Tiba-tiba satu bunyi kedengaran.
Cepat-cepat Iris membelek skrin.
“Eh, Ngah. Ada orang bagi WhatsApp
kat kau la. Macam mana orang tahu kau dah ada WhatsApp?” Soal Iris
hairan.
Darin celik mata. Dia lagilah hairan.
Siapa pulak yang tahu fasal dia ada handphone baru, nombor baru... Amri?
Rasanya, aku senyap-senyap je sorok kotak Samsung tu masuk dalam kotak Bata
siang tadi. Mana ada orang nampak pun. Kalau satu pejabat tahu Ria bagi handphone
ni kat aku, memang naya la.
Maklum, Ria bukan jenis yang pemurah.
Dia kedekut ya amat. Kalau makan sama-sama pun, siap berkira, berapa yang patut
dia bayar. Bukan nak belanja staf dia pun walaupun sekali dalam setahun!
“Ngah! Ni ke Tengku Fakhri tu?”
Soalan Iris membuatkan Darin hampir
tersedak dengan air liurnya sendiri.
“Dia hantar WhatsApp la! Cuba
kau baca!” Iris menyorong skrin telefon ke depan wajah Darin. Memang tidak
salah lagi.
Dah ada WhatsApp?
Bukan handphone awak handphone cabuk je ke?
Hellooooooo… ada
orang tak? Ke hantu Darin yang guna handphone ni?
Darin mengetap bibir. Dua kali Fakhri
hantar mesej. Iris terus membelek lagi, sebelum dia menjerit penuh teruja
secara tiba-tiba.
“Angah! Ni ke orangnya?” Disorongkan
skrin sekali lagi ke depan wajah Darin. Wajah Fakhri terpampang di situ. Mana
pulak acu korek gambar mamat ni?
“Yup, dialah mamat kaya yang sengal
tu.”
Iris mengekek lagi sendiri. Darin
memeluk bantal dengan hati yang membengkak. Geram pula melihat Iris teruja
begitu. Dikerling Iris yang sedang sibuk menaip di skrin itu.
“Kau buat apa tu?”
Iris tersengih.
“ReplyWhatsApp dia.”
Bulat mata Darin mendengar jawapan
Iris, tetapi sebelum sempat dia mengejar Iris dan mendapatkan kembali
telefonnya, balasan Fakhri sudah masuk.
Mereka sama-sama merenung skrin
telefon yang agak besar itu dengan mulut yang sedikit ternganga.
Hai Acu. Kakak
awak tu tengah menggigil ke pegang hp sampai tak boleh reply sendiri?
Iris ketawa besar kemudiannya
sementara Darin cepat merampas telefon itu. Terkial-kial jemarinya cuba menaip
di atas skrin. Berjaya juga dia menaip dua baris ayat lantas membalas WhatsApp
Fakhri.
Hei! Jangan biadab
boleh tak? Saya retilah guna handphone ni!
----
Oh, ingat tak
reti. Next week, Isnin, kita start. Sebab saya tak ada PA, awak jadi PA tak
rasmi saya. Saya akan kenalkan awak sebagai PA saya, faham. Jangan banyak
cakap, melainkan saya suruh cakap. Deal?
----
Suka hati saya la
nak buat apa pun!
----
Ok. Suka hati
awak. Saya cuma tak nak awak malu je. Orang yang saya akan jumpa tu semua ada
bisnes juta2. I hope you know how to carry yourself around later.
----
Darin mengetap bibirnya lagi. Rasa
macam mahu saja dihempuk telefon itu ke dinding. Melihat gaya Darin, Iris
merampas kembali telefon itu dari kakaknya.
Snippet yang diterbitkan di blog ini merupakan sebahagian dari bab sebenar dalam versi cetak. Dilarang sama sekali menerbitkan mana-mana bahagian ini di mana-mana dalam bentuk apa sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
No comments:
Post a Comment