About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 17

Petang itu, Nisa' ke rumah Mak Su seperti biasa untuk mengambil Hana. Perjanjian telah dicapai dan mengikut perjanjian itu, Irfan merupakan pemelihara Hana sehingga dia berusia 2 tahun. Selepas 2 tahun, barulah permohonan boleh dikemukakan untuk proses pengangkatan Hana.

Nisa' menarik nafas lega apabila kereta Irfan tersadai di porch. Dia tahu Irfan ada. Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan kepada Irfan tentang proses pengangkatan.

Nisa' mematikan enjin kereta dan turun dari kereta.

‘assalamualaikum,’ terjengul wajah Irfan di muka pintu.

‘waalaikumussalam,’ Nisa' mengukir senyum.

‘awak ni 2-3 hari ni free je saya tengok? Bisnes ok ke?’ Nisa' masuk ke dalam rumah, mengambil tempat di sofa. Irfan juga berbuat demikian.

Irfan menarik nafas dalam.

‘bolehlah. Bisnes tetap jalan walaupun tokey tak ada.’

‘hmm, Mak Su mana?’

‘ada kat dapur tu. Nak minum?’

‘eh, tak pe lah. Saya ada nak cakap sikit pasal hal Hana.’

Irfan menegakkan duduk mendengar kata-kata Nisa'.

‘hmm, apa dia?’

‘sebenarnya saya tak tau lah awak tau ke tak tapi permohonan mengambil anak angkat secara persendirian hanya boleh dibuat setelah 2 tahun Hana di dalam peliharaan. So, sekarang, mengikut perjanjian kita, awak yang memelihara Hana secara luarannya tapi yang memelihara Hana sebenar-benarnya ialah saya, betul?’

Irfan angguk pasti.

‘betul. Habis, apa masalahnya?’

‘tak ada apa-apa masalah, Cuma sekarang ni, kita kena maklumkan pada pihak berkuasa bahawa Hana sekarang dalam pemeliharaan awak. Dan sebagai seorang yang belum berkahwin, awak kena sediakan slip pendapatan, semua yang berkenaanlah bagi mengikut protokolnya. Dan lepas 2 tahun baru permohonan boleh dikemukakan.’

Irfan terdiam sekejap mendengar frasa ‘seorang yang belum berkahwin’.

Perlukah dia berterus-terang dengan Nisa' sekarang?

‘Irfan,’ Irfan tersedar dari lamunannya.

‘ya,’

‘awak dengar tak apa saya cakap?’ Tanya Nisa'.

Irfan menggeleng.

‘sorry, apa awak cakap tadi?’ Nisa' baru hendak membuka mulutnya.

‘Nisa', dah lama sampai?’ tegur Mak Su yang datang dari arah dapur. Nisa' menoleh, bingkas menyalami Mak Su.

‘adalah 5 minit.’ Jawab Nisa'. Dia duduk kembali. Mak Su mengambil tempat di sisi Nisa'.

‘apa lagi yang kamu bincangkan ni?’ Mak Su memandang Nisa' dan Irfan silih berganti.

‘tak ada apa-apa. Cuma saya nak beritahu Irfan prosedur mengambil anak angkat ni.’

Mak Su dan Irfan berbalas pandang. Pandangan yang hanya mereka mengerti.

‘hmm, Mak Su masuk dulu, nak solat asar.’ Mak Su bingkas beredar masuk ke dalam bilik, meninggalkan mereka di ruang tamu.

Irfan berdehem perlahan.

‘apa awak cakap tadi?’ Tanya Irfan.

Nisa' menggaru dahi.

‘macam ni, esok atau lusa kita ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat untuk urusan ni. awak free tak?’ Irfan terdiam, menggosok dagu.

‘saya memang free. Pukul berapa?’

‘after lunch? Saya ingat nak bawa Mak Su dan Hana sekali. So, saya tinggalkan Hana macam biasa dengan Mak Su, then awak bawa diorang datang, jumpa kat sana. Saya tak boleh bawa Hana terus sebab saya nak ke pejabat dulu.’ Terang Nisa' panjang lebar.

Irfan angguk.

‘ok, esok kita jumpa di JKM sini.’

‘ok, esok ya. Kalau macam tu, saya nak balik dulu lah.’ Nisa' bingkas. Seperti biasa, dia mengambil Hana di dalam bilik dan beredar pulang.

Keesokannya, di rumah Mak Su, Irfan sedang bersiap-siap mahu keluar. Mak Su yang sedang mengenakan tudung menghampiri Irfan.

‘kamu tak nak beritahu dia ke status sebenar kamu?’ suara Mak Su risau.

Irfan mengeluh kecil.

‘Mak Su, Irfan rasa tak perlu.’

‘tapi Irfan, nanti depan pegawai kamu kena beritahu status sebenar kamu. Mak Su takut Nisa' akan rasa tertipu, nanti dia tak nak teruskan semua ni. baik kamu beritahu dia sebelum terlambat Irfan. Sekurang-kurangnya, kalau dia tahu sekarang, masih belum terlewat lagi untuk dia pertimbangkan semula.’

Irfan terdiam. Dia mencekak pinggang, berfikir dalam.

‘Mak Su, Irfan rasa Nisa' ok. Tak ada apa-apa lah. Tak apa, Mak Su jangan risau.’ Irfan menenangkan Mak Su.

Mak Su memuncung.

‘ish, suka hati kamulah.’ Mak Su masuk ke dalam membetulkan tudung. Kemudian, dia mengendong Hana keluar bilik.

Nisa' menanti di dalam kereta di hadapan bangunan JKM. Dia menarik nafas lega melihat kereta Irfan memasuki pekarangan JKM. Dia turun dari kereta, menuju ke kereta Irfan yang sudah diparkir elok. Mak Su keluar dan menyerahkan Hana pada Nisa'.

Mereka beriringan masuk ke dalam bangunan itu lalu ke bilik pegawai yang berkenaan.

Nisa' mengetuk pintu.

‘masuk,’ tombol pintu dipulas Irfan. Nisa' melangkah masuk diikuti Irfan dan Mak Su.

‘assalamualaikum puan,’ Nisa' dan Mak Su bersalaman dengan pegawai itu. Puan Murshida mengukir senyum melihat Nisa'.

‘duduklah cik Nisa'. Encik dan kakak pun jemput duduk.’ Pelawa Puan Murshida.

Mereka mengambil tempat masing-masing.

‘anak macam mana? Sihat?’ Tanya Puan Murshida. Semasa Nisa' memaklumkan tentang Hana di JKM, Puan Murshida lah yang menguruskannya.

Nisa' senyum nipis.

‘sihat puan, Alhamdulillah.’

Puan Murshida menjeling Irfan di sisi.

‘ni bakal suami ke?’ soalan itu membuatkan nafas Nisa' terhenti seketika. Irfan dan Mak Su senyum tawar mendengar soalan itu.

‘tak puan. Kenalkan, ini Irfan.’

Puan Murshida angguk perlahan.

‘oh, jadi, kenapa kamu nak jumpa saya hari ni?’ Nisa' menarik nafas dalam.

‘sebenarnya puan, saya tak nak jadi pemelihara Hana lagi. Saya tak jadi ambil Hana sebagai anak angkat.’ Beritahu Nisa' perlahan.

Puan Murshida angguk mengerti.

‘jadi, kamu nak serahkan pada puan ni?’ Puan Murshida merujuk pada Mak Su.

Nisa' pantas geleng.

‘tak puan. Saya nak serahkan Hana pada Irfan. Dia nak ambil Hana sebagai anak angkat. Boleh ke puan?’

Wajah Puan Murshida berubah sedikit. Dia merenung Hana lama, senyuman masih terukir mesra di bibirnya. Puan Murshida menoleh kepada Irfan.

‘encik Irfan sudah berkahwin?’

Nisa' pantas menggeleng.

‘belum puan...’

‘sudah puan.’ Nisa' terkedu mendengar jawapan itu. Dia menoleh kepada Irfan pantas. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Puan Murshida angguk perlahan. Tidak dia perasan wajah Nisa' yang sudah berubah. Mak Su sudah resah di duduknya.

‘isteri encik Irfan tak datang sekali?’ Puan Murshida masih tidak mengalih pandang dari Irfan.

Irfan menunduk seketika. Nisa' masih merenungnya tajam, menanti jawapannya juga.

‘isteri saya dah meninggal setahun lalu.’ Beritahu Irfan perlahan namun tenang. Mak Su menggenggam jemari Irfan kuat, memberi semangat padanya.

Nisa' bertambah kaku. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Puan Murshida menunduk seketika.

‘maafkan saya.’

Irfan menggeleng bersama senyum tawar.

‘tak apa puan. Jadi, bolehkah saya ambil Hana sebagai anak angkat saya?’ Irfan bertanya lagi.

Puan Murshida tidak terus menjawab, sebaliknya dia memandang Irfan dan Nisa' silih berganti.

‘maafkan saya cik Nisa', encik Irfan, dukacita saya maklumkan, lelaki tidak beristeri tak dibenarkan mengambil anak angkat perempuan. Jadi, encik Irfan tak boleh mengambil Hana sebagai anak angkat.’

Nisa' kaku di kerusinya. Kejutan kedua pada hari ini. Irfan tersandar lemah. Genggaman Mak Su bertambah kuat.

‘jadi, walaupun saya duda, tetap tak boleh?’ Irfan mencuba lagi. Puan Murshida menggeleng perlahan. Nisa' mengerling Irfan saat dia meluahkan perkataan ‘duda’.

‘maafkan saya. Ini undang-undang. Kita tak boleh melanggarnya. Saya harap encik Irfan faham.’ Suara tenang Puan Murshida berbicara.

Nisa' tidak terkata apa-apa. Dia tidak mahu menunggu lagi. Dia bingkas, menyalami Puan Murshida.

‘saya balik dulu.’

Nisa' tidak menanti lagi. Dia terus keluar dari bilik itu. Irfan mengejar pantas diikuti Mak Su.

‘Nisa', please, we have to talk.’ Pujuk Irfan.

Nisa' tidak menjawab. Terus melangkah. Tidak mengendahkan Irfan di sisinya.

‘Nisa', please?’ pujuk Irfan lagi. Tiada reaksi.

Irfan menarik Mak Su supaya bercakap dengan Nisa'.

‘Nisa', dengar dulu apa Irfan nak cakap ya?’ pujuk Mak Su pula. Nisa' memperlahankan langkahnya. Menyerahkan Hana pada Mak Su.

Bertentang mata dengan Irfan.

‘why didn’t you tell me the truth?’ Nisa' mengetap bibir.

Irfan menggosok belakang kepalanya resah.

‘sebab saya takut awak takkan setuju.’

Nisa' memalingkan mukanya tidak percaya.

‘why should I? Menjadi seorang duda bukan satu dosa Irfan. At least you let me know. Kenapa mesti awak sembunyikan?’ marah Nisa'.

Irfan menarik nafas dalam.

‘ok, I’m sorry. Seriously, saya Cuma tak takut awak tak setuju kalau awak tau status sebenar saya. That’s why I didn’t tell you. Maafkan saya?’ pinta Irfan bersungguh-sungguh.

Nisa' menarik nafas dalam dan melepaskannya. Dia melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di kaki lima bangunan itu.

‘drop it Irfan. Dah tak ada apa yang kita boleh buat. Kalau saya setuju pun, awak tetap tak boleh adopt Hana.’ Keluh Nisa'.

Irfan turut duduk. Kepenatan, kelelahan jiwa dan raganya.

‘so, apa kita nak buat sekarang?’ Nisa' jungkit bahu.

‘entah. Nampaknya, saya kenalah hadapi ummi saya seumur hidup saya.’ Keluh Nisa' lagi.

Irfan meraup wajahnya.

Mak Su menghampiri. Wajahnya berseri sedikit, tidak seperti wajah mereka.

‘Mak Su ada cadangan.’

Serentak mereka mendongak.

‘apa dia?’ serentak juga mereka bertanya.

‘kamu berdua kahwin. Selesai masalah.’

Nisa' terkedu, Irfan berdiri pantas.

‘Mak Su!’

1 comment:

  1. tak sabar nak tau depa kawin tak....jeng jeng jeng!!!! ila arif

    ReplyDelete