‘abang, Dila rasa, baik kalau abang turut je cakap mak tu.’ Ujar Adila lambat-lambat. Razi tersentak. Direnung tajam wajah isterinya. Wajahnya berubah. Dia mendengus kasar. Dila menahan nafas. Takut bila suaminya marah begitu.
‘Dila, Dila sayang abang ke tak?’ Tanya Razi kasar dan keras. Adila diam. Dimain hujung bantal yang dipangkunya.
‘sayang..’ jawabnya pendek.
‘habis tu, kenapa Dila sanggup sokong mak tu? Dila pun tau kan, abang takkan kahwin lagi Dila.
Walau apa pun yang terjadi.’ Tekan Razi. Dia sudah berdiri. Meraup wajahnya.
Adila turut bangun. Ditolak bantal ke tepi. Dia menghampiri suaminya yang tercinta.
Berat dia mahu berbicara namun dia tahu, cinta memerlukan pengorbanan.
‘abang, Dila minta maaf tapi Dila rasa itu yang terbaik bang. Untuk abang, untuk kita. Bertiga kan lebih baik?’ pujuk Dila lagi. di sentuh bahu suaminya namun Razi menepis. Marah.
Dila tidak ambil hati. Dia tahu suaminya begitu kerana sayang dan cintanya pada Dila.
‘argh, apa-apa jelah. Berdua ke, bertiga ke, bagi abang sama je. Lagi baik kalau bersendiri. Tak payah fikir apa-apa.’ Dengus Razi lagi. Dila diam. Macam mana lagi dia mahu memujuk suaminya itu?
Dia bukan malaikat, yang sengaja mahu membiarkan suaminya kahwin lain. Namun dia terpaksa.
Ibu mertuanya sudah kerap kali datang dan bising-bising mengatakan mahu cucu. Pilu hati Adila mendengar riuh suara ibu mertuanya bertanya setiap kali dia datang ke rumah mereka atau mereka berkunjung ke rumahnya.
Dan satu hari, ibu mertuanya tidak bertanya lagi tentang cucu, tapi pasal menantu pula.
‘mak nak Razi kahwin lagi satu.’ Tegas suara ibu mertuanya, Puan Kalsom berbicara. Dila yang berdiri di tepi dinding dapur terkedu. Razi dan Adila berbalas pandang.
‘mak, minta maaf. Razi tak mahu.’ Tegas juga suara Razi membantah.
‘kamu nak jadi anak derhaka ke?’ marah Puan Kalsom.
Razi angkat muka, ditenung ibunya itu.
‘mak, Razi tau selama ni Razi ikut sahaja kehendak mak. Hari tu, masa mak jodohkan Razi dengan Dila, Razi ikut jugak dan sekarang bila kami dah bahagia, mak nak hancurkan kebahagiaan kami pulak?’ tutur Razi mempertikaikan tindakan ibunya.
Dila mengundur diri ke dapur. Menitis air matanya.
‘dia mandul, buat apa kau nak tunggu lama-lama?’ tingkah mak.
Adila pejam mata rapat-rapat. Mungkin ibu mertuanya fikir dia tidak mendengar perbualan mereka lagi. air jernih menitis satu persatu.
‘mak ni, kubur dah hantar sms suruh datang, rumah dah hantar mms suruh pergi. Sampai bila mak nak tunggu? Adila tu tak apa lah, adik-beradik dia ramai, dia pulak dah ada anak buah. Mak ni, ada kamu saja tau. Tak beranak kamu, tal bercucu la mak.’ Hujah mak panjang lebar.
Razi menyandarkan badannya. Cuba menenangkan diri. Jika diikutkan hatinya, mahu dia menghalau orang yang membawa cadangan kahwin lain supaya keluar dari rumahnya namun jika orang itu ibunya sendiri, apa boleh buat? Pasang telinga sajalah.
‘mak, sabarlah. Kami tak mandul mak.’
‘mak tak kata kamu, mak kata Dila.’ Tingkah mak lagi.
‘apa-apa jelah. Kami baru kahwin 4 tahun. Ada orang kat luar sana dah kahwin lagi lama tak ada zuriat lagi. mak sabar lah sikit.’ Razi merendahkan suaranya. Berharap benar ibunya tidak akan menyentuh hal itu lagi. dia tahu Dila di dalam sedang menangis luka.
‘sampai bila lagi? nak tunggu mak mati baru nak tunjuk cucu?’ tingkah Puan Kalsom. Razi meraup mukanya.
‘mak, Razi minta maaf tapi Razi takkan kahwin lagi mak. Biar kami tak ada anak, Razi akan bersama Dila, hanya Dila sehingga akhir hayat Razi.’ Janji Razi pada ibunya.
Air mata Adila bertambah laju mendengar sumpah suaminya. Abang, Dila pun cintakan abang sepenuh hati Dila.
‘kamu ni memang anak derhaka tau! Baru kahwin 4 tahun dah macam ni, lagi lama gamaknya halau mak tak bagi datang rumah.’ Marah Puan Kalsom. Berang bila anaknya satu-satunya tidak lagi menuruti kehendaknya.
‘mak, Razi ketua keluarga, hal keluarga Razi, Razi yang tentukan. Razi akan melindungi rumah tangga Razi selagi terdaya. Razi hormatkan mak. Ampunkan Razi tapi Razi tak boleh tunaikan permintaan mak yang satu ni. Maafkan Razi.’ Razi bersuara tegas.
‘ah, sudah, mak nak balik. Panas hati aku datang sini, tau!’ marah Puan Kalsom lagi. dia terus menuju ke pintu.
Dila berlari anak keluar dari dapur. Dia mahu menyalami ibu mertuanya. Air matanya sempat diseka kering.
Dicapai tangan ibu mertuanya namun ditepis. Tersayat hatinya. Tangan Razi juga disentuhnya saja, tidak membenarkan Razi mengucupnya seperti kebiasaannya.
Puan Kalsom sudah memandu pergi. Adila mengutip cawan di atas meja kecil di tengah ruang itu. apabila dia mahu berlalu ke dapur membawa cawan kotor, Razi menahannya.
‘Dila, maafkan mak ya.’ Tutur Razi perlahan. Adila menatap wajah tersayang itu.
Diukir senyum tawar.
‘tak apa bang. Dila tak marah.’ Ujarnya. Pantas dia mahu beredar namun ditahan lagi oleh Razi. Razi mengambil piring di tangannya lalu diletakkan kembali ke atas meja.
Ditarik Dila ke dalam pelukannya, kejap.
‘abang janji abang takkan duakan Dila. Walau apa pun yang terjadi. Abang takkan tinggalkan Dila.’ Lirih suara Razi. Adila terkedu.
Dia melingkarkan tangannya di pinggang Razi, kejap. air matanya jatuh lagi.
‘abang, Dila sayang abang, Dila cinta abang walau apa pun yang terjadi antara kita.’ Esakan kecil kedengaran.
‘abang pun sayangkan Dila.’ Bisiknya ke teling Dila. Air mata bertambah laju mengalir membasahi kemeja Razi.
**********
4 tahun sebelumnya….
‘awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?’ Tanya Razi terus pada Adila yang sedang menyisir rambut di depan cermin. Gerakannya terhenti. Ini malam pertama mereka bergelar suami isteri.
Dipusing badannya menghadap Razi yang duduk di sisi katil. Diukir senyum bersahaja.
‘kenapa awak nak kahwin dengan saya?’ soalan dijawab soalan.
Razi menjeling Adila tajam. Eh, perempuan ni, aku Tanya dia, dia Tanya aku balik.
‘entah. Sebab mak suruh.’ Walau dia sedikit geram dijawabnya juga. Adila tersenyum simpul mendengar jawapan itu.
‘kalau macam tu, saya pun macam tu. Sebab mak dengan ayah saya suruh.’ Jawab Adila pantas.
Dia memusingkan badannya, menyambung sisiran rambut yang terhenti.
Razi mencebik. Macam tak betul je perempuan ni. Dibiarkan saja Dila begitu. Razi memanjat katil lalu tidur di satu sisi.
Tidak lama kemudian, lampu dipadamkan. Razi yang masih belum lelap sepenuhnya sedar selimut ditarik menutupi badannya. Hatinya tersentuh.
Apabila mereka berpindah ke rumah baru sebulan kemudian, sikap manis dan sopan Adila semakin terserlah. Apabila dia pergi kerja, Adila akan menyalaminya, mencium kedua pipinya.
Pulang bersambut. Makan terjaga. Diri Adila juga sentiasa rapi.
Acap kali Adila keluar dari bilik air, Razi menahan gelora. Bukan dia tidak sukakan Adila namun dia takut semuanya kerana nafsu dan bukan cinta. Adila tidak pernah pula mahu bertanya. Hidup mereka berjalan seperti biasa.
Suatu hari, ada pelanggannya datang ke rumah. Pelanggan ini jenis yang pantang melihat perempuan berdahi licin dan nak dijadikan cerita, Razi sendiri tidak pernah bercerita dia sudah berkahwin. Lagaknya pun seperti orang bujang sahaja.
Apabila Adila datang membawa air, pelanggan itu terpegun melihat Adila dan sangkanya Adila ialah orang gaji Razi (atau perempuan simpanan Razi).
‘wah, Razi, tak sangka kau bela orang cantik dalam rumah. Mana kau dapat? Senyap-senyap je.’ Adila terhenti langkahnya. Dipandang lelaki itu dan Razi silih berganti.
Wajah Razi berubah sebaik mendengar ayat itu. dicekak leher lelaki itu lalu dipaksanya lelaki itu berdiri.
Adila tergamam.
‘dia isteri aku. Kau cakap baik-baik sikit.’ Marah Razi. Dia terus menarik lelaki itu keluar rumah dan dicampakkan lelaki itu keluar.
‘kau jangan datang lagi. segala perjanjian antara kita batal!’ tengking Razi. Kelam-kabut lelaki itu menggapai kasut dan berlari pergi.
Adila masih terpaku. Razi memusingkan badannya dan langkahnya terhenti melihat Adila di situ. Merenungnya dengan pandangan seribu makna.
‘awak.’ Panggil Adila.
‘hmm,’ riaknya gelisah.
‘apa awak cakap tadi?’ Tanya Adila. Razi termangu-mangu.
‘cakap apa?’ tanyanya berbasa-basi.
‘tadi, awak cakap apa, saya…isteri awak?’ air mata menitis satu persatu. Sangkanya, selama ini Razi tidak pernah menganggapnya isteri. Dan kemarahan Razi tadi begitu melampau jika Razi Cuma menganggap Adila sebagai seorang penghuni lain di rumahnya dan tidak lebih dari itu.
‘ya, awak isteri saya. Saya minta maaf, Dila, selama ni, awak menjadi isteri yang baik tapi saya? Saya tak pernah jadi suami yang layak dan baik untuk awak. Maafkan saya.’ Kesal Razi. Dia menundukkan wajahnya. Adila mendekat. Dulang di tangan diletak di atas meja.
Dicapai kedua belah tangan Razi, disalaminya lalu dicium.
‘terima kasih abang, kerana menganggap saya isteri abang. Itu sudah cukup buat saya.’ Ucap Dila penuh syahdu. Razi terkedu mendengar panggilan itu.
Ditarik Dila ke dalam pelukannya.
‘maafkan abang.’ Menangislah pasangan itu di situ meraikan penyatuan mereka.
**********
Kebelakangan ini, Adila kerap kali sakit kepala. Dia tidak tahu apa puncanya. Tidak pernah dia mengkhabarkan hal ini kepada Razi kerana dia tahu Razi akan lebih bimbang jika dia mengetahuinya.
Dia masih bingung memikirkan kata-kata ibu mertuanya semalam yang menelefonnya semasa Razi ke pejabat.
‘Dila, tolonglah pujuk Razi. Mak nak sangat dapat cucu. Mak tau Dila faham kan kehendak dan isi hati mak?’ pujuk Puan Kalsom.
Adila diam. Pilu. Pedih.
‘baiklah mak, Dila akan cuba lagi. mak jangan risau ya.’ Ujar Adila menenangkan ibu mertuanya.
‘betul Dila? Terima kasih ya. Mak tau Dila memang menantu yang baik.’
‘hmm, oklah mak. Abang Razi dah nak balik ni, nanti kita sambung lain. Assalamualaikum.’
Gagang telefon diletakkan. Terduduk dia di tangga. Menangis lagi.
Adila terus berjalan. Panas terik tidak boleh menghalangnya dari ke klinik hari ini. Dia perlu tahu apa punca sakitnya.
Sedang dia berjalan, tiba-tiba, kakinya terasa lemah longlai, kepalanya semakin sakit. Tidak tertahan lagi rasanya. Akhirnya, Adila terbaring di tengah jalan. Sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
Sreeet! Adila pasrah.
*********
‘Dila, bangun sayang.’ Suara Razi kedengaran. Adila membuka matanya perlahan-lahan.
Dilihatnya Razi di sisi tersenyum manis. Tangannya digenggaman lelaki itu.
‘abang, Dila kat mana?’ tanyanya lemah.
‘Dila kat klinik. Pemandu ni yang bawak Dila.’ Tunjuk Razi pada seorang lelaki yang berdiri di hujung katil.
Lelaki itu tersenyum lebar. Gembira melihat Adila sudah sedar.
‘tadi puan terbaring di tengah jalan, mujur saya sempat brek. Saya bawa puan ke sini, dan saya telefon suami puan guna telefon bimbit puan. Mujur puan tak apa-apa.’ Terang lelaki itu panjang lebar.
Adila mengukir senyum tawar.
‘terima kasih encik.’ Ucap Dila. Dipandangnya suaminya kembali.
‘abang, kenapa dengan Dila? Dila sakit apa?’ Tanya Adila. Razi Cuma tersenyum nipis.
‘abang pun tak tau, sekejap lagi doctor yang merawat Dila akan datang, sabar ya, doakan yang terbaik, ok?’ tutur Razi lembut. Adila mengangguk.
Tiba-tiba, tirai labuh yang menutupi ruang rawatan itu diselak. Adila berdebar-debar. Berharap sakitnya bukan sesuatu yang berat. Tidak sanggup dia melihat Razi terluka.
‘puan, dah ok?’ Tanya doctor wanita itu. wajahnya tidak menunjukkan tanda-tanda yang buruk. Tapi, boleh percaya ke?
Adila mengangguk.
‘doktor, saya sakit apa?’ Tanya Dila pantas.
Doctor itu tersenyum lebar.
‘puan ni kena buatan orang.’ Jawab doctor itu. senyumnya bertambah lebar.
Razi mengerutkan dahi. Aik, doctor ni boleh tau pasal alam ghaib jugak ke?
‘jangan salah faham. Encik Razi, puan Adila. Puan Adila ni kena buatan enciklah. Dia mengandung 8 minggu.’ Adila terkedu. Razi melopong.
Razi bingkas mendapatkan doctor itu.
‘doktor, betul ke? Betul apa yang doctor cakap ni?’ Tanya Razi berulang kali.
‘positif encik Razi.’ Jawab doctor itu tenang dan yakin.
‘yay! Tak payah kahwin lagi!’ terpekik-pekik Razi kegembiraan.
‘hah?’ terbeliak doctor itu mendengar. Adila Cuma ketawa dalam tangis melihat gelagat suaminya.
************
‘abang, itulah. Kan Dila dah cakap, bertiga lebih baik?’ Adila memeluk leher suaminya mesra.
Mata mereka terpaku pada nenek dan cucu yang sedang bermain di tengah halaman.
‘hmm, memang pun, kalau bertiga yang ni abang setuju. Bertiga yang tu mintak simpanglah.’ Ujar Razi sambil mempamerkan wajah tidak relanya.
Adila ketawa kecil melihat gelagat suaminya. Di sana, ibu mertuanya dan Salman al-Farisi yang berumur setahun setengah sedang berkejar-kejaran.
hehehe..sengih2 baca cite ni.
ReplyDeletetidak..bermadula si dila
mujur datang salman a-farisi..comei lak tu!
menarik cite ni
ReplyDeletebestt..best...huhuu..
ReplyDelete~aku insan biasa~
salam...
ReplyDeleteem sy ske la...
sume cite writer ad klainan...
em bgus2....
nia_ageera
blh plak ckp 'yay,xyh kawen lg'
ReplyDeletelawak giler...
hihi..pape pn citer ni best..
salman al-farisi..sahabat Rasulullah..lyke n admired him so much..
ReplyDelete