun. Lagipun, Irfan dah ada pilihan hati,’ Nisa' mengerling Irfan yang kelihatan gelisah.
Mak Su pantas menoleh ke Irfan. Bingung.

‘kamu dah ada orang lain? Siapa? Kamu tak cakap dengan Mak Su pun?’ suara Mak Su jelas kecil hati.

Irfan menggosok belakang kepala, pening. Menghampiri Mak Su yang sudah mahu berjauh hati.

‘Mak Su, nanti Irfan terangkan, ok?’ pujuk Irfan. Nisa' senyum sendiri melihat mereka.

‘hmm, baik kamu beritahu. Kalau tak, siap kamu.’ Nisa' ketawa lagi.
Irfan senyum tawar, Mak Su masam muka.

‘dah lah, jom, kita balik. Saya nak ke pejabat semula ni. nanti petang saya ambil Hana ya.’ Ujar Nisa' seraya bingkas, membetulkan tali tas tangannya yang tersangkut di bahu.

Irfan angguk, namun tidak bersungguh-sungguh. Dia sedang memikirkan tentang sesuatu.

‘Irfan, saya masih marahkan awak, but anyway, thanks for offering yourself.’ Ucap Nisa' bersama seulas senyum, ikhlas.

Irfan senyum nipis.

‘tak apa, and sorry Nisa', sebab rahsiakan hal ni dari awak. Saya...’

‘tak apa, saya dah lambat ni, nanti kita cerita lain. Ok Mak Su, saya pergi dulu.’

Nisa' menyalami Mak Su, mencium ubun-ubun Hana dan kedua pipinya.

Irfan memandang sepi Nisa' yang sudah mengatur langkah pantas meninggalkan mereka. Satu keluhan panjang dilepaskan.

Mak Su menyigung siku Irfan.

‘siapa yang Nisa' maksudkan tadi?’ Irfan menoleh sekilas. Mereka melangkah beriringan ke kereta Irfan, perlahan.

‘sebenarnya, hari tu dia Tanya Irfan, Irfan tak ada someone special ke? Dia takut if
Irfan ada someone, orang tu maybe tak boleh terima Hana nanti. Dia takut kes bang ngah dan kak ngah berulang.’ Terang Irfan, perlahan.

‘lepas tu, apa kamu cakap?’ soal Mak Su tidak sabar.
Irfan menekur lantai kosong.

‘Irfan cakap tengah mengorat. Mak Su pun tau Irfan sebenarnya ada hati dengan dia tapi dia tak perasan pun. So, dia ingat Irfan ada someone la padahal Irfan maksudkan dia.’

Mak Su melopong.

‘oo, jadi dia ingat kamu ada girlfriend la?’
Irfan angguk lemah.

‘haah Mak Su.’

Mak Su menjeling Irfan tajam.

‘hah, tulah kamu. Mak Su dah cakap awal-awal lagi, beritahu dia, beritahu dia, kamu tak nak dengar. Sekarang terperangkap. Nak kata bodoh, cerdik. Ish, Mak Su betul tak faham orang muda zaman sekarang.’ Bebel Mak Su.

Irfan menarik nafas dalam, mengukir senyum yang jelas dibuat-buat. Dalam fikirannya, ada sesuatu yang sedang bermain tarik tali dengan akal warasnya. Mahukah Nisa' menerima cadangannya nanti?

2 hari kemudian, Nisa' menerima panggilan dari Irfan pagi itu.

Nisa' menekan butang hijau dengan seribu persoalan. Kali pertama Irfan menelefonnya (kali pertama dulu semasa Hana sakit tak dikira kerana Mak Su yang membuat panggilan, harap maklum! Hehe..).

‘helo,’

‘assalamualaikum, Nisa',’ suara Irfan jelas di corong.

‘waalaikumussalam, ya saya, apa mimpi awak telefon ni?’ seloroh Nisa'.
Irfan ketawa kecil.

‘tak boleh ke? Kalau tak boleh tak apa...’
Nisa' pantas mencelah.

‘amboi, lawak je la. Ada apa? Rasanya benda penting kan? Kalau tau awak boleh tunggu saya di rumah Mak Su je.’ Teka Nisa'.
Irfan terdiam seketika.

‘err, agak penting jugak. Saya tak boleh cakap depan Mak Su. Kita jumpa lunch hour nanti, boleh?’ suara Irfan kedengaran penting. Senyuman di bibir Nisa' pudar.

‘Irfan, kenapa ni?’

‘Nisa', nothing bad ok? Just saya perlu berjumpa dengan awak but not at Mak Su’s house, boleh?’ Irfan bertanya lagi.

Nisa' pantas mengangguk.

‘ok, lunch time. Restoran Sedap Utara, awak tau? Dekat sikit dengan office saya.’ Nisa' mencadangkan.

‘ok, jumpa nanti. Bye.’

‘bye,’

Talian mati. Nisa' menyandar di kerusinya. Apa yang Irfan nak cakap ni? ligat mindanya berfikir mencari punca nada suara Irfan sebentar tadi. Sebab Hana ke?

Nisa' mengangkat tangan melambai perlahan ke arah Irfan agar Irfan dapat melihat dia di situ. Apabila pandangan mereka bertaut dan Irfan mengangguk baru tangannya diturunkan. Restoran ini agak penuh di waktu tengahari begini. Mujur Nisa' keluar awal. Dia telah memilih meja yang agak jauh dari laluan supaya mereka dapat berbincang dengan tenang nanti.

Irfan menarik kerusi lalu duduk.

Nisa' pantas bertanya tanpa menunggu lagi.

‘apa yang awak nak cakap sebenarnya?’
Irfan merenungnya tidak berkelip untuk seketika.

‘Nisa', saya baru duduk. Boleh kita order dulu?’ soalan Irfan membuatkan Nisa' malu sendiri.

Irfan tersenyum kecil melihat Nisa' terdiam.
Dia memanggil pelayan dan pesanan dibuat.

Irfan berdehem perlahan. Sukar baginya mahu memulakan. Bimbang Nisa' akan memandangnya serong pula nanti. Nisa' merenung Irfan tidak berkelip-kelip. Menanti Irfan memulakan bicaranya.

‘sebenarnya, saya ada satu lagi cadangan untuk selesaikan masalah ummi awak dan Hana.’ Irfan memulakan, teragak-agak dia berkata-kata.

Nisa' mampir ke hadapan. Bercahaya pandangannya gembira.

‘betul ke? Apa cadangan awak?’ soal Nisa' tidak sabar-sabar. Tapi kenapa Irfan kelihatan kalut je?

Irfan telan liur.

‘tapi awak kena janji awak takkan marah saya sebelum awak dengar dulu penjelasan saya.’ Nisa' terdiam, menyandar kembali perlahan-lahan.

Gaya Irfan membuatkan dia resah.

‘ok, saya janji.’ Nisa' berkata-kata, tidak pasti. Pasrah.
Irfan merenung sepasang mata Nisa' lama.

‘saya rasa, baik kita ikut cadangan Mak Su. Kita...kahwin.’ buntang mata Nisa' mendengar perkataan terakhir itu.

‘Irfan, sama ada awak ni yang dah gila atau saya yang dah pekak. Betul apa yang saya dengar ni? awak cadangkan supaya kita kahwin?’ soal Nisa' tidak percaya.

‘Nisa', dengar dulu, awak dah janji awak akan dengar penjelasan saya sebelum awak marah, kan?’ Irfan mengingatkan. Nisa' menarik nafas dalam. Berpeluk tubuh.

‘ok. Explain clear cut.’ Arah Nisa', tegas bersama pandangan tajam.
Irfan menegakkan duduknya, menunjukkan kesungguhannya mahu menjelaskan.

‘it’s actually like this. Hari tu puan JKM tu cakap bapa tunggal tak boleh bela anak perempuan kan? But single mother is allowed to do so. Mak awak berkuasa ke atas awak sekarang sebab awak masih anak dara. Unless you are a widow, until then, parents awak berkuasa penuh ke atas awak, dari segi agama mahupun undang-undang Negara kita.’ Nisa' merenung Irfan dalam, cuba memahami maksud kata-katanya.

Irfan menelan liur.

‘so, we should get married, so that you can be a widow and then, you will be allowed to take care of Hana legally and morally, I mean dari sudut agama dan juga pandangan masyarakat. Am I not right?’ Nisa' tidak memberi respon.
Lama dia membisu baru dia mengangguk perlahan.

‘so, awak nak kita kahwin supaya kita boleh bercerai and I have a totally free life after that? Is that what you meant?’

Irfan menyandar seraya mengangguk perlahan.

Nisa' membisu kembali. Fikirannya bercelaru dengan cadangan Irfan itu. Dan yang paling dia tidak tahu ialah mengapa Irfan sanggup berkorban sehingga begitu sekali?
Nisa' melepaskan nafas kuat, runsing.

Pelayan datang membawa pesanan mereka dan beredar, namun mereka masih membisu.
Nisa' benar-benar terasa bagaikan dia sedang bermimpi. Bermimpi mendengar cadangan itu.

‘tapi, Irfan, kita tak bercinta and awak ada girl yang awak suka. Macam mana dengan dia?’

Irfan senyum tawar. The girl is you Nisa', why can’t you see what is implied in my actions Nisa'?

‘she will be fine. Saya tahu. Di pihak saya, dah clear. Seriously, tak ada apa yang awak perlu risau. Dan lagi satu, sepanjang perkahwinan kita, kita tetap akan jadi orang asing, sebab kita berkahwin untuk bercerai, kan? Jadi, kita akan menjalani kehidupan kita seperti biasa apabila kita berada antara kita. Kalau kita di khalayak, we will have to act as a couple.’ Jelas Irfan lagi. Menghirup minumannya, menyuap nasinya sesudu.

Nisa' memegang sudu. Seleranya sudah hilang.

‘Mak Su tak tau kan pasal ni?’ teka Nisa'.
Irfan angguk perlahan.

‘saya rasa ada baiknya kita rahsiakan dari orang lain, especially our own family. Surely they will object cadangan gila ni kan?’ Irfan tersengih.

Nisa' masih merenung wajah Irfan. Banyak yang perlu dia tanyakan.

‘kenapa awak sanggup buat semua ni? kerana Hana?’

Irfan terdiam seketika. Merenung nasi di dalam pinggan sebelum mengalih pandangannya ke wajah keliru Nisa'.

‘saya dah cakap kan, saya pun tak sanggup kehilangan Hana. Awak, tak tau kan kisah sebenar keluarga saya? Tentang arwah isteri saya, dan anak saya.’ Irfan menunduk seketika.

Nisa' terdiam. Anak? Di mana anak dia? Nisa' menarik nafas dalam, merenung wajah Irfan yang sudah berubah, sayu sedikit.

‘Irfan, saya tak memaksa awak bercerita tapi kalau awak rasa dengan menjelaskan perkara ni pada saya akan menenangkan awak, saya ok je. Saya akan mendengar.’ Nisa' berkata-kata yakin.

Irfan tersenyum tawar. Mungkin sudah masanya dia memperkenalkan Nisa' dengan ‘ahli keluarganya’.

‘Zila, isteri saya yang saya kahwini 3 tahun lalu. Saya amat mencintai Zila, dan kami berkahwin atas dasar suka sama suka.’ Nisa' menongkat dagu, menghirup airnya sedikit-sedikit.

Tumpuannya seratus peratus pada Irfan yang juga sudah berhenti menyuap. Suasana riuh restoran itu tidak sedikit pun menganggu tumpuan mereka.
Irfan mengeluh panjang, menarik nafas dalam.

‘Zila mengandung 8 bulan. Hari tu, saya teringin sangat nak pergi memancing di satu lubuk yang selalu saya pergi semasa saya bujang dengan kawan-kawan. Zila nak ikut, dan saya tak menghalang sebab pada saya, lebih baik kalau dia dengan saya. Hati saya takkan runsing risaukan dia di rumah seorang diri.’ Irfan terdiam seketika, seakan-akan cuba mengingati kembali peristiwa itu.

Nisa' tidak menyampuk, setia menanti bicara Irfan seterusnya. Dia juga tahu rasanya kehilangan orang tersayang Cuma mungkin dia lebih bernasib baik kerana Badri belum sah menjadi suaminya.

‘dalam perjalanan, tiba-tiba hujan lebat dan saya sukar mengawal kereta. Kami kemalangan. Zila cedera parah dan dia meninggal di tempat kejadian, bersama anak kami yang di dalam kandungan. Anak kami juga tak dapat diselamatkan kerana hentakan yang kuat di perut Zila telah membunuh bayi kami serta-merta.’ Sayu suara Irfan. Dia meletakkan tangannya di mulut, cuba menahan sebak yang kembali mencengkam dada.
Nisa' menunduk seketika, menahan air mata yang sudah bergenang.

‘bila saya sedar dari koma selama seminggu, saya menerima berita buruk ni. saya benar-benar hilang arah, hilang punca. Bisnes lori saya yang telah saya jalankan selama bertahun-tahun terpaksa dihentikan kerana saya tidak dapat memberi tumpuan lagi pada bisnes. Pada saya, saat itu, masa itu, saya juga seperti telah mati bersama Zila dan anak kami.’

Nisa' mengetap bibir, menahan sebak. Air mata menitis jua melihat Irfan yang sudah menunduk. Dia tahu Irfan sedang menahan air mata lelakinya dari tumpah. Entah sudah berapa banyak air mata yang tumpah sejak pemergian isteri dan anak tersayang.
Irfan mengangkat muka kembali. Sayu wajahnya benar-benar meruntun hati perempuan Nisa'. Pasti dia amat menyayangi isterinya.

Irfan merenung sepasang mata milik Nisa', mengukir senyum tawar.

‘awak ingat tak kali pertama kita bertemu di kedai runcit berdekatan rumah Mak Su?’
Nisa' terdiam seketika, mindanya pantas mengingat kembali insiden di kedai runcit itu. Insiden di mana Irfan memarahinya kerana menghalang laluan kereta Irfan.

‘ingat, kenapa?’ bicara Nisa' serak sedikit, sebelum dia berdehem membetulkan suaranya.

Irfan menunduk seketika.

‘sebenarnya, masa tu, saya baru balik dari menziarahi kubur Zila. Dan saya memang tak dapat berfikir dengan baik masa tu. Hakikatnya, saya masih tak dapat menerima kenyataan bahawa Zila dah pergi, dan dia takkan kembali lagi.’

Nisa' tidak memberi reaksi. Padanlah dia marah betul hari tu. Kini dia mengerti mengapa Irfan begitu garang waktu itu.

‘saya minta maaf, sebab marah awak hari tu,’ Nisa' merenung wajah Irfan lama mendengar permintaan maafnya.

‘Irfan, saya tak ambil hati pun. Jangan risau.’ Irfan senyum tawar.

‘awak tau, lepas balik dari kedai tu, saya tengok Hana, saya terus jatuh kasih pada Hana, sebab hati saya pilu setiap kali teringatkan anak saya di dalam kandungan. Bila Mak Su cerita pula perihal Hana yang sudah menjadi yatim piatu, perasaan kasih saya pada Hana terus bercambah, sebab pada saya, kami senasib, Hana yatim piatu, sedang saya kehilangan isteri dan anak. Memang padanan yang sesuai kan?’ Irfan cuba berjenaka. Nisa' mengukir senyum nipis, sekadar menyambut jenaka Irfan.
Air mata dikesat perlahan.

‘Irfan, Hana memang satu anugerah Allah, pada saya, dan sekarang, pada awak. Saya gembira bila saya tahu Hana yang membantu awak supaya sedar yang hidup awak masih belum berakhir. Saya betul-betul rasa bertuah, sebab Hana diberi pada saya. Dia anugerah untuk kita, Irfan.’ Nisa' berbicara tenang dan yakin.

Irfan tersenyum senang mendengar kata-kata Nisa'.

‘betul, dia anugerah Allah, untuk kita.’ Dalam makna bicaranya hanya dia yang mengerti. Irfan sedar bicara itu membawa seribu harapan. Harapan semoga Hana menjadi penyatu hatinya dan Nisa', jika takdir mereka bersilang di Luh Mahfuz. Sungguh dia mengharapkan itu terjadi. Amiin, ya Allah.

1 comment: