About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, May 21, 2009

Kira Ayumi 18

‘hai Iman. Jom.’ Ajak Kira. Mereka beredar ke kereta Iman untuk makan tengahari.

Di dalam kereta, Kira mengambil peluang itu untuk memaklumkan kepada Iman peristiwa 2 hari lepas.

‘Iman, awak tau ke ayah Hafiz kena strok? Bisnes dia dah bankrupt.’ Beritahu Kira. Iman kelihatan tenang. Tiada tanda-tanda dia terkejut dengan berita itu.

‘tau.’ Ujar Iman, ringkas.

‘kenapa awak tak beritahu saya?’ tanya Kira, tidak percaya. Sangkanya Iman tidak tahu.

Iman tidak menjawab sebaliknya dia menongkat kepala. Seperti tidak berminat untuk menjawab soalan itu.

‘tak perlu saya beritahu. Dia bukan sesiapa pada awak.’ Jawab Iman malas. Kira melopong.

‘kenapa awak cakap macam tu pulak? Dia kan ayah Hafiz?’ tingkah Kira tidak percaya. Suaranya jelas terkejut.

‘dia ayah Hafiz, so? Awak nak jaga dia sebab dia ayah Hafiz? Walaupun dia orangnya yang merosakkan hubungan korang dulu?’ tingkah Iman pula. Nadanya mendatar sahaja.

‘Iman, nampaknya awak tak kenal saya lagi. Saya tak tahu kalau awak jenis orang yang suka berdendam tapi bukan saya. Saya tak pernah berdendam dengan dia Iman. Bagi saya, hanya Allah yang akan membalas segala perbuatan dia dan saya percaya dia sudah mendapat balasannya.’ Ujar Kira, tegas.

Iman diam. Melepaskan keluhan panjang.

‘sorry Kira. Saya tersalah buat kesimpulan tentang awak. Saya tak tau yang awak akan marah saya macam ni kalau awak tau pasal ni.’ Ujar Iman, ada nada kesal terselit.

Kira menongkat kepala.

‘hmm, tak apa.’ Sepi menyelubungi sehingga mereka sampai di restoran.

‘so, awak nak pergi melawat Dato' Syafie?’ tanya Iman setelah mereka mengambil makanan dan duduk di sebuah meja.

Kira mengangguk.

‘saya dah pergi 2 hari lepas.’ Jawab Kira ringkas.

Iman terdiam sebentar.

‘awak dah pergi?’ tanya Iman lambat-lambat.

‘haah. Saya jumpa dr. Falah. Anak saudara dia. Dia yang merawat Dato' Syafie. Mujur ada orang yang menjaga dia. Yelah, Hafiz entah ke mana. Rasanya dia tak tau ayah dia sakit.’ Ujar Kira sayu.

‘kalau dia tahu pun entah dia nak balik ke tidak, kita pun tak tau.’ Tingkah Iman.

‘kenapa awak cakap macam tu?’ tanya Kira laju. Tidak suka dengan ayat itu.

‘sebab saya dengar diorang gaduh besar. Entahlah Kira. Lelaki ni susah sikit.’ Ujar Iman. Kira diam sahaja, cuba memproses kata-kata Iman. Hafiz, kenapa kau pergi?

*********

‘assalamualaikum dato,’ Kira memberi salam seraya melabuhkan punggung di kerusi. Di tempat yang sama dia duduk tempoh hari. Dato' Syafie mengerling Kira. Memandang kembali ke hadapan.

‘dato apa khabar hari ni?’ tanya Kira. Pembantu rumah Dato' Syafie tiba-tiba masuk membawa sedulang makanan. Kira menyambutnya.

‘biar saya suap dato hari ni.’ Pinta Kira.

‘tak apa ke?’ tanya pembantu rumah itu, tidak sedap hati mengenangkan Kira Cuma tetamu.

‘tak apa kak. Saya suap dato.’ Kira meyakinkannya. Dia berlalu pergi meninggalkan dulang itu di tangan Kira.

‘dato, kita makan ya.’ Tutur Kira lembut. Diangkatnya mangkuk bubur itu mendekati Dato' Syafie. Disenduk sedikit lalu disuakan ke mulut Dato' Syafie.

Dato' Syafie tidak membuka mulutnya, sebaliknya dia kelihatan teragak-agak dengan tindakan Kira.

‘dato, makanlah, saya tak bubuh racun dalam ni. Jangan risau.’ Ujar Kira dengan nada mengusik. Dia tahu Dato' Syafie ragu-ragu dengan tujuan kedatangannya ke sini.

Dato' Syafie masih tidak membuka mulutnya.

Kira meletakkan kembali sudu itu ke dalam mangkuk, di letakkan mangkuk di atas pangkunya.

Dia menatap wajah separuh umur itu.

‘dato, saya tahu dato ragu-ragu dengan kedatangan saya ke sini. Mungkin dato fikir saya ada niat tersembunyi. Yelah, dato sekarang sudah kurang upaya, dato sudah papa, pasti ini peluang saya untuk mengenakan dato semula sebagaimana apa yang dato telah lakukan pada saya 5 tahun dahulu.’ Ujar Kira, tenang.

Dato' Syafie memandang ke hadapan kembali, namun Kira tahu dia mendengar.

‘dato, marah saya pada dato ialah pada Dato' Syafie yang angkuh suatu masa dahulu, yang terlalu menyukai harta sehinggakan kebahagiaan anak sendiri tidak pernah dihiraukan. Saya memang bencikan Dato' Syafie itu tapi saya kini sedang berhadapan dengan Dato' Syafie yang tidak berdaya dan saya tak pernah marahkan dia. Sebaliknya, saya mahu membantu dia untuk teruskan hidup.’ Tambah Kira lagi.

‘saya tak pernah berdendam dengan dia. Bagi saya, Allah ada untuk membalas setiap perbuatan seseorang. Jika bukan di sini, di sana kelak. Jadi, dato tak perlu risaukan saya. Anggap saya jiran baru or kawan baru dato yang datang untuk membantu dato, ok?’ Kira menatap wajah itu bersama senyum manis.

Dato' Syafie memandangnya tidak berkelip. Wajahnya kelihatan sayu.

‘jadi, sekarang, saya nak suap dato makan, dato makan ya?’ Kira mengangkat kembali sudu lalu disuakan ke mulut itu. Dato' Syafie membuka mulutnya perlahan.

Kira tersenyum puas. Alhamdulillah.

‘macam ni lah. Dato kena makan supaya cepat sihat.’ Ujar Kira, cuba menceriakan suasana. Habis semangkuk bubur itu disuapnya.

Pembantu rumah itu terkejut melihat mangkuk kosong.

‘selama ini, dato tak pernah habiskan makanan dia.’ Dia menyatakan kehairanannya. Kira tersenyum puas.

‘ini petanda bagus. Maknanya, lepas ni, akak boleh tarik nafas lega. Masakan akak mesti habis dato makan.’ Ujar Kira.

Dia mengerling Dato' Syafie yang tersandar kekenyangan.

‘dato, saya balik dulu ya. Hari dah nak malam ni. Esok insyaAllah saya datang lagi.’ Kira meminta diri. Dato' Syafie tidak menjawab sebaliknya dia memandang Kira sayu.

‘maafkan saya. Ibu dan ayah awak bertuah kerana mempunyai anak seperti awak.’ Ujarnya, perlahan dan lambat-lambat.

Kira tersenyum.

‘dato juga amat bertuah kerana dato mempunyai Hafiz. Dia amat menyayangi dato.’ Tambah Kira.

Dato' Syafie memalingkan muka mendengar nama itu. Wajahnya berubah.

‘anak apa macam tu. Tinggalkan ayahnya yang sakit macam ni.’ Kira tersenyum mendengar bicara itu.

Dia menghampiri Dato' Syafie lalu melutut di hadapannya.

‘dato, Hafiz amat sayangkan dato. Dia sendiri pernah beritahu saya. Dia tak nak kecewakan dato dan dia hargai dato yang menjaganya sejak ibunya pergi. Dia benar-benar sayangkan dato. Percayalah.’ Kira meyakinkan Dato' Syafie.

‘kenapa dia tinggalkan saya kalau dia sayangkan saya?’ tingkah Dato' Syafie. Jelas hati tuanya terguris dengan sikap anaknya itu.

Kira tersenyum lagi.

‘dato, kadang-kadang, kita terlalu sayangkan seseorang sehinggakan tindakan kita menyakitkan orang yang kita sayang tanpa kita sedari. Dulu, mungkin dato tak sedar yang dato telah menyakitkan dia dan sekarang, dia juga sedang melakukan perkara yang sama. Saya percaya dia menyesal dengan tindakannya tapi dia mungkin masih belum bersedia untuk pulang.’ Ujar Kira. Cuba menenangkan Dato' Syafie.

Dato' Syafie memandang Kira lama.

‘kamu masih sayangkan Hafiz?’ tanya Dato' Syafie. Kira tergamam. Tidak menyangka soalan itu akan terkeluar dari mulutnya.

‘err, saya rasa sekarang ni dato tak perlu risaukan tentang saya. Dato jaga diri dato. Ok?’ Kira sudah berdiri kembali.

‘saya hanya nakkan awak sebagai menantu saya jika Hafiz kembali.’ Kira tergamam. Tidak tahu apa yang patut dicakapkan.

‘dia bertuah kerana menyayangi awak. Awak seperti arwah isteri saya. Hafiz akan bahagia dengan awak.’ Tambah Dato' Syafie lagi.

Kira tersenyum mendengar kata-kata itu.

‘dato, doakan yang terbaik untuk kita semua, ok?’ Kira diam sebentar.

‘saya balik dulu. Assalamualaikum.’ Dan Kira melangkah keluar dari bilik, bersama harapan yang menggunung. Hafiz! Pulanglah! Ada yang merinduimu!

3 comments:

  1. sayunya n3 ni :)
    halamak hafiz x mau balik dah ke?

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    hafiz cpt la balik..
    dah dpt green light dah..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. nak imannn!
    tp hafiz pon oke.
    ishhh2
    dasyatnye aku
    hahah

    ReplyDelete