Adwa Abrisam
Sebaik saja
kereta yang dipandunya masuk ke pekarangan rumah banglo milik Dato' Rahmat,
Adwa terus keluar tanpa menunggu lagi.
Sebuah kereta BMW 5 Series turut
diparkir bersebelahan Toyota Vios miliknya.
“Adwa!” panggil
suara itu, keras.
Langkahnya mati.
Dia menoleh malas. Dato' Rahmat menghampirinya dengan pandangan yang tajam.
“I don’t like
that attitude.”
Adwa angkat
kening, pura-pura tidak mengerti.
“What?”
Datin Suria
mendekat, diraih lengan suaminya.
“Pa, sudahlah
tu. Dah selamat dah. Apa nak digaduhkan.”
Dato' Rahmat
menolak tangan isterinya lembut, namun pandangannya masih tajam menikam wajah
Adwa yang berlagak biasa.
“No mama, this
is not good. I don’t like your attitude. Jangan malukan papa Adwa! Mana papa
nak letak muka ni? He’s the Director of Mecha College! Kalau dia nak putuskan
pertunangan ni, malu papa! Atau kamu memang nak papa malu? Hah?”
Adwa menggaru
dahi yang tidak gatal. Jelas bicara papanya tidak masuk langsung ke dalam
kepala.
“Pa, kalau papa
nak sangat buat usahasama dengan diorang, papa je la kahwin dengan Yanny tu. Ad
tak ada masa la nak main kahwin-kahwin.” Adwa angkat kaki.
Laju saja tangan
Dato' Rahmat mahu naik namun Datin Suria lebih cepat menghalang. Digosok
perlahan bahu suaminya.
“Sabarlah.
Jangan diikut baran abang tu. Dia bukan budak lagi. Give him some time bang.”
Arham, dengan
Nicon tergantung di lehernya cuma mampu menggeleng melihat sepupunya itu. Dia baru
saja keluar dari keretanya yang diparkir di belakang kereta Adwa, dan matanya
sudah mendapat santapan baru. Kebelakangan ini, bukan perkara baru padanya
melihat Adwa bertekak dengan Dato' Rahmat.
“Pak long, nanti
Ar cakap dengan dia. Pak long jangan marah-marah macam ni. Tak elok.” Arham
pula menenangkan pakciknya itu.
Dato' Rahmat
mengerling Arham sekilas. Dihela nafas dalam. Mungkin dia patut menyerahkan
segalanya pada Arham, anak saudaranya yang sudah setahun tinggal bersama mereka
kerana tuntutan kerjanya.
Arham membuka
langkah apabila Dato' Rahmat tidak membalas, cuma mendengus perlahan.
“Ar masuk dulu.”
Datin Suria mengangguk.
Beberapa langkah Arham meninggalkan mereka, baru kedua mereka turut angkat kaki
menuju ke dalam rumah.
“Ad, boleh aku
masuk?” Arham menolak daun pintu tanpa menanti persetujuan tuan punya bilik.
Adwa yang sedang
berbaring enak dengan mata terpejam masih belum bertukar pakaiannya. Arham
menghampiri katil. Dia turut berbaring di sebelah Adwa, dengan kakinya
tergantung dan kedua tangan di bawah kepala. Merenung siling kosong.
“Ad..”
Tiada balasan.
“Aku tau kau
belum tidur.”
Tiada jawapan.
“Ad..”
“Apa...” balas
Adwa malas.
Arham tersenyum
nipis.
“Kau janganla
macam tu dengan pak long. Dia ayah kau. Tak elok la...” tegur Arham perlahan.
Adwa pantas
membuka mata. Dia teringatkan seseorang. Cik sate. Adwa bingkas duduk. Sekilas ingatannya
pada Cik Sate terus hilang apabila pandangannya disapa riak tidak puas hati Arham.
“Kalau kau nak
cakap pasal tadi jugak, kau tolong keluar. Aku dah letih melayan diorang tadi.
Bukan kau yang kena sekarang ni Ar, aku.”
Adwa sudah
berdiri tegak. Dicapai tuala di gantungan. Arham duduk di sisi katil.
Pandangannya menyoroti tubuh Adwa yang kini cuma berseluar saja.
“Aku tegur sebab
aku tak nak kau tambah dosa. Kau tak setuju pun bantah elok-elok Ad. Tak baik
cara kau tu.” Adwa menyangkutkan tuala di lehernya.
Wajahnya
berkerut seribu. Dia mahu membantah Arham dengan seribu satu hujah yang bermain
di mindanya sejak dia diwajibkan berkahwin dengan Yanny, anak kepada Dr Arshad
dan Dr Farida, pengasas kepada kolej swasta terkenal dan bakal melakukan
usahasama dengan Dato' Rahmat kelak. Marah betul dia apabila papanya berkenan
dengan Yanny, dan mengusulkan agar mereka dijodohkan memandangkan kedua-duanya
masih belum berpunya. Sejak itu, dia sudah mula melancarkan perang dingin
dengan Dato' Rahmat, namun sedegil-degil Adwa, degil lagi papanya. Ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
Adwa merengus
kasar.
“Ok, ok, I’ll
apologize later. Now, could you please get out?” jelas dia cuma mahu
menyenangkan hati Arham.
Arham tersengih.
Dia bingkas, berdiri di sebelah Adwa yang setia menanti.
“Dah jadi
pensyarah pun perangai macam budak-budak lagi. Apa la kau ni...” seloroh Arham
seraya menepuk bahu Adwa sekali.
Adwa menoleh
laju tak puas hati.
“Wei! Pensyarah
pun ada hati! Aku bukan patung!” dia separuh menjerit kerana Arham sudah keluar
dari bilik dan pintu biliknya sudah hampir rapat ditutup.
Digosok belakang
kepala kasar. Geram pula walaupun dia tahu Arham sengaja mahu mengusik
perasaannya. Seronoknya jadi Arham. Tak ada orang nak paksa-paksa, nak suruh
kahwin. Kan bagus kalau aku pun macam Arham. Adwa mengeluh lagi.
Arham
membelek-belek gambar yang diambilnya di majlis pertunangan Adwa dan Yanny
sebentar tadi. Sesekali, dia gelak sendiri apabila matanya menyoroti wajah Adwa
yang kelat saja di sisi Yanny.
“Ad, Ad, memang
budak-budak la kau ni..” bebelnya sendiri, mengenangkan Adwa yang sudah seperti
adiknya sendiri itu.
Satu demi satu
gambar berganti di skrin laptop Vaionya. Tiba-tiba senyumnya mati. Ditekan
button back cepat-cepat. Gambar itu memaparkan Adwa di sisi Dato' Rahmat dan
Datin Suria, berapit dengan Yanny, berlatarbelakangkan sliding door yang
sedikit terbuka.
Bukan itu yang
menarik perhatiannya.
“Aurora?” nama
itu meniti di bibirnya.
Mouse di’scroll’
sehabis-habisnya. Kemudian kedudukan gambar itu dibetulkan. Kini wajah itu
begitu jelas di pandangan matanya. Ternyata Nicon berharga hampir 3k itu tidak
menghampakannya. Wajah itu begitu jelas di matanya.
Arham tersandar
dengan keluhan panjang.
“Macam mana
boleh tak perasan ni? That's her!” dia meraup wajahnya.
“Siapa Ar?”
Datin Suria sudah berada dalam biliknya, berdiri di belakangnya tanpa disedari.
Arham tersentak
seraya menoleh pantas, terkejut.
“Ops, sorry. You
didn’t lock the door my dear.”
Datin Suria
sudah melirik skrinnya namun cepat-cepat gambar itu di’minimize’kan.
“Tak ada
apa-apa. Mak long nak tengok gambar?”
Datin Suria
angguk sekali.
“Boleh jugak.”
Selama hampir 15
minit mereka menatap satu persatu gambar yang diambil tadi. Sesekali Datin
Suria ketawa kecil, ataupun merungut wajahnya kelihatan tidak menarik dalam
gambar. Arham cuma mampu tersengih, namun matanya meliar juga mencari
kalau-kalau ada lagi wajah itu ter’tangkap’ ke dalam gambar.
Selesai semua
gambar itu ditatap, Datin Suria mengundur diri dari bilik lelaki bujang itu. Pantas
Arham mencari sesuatu dalam Blackberrynya.
“Ala, tak ada
rupanya no phone minah ni. Hmm, kena cari Ad la nampaknya.”
Laju saja dia
membuka langkah ke bilik Adwa yang bertentangan dengan biliknya.
“Ad!” diketuknya
sekali.
Seperti tadi,
terus dikuak daun pintu tanpa menunggu izin dari dalam. Adwa yang baru saja
mahu melondehkan tualanya gelabah sendiri. Cepat-cepat dibetulkan kembali
tualanya.
“Woit! Tak reti
tunggu aku bagi masuk ke? Tak guna kau ketuk, pandai!” Adwa membaling bantal
kecil di atas katilnya tanda protes.
Arham sempat
menyambut bantal itu dengan tawa kuat.
“Sorry, sorry,
urgent ni. Kau ada nombor Yanny kan?”
Adwa menggerutu
sendiri. Wajahnya kelat, lebih-lebih lagi apabila nama itu meniti di bibir
sepupunya.
“Tak ada.” Arham
cekak pinggang.
“Beb, takkan tak
ada?”
“Apa beb-beb? Ko
ingat aku perempuan ke? Aku cakap tak ada, tak adalah. Kenapa aku nak ada
nombor dia? Tak ingin aku.” Disarung pagoda ke badan.
Selesa berpagoda
saja untuk tidur. Arham mengeluh panjang. Adwa menjeling wajah sepupunya yang
keruh tiba-tiba.
“Kau ni apasal?
Nak mengorat dia? Kalau kau nak, dengan senang hati aku pass kat kau.”
Arham sengih
sesaat.
“Tak kuasa aku.
Tak nak terlibat dengan politik pak long.” Sempat Arham menjawab sebelum dia
angkat kaki keluar dari bilik itu.
Adwa menghantar
Arham keluar dengan pandangan geram.
“Tau pun! Aku
pun tak nak! Argh!”
Adwa menghampar
sejadah di atas lantai sebaik saja dia lengkap berpakaian. Mengosongkan
mindanya. Ya Allah, tenangkan jiwaku. Tunjukkan hikmah di sebalik perkahwinan
ini. Dengan itu, dia mengangkat takbir, mengakui kebesaran Penciptanya.
“Nak nombor
Yanny? Nak buat apa?” soal Dato' Rahmat dengan kening sedikit naik.
Arham sengih.
“Nak tolong dia
and Ad.” Senang saja jawapannya.
Dato' Rahmat
tidak menunggu lama. Iphone 5 dikeluarkan dari kocek kemejanya. Ibu jari
kanannya mula bergerak-gerak di atas skrin itu.
“0133778432.”
Arham pantas
menaip, menyimpan nombor itu ke dalam Blackberrynya.
“Orait, thanks
pak long. Pak long tak nak tidur lagi ke?” sempat dia berbasa-basi apabila
lelaki itu dilihatnya berbaring malas di sofa empuk ruang menonton.
Dato' Rahmat
menggeleng.
“Nantilah. Dah
lama tak tengok tv. Nanti mak long kamu pun nak join.”
Arham jungkit
bahu.
“Ar naik dulu.”
Dato' Rahmat
mengangguk tanpa mengangkat muka. Arham membelek nombor yang baru diperolehinya
itu lama.
Esok je call? Or
now? Jam tangan dibelek.
“Esok je la. Dah
malam.”
Dengan itu,
sekali lagi gambar itu dibeleknya. Tanpa menunggu lama, gambar itu di’crop’ dan
di’print’ sebesarnya.
“I won’t lose
you this time, Ara. I won’t.”
“Pesal kau bebel
sengsorang ni?” cepat-cepat gambar itu diturunkan apabila satu suara menegurnya
dari tepi.
“Apa kau sorok
tu?” Adwa cuba mencuri gambar itu dari tangan Arham namun Arham lebih pantas.
Dia berlari ke katil dan diselitkan gambar itu di bawah bantal lalu ditindih
bantal itu.
Adwa bercekak
pinggang tidak puas hati.
“O, main
sorok-sorok dengan aku. Gambar Yanny ke?” tekanya apabila dilihatnya gambar
tadi terpampang besar-besar di skrin laptop Arham.
Arham angguk.
“Kau tak nak
dia, kenapa kau sibuk nak tengok?” usik Arham.
Adwa mencebik.
Geram, dia mengambil tempat di meja, ditatap gambar di skrin itu lama-lama.
“Eh, cik sate!”
Arham angkat
kepala.
“Siapa?”
Adwa menunjuk ke
skrin.
“Ni, cik sate.
Yang sembang dengan aku tadi.” Ditunjuk ke sudut itu. Arham pantas mengerti.
Sudah pasti dia tahu kerana gambar itu sudah berada di bawah bantalnya.
“Kau kenal dia
ke?” Adwa geleng.
“Baru kenal
tadi.”
“Kau panggil dia
cik sate?”
Adwa angguk.
“Dia yang pujuk
aku masuk rumah tadi. Bukan sebab kau panggil.” Sempat Adwa mengenakan Arham.
Arham terdiam.
Kenapalah dia tidak perasankan gadis itu tadi? Mungkin kerana perwatakan yang
lain. Siapa sangka top scorer itu akan mengipas sate?
“Kau ni kenapa?”
tanya Adwa apabila Arham tidak lagi membalas.
“Tak ada
apa-apa. Dah, keluar. Aku nak tidur.”
“Alah, jom la
main Dota satu round, baru tidur. Boring la aku.”
Arham geleng
laju. Dia masih belum berganjak dari atas bantalnya.
“Penat la aku
jadi cameraman kau. Aku nak tidur. Sila keluar.”
Adwa bingkas,
hampa.
“Eh, kejap. Tadi
kau cakap apa dengan cik sate kau tu?” Adwa jungkit bahu.
“Not your
business.” dengan itu, dia angkat kaki keluar dari bilik itu.
Arham menggeleng
dalam senyum.
“Ceh, balas
dendam la tu. Bengong punya budak.”
Arham menarik
gambar itu dari bawah bantal apabila Adwa sudah keluar dari biliknya dan tombol
ditekan rapat.
“Aurora, dah ada
nama baru kau ye? Cik sate? Hmm...”
Adwa mengatur
langkah perlahan. Telinganya dapat menangkap bunyi televisyen dari depan.
“Hah, Ad, tak
tidur lagi?” tegur Datin Suria apabila wajah anak lelaki keduanya itu terjengul
dari balik dinding.
Dato' Rahmat
yang enak berbaring di atas sofa tidak panggung muka.
“Kenapa tengok
tv kat sini?” tegur Adwa tanpa menjawab soalan mamanya.
Dato' Rahmat
berdehem perlahan.
“Biar la papa
dengan mama nak tengok kat mana pun. Ini rumah papa kan...” senang saja jawapan
itu.
Adwa menyandar
malas. Datin Suria kembali menumpukan pandangan ke kaca TV.
“Pa...”
“Hmm..”
“Sorry..”
“Papa tak nak
dengar sorry tu. Kahwin dengan Yanny. Baru papa senang hati.”
Balasan Dato'
Rahmat membuatkan Adwa mengeluh panjang.
“Tak ada jalan
lain ke?”
“None.”
Datin Suria
menggeleng saja melihat anak dan suaminya itu berperang dingin. Adwa bingkas.
“Hah, nak ke
mana tu?”
“Cari jalan lain
selain dari kahwini Yanny.” Selamba dia menjawab seraya berlalu.
Datin Suria
mengeluh panjang. Disentuh bahu suaminya lembut.
“Pa, takkan tak
ada cara lain?” Dato' Rahmat mengeluh panjang.
“Only if he
finds a better girl, with better prospect, then I will release him from the
promise.” Dato' Rahmat masih merenung flat screen di depannya.
Datin Suria
mengeluh kecil. Pening.
“Then it’s
impossible.”
“Sure it is.”
Dan mereka
kembali diam, menghayati movie yang sedang bermain di screen besar di depan
mereka. Sementara Adwa di balik dinding tersandar lemah.
“Could I find
her, the only one for me?” entah kenapa hatinya kuat mengatakan, hawanya bukan
Yanny. Dan dia begitu pasti.
erkk..jgn kata adwa ngn arham nanti suka org yg same pulak...adeii
ReplyDeletetop scorer mengipas sate..mcm de sumting wrong sumwhere je kt situ..hurmm
ReplyDeletea girl with better prospect??siapakah??adakah cik sate??atau girl laen??
adakah arham n adwa akan bermasam muke di sbbkn seorg girl??hurmm..
huishh..mcm2 soklan..hehe..cik writer..sile2 kasi jwpn :)
nak lagi..
ReplyDeletehihihi
ad ke ar..
huhu..ada story yg sgt menarik after diz..
ReplyDeletesambg ag..lame da x de cter about ketbhn hdup student...
da muak dgr pasal sweet story after marrd..
keep it writer..
hope kitorg dpt 'sesuatu' from diz story..
smga kamu akan sntiasa dilimpahi rezeki(ilham) tuk wat crta yg bez..
xyz