About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, June 20, 2011

Review AAJ

Note: This is just a review from my ex-schoolmate. His review may be totally different from what you think since he is a guy and he's also a writer. This is where his review is posted and I would like to share his critics here. By the way, there's a misleading fact here. He missed out the fact that Nisa' and Irfan got married NOT based on a contract. The contract was there only because Irfan planned to adopt Hana earlier, and not because of the marriage. ^^

http://billyzulkarnain.blogspot.com/2011/06/review-novel-anaknya-anakku-jua.html



Sebagai seorang lelaki, amat malu juga rasanya untuk mengakui bahawa aku ini amat suka membaca novel-novel Melayu, dan apabila sebut tentang novel Melayu, tentulah tak dapat lari daripada novel yang bertemakan CINTA!

Aku tak tahu apa yang peliknya bila seorang lelaki membaca novel CINTA, tetapi itulah pandangan sinikal yang aku hadapi dikalangan kawan-kawan aku. Apatah lagi, aku kini sedang menulis sendiri novel bertemakan CINTA (I Think I Love You).

Novel Anaknya, Anakku Jua (AAJ) ini merupakan novel tempatan pertama bertemakan CINTA yang dibeli sendiri oleh aku. Ianya yang Pertama! Sebelum ini novel-novel yang berada dalam koleksi aku kebanyakannya bertemakan thriller dan seram seperti novel-novel Ramlee Awang Mursyid, dan pengarang luar negara seperti Stephanie Mayer dan JK Rowling. Satu-satunya novel CINTA yang berada dalam koleksi aku adalah novel Ayat-Ayat Cinta, tetapi ianya bukan daripada pengarang tempatan. So, novel AAJ ini merupakan yang pertama!

Apa yang membuatkan aku nak beli sangat novel AAJ ini? Obviously, its because of the author! Author novel ini iaitu Anarif, atau nama sebenarnya Khairunnajah Md Ariff merupakan kawan lama aku di sekolah menengah dulu-dulu. Ini merupakan novel pertama beliau, dan aku sebagai seorang kawan amat berbangga (dan juga iri hati!) dengan beliau. Hee! ^^

Berikut adalah sinopsis novel AAJ (dari kulit Novel):

Nisa' Hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap, keluarga di kampung yang disanjung ramai, serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada di dalam tangannya. Luka dulu berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat ibunya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukah pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali? “Sampai hati ummi… Hana yatim piatu, ummi. Berdosa kita membencinya!” Irfan Silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya, selagi nyawa dikandung badan, walau apa juga taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban. “Lepas kahwin, kita cerai. Jadi, awak boleh jaga Hana, kan?”

Review aku:

Aku memerlukan sekitar seminggu untuk menghabiskan novel ini. Ianya agak tebal, sekitar 660 muka surat. Personally, aku bukanlah seorang yang jenis suka membaca novel yang tebal-tebal, kerana bagi aku, novel yang tebal ini selalunya mempunyai tendency jalan cerita yang draggy dan berulang-ulang. Dan bila keadaan ini berlaku, selalunya aku akan skip (tinggal/langkau) part-part yang tak penting, tak best dan mengantuk! Dan keadaan ini berlaku pada novel AAJ.

Plot

Jalan cerita AAJ dimulakan dengan Prolog watak Badri memutuskan hubungan cintanya dengan watak utama novel, iaitu Nisa'. Dan kisah pada bab 1 dan seterusnya tidak ada kisah tentang Badri, sebaliknya watak hero yang baru iaitu Daniel dan juga Irfan. Watak Badri telah mati dan meninggalkan seorang bayi bernama Hana yang telah diamanahkan oleh isteri Badri (yang juga meninggal dunia) kepada Nisa' untuk menjaganya.

Bermula dari sini, pelbagai konflik dan pergolakan dihadapi oleh Nisa' yang membawa kepada perpisahan hubungan Nisa' dan Daniel (yang sudah hampir bertunang, tapi tak jadi sebab Hana) dan hadirnya Irfan membawa jalan keluar kepada permasalahan Nisa. Mulai dari sini, jalan cerita AAJ sudah agak cliche. Ia berkisar tentang perkahwinan kontrak antara Nisa' dan Irfan.

Seperti kebanyakan novel Melayu yang pernah aku baca sebelum ini, perkahwinan kontrak berlaku atas sebab tertentu, bukan atas dasar cinta dan untuk satu tempoh yang ditetapkan. Dalam AAJ, Nisa' dan Irfan merancang untuk bercerai setelah sebulan berkahwin. Namun tak jadi apabila masing-masing jatuh cinta.

Walaupun jalan ceritanya agak cliche, namun pengarang berjaya menyulam cerita ini dengan baik sekali. Ia bukan hanya berkisar pada watak Nisa', Irfan dan Hana sahaja. Kehadiran watak-watak yang lain seperti watak antagonis, Shila, Bakar dan Riani dan perwatakan tegas Hajah Rubiah (ibu Nisa') serta konflik kekeluargaan antara Hajah Rubiah dan Nizar mewarnakan lagi jalan cerita AAJ.

Rasanya jalan cerita AAJ boleh menjadi lebih dramatik lagi jika watak Bakar dan Riani dikembangkan dan watak Shila menjadi lebih jahat, tentunya konflik yang dihadapi oleh Nisa' akan menjadi lebih hebat. Mungkin ini akan lebih meninggalkan kesan kepada aku yang membacanya.

Gaya Bahasa

Aku personally sangat suka dengan gaya bahasa dan stail penceritaan Anarif. Ia menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan tidak berbunga-bunga. Ia adalah gaya bahasa urban dan apa yang aku dapat lihat, ia adalah identiti penulis ini. Anda akan perasan jika membaca karya-karya Anarif yang lain di blog beliau.

Cuma yang aku tak suka, dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak dalam novel ini kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris and....many of them are in full sentences, maksudnya ia bukan sekadar Manglish, tetapi full English dari awal hingga akhir ayat. Rasanya inilah novel Melayu pertama yang aku baca mempunyai terlalu banyak dialog bahasa Inggeris dan aku tidak gemarkannya.

Overall

Keseluruhannya, aku berpuas hati dan amat suka dengan novel ini. Banyak adegan atau scene dalam novel ini yang mampu membuatkan aku tersenyum sorang-sorang dan merenggut emosi, bagaikan aku sendiri yang berada dalam cerita itu. Malah dalam sesetengah scene, aku dapat beremosi bagai menonton drama Korea pun ada! Yang penting ada ilmu dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dari cerita ini.

p/s: review ini adalah dari kacamata seorang pembaca LELAKI. Ia mungkin tidak sama dengan apa yang para pembaca WANITA rasakan. Tambahan pula aku adalah budak ENGINEERING, jadi mungkin tak sama dengan apa yang orang SASTERA nampak. Jadi minta maaf jika ada yang tak berpuas hati dan sila betulkan jika ada yang salah.

update: setelah mendapat clarification drp penulis dan setelah menyelak semula novel AAJ, ternyata aku telah tersilap paham! Perkahwinan antara Nisa' dan Irfan bukanlah sebuah perkahwinan kontrak. Perjanjian supaya mereka bercerai setelah sebulan berkahwin hanyalah janji-janji mulut sahaja. Satu-satunya kontrak yang dibuat adalah kontrak untuk mengambil Hana sebagai anak angkat. Ternyata aku telah keliru antara kontrak ini dengan perjanjian mulut mereka!


PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

1 comment:

  1. assalamualaikum kak anarif.1st time kot bc nvl tulisan akak.'anaknya anakku jua' frankly speaking,ble tgk tjuk sy igt cter ni psl bdk2. cz skg mmg byk nvel2 mcm 2.then, as i flip through...fuhh..mmg best lah kak!! keep writing k! moga success slalu ^^

    ReplyDelete