About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, June 5, 2009

Kira Ayumi 26

Kira menarik nafas dalam. Teringatkan tujuan asal dia berkunjung ke rumah ini. Bagaimana harus dia memulakan? Hafiz sudah ke mana. Tapi dia tahu Hafiz masih di rumah ini, dia tidak keluar ke mana-mana. Masakan dia akan keluar dari rumah semasa Kira ada.

‘Kira, terima kasih.’ Kira menoleh ke sisi, merenung mesra Dato' Syafie.

‘tak ada apa-apalah pakcik. Saya nak minta maaf kat pakcik juga, sebab saya tak benarkan pakcik beritahu Hafiz hal sebenar, dan dia salah sangka pada pakcik.
Maafkan saya.’ Ujar Kira kesal.

Dato' Syafie mengukir senyum nipis.

‘Kira, pakcik tak ambil hati. Pakcik sedar perbuatan jahat sekali dibuat diingat orang sampai bila-bila.’

‘pakcik, jangan cakap macam tu. Saya dah tinggalkan semuanya di belakang. Saya tak nak ingat apa-apa lagi kecuali pakcik Syafie yang baik hati, ok?’ tutur Kira lembut.
Mereka berbalas pandang seketika.

Kira melarikan anak matanya. Resah.

‘Kira, pakcik rasa Kira datang hari ni, macam ada tujuan besar je?’ Kira tidak menjawab, sebaliknya, dia mengeluh panjang.

‘pakcik, saya memang ada hal sikit, nak cakap dengan pakcik. Tapi, saya tak nak Hafiz tahu.’ Kira memulakan.

‘baiklah. Apa dia?’

‘sebenarnya, saya akan pergi ke UK minggu depan. Saya nak sambung pengajian dalam peringkat sarjana.’ Berat Kira meluahkan. Dato' Syafie terdiam, merenung Kira lama sebelum dia membuang pandang ke halaman.

‘oh, baguslah macam tu.’ Ujar Dato' Syafie, ceria yang dibuat-buat.
Kira mengeluh panjang.

‘pakcik, saya pergi bukan sebab pakcik, bukan sebab Hafiz. Tapi saya memang nak pergi. Pakcik izinkan saya pergi kan?’ Tanya Kira lembut.

Dato' Syafie mengangguk, senyuman diukir tapi jelas tawar, tiada keikhlasan.

‘pakcik doakan Kira Berjaya mencapai impian Kira, walau di mana Kira berada. Cuma pakcik harap, janganlah lupakan pakcik pula.’ Kira mengangguk laju.

‘saya takkan lupakan pakcik. Terima kasih pakcik.’

‘hmm, Kira makan malam di sini?’ pelawa Dato' Syafie. Kira terdiam seketika. Menggaru kepala yang tidak gatal.

‘erm, ok. Saya makan malam di sini.’ Dato' Syafie tersenyum lagi. Mungkin ini makan malam terakhir mereka bersama.

‘pakcik pergi cari Siti, nak beritahu dia supaya masak special sikit.’

‘ok,’ dan tinggallah Kira berseorangan di situ. Melayan perasaannya.

Sejak Hafiz pulang sehingga ke hari ini, bibirnya sering berbicara bohong. Tentang perasaannya pada Hafiz, Iman, dan kali ini, tentang pemergiannya. Hakikatnya, dia mahu pergi untun memberi ruang kepada Syafni dan Hafiz, dan juga untuk mengurangkan beban Iman. Dia tidak sanggup melihat orang lain terseksa kerananya lagi.
Kira mengeluh panjang. Penat. Rimas.

‘awak penat ke?’ tiba-tiba suara itu menyentuh gegendang telinganya. Dia menoleh dan mendapati Hafiz di belakangnya.

‘erm, tak.’ Hafiz menghampiri dan berdiri di sisinya membuatkan jantungnya berdebar kuat. Kira cuba menahan perasaannya yang bergolak kencang dari kelihatan di mata Hafiz.

Hafiz mendiamkan diri, menikmati pemandangan senja. Kira juga tidak bersuara, tidak tahu apa yang patut dibicarakan.

‘awak cakap apa dengan ayah tadi?’

‘ha? Tak ada apa-apa.’

‘saya tengok ayah sedih je. Mesti ada apa-apa.’

‘tak, betul, tak ada apa-apa.’

‘hmm, siapalah saya untuk awak beritahu semuanya kan? Saya Cuma seorang yang tiada nilai lagi pada awak, kan Kira?’ Kira terkebil-kebil mendengar sindiran Hafiz yang sayu kedengarannya.

‘Hafiz, kenapa awak cakap macam tu?’

‘yelah, awak dah ada Iman. Saya je yang macam orang bodoh menunggu awak. Kenapa susah untuk saya lupakan awak Kira?’ Kira menunduk. Dia tiada jawapan kerana hakikatnya dia sendiri tidak pernah melupakan Hafiz.

‘Syafni, love her, and you will forget me entirely.’
Hafiz ketawa kecil, sinis.

‘again and again, Syafni. Kira, dulu pun awak pergi kerana Syafni, kerana awak nak jaga pelajaran dia, now, apa alasan awak untuk pergi dari saya Kira? tell me.’ Suara Hafiz sedikit kuat.

Dia menatap Kira tajam, namun Kira tidak menoleh, terus memandang ke depan. It is still Syafni, Hafiz. Namun alasan itu ternoktah di dalam hatinya, tidak terlafaz oleh bibirnya.

‘saya ada Iman.’ Ujar Kira ringkas. Tetap tidak memandang Hafiz yang masih merenungnya tajam.

‘Kira, look at me, and tell me straight into my face, that you don’t love me.’ Pinta Hafiz. Dan Kira menoleh pantas, pandangan mereka bertaut seketika.

‘I, err, I,’ dia melarikan matanya. Memalingkan mukanya.

‘Kira, I know you still love me, why then are you doing all this Kira? awak sengaja nak menyeksa saya ke? Kira, kalau awak ada masalah, tell me, kita hadapi sama-sama. Bukan ini caranya untuk awak selesaikan masalah awak,’ suara Hafiz yang sayu membuatkan Kira sebak.

Dia cuba menahan air mata dari keluar. Dia perlu tegas. Kira menarik nafas dalam.

‘no, Hafiz, saya memang dah berubah. Perasaan saya dah berubah. Saya bukan Kira Ayumi yang dulu. Saya, dah tak cintakan awak lagi.’ Dia menoleh dan melihat tepat ke mata Hafiz saat itu. Dan Hafiz terkedu.

‘Kira,’

‘Hafiz please. Saya doakan awak bahagia, walau dengan siapa awak bersama. Saya minta maaf, kerana memberi harapan pada awak, kerana memecah-belahkan keluarga awak, kerana mematahkan hati awak, maafkan saya, untuk semuanya. Dan terima kasih. Kenangan awak dan saya akan saya bawa bersama.’ Kira memusingkan badannya pantas,
mahu berlalu pergi.

Dia harus meninggalkan rumah ini sebelum benteng terakhirnya pecah. Air mata tidak tertahan lagi. Dia mencapai tas tangan.

Hafiz tetap kaku. Tidak terdaya lagi mahu bergerak. Kira. dan air mata lelakinya menitis jua.

Kira berlari pantas menuruni tangga, melintasi ruang tamu. Dato' Syafie yang melihat Kira tergesa-gesa mahu pergi pantas memanggil.

‘Kira,’
Langkahnya mati. Dia mengesat air mata yang sudah mengalir laju bagaikan air hujan. Kira menoleh melihat Dato' Syafie.

‘pakcik, maafkan saya. Saya tak boleh makan malam di sini. Pakcik jaga diri. Assalamualaikum.’ Dia terus melangkah keluar tanpa menunggu lagi, meninggalkan Dato' Syafie terkebil-kebil di situ. Dato' Syafie memandang ke atas, teringatkan Hafiz. Hafiz, Kira akan pergi tanpa pengetahuan kamu.

********

Sampai di rumah, Kira terus mendapatkan ibunya, Puan Sabariah. Teresak-esak dia di pangkuan ibunya.

‘Kira, kenapa ni? Apa dah jadi?’ bertubi-tubi soalan ditanya. Risau dia melihat Kira menangis bersungguh-sungguh.

‘ma, tolong cepatkan permergian Kira, ma. Kira nak pergi secepat yang mungkin.’ Tutur Kira dalam sendu.

‘kenapa? Kira ada masalah ke? Kenapa nak pergi cepat sangat? Tak lama je lagi flight Kira. minggu depan je. Sabar ya.’ Pujuk Puan Sabariah. Benar-benar bingung dia
melihat tingkah anak bongsunya itu.

‘ma, please, Kira nak pergi cepat. Kira tak boleh tunggu minggu depan. Please, ma.’ Rayu Kira lagi. Esakannnya masih kedengaran.

‘erm, ok, ok. Nanti mama bincang dengan papa ya? Dah, dah, jangan nangis lagi.’ Pelukan Kira bertambah erat. Esakannya bertambah kuat. Maafkan aku Hafiz, untuk semuanya.

********

‘amboi, kau, diam-diam nak pergi oversea. Tak beritahu aku pun.’ Usik Syafni yang berkunjung ke rumah Kira keesokan harinya.

Kira sudah berhenti kerja dan masa yang ada digunakannya untuk membuat persiapan untuknya ke luar Negara. Semuanya dibuat tergesa-gesa kerana penerbangan Kira juga sudah dipercepatkan. 2 hari saja lagi dia akan berangkat meninggalkan bumi Malaysia.

Kira mengukir senyum tawar. Wajahnya tidak ceria.

‘hmm, ada rezeki aku. Dah lama aku pohon sebenarnya, sekarang baru dapat jawapan. Aku tak berani nak cakap, takut fail pulak nanti.’ Seloroh Kira.

‘hmm, Hafiz tak tau kau nak pergi?’ Kira terdiam mendengar soalan itu.

‘tak, aku tak nak beritahu dia. Janji dengan aku, jangan beritahu dia? Aku tak nak dia tau. Nanti susah aku nak pergi.’ Syafni mengangguk.

‘Kira, aku harap kau Berjaya di sana. Jangan pulak lupakan aku di sini nanti.’ Seloroh Syafni. Kira tersenyum nipis.

‘hmm, tak kan nak lupa kawan sendiri. Kau pulak, kalau makan nasi minyak, jangan lupa beritahu aku.’ Syafni mencebik.

‘siapa dulu entah? Aku rasa kau dulu. Iman tu, takkan nak tunggu lama lagi?’ Kira ketawa besar. Memang dia dan Iman takkan berkahwin sampai bila-bila. Mereka tak bercinta pun, macam mana nak kahwin? Semuanya hanyalah lakonan semata.

‘hmm, tengoklah Syaf. Kalau ada jodoh aku dengan dia.’

‘hmm, oklah, dah lama aku kat sini. Nanti jangan lupa ole-ole aku. Sorry Kira, aku tak dapat hantar kau. Aku outstation. Sorry ek.’

‘tak apa, aku faham. Kerja elok-elok, ok?’ mereka berpelukan lama.

‘call me. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.’ Syafni masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi. Kira mengeluh panjang. Semoga korang bahagia.

**********

‘awak tak pernah cakap pun pasal offer ke oversea ni?’ tingkah Iman. Pertemuan terakhir mereka juga, sebelum Kira meninggalkan bumi Malaysia.

‘Iman, saya tak cakap dengan sesiapa pun. Cuma family saya yang tahu. Entah, saya rasa saya tak perlu beritahu.’

‘you are running away right? From Hafiz and Syafni? awak tak sanggup beritahu mereka kebenaran that deep inside your heart, Hafiz is still there. Hidden somewhere. Kenapa awak tak boleh berterus terang saja Kira? tell them the truth! Surely diorang akan faham.’ Ujar Iman tegas.

Dia benar-benar tidak bersetuju dengan rancangan Kira. Kira mengeluh panjang.

‘dah terlambat Iman. Tak ada apa yang boleh diubah lagi. I must go. Whatever happens.’

Iman diam, tidak tahu apa lagi yang patut dikatakannya.

‘Iman, maafkan saya untuk semuanya. And thanks for being here with me. I really appreciate it.’

Iman ketawa kecil, sinis.

‘Kira, I’m not here with you untuk tengok awak berduka, dan biarkan awak membohongi mereka, dan perasaan awak sendiri. Saya nak tengok awak bahagia. That’s all I want.’

‘Iman, saya bahagia sekarang.’

‘bahagia? Really? Kenapa wajah awak murung je? Kalau awak bahagia sekarang you should be with Hafiz right now, not me, and you will not go anywhere because you can’t bear to leave your heart here. Kira, why do you choose to suffer?’ tempelak Iman. Suaranya tidak begitu kuat tetapi menusuk perasaan Kira.

‘Iman please. Let bygone be bygone. There is nothing I can do about it. Sebab tu saya harus pergi, untuk memberi peluang kepada Hafiz melupakan saya, dan menerima Syafni.’

‘huh! Awak ingat Hafiz tu bodoh ke? Kalau 5 tahun dulu dia boleh menyayangi awak until now, kali ni berapa lama awak harus pergi supaya cintanya pada awak pudar? Berapa lama Kira? berapa lama?’ bertubi-tubi soalan Iman.
Kira menelan liur.

‘as long as it takes, I will go away from them.’

‘Kira, you know what? You are the dumbest girl I have ever met.’ Ujar Iman, geram.

‘saya tahu. Saya pun dah penat memikirkan kebodohan saya Iman. Tak perlu awak cakap lagi.’ Kira senyum tawar.

‘Iman, thanks again for everything. Saya akan contact awak, don’t worry. See you again later, ok?’

Iman tidak menjawab. Menjeling Kira geram.

‘halalkan semuanya yang saya ambil. Assalamualaikum, my friend.’ Kira mengatur langkah lambat-lambat. Meninggalkan Iman yang masih tidak puas hati.

Kira, I’m sorry. I will not let you go without getting you your love back. Tekadnya sendiri.

1 comment:

  1. 'u r the dumbest girl i have ever met' suke btol aq ayat tu..sbb aq rse mmg tepat btol..baek xbertempat..

    ReplyDelete