About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, September 18, 2009

Anaknya, Anakku Jua 34

“apa?” Nisa' bersuara keras. Pandangan tajamnya menikam seraut wajah tidak bersalah Mala. Rimas dia dengan Mala yang sedari tadi merenungnya. Sawi di tangan yang sedang dipotong turut menjadi mangsa.

Mala jungkit bahu.

“kau ni kenapa? dari tadi aku tengok pelik je.” Mala bertanya seraya bertenggek di tepi sinki.

Nisa' melepaskan nafas kuat. Entah apa yang tidak kena dengannya. Dia sendiri tidak pasti. Ditarik nafas dalam.

Mala yang masih memerhatikannya memusingkan badannya menghadap Nisa'.

“Nisa', what’s wrong with you?” Mala bertanya lagi.

“tak ada apa-apa la.” Tepis Nisa' pantas.

Mala menggeleng.

“Nisa', kalau tak ada apa-apa, muka kau takkan macam tu, kau tau tak?” tingkah Mala tidak percaya.

Nisa' menoleh sekilas.

“betul lah Mala. Aku ok.” Nisa' menekan nada suaranya.

Semakin laju dia memotong daun sawi yang dibasuhnya di tepi rumah sebentar tadi. Semasa Irfan hendak berangkat pulang.

Mala menggeleng lagi bersama keluhan panjang.

“hmm, Nisa', Nisa', pening aku. Tiba-tiba je nak bermasam muka macam ni. yang Irfan pulak, datang tak berjemput, tiba-tiba nak balik. Pelik aku.” Mala mengomel sendiri.

Nisa' menelan liur mendengar nama Irfan meniti di bibir Mala. Berdehem perlahan.

Irfan kecik hati dengan aku ke? Salah aku ke? Cakap macam tu pun nak kecik hati. Ah, kalau dah memang tak nak stay tu cakap je lah. Memang kau datang tak berjemput.

“Nisa'..”

“hmm..”

“cuba kau cakap dengan aku apa yang dah jadi sebenarnya antara korang kat kebun tadi.” Mala terus membuka kenyataan cepumasnya, membuatkan Nisa' terkedu seketika.

Gelabah sendiri Nisa'.

“mana ada apa yang jadi.” Dalih Nisa'.

Mala mencebik tidak percaya.

“tak ada apa yang jadi? Tadi kat atas rumah mana ada dia cakap nak balik awal-awal macam ni. memang dia tak nak lunch tapi still awal lagi kot untuk dia balik?” Mala meluahkan fikirannya dengan penuh semangat.

Nisa' mengeluh lagi. Bosan dengan bebelan Mala.

“Mala, kalau tak nak tolong aku, dari kau membebel je baik kau naik atas tengok Hana, ok?” lebih kepada satu arahan, Nisa' menjeling Mala dari ekor matanya tajam.

Mala menarik muncung.

“yelah, yelah, aku naik. Nanti kalau ada apa-apa jangan cari aku!” separuh mengugut, Mala menuju ke tangga dan menghilang ke atas.

Nisa' menghentikan kerjanya, direnung sawi di tangan.

Telefon bimbit yang terletak elok di atas Tupperware bahulu di atas almari direnung. Nak minta maaf ke? Pujuk? Ish! Salah aku ke? Ah, lantaklah. Malaslah nak layan.

***************

Nisa' leka memeriksa akaun syarikatnya bulan lalu apabila pintu pejabatnya diketuk.

“masuk.” Nisa' memberi arahan tanpa memandang pintu.

“assalamualaikum, cik Nisa'. Awal pagi ni?” Liza yang sudah masuk berdiri tegak di hadapan Nisa' bersama senyum manis.

Nisa' mengangkat muka lalu menghadiahkan seulas senyum, membalas sapaan Liza.

“haah. Awal sikit.” Hakikatnya Nisa' datang awal kerana dia mahu menyiapkan kerja-kerjanya supaya apabila dia mahu meminta cuti untuk kenduri kahwinnya kelak, bosnya yang satu itu tidak akan begitu keberatan untuk meluluskannya.

“eh cik Nisa'...”

“ya, kenapa?”

“cincin tu...” pandangan Liza terarah pada sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manisnya. Nisa' terdiam, dia turut merenung cincin itu.

Dan ingatannya melayang pada Irfan yang sudah berangkat ke petang semalam, dan sehingga kini, mereka masih tidak berhubung. Masing-masing menyepikan diri.

“kenapa, cik Nisa' tiba-tiba pakai cincin? Jangan-jangan...”

“err, saya dah bertunang.” Nisa' pantas mematikan bicara Liza. Biarlah mereka tahu. Sekurang-kurangnya, apabila dia mahu bercuti nanti, yang lain akan memahaminya.

“ye ke cik Nisa'? bila? Amboi, senyap-senyap je. Tapi bukan ke hari tu nak bertunangnya hujung tahun?” bercahaya mata Liza, seronok mendengar khabar itu.

Nisa' menggaru dahi.

“err, tak, cepatkan.” Nisa' menjelaskan.

“kenapa?” spontan Liza bertanya lagi, membuatkan Nisa' bertambah tak keruan.

“Liza, awak tolong buatkan saya kopi. Thanks.” Tanpa menjawab soalan Liza, Nisa' membuat permintaan.

Wajah Liza berubah namun dia tidak membantah. Lambat-lambat dia memusingkan badannya dan keluar dari ruang pejabat Nisa'.

Nisa' menghela nafas lega apabila kelibat Liza hilang di balik daun pintu. Direnung cincin di jari.

Handphone dikeluarkan dari dalam tas tangannya, dan direnung lama. Berkira-kira mahu menghantar mesej kepada Irfan atau tidak.

Eh kejap. Sebab aku ke dia balik tiba-tiba semalam? Takkanlah. Cakap macam tu pun nak kecik hati ke? Ish. Macam mana ni? mesej ke tak?

Sedang dia berkira-kira, telefonnya menjerit nyaring membuatkan Nisa' tersentak, terperanjat dengan bunyi yang tidak diduga. Cepat-cepat dia melihat nama penerima.

Nisa' mengeluh kecil apabila nama yang tertera bukan nama yang diharapkan.

Punat hijau ditekan.

“assalamualaikum makcik.”

“waalaikumussalam. Nisa' apa khabar?” suara ceria Makcik Kamariah menyapa gegendang telinganya.

“sihat, makcik dan pakcik sihat?”

“sihat Alhamdulillah.”

“baguslah kalau macam tu.” Ingatan Nisa' melayang pada Daniel. Sudahkah dia pulang bertemu ibu bapanya? Masih merajukkah dia?

“Nisa', Daniel dah balik rumah.”

Nisa' menelan liur.

“oh ye ke? Alhamdulillah. Dia sihat?” soal Nisa' berbasa-basi. Hati orang tua perlu dijaga.

“hmm, sihat, Cuma nampak tak terurus sikit. Makcik ingat nak buat makan-makan sikit, nak ajak Nisa' datang sekali tapi takkan Nisa' nak datang kan, antara Nisa' dan Daniel dah tak ada apa-apa. Tapi tu lah, makcik teringatkan dulu-dulu.”

Nisa' terdiam. Dihela nafas berat.

“Nisa' boleh datang, tapi dengan Mala. Tak apa ke?” lambat-lambat Nisa' bertanya.

“eh, boleh, boleh sangat. Datanglah ya. Pukul 8 malam. Makcik tunggu ya.”

“ok makcik.”

“assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

Sebaik talian mati, Nisa' tersandar malas, dihela nafas dalam.

Mala.

Punat telefon ditekan dan nada memanggil mula kedengaran.

“helo, Mala.”

“helo, ai, dah rindu aku pagi-pagi buta ni?” seloroh Mala menyapa Nisa'.

Nisa' menggosok pelipisnya.

“Makcik Kamariah.”

“hah? Makcik Kamariah rindu aku?” suara terkejut Mala membuatkan Nisa' tersenyum kecil.

“haah. Dia jemput kau datang makan malam kat rumah dia.”

“eh Nisa', biar betul!”

Ketawa Nisa' pecah kala itu juga.

“hah, tu lah kau ni, main-main lagi. Makcik Kamariah jemput aku makan malam kat rumah dia malam ni, and I told her you’ll come too.”

“laa, kenapa pulak? Malaslah.”

“tolonglah Mala, Daniel ada. Lagipun, aku kena bawa Hana sekali.” Nisa' memujuk.

“hmm, tinggallah Hana dengan aku kat rumah. Kau pergi sorang, tak boleh?”

“Mala....”

“alamak, yelah, yelah. Tapi dengan satu syarat.”

“syarat pulak? Hah, apa dia?”

“kau mesti beritahu aku apa yang jadi antara kau dan Irfan semalam.”

“mana ada apa-apa....”

“eleh, jangan kelentong la. Aku tau ada something yang jadi. Ah, tak kira, tak nak cakap, aku tak ikut kau malam ni.” ugutan Mala membuatkan Nisa' terpaksa mengalah.

“ok, ok, aku cakap. Lepas maghrib datang rumah tau.” Dengan nada berat Nisa' bersetuju.

“ok, set.”

Nisa' menggeleng sebaik talian dimatikan. Mala, Mala. Ada-ada jelah.

**********

“aku ter’halau’ dia.”

“what did you mean by ter?” soal Mala tidak puas hati. Hana yang duduk di pangkuan diagah-agah.

Nisa' mengeluh kecil.

“aku suruh dia balik. Tapi aku tak bermaksud macam tu. Aku marah masa tu. I don’t know. Emotionally unstable.” Jelas Nisa'. Sekali-sekala dia mengerling Mala di sisi.

Tangan kirinya dipanjangkan dan jemari kecil Hana digenggam.

“apa yang kau marah sangat tu?”

“hmm, entah, aku jadi geram sebab dia nampak rileks je, tak risau langsung pasal masa depan. Yelah, kitorang kan plan nak kahwin and then bercerai. Aku ni risau sangat nak patahkan hati orang-orang tua, ummi dan abah, ibu dan ayah dia. Bila kitorang nak bercerai nanti macam mana la. Tapi dia? Asyik-asyik, dia ulang ayat, rileks Nisa', rileks Nisa'. Mana aku tak geram?” luah Nisa' geram.

Mala tersenyum kecil seraya menggeleng.

“sebab tu je kau marah dia?”

Nisa' menghela nafas.

“lepas tu, aku dah marah, dia main-main lagi. Lagilah aku sakit hati. Terus aku ter’halau’ dia balik. Alah, aku tak berniat pun tapi kalau dah memang nak balik tu, cakap je lah. Bikin panas.”

Mala tersengih lagi mendengar bebelan Nisa'.

“ish, ish, makcik Nisa' dah membebel. Tengok ummi tu Hana, dengan bakal suami pun nak garang-garang.”

“bukan garang la, tapi aku risau sangat sekarang ni. aku risau bila fikirkan masa depan Mala. Bila kami nak bercerai nanti, kesian orang tua.” Keluh Nisa' lagi.

Mala masih tersenyum lebar.

“satu je caranya nak bagi kau rileks.”

“apa dia?”

“tak payahlah bercerai, habis cerita.”

“hah, yelah tu, lepas tu girlfriend dia will come after my neck!”

Pecah tawa Mala.

“hmm, nak cakap jangan risau, nanti kau angin pulak dengan aku. Kau tak payah fikir la pasal tu selagi belum tiba masanya.”

Nisa' menjeling Mala tajam dari ekor matanya.

“amboi. Pandainya cakap. Yang kena aku, bukan kau. Macam mana aku tak fikir? Ummi tu, nak bagi aku kahwin pun satu hal, kalau aku nak bercerai pulak, kau ingat dia akan duduk diam je? Silap-silap, ummi pancung aku tau!”

Tawa Mala pecah lagi.

“hai, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Ni, Makcik Kamariah lagi.” Mala mengingatkan.

Pantas Nisa' menepuk dahi.

“haah, yang ni lagi. Aduhai, nasib badan.” Keluh Nisa'.

“sabar Nisa', sabar, yang penting, Hana dengan kau. Kan, sayang?” Mala mencium kedua-dua pipi Hana berkali-kali.

Nisa' tersenyum nipis melihat si kecil itu.

“Hana sajalah penawar kalbu ummi.” Genggaman tangannya semakin erat, seakan tidak mahu dilepaskan lagi.

p/s: this is the last n3 b4 raya. Sorry for being late but life has been quite hectic these days. so, wish you HAPPY RAYA DAY! makan ketupat rendang ingatlah Hana ya. hehe. ;)

3 comments:

  1. isk2..
    mkcik kamariah nieh pon..
    dah2 la..
    agak2 la nk wat cmtuh pon..
    nisa' kan da tunang..
    huhu..nisa',,msg la irfan..turunkan ego sket...
    cian irfan..
    smbung2..

    selamat hari raya too..!!

    ReplyDelete
  2. 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN'
    Tq for this n3 lama juga sy tunggu citer ni. Xpe lama sikit asal ada n3 citer ni:D. Sian kat irfan tu. Cpat kahwin jgn le byk halangan.

    ReplyDelete
  3. ermmm ble lak nk upload for 35 nye episod?
    cpt2,x sbar nk tau ksdhan cte ni.

    ReplyDelete