About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, April 21, 2009

Kira Ayumi 6

Kira sudah mendaftar di Kelab Fotografi. Mungkin ini langkah terbaik untuk melatih sikap professional Hafiz dan dia. Namun Kira sendiri tidak pasti sedalam mana keyakinannya dengan perkara itu.

Awak, sy masuk kelab awak.

Mesej dihantar kepada Hafiz. Berdebar menunggu balasan. Apa katanya nanti? Tidak berapa lama kemudian, balasan diterima.

Hmm, it’ s ok but promise me, since I can’t be your someone in the club, please, be strong and take a very good care of yourself, ok?

Ok, thanks for understanding me.

That’s because you’re my someone special and I can’t stop your wants right? I respect you as you are and I respect your decision. Kira, got to go. See you around later.

Ok, bye.

Dan telefonnya kembali sepi. Kira memandang ke kejauhan, mencari kelibat Syafni. Malas pula dia mahu pulang dahulu. Tak berapa lama kemudian, matanya menangkap kelibat Syafni dari kejauhan. Apabila pasti Syafni sudah melihatnya, dia melambai-lambai dan Syafni membalas lambaiannya.

‘cepat kau habis? Tak ada taklimat ke?’ Tanya Syafni. Mereka beriringan berjalan menuju ke asrama.

‘tak ada, taklimat ditunda. Nanti diberitahu lain.’ Jawab Kira.

‘err, Syaf.’ Ujar Kira teragak-agak.

‘what do you say, Hafiz and I are in the same club.’ Kira memandang tepat wajah Syafni, menanti reaksinya.

Syafni kelihatan terkejut. Tetapi tiada tanda dia tidak menyukai situasi itu.

‘oh, I think that’s nothing much as long as you two can bear being near but far away. Right?’Syafni ketawa kecil.

Kira menggaru kepala yang tidak gatal.

‘hmm, tu lah kan. He warned me but I insisted. Tapi dia tak marah. Cuma dia kata, jaga diri and be strong.’

‘definitely Kira. You have to be strong. You’ll never know what is waiting for you in the future.
But don’t worry, as long as I’m alive, I’ll be here with you.’ Syafni melafaz janji.
Kira tersenyum.

‘thanks Syaf. Tapi melampau sangat cakap awak tu, as long as you’re alive. Macam minta mati je?’ usik Kira. Syafni tersenyum saja.

‘kita mesti selalu beringat kan? Hidup ini satu persinggahan, tak ada yang kekal, so live life to the fullest, right?’

‘definitely and absolutely right!’ tambah Kira dan mereka ketawa riang.

Malam itu, Hafiz tidak menelefonnya, Cuma satu mesej yang dihantar Hafiz, mesej selamat malam, dan Kira tahu dia perlu tabah menerima cintanya bukan cinta biasa. Terngiang-ngiang lirik lagu yang dia terdengar di radio sebentar tadi.

Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang, ku tetap kau yang punya….

Ku tetap kau yang punya…. Dan dia terlelap dengan bayangan masa depannya….

Keesokannya, Kira ke perpustakaan. Syafni tidak bersamanya kerana dia tidak suka berada di tempat yang sejuk. Lagi pula, Kira berhasrat untuk berlama di situ. Kira menyimpan barang di peti simpanan barang perpustakaan kerana beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Kunci loker yang diperoleh dari kaunter dimasukkan ke dalam lubang kunci, diputarnya namun pintu loker itu tetap tidak terbuka. Kira mula resah.

Risau pula dia. Hendak berkasar takut keadaan menjadi lebih teruk. Iman yang sedari tadi memerhati gelagat Kira mendekat.

‘ada masalah ke?’ Kira tersentak. Sebenarnya dia terkejut dengan teguran Iman kerana dia tidak menyedari kehadiran orang lain di kawasan itu.

‘ops, sorry. Kenapa? Pintu loker ni tak nak terbuka?’ Tanya Iman lagi sekali.

‘haah, saya ni sebenarnya first time guna loker ni. So, tak tau lagi ‘perangai’ loker ni.’ Ujar Kira, berlawak. Iman ketawa kecil.

‘perangai? Awak ingat loker ni hidup ke?’ Tanya Iman tidak percaya.

‘tak de la, barang-barang pun ada perangainya jugak kan? Kadang-kadang kalau kita tak faham
perangai diorang susah jugak kan?’

‘hmm, you are right. Now that you said it, loker ni memang ada perangai sebenarnya. May I?’ pinta Iman. Kira memberi ruang kepada Iman.

‘mula-mula, kena masukkan kunci sampai dengar bunyi ‘klik’, pastu baru pusing.’ Dan terbukalah pintu loker itu. Kira melepaskan keluhan dengan senyuman lega.

‘leganya. Saya risau juga nanti loker ni rosak sebab saya. Anyway thanks. Kalau awak tak ada tadi saya rasa saya boleh jadi orang pertama yang menghancurkan loker kat sini.’ Ujar Kira bersahaja.

Iman ketawa besar sehingga Kira pun terkejut dengan reaksinya itu.

‘you’ve got a very good sense of humour, did you know that?’ ujar Iman dalam senyum yang masih bersisa.

‘well, that depends on the people who judge me.’ Ujar Kira lagi.

‘by the way, I’m Iman.’

‘oh, saya Kira.’ Teringat pula dia pertama kali dia bertemu Hafiz, peristiwa di mana dia terlupa bertanya nama Hafiz. Dia tersenyum sendiri.

‘Kira? Well, exotic name. Rare and unique.’ Iman mengulas.
Kira Cuma tersenyum mendengar pujian yang sudah biasa di telinganya.

‘ok Kira, see you around.’

‘ok, thanks again.’ Dan Kira menghantar Iman pergi dengan pandangannya.

Sedang dia khusyuk membaca majalah, telefonnya bergetar kuat. Ada mesej yang baru diterima dari Hafiz.

Kira, esok ada taklimat kelab. Pukul 2 petang di dewan kuliah 5.

Kira membalas.

Saya tak tau dewan tu kat mana. Macam mana?

Dekat area auditorium juga. Nanti esok saya mesej lain ok? By the way, awak kat mana ni?

Kat library. Tengah baca magazine.

Library? Bagusnya, tapi bab baca magazine tu x best. Hehe… Kira, sorry….

Kenapa?

Sebab saya tak dapat jadi seorang kekasih yang sebetulnya pada awak. Kita dekat tapi jauh.

Tak apa, saya faham.

Awak nak tau satu benda?

Apa?

Saya sayang awak.

Hmm….sy nak bls apa ya?

Lafaz tak penting Kira sebab I know you will be right there for me without you saying it. Got to go, and love you! ;)

Ok bye, my love… (alamak, malunya!!) (“,)

Kira tersenyum sendiri, malu melihat apa yang ditaipnya. Apa la reaksi Hafiz sebenarnya?

Rindunya, sejak hari itu, mereka tidak lagi bertemu. Baru kini Kira rasakan sakit rindu yang sering dibicarakan orang. Apabila memikirkan esok dia dapat melihat wajah kesayangannya itu, Kira menyabarkan dirinya.

Keesokannya, apabila jam menghampiri pukul 2, Kira sudah terpacak di depan auditorium tapi wajahnya masam. Dia sudah bepusing-pusing di kawasan yang sama berkali-kali, tapi dewan kuliah 5 masih tidak dijumpainya. Kelibat orang juga tidak kelihatan.

Dia tidak berani menghantar mesej kepada Hafiz kerana dia tidak tahu dengan siapa Hafiz berada sekarang, selamat atau tidak. Mahu tak mahu, terpaksalah dia menunggu mesej dari Hafiz tapi tak kunjung tiba juga. Kira buntu.

Sedang dia berlegar-legar di situ, dia ternampak kelibat orang yang dikenalinya dari kejauhan. Iman! Iman sedang berjalan dalam kelompok yang agak ramai. Kira tahu hanya Iman boleh menolongnya tika itu. Dia melangkah pantas, mahu menyaingi Iman dan kelompoknya. Apabila dia semakin menghampiri, barulah dia perasan Hafiz juga berada dalam kelompok itu tetapi Hafiz kelihatan sibuk dan Hafiz tidak menyedari kehadiran Kira langsung.

Kira menghentikan langkahnya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Tegur Iman atau Hafiz? Ke ikut saja diorang pergi mana tapi kalau salah tempat macam mana? Mungkin Hafiz Cuma bersembang dengan mereka, dan dia akan beredar ke tempat taklimat tidak lama lagi. Argh! Macam mana ni? Kalau nak tunggu je sini lagi lah macam orang bodoh. Apa nak buat ni?

p/s: this time, sy pun pening memikirkan sambungannya..hehe, so let see if u guys can help me out!

  • A ~ Kira tegur Iman, buat-buat tak nampak Hafiz
  • B ~ Kira tegur Hafiz, berlagak tak kenal Hafiz and buat-buat tak nampak Iman
  • C ~ Kira tegur orang lain dalam group tu, berani ke?

5 comments:

  1. tgr org lain..
    uat2 tumpang tnya..
    so..x la hafiz shock sgt klau dia tau kira kenal iman..
    hehe..
    just my opinion..

    ReplyDelete
  2. x yah tegur, wat bodo je..hehehehe

    ReplyDelete
  3. kat mana nak undi ni?
    okey, im undi A

    ReplyDelete
  4. must be A..... hafiz buat2 taktau je... tp dlm hati, jealous gler... huhuhu..

    ReplyDelete
  5. guys...for those who are new here, the vote box is at the top right side of this page...happy voting!

    ReplyDelete