Nisa’ menanti di dalam kereta di hadapan bangunan JKM. Dia menarik nafas lega melihat kereta Irfan memasuki pekarangan JKM. Dia turun dari kereta, menuju ke kereta Irfan yang sudah diparkir elok. Mak Su keluar dan menyerahkan Hana pada Nisa’. Mereka beriringan masuk ke dalam bangunan itu lalu ke bilik pegawai yang berkenaan.
Nisa’ mengetuk pintu.
“Masuk,” tombol pintu dipulas Irfan. Nisa’ melangkah masuk diikuti Irfan dan Mak Su.
“Assalamualaikum puan,” Nisa’ dan Mak Su bersalaman dengan pegawai itu. Puan Murshida mengukir senyum melihat Nisa’.
“Duduklah cik Nisa’. Encik dan kakak pun jemput duduk.” Pelawa Puan Murshida.
Mereka mengambil tempat masing-masing.
“Anak macam mana? Sihat?” Tanya Puan Murshida. Semasa Nisa’ memaklumkan tentang Hana di JKM, Puan Murshidalah yang menguruskannya.
Nisa’ senyum nipis.
“Sihat puan, Alhamdulillah.”
Puan Murshida menjeling Irfan di sisi.
“Ni bakal suami ke?” soalan itu membuatkan nafas Nisa’ terhenti seketika. Irfan dan Mak Su senyum tawar mendengar soalan itu.
“Tak puan. Kenalkan, ini Irfan.”
Puan Murshida angguk perlahan.
“Oh, jadi, kenapa kamu nak jumpa saya hari ni?” Nisa’ menarik nafas dalam.
“Sebenarnya puan, saya tak nak jadi pemelihara Hana lagi. Saya tak jadi ambil Hana sebagai anak angkat.” Tutur Nisa' satu persatu.
Puan Murshida angguk mengerti.
“Jadi, kamu nak serahkan pada puan ni?” Puan Murshida merujuk pada Mak Su.
Nisa’ pantas geleng.
“Tak puan. Saya nak serahkan Hana pada Irfan. Dia nak ambil Hana sebagai anak angkat. Boleh ke puan?”
Wajah Puan Murshida berubah sedikit. Dia merenung Hana lama, senyuman masih terukir mesra di bibirnya. Puan Murshida menoleh kepada Irfan.
“Encik Irfan sudah berkahwin?”
Nisa’ pantas menggeleng.
“Belum puan...” tanpa disedari Nisa', Irfan turut bersuara.
“Sudah puan.” Nisa’ terkedu mendengar jawapan itu. Dia menoleh kepada Irfan pantas. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Puan Murshida angguk perlahan. Tidak dia perasan wajah Nisa’ yang sudah berubah. Mak Su sudah resah di duduknya.
“Isteri encik Irfan tak datang sekali?” Puan Murshida masih tidak mengalih pandang dari Irfan.
Irfan menunduk seketika. Wajahnya tenang. Nisa’ masih merenungnya tajam, menanti jawapannya juga.
“Isteri saya dah meninggal setahun lalu.” Beritahu Irfan perlahan namun tenang. Mak Su menggenggam jemari Irfan kuat, memberi semangat padanya.
Nisa’ bertambah kaku. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Puan Murshida menunduk seketika, memandang kertas-kertas di atas mejanya.
“Maafkan saya.”
Irfan menggeleng bersama senyum tawar.
“Tak apa puan. Jadi, bolehkah saya ambil Hana sebagai anak angkat saya?” Irfan bertanya lagi.
Puan Murshida tidak terus menjawab, sebaliknya dia memandang Irfan dan Nisa’ silih berganti.
“Maafkan saya cik Nisa’, encik Irfan, dukacita saya maklumkan, lelaki tidak beristeri tak dibenarkan mengambil anak angkat perempuan. Jadi, encik Irfan tak boleh mengambil Hana sebagai anak angkat.”
Nisa’ kaku di kerusinya. Kejutan kedua pada hari ini. Irfan tersandar lemah. Genggaman Mak Su bertambah kuat.
“Jadi, walaupun saya duda, tetap tak boleh?” Irfan mencuba lagi. Puan Murshida menggeleng perlahan. Nisa’ mengerling Irfan saat dia meluahkan perkataan ‘duda’.
“Maafkan saya. Ini undang-undang. Kita tak boleh melanggarnya. Saya harap encik Irfan faham.” Suara tenang Puan Murshida berbicara.
Nisa’ tidak terkata apa-apa. Dia tidak mahu menunggu lagi. Dia bingkas, menyalami Puan Murshida.
“Saya balik dulu.”
Nisa’ tidak menanti lagi. Dia terus keluar dari bilik itu. Irfan mengejar pantas diikuti Mak Su.
“Nisa’, please, we have to talk.” Pujuk Irfan.
Nisa’ tidak menjawab. Terus melangkah. Tidak mengendahkan Irfan di sisinya.
“Nisa’, please?” pujuk Irfan lagi. Tiada reaksi.
Irfan menarik lengan Mak Su supaya bercakap dengan Nisa’. Akhirnya, Mak Su juga yang dicarinya.
“Nisa’, dengar dulu apa Irfan nak cakap ya?” pujuk Mak Su pula. Nisa’ memperlahankan langkahnya. Menyerahkan Hana pada Mak Su.
Bertentang mata dengan Irfan.
“Why didn’t you tell me the truth?” Nisa’ mengetap bibir.
Irfan menggosok belakang kepalanya resah.
“Sebab saya takut awak takkan setuju.”
Nisa’ memalingkan mukanya tidak percaya.
“Why should I? Menjadi seorang duda bukan satu dosa Irfan. At least you let me know. Kenapa mesti awak sembunyikan?” marah Nisa’.
Irfan menarik nafas dalam.
“Ok, I’m sorry. Seriously, saya Cuma tak takut awak tak setuju kalau awak tau status sebenar saya. That’s why I didn’t tell you. Maafkan saya?” pinta Irfan bersungguh-sungguh.
Nisa’ menarik nafas dalam dan melepaskannya. Dia melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di kaki lima bangunan itu.
“Drop it Irfan. Dah tak ada apa yang kita boleh buat. Kalau saya setuju pun, awak tetap tak boleh adopt Hana.” Keluh Nisa’.
Irfan turut duduk. Kepenatan, kelelahan jiwa dan raganya.
“So, apa kita nak buat sekarang?” Nisa’ jungkit bahu.
“Entah. Nampaknya, saya kenalah hadapi ummi saya seumur hidup saya.” Keluh Nisa’ lagi.
Irfan meraup wajahnya.
Mak Su menghampiri. Wajahnya berseri sedikit, tidak seperti wajah mereka.
“Mak Su ada cadangan.”
Serentak mereka mendongak.
“Apa dia?” serentak juga mereka bertanya.
“Kamu berdua kahwin. Selesai masalah.”
Nisa’ terkedu, Irfan berdiri pantas.
“Mak Su!”
*****************
Nisa’ melepaskan keluhan panjang. Runsing. Bingung. Keliru. Semuanya bercampur-baur. Dia bersandar di kepala katil, tangan kanannya diletakkan di ubun-ubun Hana yang sudah lena. Sebelah tangannya lagi terletak di atas dahi, berfikir dalam. Mindanya jelas terbayang peristiwa seminggu lalu.
“Mak Su ada cadangan.” Serentak mereka mendongak.
“Apa dia?” serentak juga mereka bertanya.
“Kamu berdua kahwin. Selesai masalah.”
Nisa’ terkedu, Irfan berdiri pantas.
“Mak Su!”
Mak Su menjeling Irfan.
“Apa? Salah ke Mak Su cakap ni?”
Nisa’ tersandar di kerusi, mahu tergelak melihat Mak Su dan Irfan. Dia tidak ambil pusing kata-kata Mak Su kerana dia tahu itu hanya gurauan Mak Su seperti hari itu, dan ianya takkan mungkin jadi kenyataan.
“Mak Su ni, tak habis-habis dengan ayat tu. Dari hari tu lagi.” Bicara Nisa’ menahan tawa. Irfan memalingkan muka dari Nisa’, menarik nafas dalam, Lega kerana Nisa’ tidak memahami ‘gurauan’ Mak Su itu.
Mak Su melopong. Dia mengambil tempat di sisi Nisa’, mengambil alih tempat Irfan sebentar tadi.
“Betul ni Nisa’. Kalau kamu berdua kahwin, senang. Selesai masalah. Mak kamu tak risau tak ada orang nak kahwin dengan kamu. Hana tetap jadi milik kamu berdua. Hah, tak ke selesai masalah namanya tu?” bersungguh-sungguh Mak Su menjelaskan. Nisa’ ketawa kecil.
Marahnya pada Irfan tadi sudah berganti rasa lucu.
“Mak Su, mustahil kami akan berkahwin sebab kami tak bercinta pun. Lagipun, Irfan dah ada pilihan hati,” Nisa’ mengerling Irfan yang kelihatan gelisah. Mak Su pantas menoleh ke Irfan. Bingung.
“Kamu dah ada orang lain? Siapa? Kamu tak cakap dengan Mak Su pun?” suara Mak Su jelas kecil hati.
Irfan menggosok belakang kepala, pening. Menghampiri Mak Su yang sudah mahu berjauh hati.
“Mak Su, nanti Irfan terangkan, ok?” pujuk Irfan. Nisa’ senyum sendiri melihat mereka.
“Hmm, baik kamu beritahu. Kalau tak, siap kamu.” Nisa’ ketawa lagi. Irfan senyum tawar, Mak Su masam muka.
“Dah lah, jom, kita balik. Saya nak ke pejabat semula ni. nanti petang saya ambil Hana ya.” Ujar Nisa’ seraya bingkas, membetulkan tali tas tangannya yang tersangkut di bahu.
Irfan angguk, namun tidak bersungguh-sungguh. Dia sedang memikirkan tentang sesuatu.
“Irfan, saya masih marahkan awak, but anyway, thanks for offering yourself.” Ucap Nisa’ bersama seulas senyum, ikhlas.
Irfan senyum nipis.
“Tak apa, and sorry Nisa’, sebab rahsiakan hal ni dari awak. Saya...”
“Tak apa, saya dah lambat ni, nanti kita cerita lain. Ok Mak Su, saya pergi dulu.”
Nisa’ menyalami Mak Su, mencium ubun-ubun Hana dan kedua pipinya.
*******
Irfan juga tidak senang duduk sejak peristiwa di JKM itu. Mindanya ligat merancang sesuatu hasil dari cadangan Mak Su tempoh hari. Memang gila, tapi mana tau akan berhasil? Perbualan mereka tempoh hari masih segar di ingatannya, dan juga ‘gurauan’ Mak Su.
Hari itu, Irfan memandang sepi Nisa’ yang sudah mengatur langkah pantas meninggalkan mereka untuk kembali ke pejabat. Satu keluhan panjang dilepaskan.
Mak Su menyigung siku Irfan.
“Siapa yang Nisa’ maksudkan tadi?” Irfan menoleh sekilas. Mereka melangkah beriringan ke kereta Irfan, perlahan.
“Sebenarnya, hari tu dia Tanya Irfan, Irfan tak ada someone special ke? Dia takut if
Irfan ada someone, orang tu maybe tak boleh terima Hana nanti. Dia takut kes bang ngah dan kak ngah berulang.” Terang Irfan, perlahan.
“Lepas tu, apa kamu cakap?” soal Mak Su tidak sabar. Irfan menekur lantai kosong.
“Irfan cakap tengah mengorat. Mak Su pun tau Irfan sebenarnya ada hati dengan dia tapi dia tak perasan pun. So, dia ingat Irfan ada someone la padahal Irfan maksudkan dia.”
Mak Su melopong.
“Oo, jadi dia ingat kamu ada girlfriend la?” Irfan angguk lemah.
“Haah Mak Su.”
Mak Su menjeling Irfan tajam.
“Hah, tulah kamu. Mak Su dah cakap awal-awal lagi, beritahu dia, beritahu dia, kamu tak nak dengar. Sekarang terperangkap. Nak kata bodoh, cerdik. Ish, Mak Su betul tak faham orang muda zaman sekarang.” Bebel Mak Su.
Irfan menarik nafas dalam, mengukir senyum yang jelas dibuat-buat. Dalam fikirannya, ada sesuatu yang sedang bermain tarik tali dengan akal warasnya. Mahukah Nisa’ menerima cadangannya nanti?
kat mana leh saya dapatkan next chapter anaknya, anakku jua??
ReplyDeletesbnrnya AAJ skrg dlm proses penilaian utk diterbitkan tp belum ada kata putus dr penerbit lg. kalau AAJ akan diterbitkan, sy akan beritahu kemudian (jika AAJ diterima oleh penerbit). kalau x ada rezeki AAJ, maksudnya, AAJ x diterima, sy akan beritahu kemudian. skrg cuma bab ni shj yg boleh dipublish di blog. doakan kejayaan AAJ. ;)
ReplyDeletewa... knapa kejam? ingatkan byk dkat sini.. lbih kurang je dgn kt penulisan2u.. cepat la.. harap2 dpt terbitkan.. jgan lpa habaQ kat kami k..
ReplyDeletealaaaaaaaa.. x abis lagi ni.
ReplyDeletemana nak bace agi neh? uwaaaaa best da citer neh T_T
ReplyDeletesy arap cite ni dpt d terbitkan n mndpt sambutan ramai..best sgt citer nie...jgn lupe bgtau next chapter..ok
ReplyDeleteakak brp lama publisher nk perap ceta ni??? Dah lama gila tunggu xkuar2 lg ni. huhuhu... akak terbit sendiri ja la. cam kak anita aruszi buat. senang ceta. rsnya rmai pengikut akak akan sokong. betul xsemua??? ;D
ReplyDelete@IVORYGINGER akak pun dah bengong menunggu lelama. tapi buat masa skrg, akak x boleh hntr manuskrip ke tmpt lain since akak dh hntr ke P2U. selagi diorg x reject, akak x boleh cr publisher lain, in case diorng tetiba terima citer akak, susah nanti jadinya. huhuhu... anyway, akak pun x boleh nak dptkn clarification lebih2 dr p2u sbb diorg pun menunggu berita dr publisher. tp akak akan cuba tanya lg. mgkn diorg boleh dptkan berita yg lebih jelas. hopefully. btw, thanks 4 ur support! ;)
ReplyDeletelamernyer di perap citer ni... bila la nak d pblsh kalo gini.....
ReplyDeletexder lg ke sambungan citer ni...huhuuuhu xsabar nk tau...anyway citer ni best keep it up...
ReplyDeletealaaaa.....
ReplyDeletex best la cam nie,bca spruh2....
citer nie besttttt sngt2.......
bile nk trbit novel.......
i've finished reading the whole 15 chapters..this writer is really gifted..the language used is simple, suitable for all ages..the story line is not predictable which makes it an exciting journey for the readers..definitely a book that is worth having! all the best najah, my prayers goes to you =)
ReplyDeletehehehehe..saper yg dh bace tahun lepas dapat bace sampai abis...aku ingt nak bace lagi...huhuhu..dah nak terbit rupanya..gud2..rugi la lau citer abis2 kat sini..hahahaha..korang2 kena g beli nanti..memang terbaikk...
ReplyDelete