Hafiz mengetuk jarinya di meja, menanti seseorang yang tak kunjung tiba. Bosan. Tiba-tiba, matanya menangkap susuk tubuh yang amat dikenalinya yang baru masuk melepasi pintu, dan matanya melilau mencari seseorang. Hafiz mengangkat tangannya, dan gadis itu berlenggang-lenggang ke arahnya.
‘hai, sorry, I lambat. Kenapa you nak jumpa I ni?’ Tanya wani sebaik punggungnya mencecah kerusi. Hafiz merenung wajah bertampal mekap tebal itu yang dulunya pernah dicanangkan untuk menjadi bakal isterinya.
Hafiz melarikan pandangannya. Mintak simpangla. Mujur ayah aku bankrupt. Baru tau perangai sebenar perempuan ni. Dasar mata duitan.
‘pasal Kira.’ Hafiz memulakan, ringkas.
‘Kira? siapa Kira?’ dahinya berkerut.
‘ooh, that girl tu? Yang you tergila-gilakan tu?’ sinis kedengaran suara itu. Hafiz mendengus kecil.
‘ya, Kira Ayumi yang I cintakan tu sebab dia baik, tak macam you.’ Sempat Hafiz membalas sindiran Wani. Wani mencebik.
‘hmm, kenapa dengan dia?’ Wani bertanya, acuh tak acuh.
‘you ingat tak, 5 tahun dulu, ayah I ada jumpa dia?’
‘ingatlah, kenapa?’
‘I nak tau, apa yang diorang bincangkan, you tau apa yang diorang cakap hari tu?’ Wani terdiam seketika.
‘you tanyalah ayah you. Dia yang bercakap dengan Kira, and alone. Mana I tau.’ Dalih Wani.
Hafiz mengeluh panjang.
‘masalahnya ayah tak nak cakap.’
‘tanyalah Kira.’
‘kalau I boleh dapat jawapan dari dia, you ingat I nak ke mengadap muka you?’ tempelak Hafiz.
Wani menjeling. Memangla aku tau kenapa dia pergi dulu, semua aku tau. Tapi kalau kau macam ni dengan aku, haraplah aku nak beritahu.
‘hmm, pandailah you usaha sendiri. Tapi yang you sibuk sangat nak tahu ni kenapa? Bukan ke Kira and your father dah berbaik? Even you pun dah balik rumah. I ingat, I akan dapat kad kahwin you as soon as you meet her again, but what happened is otherwise. I’m a little bit surprised.’ Hafiz menjeling Wani. Panas hatinya mendengar sindiran itu.
‘adalah sebabnya. Yang you sibuk kenapa?’ marah Hafiz. Wani terdiam. Memang nak kena mamat ni. Sedap-sedap je marah aku ya? Kita tengok, siapa yang berkuasa.
‘actually, you ingat I tak tau ke kenapa dia berhenti dulu?’ Hafiz mendongak. Mencari kebenaran di wajah itu.
‘apa yang you tahu?’ Tanya Hafiz.
‘apa yang you tahu?’ Tanya Wani pula.
Hafiz terdiam sejenak, berfikir. Boleh percaya ke perempuan ni?
‘she left me not because of my father. That’s all I know. Now, your turn.’
Wani tersenyum sinis.
‘you ingat ayah you tu baik sangat ke? You ingat, ayah you akan lepaskan Kira bila dia tahu you and Kira is in love with each other?’
‘Wani, just tell me what I want to know, ok!’ tempelak Hafiz.
Wani merenung Hafiz tajam.
‘hey, you are the one who needs me, so please, behave like one. I ada hak nak beri you maklumat ni atau tak, ok?’ tingkah Wani. Hafiz terdiam. Kena ugut pulak. Hafiz menyabarkan dirinya.
‘ok, I’m sorry. Please Wani, I really need to know.’ Suara Hafiz mengendur. Demi Kira, aku sanggup!
‘hmm, macam tu la.’ Hafiz menyandar. Argh, menyampah betul!
‘Kira, of course she left because of your father. Your father blackmailed her.’ Hafiz bergerak ke hadapan kembali, pantas.
‘I tak faham. Ayah I ugut Kira dengan apa? I mean, she has nothing to be afraid of. Kira tak ada weaknesses. Yang I tahu la. Dan, I tak Nampak pun Kira susah sebagaimana Ayu dulu. Mustahil Kira diugut untuk pergi.’ Hafiz meluahkan keraguannnya.
Wani tersenyum lebar, masih sinis senyumannya.
‘itu yang you tahu. Yang you tak tahu?’ dahi Hafiz berkerut.
‘apa yang I tak tahu?’
‘hmm, even Kira pun tak tahu tentang hal ni sampailah she met your father. Syafni. he used Syafni.’ Hafiz melopong.
‘but, how?’
‘Syafni tu salah seorang penerima biasiswa dari college board at that time. Her parents are divorced. And she relies on the scholarship to pursue and finish her study. Dato' Syafie, ugut Kira by giving her two choices. Her love, or her friend’s future. If Kira pilih untuk stay di kolej, Syafni terpaksa berhenti kerana biasiswanya ditarik balik. But if Kira leaves, you all berdua takkan diapa-apakan. So, you know who Kira choses.’ Wani bersandar senang.
Hafiz tersandar lemah. Jadi, semuanya kerana Syafni? kasih Kira pada Syafni sebagai sahabatnya membuatkan Kira pergi juga. Tapi, kenapa Kira berbohong dengan aku? Kenapa dia tak mahu beritahu aku hal sebenar? Kenapa?
Ayah juga begitu. Ayah memang puncanya semua ini terjadi. Hafiz mengetap bibir. Ayah.
Hafiz bingkas, tidak menunggu lagi.
‘Wani, thanks for everything.’
‘you’re welcome.’ Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya melihat wajah Hafiz menyinga. Mesti kau bergaduh dengan Kira lagi. We’ll see. Pandangannya menghantar Hafiz keluar dari restoran itu.
*********
‘ayah!’ panggil Hafiz sekuat-kuatnya sebaik dia masuk ke dalam rumah. Tiada jawapan. Hafiz naik ke atas. Terus dia menyerbu ke bilik Dato' Syafie.
Dato' Syafie yang sedang membaca tersentak melihat Hafiz menyinga.
‘Hafiz, kenapa ni?’
‘ayah, kenapa ayah tipu Hafiz?’
Berkerut dahi Dato' Syafie.
‘tipu? Tentang apa?’
‘tentang Kira! ayah jangan tipu. Wani dah cerita semuanya. Ayah yang buatkan Kira keluar kolej dulu, kan?’ terkebil-kebil mata Dato' Syafie.
‘Hafiz, duduk dulu. Dengar apa ayah nak cakap.’ Dato' Syafie cuba menenangkan. Dia menghulurkan tangan mahu menarik Hafiz namun ditepis Hafiz.
‘ayahlah punca segala-galanya. Ayahlah puncanya Kira lari dari Hafiz. Kalau ayah tak halau dia dulu, dia takkan pergi, dan cinta dia pada Hafiz takkan padam. Ayahlah puncanya dia pergi dari Hafiz! Ayah yang salah!’ marah Hafiz. Dato' Syafie menunduk.
‘Hafiz, maafkan ayah. Ayah dah bertaubat nak. Ayah salah dulu, tapi sekarang ayah dah bertaubat, dan ayah dah minta maaf pada Kira. maafkan ayah.’ Dato' Syafie cuba lagi menggapai tangan Hafiz, namun Hafiz menjauh.
Dia benar-benar marah.
‘kenapa Kira tipu Hafiz? Kenapa dia takut nak cakap hal sebenar? Ayah ugut dia kan? Ayah yang punya angkara kan?’ tuduh Hafiz. Dato' Syafie pantas menggeleng.
Hatinya hiba mendengar tuduhan itu.
‘Hafiz, Kira yang tak mahu dedahkan hal lama. Dia yang minta ayah berjanji supaya ayah tak beritahu Hafiz.’
‘ah! Ayah bohong! Kira tak macam tu! Ayah yang salah! Ayah yang menyebabkan Kira pergi dari Hafiz!’ jerit Hafiz. Dia benar-benar tidak percayakan ayahnya lagi.
Menitis juga air mata Dato' Syafie.
‘Hafiz, maafkan ayah. Percayalah, ayah dah insaf nak. Ayah tak buat lagi semua tu. Ayah Cuma mahukan kebahagiaan Hafiz.’ Ujar Dato' Syafie lagi, lirih.
‘kenapa Kira pergi dari Hafiz sekarang kalau bukan sebab ayah?’ tempelak Hafiz lagi.
‘Hafiz!’ Hafiz pantas menoleh, bertentang mata dengan gadis yang amat dicintainya.
‘Hafiz, apa awak buat ni?’ Tanya Kira, perlahan, dia terkebil-kebil melihat Dato' Syafie yang mengesat air mata.
Hafiz mendapatkan Kira yang lambat-lambat melangkah masuk.
‘Kira, saya dah tau semuanya. Ayah saya yang ugut awak kan? Dia yang buat awak berhenti dulu. Dia gunakan Syafni, Kira. saya dah tau Kira. jangan risau, sekarang, saya takkan biar sesiapa pun menghalang kita. Kira, awak masih sayangkan saya kan? Awak jangan hiraukan ugutan ayah saya Kira. dia tak boleh buat apa-apa lagi pada kita.’ Hafiz bagaikan orang gila merayu Kira.
Kira memandangnya tidak percaya. Pandangan mereka bertaut lama.
‘Hafiz, hubungan kita tak ke mana bukan kerana ayah awak.’ Ujar Kira, tegas dan yakin.
Hafiz mendengus kecil.
‘Kira, jangan bohong saya. Saya tau ayah takkan boleh tengok saya bahagia. Dan dia akan cuba memisahkan kita walau dengan apa cara sekalipun.’ Bicara Hafiz membuatkan Dato' Syafie bertambah sayu dan Kira perasan perubahan di wajah setengah abad itu.
‘Hafiz, dia ayah awak. Jangan biadap dengan dia!’ marah Kira.
Hafiz menjeling Dato' Syafie, memandang Kira tidak percaya.
‘Kira, awak boleh pertahankan lagi manusia ni? Dia yang menyebabkan awak pergi dari saya dulu! Dan sekarang, dia sebenarnya masih cuba memisahkan kita Cuma awak dan saya saja yang tak sedar! Entah-entah, dia gunakan awak untuk mengumpan saya pulang! Tengok, sekarang, awak tetap jauh dari saya. Sebab dia Kira! sebab dia!’
Pang!
Sepi seketika. Kira sudah tidak teringat lagi halal haram. Terasa perit tangannya menampar Hafiz.
‘Kira,’ Hafiz memandang Kira tidak percaya. Tamparan itu tidak sekuat mana, namun tamparan di hatinya lebih kuat dan lebih menyakitkan, kerana Kira yang menamparnya. Dato' Syafie turut terkedu.
‘ya, saya tampar awak, sebab awak dah tak sedar diri. Dia ayah awak Hafiz! Ayah awak! Saya siapa? Cuma orang asing yang baru awak kenal belum sampai 10 tahun! Kerana kisah dulu awak nak benci ayah awak sendiri? Dia dah insaf Hafiz. Saya tak salahkan sesiapa pun atas apa yang terjadi malahan saya amat menyayangi ayah awak, macam ayah saya sendiri. Sebab tu, saya tak nak ungkit kisah lalu. Saya tak nak awak hilang percaya pada ayah awak sendiri. Kenapa awak tak percayakan saya Hafiz? Kenapa?’ lirih suara Kira.
Dato' Syafie mendekat, bersusah payah menghampiri Hafiz lalu disentuh bahu Hafiz. Hafiz menepis kuat.
‘Kira, saya buat semua ni kerana awak Kira. saya tahu awak masih sayangkan saya. Please Kira.’ Hafiz mendekat.
Kira menjauh dari Hafiz. Dia memusingkan badannya.
‘Hafiz, saya dah cakap, saya dah ada Iman sekarang. Bukan sebab sesiapa, tapi perasaan saya dah berubah. Kenapa awak tak faham?’
‘Kira, awak tipu saya kan? Saya tau awak tipu.’ Rayu Hafiz.
Kira memusingkan badannya kembali.
‘Hafiz, kasih sayang itu luas maknanya. Awak cintakan saya, tapi awak tak sedar awak dah melukakan hati orang yang amat menyayangi awak. Ayah awak. Awak benci ayah awak sendiri Hafiz? Awak benci dia?’ Tanya Kira. Hafiz menunduk. Mengerling Dato' Syafie di sisi.
‘kalau awak dah membenci ayah awak sendiri, adakah jaminan awak boleh cintakan saya sepenuh hati awak? Bagi saya, saya tak sanggup menerima orang yang membenci ayahnya sendiri.’ Ujar Kira, nada suaranya sudah mendatar, tidak lagi tegang seperti tadi.
Hafiz melutut di situ. Dia meraup wajahnya seraya bersujud di atas lantai. Rintihannya kedengaran jelas.
‘ya Allah, maafkan aku!’ Kira menghampiri Dato' Syafie.
‘Hafiz, pohon keampunan dari ayah awak sendiri Hafiz. Sekali hatinya terguris, mungkin awak takkan selamat lagi,’ lembut suara Kira menyentuh gegendang telinganya. Dato' Syafie turut melutut di sisi Hafiz.
Hafiz duduk kembali, merenung ayahnya dengan penuh rasa bersalah. Pantas dia menarik ayahnya ke dalam pelukannya.
‘ayah, maafkan Hafiz. Hafiz bersalah pada ayah!’teresak-esak dia di situ.
‘maafkan ayah juga, untuk semuanya. Maafkan ayah!’ suara esakan mereka bersilih ganti. Kira turut menitiskan air mata. Bersyukur kerana akhirnya mereka kembali bersatu.
No comments:
Post a Comment