Farhan memandang kembali ke arah tersebut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Wajah itu! Sekejap sahaja dia dapat melihat wajah itu dari kejauhan. Itu pun kurang jelas. Wajah itu sudah dilindungi oleh ribuan manusia yang berada di KLIA itu. Farhan memanjangkan kepalanya sambil kakinya melangkah laju ke arah tersebut. Tapi tak mungkin! Tak mungkin dia! Sedang hatinya menidakkan langkah kakinya semakin pantas. Namun sebaik tiba di tempat yang dia pasti gadis itu berada sebentar tadi, kelibat tersebut sudah tidak kelihatan. Farhan bingung. Dia pasti itu dia. Gadis yang amat disayanginya. Qistina….. Katakan awak masih hidup….
**********
“Farhan, janganlah macam ni. Berat hati saya kalau awak macam ni.” Pujuk Qistina.
Ternyata tekaannya tepat. Berita yang menggembirakannya mendatangkan kesan yang berbeza kepada Farhan. Farhan tidak merelakan perpisahan itu. Farhan memandang jauh ke tengah tasik. Menimbangkan keputusannya kembali. Tamakkah dia apabila dia mahukan gadis itu berada dengannya sepanjang masa? Terlalu mengongkongkah dia? Keluhan kecil dilepaskan. Dia memandang kembali wajah gadis itu. Gadis yang amat dicintai dan mencintainya sepenuh hati.
Qistina senyum kecil, cuba memujuk.
“betul 2 bulan je?” Qistina mengangguk pantas.
Entah kenapa, berat hati Farhan melepaskan Qistina pergi kali ini. Tugas Qistina sebagai seorang wartawan kali ini akan membawanya ke Afghanistan. Farhan risaukan keadaan di sana yang tidak begitu aman. Biarpun sahabatnya Amir yang juga merupakan rakan setugas Qistina akan pergi bersama Qistina, hati Farhan tetap walang. Akhirnya dia memutuskan dengan berat hati.
“hmm, baiklah. Janji hari-hari call saya?” Qistina mengukir senyum lebar sedang Farhan menahan pilu.
“saya janji! Saya akan telefon awak setiap hari kalau saya ada kemudahan tu kat sana. Kalau tak, saya email saja. Ok?” ujar Qistina lagi. Bersungguh-sungguh.
“hmm, apa-apa je la awak. Tapi awak mesti jugak janji yang awak akan balik dengan selamat, ok?” ujar Farhan lagi.
“saya janji, insyaAllah. Saya akan jaga diri saya baik-baik supaya saya dapat balik dengan selamat ke pangkuan awak. Ok?”
“ok, jom balik. Dah nak maghrib.”
Farhan bingkas namun pergerakan terhalang apabila lengan bajunya ditarik Qistina. Biar mereka sudah bertunang, Farhan dan Qistina tidak pernah bersentuhan kulit. Farhan memandang wajah Qistina yang sudah berdiri. Pandangan mereka bertaut.
“Farhan, saya nak awak tau, saya sayang sangat kat awak. Awak penting pada saya. Saya akan pulang juga bertemu awak kembali. Tunggu saya ya?” Farhan mengukir senyum yang paling ikhlas pada hari itu.
“baiklah puteriku.” Qistina membalas senyuman itu lalu mereka beriringan ke kereta Farhan.
Tiba hari keberangkatan Qistina dan Amir, Farhan menghantar mereka pergi dengan separuh hati. Dia percayakan Amir, dan dia sayang Qistina. Doanya Cuma mereka berdua pulang ke Malaysia dengan selamat.
***********
“Farhan, Qistina....” hampir satu bulan setengah sudah Qistina di bumi Afghanistan. Hari itu,
Farhan menerima panggilan mengejut dari Amir. Suara Amir kedengaran gundah. Kerisauan mula beraja di hati Farhan.
“Amir, kenapa dengan qis?” pantas dia memotong cakap Amir. Amir diam.
“Farhan, Qistina, dia….dia terlibat dalam letupan bom di sebuah kedai runcit. Dia….takkan pulang Farhan. Untuk selama-lamanya. Aku minta maaf Farhan. Semua salah aku. Aku tak ikut dia. Kalau tak, mesti semua ni tak jadi.” Namun Farhan sudah tidak mendengar lagi butir bicara
Amir yang seterusnya. Hatinya remuk.
“Qistina, kalau kau tak pergi hari tu….” Farhan mula menyesal kerana tidak menghalang Qistina pada hari itu. Namun dia tahu ini kesudahannya. Farhan pasrah.
**********
“Farhan!” kedengaran Amir memanggil dari kejauhan. Farhan tersentak. Dia mulai tersedar dari lamunannya. Dia masih berdiri di situ. Di tempat di mana dia percaya dia melihat wajah Qistina.
“apa kau buat kat sini? Penat aku kejar kau.” Ujar Amir. Apabila dia melihat Farhan seakan berada dalam dunianya sendiri, Amir menepuk bahu Farhan cukup kuat untuk membuatkan
Farhan memandang wajahnya kembali.
“kau kenapa?” Tanya Amir lagi. Bingung dengan perangai Farhan.
“oh, tak ada apa-apa. Jom, kita balik.” Pantas Farhan mengatur langkah. Amir membontotinya dari belakang.
Di dalam kereta, Amir sibuk bercerita tentang kerjanya di Jepun, Negara matahari terbit yang baru dilawatinya namun ternyata Farhan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Amir akhirnya menyerah kalah apabila Farhan melayan cakapnya ala kadar.
“Farhan, kau ni kenapa? Mengelamun je dari tadi. Ada masalah ke?” Tanya Amir prihatin.
Farhan mengeluh. Dipandang sekilas wajah sahabatnya itu.
“mir, aku Nampak Qistina tadi.” Luah Farhan. Amir terdiam.
“han, kau jangan macam ni. Qistina dah tak ada han, dah 3 tahun. Kau mesti biar dia pergi
dengan aman han.”
“aku tau mir tapi sumpah, aku Nampak dia tadi.” Farhan bersungguh-sungguh.
Amir ketawa kecil, tidak percaya.
“han, aku ni yang Nampak dia pergi han. Mata ni, takkan kau tak percaya aku kot? Han, sudah-sudahlah tu. Yang pergi jangan dikenang sangat. Kita ni yang hidup mesti teruskan hidup.”
“tapi, aku Nampak dia mir. Betul. Wajah yang sama mir.” Farhan masih cuba menegakkan kata-katanya.
“pelanduk dua serupalah tu. Don’t be too obsessed with that han. It’s not good for you.” Amir menegur. Farhan mengeluh lagi. Dia pasti itu Qistina. Akal warasnya menidakkan namun hatinya kuat mengiyakan. Qistina…..
**********
“encik Farhan, mesyuarat dengan wakil MB Corp. akan dimulakan sekejap lagi.” Suara Lina, setiausahanya kedengaran di intercom.
“baiklah Lina. Saya pergi sekarang.” Farhan mengesahkan. Lantas fail diambil dan langkah kaki diatur ke bilik mesyuarat.
Sebaik tiba, dia perasan dua batang tubuh yang sudah berada di situ. Masih tidak melihat wajah mereka, Farhan menarik kerusi dan duduk.
“encik Farhan?” suara itu menegur. Farhan memanggung mukanya.
“ya saya….” Farhan tergamam. Wajah itu….. Batrisya mengukir senyum.
“saya Batrisya. Ini encik kamil. Kami ingin meminta maaf bagi pihak MB Corp. kerana wakil yang berjumpa encik Farhan tempoh hari tidak dapat hadir jadi kami yang akan menggantikan dia pada hari ini. Kami harap encik Farhan dah bersedia dengan kertas kerja yang diminta tempoh hari.” Batrisya? Farhan cuba memproses maklumat yang baru didengarinya sebentar tadi. Tapi, Qistina? Mengimbas kembali peristiwa di KLIA, kini Farhan pasti, wajah Batrisya yang dilihatnya.
“encik Farhan?” Batrisya bertanya sekali lagi. Hairan melihat lelaki itu tidak memberi tindak balas sepatutnya
“err, ya saya. Saya ok saja.” Ujar Farhan masih merenung sekujur wajah di hadapannya. Wajah yang amat dirinduinya. Tapi, kenapa Batrisya?
Batrisya meneruskan bicaranya namun sering kali dia mengeluh apabila dilihatnya Farhan tidak menumpukan perhatian pada bicaranya. Akhirnya, Batrisya menutup failnya.
“encik Farhan, are you sure that you are fine?” Farhan tersentak.
“err, yes I’m fine.” Ujar Farhan menyembunyikan gundah di hati.
“but you don’t seem fine. Do we have to postpone this meeting to another day? If you think so then it will be fine with us.” Tegas Batrisya. Dia tidak mahu berurusan dengan orang yang seakan tidak berminat dengan bicaranya.
“err, no. It’s ok. We shall proceed.” Ujar Farhan lagi. Batrisya merenung Farhan. Mencari kepastian di sebalik kata-kata itu.
“are you sure? Well, ok then.” Batrisya membuka kembali failnya dan perbincangan diteruskan.
Kali ini, Farhan sedaya upaya menumpukan perhatian pada focus mereka hari itu. Dia tidak mahu gadis itu kecewa dengannya. Dia berhasrat untuk meneruskan hubungan kerja mereka selama yang mungkin.
Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat. Farhan melepaskan nafas lega. Batrisya yang menyedari perbuatannya itu tersenyum kecil. Farhan terkedu. Itu lesung pipit yang sama juga!
Takkanlah….
“kenapa? Lega semuanya dah selesai? But you seemed a little bit drifted off earlier. Is there something bothering you?” Tanya Batrisya. Farhan masih diam. Batrisya mula serba-salah, memikirkan dia mungkin telah tersalah bicara.
“errm, well, I think that’s not my right to know right? Well, you don’t have to answer me. Kamil, let’s go.” Mereka sudah berdiri mahu beredar apabila Farhan mula menyedarinya. Pantas dia menahan.
“err, miss Batrisya, I don’t know whether you might think of this as a good idea or not but can we maybe one day talk over coffee or something?”Tanya Farhan penuh harapan. Batrisya terdiam. Menimbangkan jawapannya. Namun ada suara kecil yang meronta-ronta mahu mengatakan ya.
“well, that’s ok with me. But why not today?” Farhan tergamam. Gembiranya hati tidak terkata.
“well, if you said so, this evening at 6. We’ll meet at Plaza Alam Sentral. I’ll wait for you.” Farhan menetapkan. Hatinya berbunga riang.
Batrisya senyum lagi.
“ok, see you then.” Dia sudah mengatur langkah namun dia berhenti separuh jalan.
Pandangannya dihalakan kepada Farhan kembali.
“encik Farhan, don’t you think that you should ask for my phone number? Well, in case….” Batrisya menjungkit bahu. Farhan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kotnya.
“o yes! I’ve forgotten about that! Phone number! So, what is yours?” jarinya bersedia mahu menaip.
“012-2244557. Ok, see you then. Bye.” Farhan pantas menaip nombor tersebut.
Melihat sebaris nombor itu, memorinya kembali pada Qistina. Qistina amat menyukai nombor 2, 4 dan 5. 4 kerana tarikh lahir Farhan dan Qistina jatuh pada 4 haribulan. 2 dan 5 kerana bulan lahir Farhan ialah februari manakala Qistina ialah mei. Farhan terus terduduk kembali. Qistina, adakah aku mampu untuk melupakanmu? Dan siapakah kau pula Batrisya? Wajahnya, tingkahnya mirip Qistina. Adakah ini reality atau masihkah aku bermimpi? Farhan meraup wajahnya. Keliru dan bingung.
*********
“hi!” Farhan menoleh. Batrisya tersenyum.
“dh lama sampai? Sorry ye, lambat sikit. Saya sesat tadi.” Jelas Batrisya.
“tak pe. Saya pun baru je sampai.” Farhan terkedu seketika apabila dia berpeluang mengamati
wajah itu.
“well, kita nak minum kat mana?” Tanya Qistina.
“you choose.”
“hmm, saya ni sebenarnya tak tau sangat tempat kat sini. Be my guide.” Batrisya berterus-terang.
“well, kalau macam tu, kita makan di Kenny Roger’s. ok?”
“ok.” Lalu mereka beriringan ke restoran yang dimaksudkan.
Farhan dapat merasakan degupan jantungnya berdegup pantas. Lantas kenangannya membawanya pada Qistina. Farhan menggelengkan kepalanya perlahan, tidak mahu kenangan itu mengusiknya. Bimbang Batrisya akan menyedari kelakuannya.
Sebaik tempahan dibuat, suasana sunyi membalut keadaan. Jika diikutkan Farhan, dia hanya mahu menatap wajah itu sepuasnya namun acap kali dia menenangkan hatinya yang berbunga riang.
“awak dah lama kat sini? I mean kerja kat sini?” Batrisya memulakan. Bimbang dengan kesepian di antara mereka.
“err, yup! Dah lama.”
“ooo….”
“err, awak pula? Saya tak pernah Nampak or dengar pasal awak dari wakil MB Corp.” Farhan
cuba mengorek rahsia. Dia perlu tahu di mana gadis itu bersembunyi selama ini. Setidaknya dari pandangan Farhan sendiri.
“oh, saya sebenarnya baru pulang dari Melbourne. Sebulan lepas. Sebelum ni, saya kerja dengan cawangan syarikat ni di sana.” Melbourne? Farhan pantas berfikir.
“boleh saya tahu? Awak asal mana? Awak memang tinggal di oversea? Parents awak?”
“wow! Banyaknya soalan awak. Macam private investigator pulak.” Tingkah Batrisya. Farhan tersenyum malu.
“eh, tak. Saya Cuma ingin tahu. Tu pun kalau cik Batrisya tak keberatan nak berkongsi. Yela, kita ni baru berjumpa hari ni. So, saya faham if cik Batrisya tak nak berkongsi dengan saya.” Batrisya mengecilkan matanya lalu ketawa kecil.
“I don’t know why, we have just met each other today but I feel that we have known each other for quite a long time you know. It’s just that I feel at ease with you. Do you feel the same?” Farhan tersenyum. Kalaulah kau tahu kebenaran itu Batrisya….
“well, one thing that I’m very sure is that I wanted to know you well the first time I saw you.” Batrisya terdiam mendengar luahan itu. Sepi kembali antara mereka.
Tika itu, pelayan datang membawa pesanan mereka dan mereka makan dalam sepi. Masing-masing seakan menghayati saat itu. Farhan masih terus memerhatikan tingkah gadis di hadapannya. Batrisya yang memesan hidangan black pepper itu mula kepedasan. Fresh orangenya diteguk berkali-kali. Farhan cuba menidakkan sesuatu. Tingkah Batrisya ketika kepedasan amat mirip dengan Qistina yang juga menyukai makanan pedas tetapi tidak tahan pedas. Farhan menyandarkan tubuhnya. Seketika, kesunyian antara mereka dipecahkan oleh deringan telefon Qistina. Qistina melihat sekilas nama pemanggil sebelum melepaskan keluhan berat.
“why? Who is that?” Tanya Farhan ingin tahu. Batrisya mengukir senyum tawar.
“excuse me for a second.” Batrisya bingkas bangun lalu bergerak menjauhi meja mereka. Melihat reaksi itu, Farhan berniat untuk memasang telinganya.
“hello. Yeah. Yeah. No, I’m with a colleague. It’s true. I’m not bluffing. Farid, please, why can’t you trust me? Argh, whatever! Bye!” kasar telefonnya dimatikan. Batrisya mendengus perlahan. Ternyata dia tidak selesa dengan situasi itu.
Farhan yang sedari tadi memerhati tergamam. Qistina juga akan mendengus begitu apabila dia marah. Farhan semakin keliru. Mengapa gadis itu sangat mirip dengan Qistina? Tetapi dia Batrisya. Farhan cuba menidakkan kemungkinan-kemungkinan yang mula beraja di hatinya.
“I’m sorry. Let’s just continue eating.” Ujar Batrisya apabila dia kembali ke meja mereka.
Farhan Cuma mengangguk. Tidak mahu bertanya lanjut namun makannya terganggu apabila Batrisya tidak meneruskan makannya.
“Batrisya, are you ok?” Farhan bimbang. Wajah gadis itu tidak seceria tadi.
“oh yes, I’m fine.” Sudunya dipegang kembali namun dia masih tidak menyentuh hidangannya. Memikirkan kemungkinan gadis itu perlukan masa bersendirian, Farhan Cuma membiarkan sahaja gadis itu melayan angannya.
“he is my boyfriend.” Kunyahan Farhan terhenti. Dia memanggung mukanya, mencari-cari segaris kejujuran di wajah itu.
“what? Who?” Tanya Farhan.
“the one whom I talked to just now. He is my boyfriend. We have been couple for about 3 years but I just don’t feel like he is the one. It’s just not there. The feeling is not there.” Luah Batrisya lagi. Seakan ada beban pada nada suara itu.
Farhan terdiam. Tidak tahu apa yang patut diucapkannya kala itu. Marah? Geram? Mengingatkan dia tiada hak untuk semua itu, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Namun dia kecewa. Itu Farhan pasti. Batrisya yang mula menyedari perbuatannya mula gelisah.
“well, I don’t know why I’m telling you this. Just forget it!” dia menyuap kembali. Serba-salah kerana menceritakan masalahnya pada orang asing. Farhan masih merenungnya.
“and I don’t know why I am feeling unhappy with that.” Giliran Batrisya pula terhenti suapannya. Dia menatap wajah Farhan. Mata mereka bertentangan. Masing-masing cuba menebak rasa hati masing-masing.
Batrisya melarikan matanya. Perkara ini tidak harus terjadi. Apakah yang sedang berlaku padanya? Lantas dia mengambil dompetnya lalu dikeluarkan wang kertas RM50. Dia meletakkan wang itu di hadapan Farhan yang masih tidak bersuara.
“I think we should not meet again. I’m sorry.” Pantas Batrisya menolak kerusi lalu keluar dari restoran itu. Farhan termangu-mangu. Hatinya kuat membantah namun akal warasnya mengatakan mungkin itu yang terbaik bagi mereka.
*********
Batrisya meraup wajahnya. What is happening to me? Puas dia menidakkan namun kenyataan itu masih menghantuinya. Dia tertarik dengan Farhan pertama kali mereka bertemu. Seakan ada magnet antara mereka. Itu juga yang menyebabkan dia menerima pelawaan Farhan sedangkan dia bukanlah gadis yang dengan mudahnya boleh menerima pelawaan lelaki terutamanya yang baru dikenalinya. Jauh di sudut hatinya, dia mahu bersama lelaki itu untuk sebab yang dia sendiri tidak pasti. Adakah ini cinta pandang pertama? Batrisya melepaskan keluhan berat.
Seketika ingatannya kembali pada farid. Mereka akan berkahwin namun dia tidak pernah merasakan perasaan ini dengan farid. Perasaan itu tidak pernah ada selama 3 tahun mereka bersama. Oh Tuhan, tenangkan hati ini!
*********
Farhan dilanda rindu pada wajah itu. Kekeliruan masih menyelubungi dirinya. Adakah dia mahukan gadis itu kerana wajahnya mirip Qistina? Namun tidak dapat dinafikan gadis itu bukan sahaja mirip tetapi jelmaan Qistina. Segala-galanya adalah Qistina. Kenapa kebetulan ini amat menyakitkan? Apakah hikmahnya disebalik semua ini? Mengapa pertemuan itu terjadi? Mengapa? Akhirnya, Farhan terlelap memikirkan jawapan disebalik persoalan-persoalan itu.
*********
“betul mir. Aku jumpa dia. Nama dia Batrisya. Hari tu yang aku jumpa kat airport tu dia la.” Bersungguh-sungguh Farhan menjelaskan apabila Amir datang ke pejabatnya keesokan harinya. Amir mengerutkan dahinya.
“sebijik muka dia dengan qis?”
“iye, sebijik. Cara dia pun sama dengan qis. Aku pun tak faham mir. Kenapa kebetulan ni wujud. Memang kebetulan.”
“tapi, bila kau tengok dia, kau Nampak Qistina?”
“setiap kali aku hanya teringatkan Qistina walaupun yang di depan aku tu Batrisya.” Itu kebenarannya. Dia rindukan Qistina.
“kau akan jumpa dia lagi?” Farhan diam seketika. Kenyataan itu amat pahit.
“tak. Kami dah takkan berjumpa. Dia dah ada yang punya.” Sayu suaranya.
“hmm, baguslah tu. Jangan kacau hak orang. Lagipun, teman lelaki dia dulu dengan dia. Takkan kau nak jadi perampas kot?” seloroh Amir. Farhan tidak menjawab. Ada pilu memikirkan dia tidak akan bertemu gadis itu lagi.
“ok la, aku nak balik dulu. Ada kerja lagi.” Amir bingkas lalu keluar meninggalkan Farhan yang masih dengan menungannya.
Seketika, menungannya terganggu apabila bunyi deringan telefon bimbit tiba-tiba memecahkan kesunyian. Farhan hairan. Bila pula ringtone aku lain ni? Dibelek telefonnya namun tiada panggilan. Akhirnya pandangannya menangkap telefon asing di atas mejanya. Nampaknya Amir telah tertinggal telefon bimbitnya.
Farhan membelek nama pemanggil. ‘My Love’. Sejak bila pulak Amir ada kekasih? Nak jawab ke tak? Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab panggilan itu.
“hello” kedengaran suara gadis di hujung talian.
“hello, err, Amir tak ada. Saya kawan dia, dia tertinggal telefonnya. Nanti awak telefon balik
boleh?” ujar Farhan namun suara di sebelah sana sepi, tiada jawapan.
“Farhan?” Farhan terdiam. Suara ini!
“Farhan is that you?”
“Batrisya.” Akhirnya nama itu terkeluar dari bibirnya.
“I can’t believe this. You know farid?” suara itu kedengaran tidak percaya. Farhan juga merasakan seakan dia bermimpi. Apakah maknanya semua ini?
**********
Hari ini penentunya. Farid @ Amir akan menjelaskan segala-galanya. Dia telah meminta Batrisya membawa Amir ke suatu tempat di mana Farhan juga akan hadir tanpa pengetahuan Batrisya. Farhan telah meminta Batrisya merahsiakan perkara itu dari Amir. Hakikatnya, hanya dia yang tahu tujuan sebenar pertemuan itu diatur. Dia mahukan penjelasan dari Amir.
Tiba masa yang dijanjikan, Farhan tiba di tempat yang dijanjikan dan dia melangkah masuk.
Sekilas, kelihatan Amir dan Batrisya yang duduk di suatu sudut. Farhan menghampiri.
“hai Amir.” Amir tersentak. Tidak menjangka pertemuan itu. Batrisya yang tidak memahami apa-apa Cuma tersenyum melihat Farhan.
“duduklah Farhan.” Jemput Batrisya. Farhan melabuhkan punggung di hadapan Batrisya. Amir kelihatan gelabah.
“han, aku boleh jelaskan.” Ujar Amir.
“kalau kau tak cakap pun memang itu yang aku nak kau buat. Jelaskan. Kenapa kau kenal Batrisya? Kenapa kau kekasih dia? Kenapa kau sorokkan Batrisya dari aku selama ni? 3 tahun! 3 tahun Amir! Sejak Qistina hilang kenapa ada Batrisya dan kenapa aku tak tau apa-apa mir? Cakap!” kasar suaranya.
Pengunjung lain sudah menjeling-jeling mereka. Batrisya risau dan keliru. Tidak memahami hujung pangkal semuanya.
“han, kita bincang kat luar.” Amir bingkas bangun lalu keluar dari restoran itu. Farhan yang mahu menurut terhalang seketika apabila Batrisya menarik lengan bajunya.
“Farhan, am I missing something?” Farhan memandang wajah itu seketika.
“even I don’t know what is the thing that I’m missing Batrisya.” Lantas dia meneruskan langkahnya menuruti Amir.
Batrisya turut mengekori Farhan keluar. Amir menyandarkan tubuhnya di keretanya.
“han, aku tak nak kau jumpa Batrisya sebab dia mirip Qistina. Aku jumpa dia masa di Afghanistan. Tapi Qistina tak tau.”
“kau tau aku Nampak dia hari tu, tapi kau cakap aku obsess dengan Qistina. Kau kawan aku mir. Kau patut lebih mengerti aku tapi aku tak sangka kau tikam aku dari belakang. aku ni siapa mir? Kita dah kenal sejak kecil lagi. Tapi sampai hati kau biar aku terawang-awang macam ni mir. Kau belakangkan aku. Kenapa? Kau ingat aku akan rampas dia dari kau hanya kerana dia macam Qistina? Aku tak sangka kau masih tak percayakan aku mir. Sungguh aku tak sangka.”
Ujar Farhan kesal. Amir meraup mukanya.
“han, kau tak tau perasaan aku. Aku tau kau sayangkan sangat Qistina dan aku tau kau masih ingatkan dia. Sebab tu la aku tak berani tunjukkan Batrisya pada kau. Risau? Memang aku risau. Aku risau akhirnya hubungan kami tak macam yang aku impikan. Aku risau Batrisya akan pergi dari aku.” Batrisya yang sedari tadi mendengar menatap wajah Amir.
Pandangan mereka bertentangan seketika sebelum Batrisya melarikan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Berasaskah kerisauan Amir itu? Batrisya mulai bingung. Siapa pula Qistina?
“mir, aku pasrah kalau tak ada jodoh aku dengan Qistina. Tapi takkan aku nak lukakan kawan sendiri?” ujar Farhan masih tidak percaya. Kenyataan yang baru diketahuinya itu amat pahit untuk ditelan. Dia tahu dia tidak akan tega melihat jelmaan Qistina bersama orang lain namun itulah hakikat. Farhan melepaskan keluhan berat.
“mir, aku doakan kebahagiaan kalian. Aku takkan ganggu korang lagi. Semoga berbahagia.” Lantas Farhan mengatur langkah kaki ke keretanya. Lemah saja langkah itu. Tuhan, kuatkan hatiku!
***********
“han, kami akan berkahwin 2 minggu lagi. Aku harap kau datang.” Ujar Amir di pejabat Farhan suatu hari setelah 3 bulan peristiwa di restoran itu terjadi. 3 bulan juga dia tidak berhubung dengan Batrisya.
“tahniah tapi aku tak dapat datang mir. Aku akan pergi ke Jepun pada hari tu. Aku minta maaf. Bukan aku tak nak datang, tapi aku tak boleh.” Amir menundukkan wajahnya seketika. Dia tahu hakikat sebenar. Farhan tidak tega melihat jelmaan Qistina menjadi hak milik orang lain.
“hmm, ok. Aku faham. Maafkan aku han.” ujar Amir lalu bingkas keluar dari pejabat itu.
Lamunan Farhan terganggu apabila deringan telefon bimbitnya kedengaran. Dibeleknya nama pemanggil sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Perlu dijawab atau tidak? Akhirnya dia menekan punat ‘on’ untuk menjawab panggilan itu.
“helo,”
“helo Farhan. Assalamualaikum.” Suara yang amat dirinduinya itu kedengaran di hujung talian.
“waalaikumussalam. Hmm, awak nak apa?” dia cuba menegaskan suaranya. Melindungi galau di hati.
“awak apa khabar?”
“sihat. Awak?”
“hmm, saya ok.”
“hmm….”sepi seketika.
“boleh kita jumpa?” Farhan terkedu seketika mendengar permintaan itu. Tahankah dia melihat
wajah itu lagi? Mendengar suara sahaja hatinya berkecamuk.
“baiklah, bila?” pantas bibirnya berbicara sebelum akalnya menghalang.
“hari ni, Kenny roger’s?”
“ok. Saya tunggu awak pukul 6.”
“ok, jumpa nanti. And Farhan, I promise you, this will be the last time.” Batrisya memberi janji. Farhan terdiam. Pilu memikirkan kenyataan itu.
“ok, see u.”
“yeah, bye.”
Terus dimatikan talian tanpa menunggu lagi. Farhan resah. Batrisya….
**********
“hai, maaf lambat.” Ujar Batrisya seraya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Farhan.
Farhan tersenyum nipis.
“tak apa.” Pesanan dibuat lalu sepi kembali membalut keadaan. Kali kedua mereka berdua-duaan.
“awak sihat?”Tanya Batrisya berbasa-basi. Melihat wajah yang muram itu dia sudah tahu. Aku juga sepertimu Farhan.
“saya ok. Kalau tak sihat, saya takkan jumpa awak hari ni. Oh, by the way, congratulations on your marriage.” Ujar Farhan separuh hati.
“oh, hmm.” Bukan itu yang diharapkan dari Farhan. Pilu mula beraja di hati.
“Farhan, I have to ask you something. Be honest will you?” ujar Batrisya. Dia mahu meleraikan kekusutan itu.
Farhan menatap wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya.
“apa dia? Tanyalah.”
“err, about Qistina and my self. Do you see Qistina in me?”
Farhan tidak menjawab soalan itu serta-merta. Cuba memikirkan jawapan sebaliknya namun gagal.
“yes, I see Qistina in you, from the first time I saw you.”
“do you happen to have developed feelings for me because of our identical face and personality?” jujur Batrisya bertanya. Dia perlu tahu.
Farhan tersentak. Dipandang seraut wajah itu. Wajah yang amat dahagakan kepastian.
“Batrisya, saya….”
“Farhan, yes or no?” tegas suara itu. Farhan tergamam.
“yes, that’s true enough.” Akhirnya dia berlaku jujur. Batrisya melepaskan keluhan kecil. Sepi seketika.
“then, why would you let me go to farid?” perlahan suaranya. Ada sebak di hujung nada itu. Farhan merenung dalam mata itu, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Batrisya, you can’t be like this, you…..”
“yes I know. I’m his fiancĂ©e but I have never loved him. Farhan, why won’t you fight for me? For your feelings?” air mata mula membasahi pipi. Farhan mula serba-salah melihat gadis itu
mula teresak-esak.
“Batrisya, I don’t love you but I love Qistina. I can’t take you when I myself am not sure whether I’m being sincere with you or not.” Terang Farhan. Akhirnya, dia sendiri keliru dengan kenyataannya.
“but I don’t mind Farhan. I know what I want. I feel it with you. Please Farhan, take me with you.” Rayu Batrisya. Dia sudah tidak berfikir secara waras. Farhan melepaskan keluhan berat.
“Batrisya, I’m sorry. This is just not right. You must return to farid, he loves you with all his
heart. You must learn to love the person who loves you. I’m sorry. I have got to go.” Lantas
Farhan bingkas bangun meninggalkan Batrisya yang masih teresak-esak.
Sebaik sahaja Farhan masuk ke dalam keretanya, dia menghentak sterengnya sekuat yang mungkin. Kecewa dengan kata-katanya sendiri. Batrisya, maafkan aku. Aku tidak sanggup melukakan Amir sahabatku. Dia tewas. Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya.
*********
Batrisya diandam cantik. Tema hijau pucuk pisang menyerlahkan lagi keayuannya. Mulai hari ini, dalam hidupnya Cuma akan ada farid. Keadaan dirinya yang yatim piatu dan sebatang kara membuatkan dia bertambah sedih. Batrisya sayu mengenangkan dalam sejam dua lagi dia akan menjadi milik lelaki itu. Farhan, aku doakan kebahagiaan kau. Air matanya menitis lagi.
Sementara itu, Farhan sendiri gundah di lapangan terbang. Penerbangannya akan berlepas dalam sejam lagi. Ingatannya kembali pada Batrisya. Dia keliru. Semakin masa penerbangannya menghampiri, semakin ingatannya pada Batrisya dan kata-katanya tempoh hari menguasai pemikiran Farhan. Dia bangun dan duduk, berjalan dan berhenti. Mundar-mandir memikirkan tindakannya hari itu. Kecewakah dia? Bodohkah aku kerana melepaskan cintaku untuk kali kedua? Pengumuman yang memanggil para penumpang Malaysia Airlines ke Jepun mula kedengaran. Farhan meraup wajahnya.
Batrisya tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Melihat nama pemanggil, hatinya berdebar-debar kuat.
“helo Farhan.” Debaran makin terasa.
“Batrisya, tunggu saya. Saya akan datang ambil awak.” Seakan mimpi, Batrisya mematikan talian. Benarkah apa yang didengarinya?
Dia bingkas. Bagaimana dengan farid?
Tanpa memikirkan kesan tindakannya, Batrisya berlari keluar dari bilik pengantin yang terhias cantik itu. Dia menuruni tangga dengan pantas. Para tetamu yang hadir mula kehairanan melihat pengantin perempuan keluar dari biliknya sebelum dipanggil. Farid @ Amir yang sudah bersedia kehairanan melihat kelibat Batrisya yang tergesa-gesa mahu keluar dari rumah itu.
“Batrisya!” Batrisya menoleh.
“farid.” Farid menghampiri Batrisya yang kelihatan serba salah. Tetamu sudah mula mengerumuni mereka. Hairan melihat adegan itu.
“awak nak pergi mana? Akad nikah dah nak mula tak lama lagi.”
“farid, I’m so sorry. I can’t marry you. I don’t love you.” Teragak-agak Batrisya bersuara. Orang ramai yang mendengar mula berbisik antara satu sama lain.
“what?” farid tersenyum sumbing. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“farid, I’m so sorry. I have someone else and I love him. Please forgive me.” Pantas Batrisya menoleh mahu meneruskan langkahnya apabila tangannya direntap kuat. Farid mula menyinga.
“just like that? I knew this day will come. I knew it! It’s Farhan right? I can’t believe it. This is actually happening! To me!” Batrisya meronta-ronta mahu melepaskan tangannya. Dia mula kesakitan.
“kau ingat kalau aku tak dapat kau, kau akan dapat bersama dia? Jangan harap Qistina!” Batrisya tersentak. Qistina?
Tanpa berlengah, Amir menarik tangan Batrisya menuju ke keretanya sebelum memaksa Batrisya masuk. Batrisya yang masih tergamam tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Farid turut masuk lalu dia memandu kereta itu pergi meninggalkan majlis yang tidak akan jadi itu.
“kau dengan Farhan memang bodoh. Kau ingat satu kebetulan ke semua ciri-ciri Qistina ada pada kau? Sebabnya Cuma satu. Kau ialah Qistina. Lepas letupan tu, kau dah dijumpai tapi ingatan kau hilang. Pastinya itu peluang baik untuk aku kan? Selama ni, aku memendam perasaan aku pada kau, melihat saja kemesraan kau dengan dia sedangkan aku yang kenal kau dulu. Kenapa kau tak pernah Nampak aku qis? Kenapa?? Aku yang hadir dalam hidup kau dulu, tapi kau pilih dia qis! Kecewa hati aku melihat kau dengan dia! Dan kali ni, bila kau dah jadi Batrisya pun kau masih nak pergi pada dia! Susah payah aku sorokkan kau dari dia. Huh! Nampaknya, takdir kita memang tak sama. Tapi kau jangan ingat kau boleh pergi pada dia qis! Aku takkan benarkan Farhan kalahkan aku untuk kali kedua! Takkan!” pedal minyak ditekan kuat. Batrisya yang sudah mula menangis teresak-esak menjerit kuat apabila melihat sebuah lori meluncur laju ke arah kereta yang mereka naiki.
**********
Farhan berteleku di kubur yang masih merah itu. Amir telah mendapat balasannya. Aku maafkan kau wahai sahabatku. Semoga kau tenang di sana. Pantas dia mengatur langkah mahu ke hospital pula. Qistina masih koma sejak kemalangan itu. Ya, Batrisya ialah Qistina yang hilang ingatan. Itulah yang sempat diberitahu Amir sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Biar kenyataan itu menggembirakannya, namun dia telah kehilangan seorang sahabat yang dipercayainya. Sungguh tidak disangaka Amir berhati keji. Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Hanya engkau yang mampu membalas perbuatan seseorang.
*********
Farhan merenung sekujur wajah yang bersih itu. Hari itu, sebaik dia hampir tiba di rumah berlangsungnya majlis mereka, dia ternampak kereta Amir dibawa laju lantas dia memusingkan keretanya dan mengekori mereka. Namun resah hatinya bertambah parah apabila dia melihat kereta itu bertembung dengan sebuah lori. Kereta itu terbalik dan berpusing-pusing di atas jalan. Farhan pantas berhenti dan keluar dari kereta. Dia mahu menyelamatkan Batrisya.
Bersusah-payah dia menarik Batrisya yang berdarah di muka dan badannya keluar dari kereta. Baju pengantin yang dipakainya sudah tidak kelihatan serinya. Farhan memeluk Batrisya.
“Batrisya, tabahkan dirimu. Kau akan selamat.” Bisiknya kepada Batrisya yang sudah tidak sedarkan diri.
Dan kini Batrisya @ Qistina masih tidak sedarkan diri. Farhan bimbang. Sudah 3 hari Qistina koma. Pantas Farhan ingatkan Yang Maha Berkuasa. Lantas dia mengambil wudhu’ lalu dikerjakan solat hajat memohon kesejahteraan Qistina. Disambungnya pula kepada bacaan yasin. Usai membaca yasin, dia kembali menghadap wajah itu.
Tiba-tiba, Qistina membuka matanya.
“sedap suara awak. Dah lama saya tak dengar awak mengaji.”Farhan terkedu. Qistina sudah kembali! Alhamdulillah. Tak putus-putus dia mengucap syukur. Direnung wajah itu sepuas-puasnya.
“awak….nak air?” Tanya Farhan. Qistina menggeleng.
“saya minta maaf sebab tak tunaikan janji saya hari tu. Saya tak balik semula pada awak.” Ujar Qistina sebak. Farhan menggeleng-geleng perlahan.
“shh, jangan cakap macam tu. Awak tak bersalah.” Farhan memujuk. Air jernih mula mengalir menuruni pipi Qistina.
Dalam diam Farhan memanjatkan syukur. Ingatan Qistina telah pulih seperti mana yang diramalkan oleh doktor kesan hentakan semasa kemalangan tersebut.
“saya minta maaf. Kalau saya tak pergi hari tu, kita takkan jadi macam ni.” Ujar Qistina lagi. Kesal.
“qis, yang penting awak dah balik pada saya dengan selamat. Yang sudah tu jangan difikirkan lagi ok?” pujuknya lagi. Dia juga terharu. Tidak percaya dihadapannya itu kini Qistina. Qistina yang mengingatinya. Qistina yang menyayanginya sepenuh hati.
“qis, saya dah ambil keputusan. Lepas awak keluar, kita akan kahwin. Ok? Percayalah, kisah kita takkan tamat tanpa izinNya Qistina.” Qistina tergamam. Air matanya bertambah laju. Tidak percaya kebahagiaan akhirnya milik mereka. Dan Farhan turut tersenyum bahagia. Semoga Allah merestui kita….
best sangat
ReplyDelete-tni-
ish jhtnya amir tu..kokye pn nkkan awek org xyah la smpai cm2..congrats writer!tulis lg cite cmni tau.hlg tension lps bc.huhuhuu...
ReplyDeletelega saya bila Qistina ingat farhan semula.
ReplyDeletemm.. tambah skit ye. farhan sepatutnya kena risik2 jugak sape Batrisya..
amir memang tak patut buat macam tu dekar farhan.
--missnina--
tabik spring la kt sis!
ReplyDeletehehe..
best3x!
wow,,
ReplyDeletemantap!~
salah tulis lak..
ReplyDeletebest giler..
best lorrr..cukup asam garam....
ReplyDelete