About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 21

Nisa' menahan debaran di dada. Irfan di sisi tenang memandu. Hana di pangkuan lena tak berkutik, kekenyangan selepas disusukan. Tanpa disedari, Nisa' mengeluh panjang.

Irfan yang menyedari tekanan yang menyelubungi suasana mengerling Nisa'.

‘Nisa', awak ok ke?’ soal Irfan, prihatin.

Sedangkan dia yang sudah pernah berkahwin pun gementar dengan apa yang akan mereka lalui jika semuanya berjalan lancar, apatah lagi Nisa' yang belum pernah menghadapi alam perkahwinan.

Nisa' menoleh sekilas. Irfan terlalu prihatin, terlalu baik. Beruntung gadis yang mendapat Irfan. Dalam diam, Nisa' memuji.

‘tak ada apa-apa, saya ok.’ Jawab Nisa'. Dia menarik nafas dalam. Sebelah jarinya menggenggam erat jemari halus Hana.

Jelas dia tidak berkata benar. Hatinya resah, debaran di dadanya menggila. Dia akan bertemu dengan ibu dan ayah Irfan. Itulah yang membuatkan hatinya tidak senang duduk sejak dia mendapat tahu tentang pertemuan yang telah diatur.

Entah mengapa, debaran yang sedang dialaminya lebih kuat dari debaran semasa dia mahu bertemu keluarga Daniel untuk pertama kalinya. Mengapa? Kerana mereka tidak akan berkahwin? Atau kerana tiada cinta di hatinya untuk Daniel, maka harapan dan impian untuk berkahwin tak pernah singgah dalam ingatannya? Nisa' juga tidak pasti.

Daniel. Bagaimana agaknya dia sekarang?

Dan tanpa disedari, Nisa' melepaskan keluhan lagi. Irfan menoleh sekilas, senyum nipis.

Dia tahu, Nisa' tidak senang duduk.

‘Nisa', kalau awak rasa tak ok, kita tak perlu bermalam. Kita balik KL malam ni. saya ok je.’ Irfan mencadangkan, berniat untuk meredakan resah hati Nisa'.

Nisa' menoleh pantas.

‘eh, tak apalah Irfan, tak baiklah macam tu. I made a promise, mana boleh tak tunaikan. Lagipun, mungkin peluang ni takkan datang lagi. Apa salahnya kita tidur sana kan?’ ujar Nisa' ikhlas dari lubuk hatinya.

Irfan terdiam, senyum tawar. ‘Peluang ni takkan datang lagi.’ Sedikit sebanyak, ayat itu mengguris hatinya namun dia tahu, Nisa' tidak berniat apa-apa. Dia tidak tahu tentang perasaanku, mengapa harus aku bersedih? Irfan, ini cadangan kau. Janji kau pada Nisa'. Kau kena tunaikan.

Irfan menongkat kepala. Dia tahu, peluang yang dimaksudkan Nisa' takkan mungkin datang lagi. Nisa' tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Semuanya demi Hana. Kerana Hana semata-mata. Dia juga tahu dan pasti, apa yang dilakukannya kini semuanya kerana Hana, namun rasa hatinya semakin hari semakin kuat bersuara. Mungkinkah kerana mereka semakin kerap bertemu maka rasa itu semakin menggebu, semakin menyubur di hatinya? Nisa', jika kau mampu mendengar bicara hatiku, mungkin kita akan bahagia bersama Hana. Irfan pula mengeluh panjang.

Nisa' menoleh mendengar keluhan itu, melihat Irfan menongkat dagu, serius pula raut wajahnya. Nisa' senyum nipis.

‘aik, awak mengeluh pula? Kenapa? Awak takut ibu dan ayah awak tak boleh terima saya ke?’ soal Nisa' hairan.

Hakikatnya, dia tidak tahu menahu tentang pertemuan Irfan dan ibubapanya tempoh hari. Yang dia tahu, Irfan mengajaknya berjumpa ibubapanya.

Kerana itulah, debaran dan resahnya bertambah. Dia bimbang, status Hana akan menghalang rancangan mereka. Bimbang Bakar dan Riani membuat onar. Tidak mustahil itu berlaku mengenangkan percubaan mereka di rumah Mak Su tempoh hari.

Irfan menurunkan tangan, memegang stereng. Dikerling Nisa' di sisi dan Hana di pangkuan Nisa'.

‘tak lah, ibu dan ayah saya akan terima awak, trust me.’ Yakin Irfan berbicara.

Nisa' senyum tawar mendengar bicara yakin Irfan. Membuang pandang ke luar tingkap. Berharapkan apa yang Irfan katakan itu benar kerana dia memang sudah menanam tekad untuk tidak meneruskan semuanya jika keluarga Irfan membantah. Dia tidak akan menghancurkan sebuah keluarga hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Selepas itu, sepi kembali menyelubungi. Masing-masing melayan perasaan.

Kereta yang dipandu Irfan mula memasuki jalan kampung. Debaran Nisa' semakin kuat. Ya Allah, lapangkanlah hati mereka supaya Hana diterima sebaik mungkin. Doa Nisa' tidak putus-putus.

***

‘assalamualaikum!’ laung Irfan.

Nisa' melangkah keluar dengan cermat. Bimbang Hana terbangun dari lenanya. Matanya menjamah halaman rumah yang kemas.

‘waalaikumussalam...’ suara garau yang menyambut salam Irfan membuatkan Nisa' mengalihkan pandangannya pada seorang lelaki separuh abad yang berdiri di muka pintu yang sudah sedia terlopong.

Nisa' menelan liur. Pandangan Encik Khalid turut singgah pada wajah Nisa', dan kemudiannya pada Hana di dalam kendongan. Mata mereka bertentangan kembali.

Nisa' mengukir senyum. Mahu melihat reaksi pertama Encik Khalid. Encik Khalid turut senyum ala kadar sebelum dia memandang Irfan kembali. Nisa' melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya, dengan senyuman itu berkurang rasa takut dan bimbangnya.

‘hah, masuklah.’ Jemput Encik Khalid. Irfan yang mengambil beg di but kereta menutup but.

Memandang Nisa' yang masih terpaku di sisi kereta.

‘jom.’ Ajak Irfan. Nisa' angguk.

Menurut langkah Irfan ke dalam rumah.

Nisa' mengambil tempat di sisi Irfan. Encik Khalid masih berdiri di sebelah sofa.

Dia resah kerana dia tahu Encik Khalid merenungnya. Dan Hana.

Irfan memanjangkan lehernya ke dalam.

‘ibu mana?’ soal Irfan hairan.

Encik Khalid berpaling, melihat ke arah sebuah pintu.

‘has, Irfan dah datang ni dengan bakal menantu kita.’ Nisa' tergamam mendengar frasa ‘bakal menantu’. Dia menoleh ke Irfan bingung, Irfan Cuma tersenyum senang.

‘kan saya dah kata?’ ujar Irfan seiring dengan senyumnya. Cukup perlahan untuk didengari Nisa'.

Puan Hasanah yang baru muncul dari dapur mengukir senyum manis melihat Nisa'.

‘laa, dah sampai rupanya? Ibu sibuk masak untuk tetamu kita ni.’ ujarnya riang.

Nisa' menjadi terharu dengan bicara Puan Hasanah. Dia bingkas sebagai tanda menghormati kedatangan Puan Hasanah.

Puan Hasanah menghampiri Nisa' dan mereka bersalaman. Beberapa ciuman turut singgah di pipi Hana.

‘boleh ibu dukung Hana?’ Puan Hasanah meminta izin. Nisa' bertambah terkedu. Mereka begitu mengalu-alukan kedatangan aku dan Hana?

Nisa' mengangguk, senyum nipis. Hana bertukar tangan.

Nisa' duduk kembali, gembira melihat wajah ceria Puan Hasanah. Sungguh ketakutannya yang begitu kuat menghantui dirinya tadi sudah hilang melihat keceriaan di wajah Puan Hasanah dan wajah tenang Encik Khalid.

Puan Hasanah turut duduk di sofa berhadapan Nisa' dan Irfan, begitu juga Encik Khalid.

‘eh, has, mana airnya?’ tegur Encik Khalid.

Puan Hasanah terpinga-pinga menoleh ke Encik Khalid.

‘laa, lupa nak bawak keluar.’ Encik Khalid geleng kepala.

Nisa' senyum lebar melihat mereka.

‘tak apa makcik, saya ambilkan.’

Puan Hasanah memuncung.

‘eh, takkanlah kamu pulak nak bawak air keluar?’ Puan Hasanah sudah bingkas.

Nisa' turut bingkas, tidak mengendahkan kata-kata Puan Hasanah yang menghalangnya.

Menurut langkah Puan Hasanah ke dapur.

‘laa, tak apa Nisa'. Kamu pegang Hana, ibu bawak air.’ Atur Puan Hasanah.

Nisa' geleng bersama senyum.

‘tak apa makcik. Saya bawak air, makcik dukunglah Hana.’ Nisa' pantas memegang dulang air dan menatangnya.

Puan Hasanah yang mengikut dari belakang tersenyum simpul. Baik budak Nisa' ni.

Nisa' meletakkan dulang di atas meja, mengagihkan air untuk setiap seorang. Kemudian, dia mengambil tempatnya semula.

‘kamu tidur sini kan?’ soal Puan Hasanah, memandang Nisa'.

Nisa' angguk senang.

‘ya makcik.’

Puan Hasanah menarik muka, masam yang dibuat-buat.

‘apa makcik-makcik ni? ibu kot?’ tegurnya.

Irfan sengih saja. Nisa' terdiam malu, sebelum mengukir senyum kembali. Begitu mesra ibu Irfan.

‘baik, err, ibu.’ Puan Hasanah senyum senang. Gembira mendengar panggilan itu.

Malam itu, Irfan dan Encik Khalid ke surau. Nisa' dan Puan Hasanah di ruang tamu, di atas lantai bersama Hana yang sedang bermain sendiri dengan jemarinya. Puan Hasanah mengagah Hana.

Nisa' memerhati senang. Dia tahu pastinya Puan Hasanah menginginkan cucunya sendiri. Namun begitu, bukan dia yang akan memberikan cucu itu. Itu dia pasti. Benarkah? Dia seperti sudah jatuh kasih dengan Puan Hasanah. Sikapnya begitu berlainan dengan umminya.

‘Nisa' dah lama bekerja?’ soal Puan Hasanah tiba-tiba. Mematikan lamunannya.

Nisa' angguk.

‘lama jugak ibu. Dalam 4 tahun.’

Puan Hasanah angguk.

‘baguslah. Lepas kahwin, Nisa' masih akan bekerja?’ soal Puan Hasanah lagi.

Nisa' terdiam, tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan ini. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Mana mungkin dia berhenti kerja. Siapa yang akan menanggung Hana jika dia berhenti kerja? Tapi, apa jawapan yang ibu mahu dengar sebenarnya?

‘Nisa' jangan salah faham soalan ibu ya. Ibu Cuma nak tau je. Bukan apa, ibu teringatkan arwah Zila. Nisa', tahu kan Irfan duda?’ soalan itu kedengaran teragak-agak diluahkan. Mungkin Puan Hasanah bimbang dia tersalah cakap kelak.

Nisa' angguk.

‘tahu ibu.’

Puan Hasanah senyum tawar.

‘arwah Zila dulu, berhenti kerja lepas kahwin. Irfan dan isterinya duduk di sini. terhibur sikit ibu dengan adanya Zila. Ada jugak teman berbual. Yelah, Irfan satu-satunya anak kami. Ibu tak memaksa dia duduk di sini tapi Zila yang beriya mahu duduk di sini bersama ibu dan ayah.’ Sayu suara Puan Hasanah.

Nisa' menunduk. Mungkin ini yang perlu dia tempuhi kelak sementara mereka masih bergelar suami isteri kelak. Menghadapi perbandingan dia dan Zila. Tiada sesiapa yang bersalah. Pastinya, Puan Hasanah amat merindui Zila.

‘Nisa' memang hantar Hana ke rumah Mak Su setiap hari?’ soal Puan Hasanah ingin tahu.

Nisa' angguk. Dari apa yang dia tahu, Mak Su adik Encik Khalid.

‘hari-hari bekerja Nisa' hantar Hana sebab tak ada orang nak jaga di rumah.’ Nisa' menjelaskan.

Puan Hasanah angguk lagi.

‘Nisa', ibu dan ayah, tau latar belakang Hana. Irfan dah balik beberapa hari lepas dan beritahu kami tentang Hana. Ibu dan ayah takkan membantah pilihan Irfan, asalkan, cukup agama dan budi pekertinya, ibu tak menghalang.’ Nisa' terpinga-pinga.

Irfan dah balik dulu, beritahu mengenai Hana?

‘Irfan, balik beberapa hari lepas?’ soal Nisa' hairan.

Puan Hasanah angguk.

‘ya Nisa', dia balik sorang, beritahu ibu dan ayah, dia nak kahwin dengan Nisa'. Dan Nisa' ada Hana. Irfan tu, bimbang ibu dan ayah takkan menerima Hana, dan kalau Nisa' ikut dia dan ibu dan ayah membantah, Irfan bimbang, Nisa' akan terluka. Ibu tahu, Irfan sangat sayangkan kalian. Dari gayanya pun ibu dapat lihat.’ Pandangan Puan Hasanah jatuh pada Hana.

Nisa' terdiam. Irfan ada yang lain ibu. Nisa' jadi tak keruan untuk seketika. apa perasaan mereka nanti apabila dia dan Irfan bercerai? Pasti mereka terluka. Dan Irfan, kenapa dia tak beritahu aku dia dah pulang ke sini?

Nisa' tahu Irfan bukan bimbangkan dirinya, namun Irfan lebih bimbangkan latar belakang Hana menjadi bualan dan Nisa' menarik diri dari rancangan mereka ini. Nisa' menarik nafas dalam. Melarikan jemarinya di wajah Hana.

Tuhan, berikan kekuatan padaku.

1 comment: