Pagi itu, mereka ke kelas seperti biasa dan satu ‘bala’ lagi menimpa Marjan.
Kebetulan pagi itu Marjan beriringan dengan Laila ke kelas (dengan Lu'lu'? dalam mimpi pun jangan haraplah!). tiba-tiba, seorang gadis menghampiri, menegur Laila.
‘hai Laila,’ langkah Marjan turut terhenti.
‘hai Syaza. Tak ada kelas ke?’ soal Laila berbasa-basi.
Syaza angguk.
‘ada. Siapa si handsome ni? tak pernah Nampak pun?’ Syaza menjeling Marjan di sisi Laila.
Marjan memalingkan mukanya. Malas mahu melayan.
‘oh, ini Marjan. My...classmate.’ Marjan pantas menoleh. Boleh tahan juga si Laila ni jaga status dia, tak mengaku aku driver. Tak apa, status aku pun terpelihara. Hehe.
Syaza beralih pada Marjan, menghulur tangan. Marjan menyambut sipi dengan senyuman tidak ikhlas.
‘kenapa muka you ni familiar?’ soalan Syaza membuatkan nafas Marjan terhenti seketika. Laila turut memerhati wajah Marjan yang sudah berubah kelat.
‘ah, you ni ada-ada je. Eh, we all dah lewat ni. see you later!’ Laila pantas mengatur langkah. Marjan menurut lega. Laila, you saved me!
‘awak, believe me, now that she saw you, she will not let you go.’ Peringatan dari Laila sebaik mereka menghampiri kelas.
Marjan telan liur.
‘dia tu siapa?’ soal Marjan terpinga-pinga.
‘pengerusi kelab apa entah. Saya tak ingat. But she goes after good-looking boys, especially bila dia tak tau who you actually are.’ Marjan angguk seperti orang bodoh.
Akhirnya, ada jugak yang mengaku aku ni good-looking. Selama ni aku ingat aku syok sendiri. Tapi dia kata muka aku familiar. Dia rajin belek majalah kerabat ke? Jangan dia balik rujuk balik majalah sudahlah.
Petang itu, Marjan seperti biasa tercangak menanti Lu'lu' di luar kereta. Laila membuka cermin kereta.
‘Marjan, ada orang nak nombor phone awak.’ Marjan angkat kening.
‘siapa?’
‘Syaza.’
Marjan terdiam.
‘err, kalau tak bagi tak apa ke?’
‘awak ada handphone ke tak?’ Marjan raba poket yang terasa tersembul. Teringatkan Kasturi.
‘ada tapi...’
‘boleh tak awak bagi je nombor awak? I don’t want her bothering me, ok?’ keras suara Laila. Marjan teringat kisah Pak Mat tentang Laila dan baju Datin Ifa. Kecut perutnya seketika.
‘err, ok, ok, 0133336789.’
Laila pantas menaikkan kembali tingkap. Marjan melepaskan nafas lega. Memang bala betul. Dari jauh, matanya menangkap kelibat Lu'lu'. Aduh, bala paling besar dah sampai. Dia mengeluh panjang.
Malam itu, entah apa mimpi Dato' Safwan, dia mengajak Marjan dan Pak Mat ke surau. Marjan menurut tanpa banyak soal.
Pulang dari surau, Dato' Safwan tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia mengajak Marjan ambil angin di luar dan pada Pak Mat dipesan supaya meminta Mak Min membawa air ke luar.
Marjan mengambil tempat berhadapan Dato' Safwan. Dato' Safwan menanggalkan kopiah yang membaluti kepala. Merenung kolam kosong. Marjan menurut pandangan Dato' Safwan. Menanti dan setia menemani.
Dato' Safwan mengeluh berat. Marjan menoleh mendengar keluhan itu.
‘pakcik ada masalah ke?’ soal Marjan prihatin. Lelaki ini terlalu baik padanya.
Kerana dia jauh dari keluarga, dia sudah menganggap keluarga ini sebagai keluarganya dan tentunya dia tidak suka melihat keluarganya di dalam masalah.
Dato' Safwan senyum tawar. Masih merenung air di dalam kolam namun Marjan tahu, dia berfikir dalam.
‘kamu tahu Marjan, dulu, Lu'lu' suka duduk di gazebo ni petang-petang dengan mamanya sambil beri makan ikan. Mama Lu'lu' rajin. Dia yang jaga halaman rumah ni. sebab tu kami tak perlukan tukang kebun.’ Ada nada ceria terselit di hujung suara dato. Marjan senyum nipis. Kenangan sentiasa menghantui walau insan itu sudah tiada.
Dato mengeluh lagi.
‘tapi sekarang, walaupun rumah ni dah bersuri, tapi halaman rumah ni sudah tiada penjaganya. Tiada orang yang dapat menggantikan tempat mama Lu'lu'.’ Sayu suara itu.
Marjan menunduk seketika.
‘dato, saya dah anggap keluarga ni macam keluarga saya. Saya harap, kalau dato ada masalah dan dato perlukan sesiapa untuk mendengar keluhan dato, dato carilah saya. insyaAllah, saya akan mendengar. Memanglah Allah lah tempat mengadu yang paling agung, tapi kita tetap perlukan manusia untuk hidup.’
Dato' Safwan merenung Marjan, senyum senang mendengar bicaranya.
‘kamu memang anak yang baik Marjan.’ Marjan tersenyum tawar mendengar pujian itu.
Dato' Safwan mengeluh lagi.
‘dulu, Lu'lu' juga anak yang baik. Sekarang pun dia anak yang baik, Cuma dia memberontak dengan pakcik kerana berkahwin lain. Entahlah, pakcik sangkakan kalau pakcik berkahwin lain, dia akan senang, tapi yang jadi lain pulak. Tapi, pakcik dah berkahwin takkan nak bercerai-berai pula kan?’ soalan yang lebih kepada keluhan.
Marjan angguk faham.
‘pakcik nak sangat tengok Lu'lu' gembira semula. Entah bila agaknya pakcik akan lihat kembali dia ketawa dan senyum seperti dulu. Pakcik Cuma berharap dia akan kembali begitu sebelum pakcik tinggalkan dunia ni.’ Marjan telan liur mendengar kata-kata terakhir Dato' Safwan.
‘pakcik, tak baik cakap macam tu. Lu'lu' akan berubah semula. Saya yakin.’ Marjan berbicara yakin.
Dato' Safwan senyum lagi.
‘pakcik harap kamu tak ambil hati dengan sikap dia. She was adorable, seriously tapi dia jadi pasif sejak pemergian mamanya. Pakcik dah cuba bermacam cara supaya dia ketawa semula. Kadang-kadang, sampai pakcik terfikir, perlukah pakcik kahwinkan dia untuk melihat dia ketawa semula? Tapi pakcik tak pernah dengar dia ada kekasih. Dulu adalah tapi sekarang, macam tu lah dia. Dia dah tak suka bersosial.’ Marjan angguk perlahan.
Padanlah masa jumpa kawan dia, muka dia macam tak happy je. Hmm, aku kena buat dia pergi PD jugak.
‘err, pakcik.’
Dato' Safwan angkat muka, memandang wajah Marjan.
‘ya Marjan,’
Marjan serba salah. Nak cakap ke tak, nak cakap ke tak...
‘err, semalam, masa cik Lu'lu' keluar, kami terserempak dengan kawan sekolah menengah dia.’ Alamak! Tercakap la cik Lu'lu'! sorry... Dato' Safwan angguk.
‘siapa?’
‘yang saya tau, nama dia Mira.’
Berkerut dahi Dato' Safwan.
‘Mira? Yang gemuk-gemuk tu?’
Marjan pantas angkat tangan, dihayun ke kiri ke kanan menidakkan.
‘eh, dah kurus. Dia ada cakap dulu dia gemuk.’
‘ooh, Mira tu. Ha, kenapa dengan Mira? Dulu Mira tu rajin jugak datang rumah tapi sejak Lu'lu' pindah sekolah lepas mama dia meninggal, diorang dah tak berjumpa rasanya.’ Marjan angguk-angguk lagi.
‘hmm, cik Lu'lu' memang tak Nampak happy masa diorang terjumpa tu. Lepas tu, cik Mira tu ada cakap diorang buat gathering kat PD weekend ni. cik Lu'lu' ada ambil nombor cik Mira lepas tu,’ Marjan telan liur, bohong lagi Marjan.
Dato' Safwan melopong sekejap.
‘oo, macam tu. Lu'lu' ada cakap dia nak pergi?’
Marjan geleng.
‘tak. tapi saya rasa, lepas dengar apa yang pakcik cakap, saya rasa baik pakcik pujuk dia pergi. Mana tahu dia boleh bergembira di sana nanti.’ Lambat-lambat Marjan berkata-kata. Teragak-agak juga, takut dikata penyibuk pula oleh Dato' Safwan.
Dato' Safwan tidak berkata apa-apa, diam membisu.
Marjan mula serba-salah dan risau, bimbang apa yang telah diberitahu tadi mengguris sentiment pekerja dan majikan.
‘err, pakcik, saya minta maaf kalau apa yang saya cakap tadi macam menyibuk pula. Yelah, saya ni siapa kan? Saya...’
‘no, what you just said is great, in fact superb! Baguslah kalau macam tu. Saya akan suruh dia pergi.’ Bercahaya wajah Dato' Safwan. Marjan teragak-agak mahu senyum.
‘betul ke pakcik?’
‘betul, selama ni saya susah nak hantar dia ke mana-mana, but since this is her friends gathering, saya akan hantar dia.’
Marjan senyum nipis. Aku dah kata dah, dato mesti akan buat kau pergi, Lu'lu'.
‘kamu bawa dia ke sana ya, merangkap bodyguard sekali. Pakcik risau nak lepaskan dia tapi sebab kamu ada, pakcik yakin sikit. Boleh kan?’ boleh sangat! PD! Here I come!
‘boleh pakcik, insyaAllah.’
‘hmm, baguslah kalau macam tu, jomlah masuk, kita minum kat dalam. Saya nak bercakap dengan Lu'lu' sekali.’ Dato' Safwan bingkas, Marjan menurut dengan hati kembang.
‘Lu'lu' tak nak pergi,’ tegas suara itu. Marjan yang duduk di sebuah kerusi di ruang makan menjengah.
Lu'lu' yang duduk bertentangan dengan Dato' Safwan juga kebetulan bertentangan dengan Marjan. Marjan dapat menangkap pandangan tajam Lu'lu' yang menikam. Marjan memalingkan badannya. I’m innocent, tak percaya Tanya saya. Marjan meneguk airnya.
‘Lu'lu', this is a very great opportunity. Mira tu kan used to be your best friend? Pergilah. Have fun. Marjan pun pergi, jangan risau.’
Lu'lu' pantas mencari sepasang mata Marjan yang mencuri pandang di sebalik pasu kaca di atas meja hiasan yang menjadi pemisah ruang tamu dan ruang makan.
Marjan, kau memang nak kena. Lu'lu' ketap bibir.
‘Lu'lu' tak ada nombor dia.’ Keras suara Lu'lu'.
Dato' Safwan senyum nipis.
‘Marjan cakap,’ aduh pakcik! Kenapa tak cakap terus je Marjan yang report dekat pakcik? Aish!
‘Lu'lu' ada ambil nombor dia hari tu, kan?’ Lu'lu' ketap bibir lagi. Geram. Sempat dia menjeling Marjan yang setia mendengar di balik pasu.
Marjan berpaling semula. Apabila pasti Lu'lu' tidak melihatnya, dia kembali memasang telinga.
Lu'lu' mendengus kecil. Dia yang memandai ambil nombor Mira, bukan Lu'lu'!
‘dah delete.’
Dato' Safwan mengeluh kecil.
‘Lu'lu', I want you to go and have fun and that’s final, ok? No more compromise, did you get it?’
Lu'lu' menghentak kakinya perlahan, protes.
‘but papa, what if I don’t have fun? It will be a waste papa.’
Marjan angguk, betul, buang masa aku jugak.
Dato' Safwan merenung Lu'lu' tajam.
‘but what if you do have fun? You will never know dear, that’s why we have to give it a try, ok?’ pujuk Dato' Safwan lagi.
Lu'lu' tidak menjawab lagi. Dia mendengus kecil, bingkas menuju ke tangga. Sempat dia berpaling menjeling Marjan tajam.
Matanya seakan-akan menghantar mesej, Marjan, I WILL KILL YOU!
best cita ni...suka..
ReplyDelete