“Hana, anak Badri, ummi. Arwah Badri. Isteri Badri meninggal selepas melahirkan Hana, dan permintaan terakhirnya ialah supaya Nisa' menjaga Hana, sebagai anak angkat Nisa'.” Beritahu Nisa'. Matanya merenung kedua ibu bapanya silih berganti. Memohon pengertian mereka.
Hajah Rubiah menarik nafas dalam.
“Kamu dah berbincang dengan Daniel?” Tanya Hajah Rubiah. Nisa' menunduk.
“Ummi, Nisa' dan Daniel, tak jadi bertunang. Kami dah putus.” Teragak-agak Nisa' melafazkan.
Hajah Rubiah tersandar di sofa, mengurut dada. Haji Bustaman setia mendengar, tiada tanda dia mahu menyampuk. Tenang di duduknya.
“Mesti kamu putus sebab Hana kan?” tingkah Hajah Rubiah.
Nisa' tertunduk, tidak berupaya menafikan kebenaran itu.
“Daniel tak boleh terima Hana ummi, dan Nisa' dah puas mencuba memaksa perasaan Nisa' pada Daniel, tapi tak boleh. Dan sekarang, Hana pula berada di tengah-tengah Daniel dan Nisa'. Nisa' pilih Hana, sebab Hana Cuma ada Nisa' sekarang. Dan Nisa' yang minta hubungan kami diputuskan. Maafkan Nisa', abah, ummi.” Hajah Rubiah merenung Nisa' tajam.
“Nisa', kenapa kamu nak jadi baik sangat ni? Hana tu anak Badri, yang hidupnya dihabiskan di kelab malam. Isterinya, kamu kata tadi, kerja kelab kan sebelum mereka berkahwin? Entah penyakit apa yang dah turun ke Hana tu, kamu tak tau.” Nisa' menatap wajah umminya tidak percaya.
“Ummi, tak baik ummi cakap macam tu. Suraya bukan gadis liar, ummi. Dia Cuma pelayan di situ.” Bantah Nisa', penuh sopan. Dia masih menghormati ummi.
“Itu yang kamu tau, yang kamu tak tau? Lagipun, kamu masih muda. Rumah kebajikan anak yatim banyak. Kenapa kamu susah-susah nak jaga dia? Sampaikan Daniel yang baik tu pun kamu sanggup pinggirkan. Ha, tengok, sekarang kamu yang susah. Siapa yang nak kahwin dengan kamu sekarang?” menusuk suara ummi membelah perasaan Nisa' yang sudah sedia rapuh. Sampai hati ummi.
“Ummi, jodoh Nisa' dah ditetapkan di Luh Mahfuz. Kalau bukan dengan Daniel, pasti ada orangnya nanti. Cuma mungkin belum sampai masa kami bertemu. Kalau bukan di dunia, di akhirat pasti ada.” Hujah Nisa', lirih.
“Hah, yelah tu. Lepas tu, kamu jadi anak dara tua la, jaga Hana yang berpenyakit tu. Lepas tu, dia pulak tinggalkan kamu. Sekarang ummi dan abah ada, tak apa lah. Bila kami dah tak ada, kamu nak hidup sorang-sorang? Mati sorang-sorang?” tempelak ummi lagi. Nisa' tertunduk. Pilu. Begitulah umminya jika sudah marah.
Haji Bustaman yang sedar isterinya itu sudah melampau dalam berbicara pantas menepuk paha isterinya perlahan. Menegur. Hajah Rubiah menjeling suaminya.
“Nisa', kamu memang nak jaga Hana ke?” Tanya Haji Bustaman. Lembut. Mengembalikan ketenangan di hati Nisa'.
“Ya abah. Abah, izinkan Nisa' jaga Hana? Hana sebatang kara, dan Nisa' tak sanggup nak tinggalkan dia di rumah anak yatim. Lagipun, Nisa' mampu abah.” Rayu Nisa', meminta izin abahnya pula.
Haji Bustaman mengeluh panjang.
“Nisa', apa yang ummi kamu tu cakap betul. Daniel pun tak sudi menjaga Hana dengan kamu. Kamu rela tak kahwin sampai bila-bila kerana Hana?” Tanya Haji Bustaman. Nisa' melarikan pandangannya, memandang Fazil yang duduk di sisinya.
“Abah, Nisa' hanya akan berkahwin kalau lelaki itu sanggup menerima Nisa' dan Hana, bukan Nisa' sahaja, bukan Hana sahaja.” Tenang suaranya. Hajah Rubiah membeliakkan matanya.
“Kamu memang tak nak kahwinlah kalau macam tu?” tempelak Hajah Rubiah.
“Nisa', kamu tak fikir habis lagi kan? Cuba kamu duduk diam-diam, fikir baik-baik. Kamu nak korbankan hidup kamu yang masih panjang kerana budak yang tak ada pertalian darah dengan kamu tu? Sanggup kamu korbankan masa muda kamu, untuk dapat anak sendiri, keluarga sendiri, kerana budak tu?” tempelak Hajah Rubiah lagi.
Suaranya meninggi. Haji Bustaman menenangkan isterinya. Nafas Hajah Rubiah turun naik. Selama ini, Nisa' tidak pernah membantahnya. Dia benar-benar tidak dapat menerima hakikat itu.
“Ummi, apa ertinya sebuah keluarga kalau tak bahagia? Nisa' bahagia sekarang. Nisa' Cuma mahu sokongan abah dan ummi, itu saja. Besarkah permintaan Nisa' ummi?” Nisa' sudah teresak-esak. Tidak tertahan lagi air mata mendengar jerkahan umminya.
“Nisa', ummi tak redha Nisa' jaga Hana, sampai bila-bila. Beri dia pada orang lain. Ramai lagi orang kat luar tu yang mahukan anak. Nisa' tak jadi bertunang dengan Daniel, tak mengapa, tapi ummi tak izinkan Hana dalam keluarga kita. Sampai bila-bila.” Hajah Rubiah bingkas berlalu meninggalkan Nisa' yang teresak-esak. Fazil mendekat. Membiarkan Nisa' menangis di bahunya.
Haji Bustaman menghela nafas dalam.
“Nisa', abah turutkan apa saja kemahuan Nisa'. Menjaga anak yatim satu pahala yang besar Nisa'. Kalau itu yang Nisa' mahu, abah tak halang. Cuma abah tak berapa setuju dengan syarat Nisa' untuk berkahwin tu. Tapi, kalau Nisa' sanggup bersendirian dengan Hana sampai bila-bila, sampai Nisa' tua, abah terima saja. Abah percaya dengan Nisa'.” Tutur Haji Bustaman, tenang. Nisa' mengangkat muka. Dia bingkas, menghampiri abahnya lantas memeluk abahnya.
“Abah, maafkan Nisa'!” Haji Bustaman mengelus rambut Nisa' penuh kasih.
“Nisa' tak bersalah. Sabarlah. Ummi tu marah sekejap saja. insyaAllah, nanti dia ok.” Pujuk Haji Bustaman. Fazil turut sayu melihat air mata Nisa' tumpah di bahu abah mereka.
*****************
2 bulan berlalu. Hana semakin membesar dan perkembangannya juga bertambah baik. Makin hari sayang Nisa' pada Hana makin mendalam. Namun Nisa' gusar dengan ummi. Sejak dia pulang hari itu, ummi tidak pernah membiarkan Nisa' aman. Hampir setiap hari ummi akan menelefonnya, bertanya sama ada Hana sudah diberi kepada orang lain atau belum.
Nisa' menongkat kepala. Televisyen yang terpasang direnung kosong. Teringatkan perbualan terakhir dengan ummi.
“Nisa' masih jaga budak tu lagi?” marah ummi.
Nisa' diam.
“Nisa', sejak bila Nisa' jadi anak derhaka ni? Masa berkawan dengan Badri dulu, Nisa' degil macam ni jugak. Sekarang, kerana anak dia pulak Nisa' nak jadi anak derhaka? Nisa' tak nak cium bau syurga ke!?” bentakan ummi membingitkan telinganya. Santapan wajib untuk telinganya jika dia berbicara dengan ummi.
Nisa' menongkat kepala. Mengeluh panjang.
“Ummi, please, Nisa' nak beri dia pada siapa? Nisa' tak berani ummi. Hana wasiat Suraya. Nisa' tak boleh senang-senang je bagi Hana pada orang lain. Lagipun, Nisa' tak tahu orang lain boleh jaga Hana sebaik mungkin seperti yang Suraya mahukan atau tak.” Mengeluh lagi.
“Ah! Alasan! Banyak rumah anak yatim yang bagus-bagus. Letak je dia kat situ. Mana-mana je. Ummi peduli apa! Ingat Nisa'! Jangan Nisa' balik lagi ke rumah ni bawa budak tu, tau! Ummi takkan terima dia dalam rumah kita lagi!” ummi memberi amaran. Juga santapan wajib telinganya dari ummi.
Nisa' tidak menjawab. Tidak memberi janji, tidak menunjuk marah. Gagang diletak kasar di sebelah sana. Nisa' termenung di situ. Ummi, kenapa ummi tak nak faham?
Tangisan Hana memecah kesunyian, membunuh lamunan Nisa' di sofa. Dia bingkas mencapai botol susu Hana bersama keluhan panjang.
Pintu rumahnya diketuk, loceng juga berbunyi.
“Sekejap!” pantas tangannya membancuh susu. Dia bergerak ke ruang tamu menujuk ke pintu, menjenguk ke dalam lubang kecil di pintu.
“Mala.” Desis hatinya. Pintu dikuak.
“Mala, masuklah.” Pelawa Nisa'.
“Hmm, Hana tidur?” Tanya Mala seraya masuk ke dalam rumah Nisa'.
“Tadi tidur. Baru merengek mintak susu.” Nisa' menutup pintu. Beralih ke biliknya pula.
Mala mengekor di belakang. Nisa' mengendong Hana lalu dibawa ke ruang tamu. Dia menyusukan Hana di pangkuannya.
“Kau ok ke?” wajah Nisa' tidak ceria. Sejak dia pulang dari kampung, memang Nisa' tidak lagi ceria. Nisa' senyum tawar.
“Macam mana nak ok Mala? Macam nilah. Tak ada yang tak ok, tak ada yang ok. Everything is in the middle.” Dia mengalih pandang pada Hana yang leka menghisap puting botolnya.
“Hmm, sabarlah Nisa'. Banyak dugaannya hidup ni. aku tau, aku tak rasa semuanya, jadi senanglah aku nak cakap sabar. Tapi sebagai seseorang yang rapat dengan kau, aku memang mendoakan yang terbaik untuk kau. Dan aku harap, Allah pinjamkan kekuatan untuk kau.” Nisa' merenung Mala terharu.
“Mala, thanks.”
“Mak kau call lagi?”
“Hmm, as usual. I don’t think she will stop Mala.”
Mala mengeluh perlahan mendengar balasan Nisa'.
“Kau tak nak bohong dia? Untuk mendiamkan dia sementara?”
Nisa' senyum tawar.
“Mala, aku tak boleh berbohong. Walau untuk tujuan apa sekalipun. Whatever it is, she is my mother. And I’m not used to lying.”
Mala mengeluh lagi. Simpati.
“Tak ada ke sesiapa yang kau kenal yang boleh jaga Hana?” Tanya Mala lagi.
Nisa' terdiam. Merenung wajah mulus Hana.
“Aku tak berani, Mala. Aku takut bila aku dah beri Hana pada diorang, aku takkan jumpa dia lagi. Aku sayang Hana, aku rasa aku takkan sanggup untuk berpisah dengan dia sekarang.” Benar dia telah jatuh kasih, kasih yang mendalam pada Hana.
Alangkan pergi kerja sekarang pun dia akan rindukan Hana di rumah Mak Su, apatah lagi bila mengenangkan Hana takkan kembali padanya jika diberi pada orang lain. Nisa' tidak sanggup.
“Hmm, aku tau. Aku pun dah sayang dia. And if she is with someone else, I am really going to miss this little girl.” Pandangan Mala jatuh pada Hana.
Sepi seketika. Cuma suara televisyen memenuhi ruang.
“Nisa', Daniel tak contact kau dah?”
Nisa' merenung Mala kosong. Senyum pahit.
Daniel.
“Tak. Aku pun tak berani nak contact dia sebab aku yang mulakan semua ni, dan apa yang terjadi salah aku. Aku tak sanggup nak contact dia. For me, if he is still ok with me and he still wants to befriend me, I’m fine. Tapi dia senyap. So I assume dia memang tak nak lagi ada apa-apa langsung dah kot dengan aku.” Mala mengangguk faham.
“Hmm, tak apa lah Nisa'. Kalau ditakdirkan memang berjodoh korang berdua, takkan ke mana.” Nisa' senyum pahit.
Berjodoh dengan Daniel? Mungkin tak. Namun ayat itu hanya bermain di fikirannya. Daniel, saya harap awak bahagia dengan orang yang tersayang.
cian nye kt daniel...syg sungguh die kt nisa'..cte ni mnyntuh prasaan.gd job writer.
ReplyDelete