Melilau mata Marjan memerhati suasana di shopping complex ini. Lu'lu' di hadapannya 5 langkah juga melangkah longlai. Marjan perasan Lu'lu' sebenarnya hidup di dalam dunianya sendiri. Dia tidak memerhatikan keliling. Jika ada pun, pandangannya kosong. Dari tadi, mereka hanya berjalan. Tidak asa satu kedai pun yang dimasukinya.
Apa yang dicarinya? Memang sah dia masih tak dapat terima kenyataan yang hidup dia dah berubah. Mama dia dah tak ada. Dato kahwin lain. Pasti dia kecewa sangat dengan perubahan yang berlaku.
Marjan menarik nafas dalam. Baru dia hendak menyaingi langkah Lu'lu', seorang perempuan yang keluar dari sebuah kedai tergesa-gesa terlanggar Lu'lu' sehingga jatuh semua barang di tangan perempuan itu.
Marjan dapat melihat wajah Lu'lu' yang jelas terkejut dengan apa yang berlaku. Marjan tidak jadi mendekat. Mahu memerhatikan tindakan Lu'lu' seterusnya.
Lu'lu' menunduk bersama perempuan itu, mengutip kembali barang yang terjatuh.
‘Lu'lu'? Lu'lu' Dato' Safwan?’ Lu'lu' angkat muka. Wajah di hadapannya familiar tapi tidak dia ingat namanya.
‘ya saya, awak kenal saya?’
Perempuan itu senyum lebar dan jelas dia tidak percaya dengan pertembungan itu.
‘Lu'lu'! ni akulah, Mira! SMK Tunku Sulaiman dulu! Kau dah lupa?’ riang suara Mira memperkenalkan diri. Lu'lu' masih memandangnya kosong.
‘minta maaf, saya tak ingatlah awak.’
Mira tersenyum nipis.
‘oh, aku lupa pulak. Macam mana kau nak ingat kan? Dulu, aku gemuk. Sekarang, macam ni lah.’
Lu'lu' tidak menjawab, matanya menjalar di seluruh wajah Mira. Cuba mencari sesuatu.
‘Mira, Mira debab?’ Mira angguk laju.
‘akulah! Mira debab!’
Senyum nipis terukir di wajah Lu'lu'. Marjan yang sedari tadi memerhati terkesima seketika. Lu'lu' tersenyum buat pertama kalinya di hadapannya. Walau Cuma segaris senyuman, agak mahal untuk tontonan Marjan.
Lu'lu' dan Mira berdiri.
‘kau buat apa kat sini?’ Tanya Mira riang.
‘tak ada apa, jalan-jalan.’ Jawab Lu'lu' berbasa-basi. Jelas dia tidak berminat dengan pertembungan itu.
‘sorang?’ mendengar soalan Mira, Marjan mendekat.
‘hai, saya Marjan.’ Senyuman Lu'lu' mati, membuang pandang ke celah orang ramai. Mira tersenyum simpul melihat Marjan.
‘oo, diam-diam ya?’ Mira menyiku Lu'lu' perlahan. Lu'lu' menoleh pantas.
‘apa dia?’ Marjan senyum nipis. Tahu apa yang ada di dalam fikiran Mira.
‘pakwe ek?’ Tanya Mira terus. Lu'lu' jeling Marjan yang senyum memanjang.
Dia menoleh ke Mira semula.
‘taklah, dia ni..’
‘cik Mira kan? Cik Mira kawan Lu'lu' di sekolah menengah ya?’ Marjan memotong cakap Lu'lu' sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Marjan mengerling Lu'lu' yang sudah berpeluk tubuh, merenungnya tajam.
‘haah, kitorang satu sekolah. Eh, baru aku teringat. Lu'lu', kitorang buat gathering dekat PD. Kau join ya?’ berubah wajah Lu'lu'.
‘gathering? Kat PD? Waa, best tu!’ Marjan pula yang menjawab bagi pihaknya.
Mira menoleh ke Marjan. Tidak perasan pula pandangan tajam Lu'lu' yang memanah Marjan.
‘haah, weekend depan. saya tak tau Lu'lu' ada kat sini sebab dia senyap je kan? Dah lama tak jumpa dia. Eh, you all datang la, 3 hari dua malam. Nah, ambil nombor saya, nanti contact saya for details. Saya nak cepat ni.’ Marjan menghampiri Lu'lu', membelakangkan Mira.
‘bagi telefon awak.’ Arah Marjan. Lu'lu' menjeling tajam.
‘why should I? I’m not going!’ perlahan namun tegas.
Marjan merenung terus mata Lu'lu'.
‘awak nak bagi or nak saya cakap yang awak date dengan driver awak?’ Lu'lu' terdiam. Ketap bibir. Diseluk tas tangannya, dihempas telefonnya ke tangan Marjan yang sedia dihulur.
‘thanks.’ Senyum sinis dihadiahkan. Lu'lu' kembali berpeluk tubuh.
‘berapa nombor awak?’ Tanya Marjan. Mira mula menyebut nombornya.
Jemarinya pantas menaip di handphone blackberry Lu'lu'.
‘ok, saya buat missed call. By the way, ini handphone dia.’ Beritahu Marjan.
Mira senyum penuh makna.
Dia mengerling Lu'lu'.
‘Lu'lu', datang ya, dengan cik abang ni sekali.’ Marjan senyum lebar. Lu'lu' senyum kelat. Mira berlalu.
Marjan menghulurkan kembali telefon itu. Lu'lu' merentap kasar.
‘what are you trying to do Mr. driver?’ marah Lu'lu'. Marjan membalas renungan tajam Lu'lu'.
‘I want you to enjoy yourself.’ Simple.
Lu'lu' mendengus kasar.
‘siapa awak nak tentukan hidup saya?’ tempiknya kasar.
Marjan membelakangkan Lu'lu'.
‘I’m nobody to force you but dato is your father. I know he can make you go there this weekend.’ Selamba Marjan berbicara.
Lu'lu' merentap kasar tangan Marjan mendengar kata-katanya.
‘don’t you dare tell my father about this. I’m warning you!’ ugut Lu'lu'. Benar-benar panas hati dengan tindak-tanduk dan kata-kata Marjan.
Marjan senyum sinis.
‘we’ll see.’ Dia melangkah meninggalkan Lu'lu'. Lu'lu' menghentak kakinya geram. Langkah diatur juga menurut langkah Marjan.
Di dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, Lu'lu' mendiamkan diri. Geramnya pada Marjan masih belum hilang. Bertambah pula geramnya bila Marjan bersiul kecil.
Sampai di rumah, seisi keluarga sedang menjamu selera. Lu'lu' terus naik tanpa menunggu lagi.
Dato' Safwan memanggil Marjan.
‘nanti awak makan dengan Lu'lu' ya.’ Marjan angguk saja.
Dia ke luar memeriksa kereta dan membersihkan apa yang patut. Tanpa disedari, Pak Mat menghampiri.
‘Marjan,’ Marjan menoleh, tersenyum kecil.
‘hah Pak Mat, dah habis makan?’ Tanya Marjan berbasa-basi.
‘dah. Sebenarnya, Pak Mat nak minta maaf pada kamu sebab syak kamu yang bukan-bukan.’ Marjan memusingkan badannya menghadap Pak Mat.
Dia tersenyum lebar, menepuk bahu Pak Mat mesra.
‘Pak Mat, saya tak ambil hati pun. Lagipun, saya di pihak yang benar. Pak Mat tak bersalah pun. Pak Mat Cuma bimbangkan keselamatan orang rumah ni. saya faham.’ Wajah Pak Mat berubah ceria mendengar bicara Marjan.
‘hmm, betul. Pak Mat memang sayangkan keluarga ni, tambahan pula sejak Puan Maria dah tak ada. Pak Mat risaukan Lu'lu' dan Dato' Safwan.’ Bersungguh-sungguh dia berkata-kata.
Marjan angkat kening.
‘Datin Ifa dan Laila macam mana? Pak Mat tak risaukan diorang?’ soal Marjan.
Pak Mat tidak terus menjawab sebaliknya dia melihat sekeliling jika ada orang lain yang mendengar. Kemudian, dia mendekatkan wajahnya dengan telinga Marjan.
‘sebenarnya, Pak Mat tak berapa suka diorang.’ Mulut Marjan membentuk huruf ‘o’. Angguk faham.
‘kenapa Pak Mat?’ soal Marjan lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal bahu! Hehe.
Wajah Pak Mat berubah lagi. Wajah tidak puas hati.
‘Datin Ifa tu tak mesra, tak macam arwah Puan Maria. Dia suka tengok Mak Min dan Pak Mat pelik.’ Oh, macam Pak Mat tengok saya la.
‘oo, ye ke?’ Marjan terangguk-angguk.
‘lagi satu, dia tu tunjuk baik depan dato je. Bila dato tak ada, mulalah tunjuk kuasa dia.’ Tambah Pak Mat lagi.
‘cik Laila pulak kenapa Pak Mat tak suka?’
‘cik Laila tu walaupun pendiam tapi bahaya orangnya. Dia marah diam-diam, lagi bahaya. Tapi, setakat ni, dia tak buat yang teruk-teruk lagi lah dengan Pak Mat dan Mak Min. Dengan ibunya kami pernah tengok.’ Beritahu Pak Mat bersungguh-sungguh.
‘apa yang dia buat dengan Datin Ifa?’ soal Marjan lagi.
Pak Mat jeling pintu mahu memastikan tiada yang mendengar.
‘hari tu, dia ada minta sesuatu dari datin. Datin tak mahu beri. Dia pergi rosakkan baju datin yang paling mahal. Apa lagi, mengamuklah datin. Tapi, dia tak boleh buat apa-apa. Laila tu menakutkan sikit. Tak tau apa dia akan buat lagi kalau dia marah. Masa tu, Lu'lu' dan dato ke luar Negara sekejap. Datin mengamuk dengan Pak Mat dan Mak Min lah. Marahkan anaknya, kami yang kena. Puan Maria tak macam tu, Lu'lu' dan Dato' Safwan pun baik dengan kami. Kami tak pernah dimarah.’
Oo, tragic juga kisah Laila ni. Nampak saja diam macam tu. Ish, bahaya betul.
‘Lu'lu', walaupun dia mulut dia lancang sikit sekarang ni, dia tak pernah lagi marah Mak Min dan Pak Mat. Cuma dia jadi tegas sedikit dengan kami.’ Tambah dato lagi.
Lancang sikit? Hmm, aku akan pertimbangkan perkataan ‘sikit’ tu.
Bersungguh betul Pak Mat bercerita. Sebelum ni bukan main lagi menyampah dengan aku. Itulah kuasa pemberian maaf. Hehe.
Mak Min menjengah keluar.
‘Marjan, mari makan.’ Panggil Mak Min. Pak Mat menepuk bahu Marjan perlahan.
‘hmm, pergilah makan.’
‘saya masuk dulu Pak Mat.’ Marjan meninggalkan Pak Mat di situ. Tiada sesiapa di meja makan. Laila mungkin sudah ke atas kerana yang tinggal di ruang tamu Cuma Dato' Safwan, Datin Ifa dan Dato' Mokhtar.
Marjan pandang tangga. Nak panggil ke tak?
‘Marjan, pergi panggil Lu'lu' turun makan.’ Arah Mak Min yang sibuk menghidang makanan untuk mereka pula.
Marjan angguk. Memanjat tangga satu persatu. Dia kaku di depan anak tangga terakhir sebaik sampai di atas.
Mana satu bilik dia? Alamak, lupa la pulak nak Tanya. Bagus Marjan. Mana satu ni?
Inilah pertama kali dia naik ke tingkat atas ini. Dia berlegar-legar di situ. Ada 5 pintu bilik dan di tengahnya ruang tamu kecil. Satu set sofa dan set tv tersusun di ruang tamu itu. Marjan tersandar di sofa.
Nak ketuk pintu mana ni? kalau salah naya je.
Tiba-tiba, satu pintu bilik terbuka. Marjan pantas menoleh. Lu'lu'.
Melihatkan Marjan di situ, Lu'lu' menutup kembali pintunya pantas. Hajat mahu menonton televisyen terbantut. Marjan menghampiri pintu bilik itu.
Mengetuk perlahan.
‘cik Lu'lu', jom makan.’
Tiada jawapan. Marjan mencuba lagi.
‘cik Lu'lu', dato panggil makan.’
‘kau pergilah makan! Kau sibuk dengan aku kenapa?’ jeritan Lu'lu' kedengaran. Marjan senyum sendiri.
‘cik Lu'lu', saya bukan kisah sangat dengan cik Lu'lu'. Mak Min yang suruh panggil cik Lu'lu' turun makan. Kalau ikutkan hati saya, baik saya makan sorang-sorang. Tak ada orang nak tengking dan jeling saya di meja makan.’ Selamba dia menjawab. Marjan menyandar di pintu bilik itu.
Tiada balasan.
‘cik Lu'lu', kalau kerana saya cik Lu'lu' tak nak makan, sia-sia saja cik Lu'lu'. Kenapa cik Lu'lu' nak seksa perut sendiri, badan sendiri kerana saya yang Cuma seorang driver ni? tak guna cik Lu'lu'. Kalau saya jadi cik Lu'lu', saya takkan buat kerja bodoh ni.’ Marjan menanti lagi.
Tiba-tiba, pintu terbuka kasar dari dalam.
Marjan terdorong ke belakang dan jatuh di atas punggungnya kuat.
Dia mendongak, melihat senyum sinis Lu'lu'.
‘padan muka mr driver yang banyak cakap!’ Lu'lu' beredar meninggalkan Marjan yang mengaduh dalam senyum.
wah best giler...
ReplyDeletei'm the 1 comment this...
hikhik..
tq sesangat...best citer ni...
ReplyDeletegile kerek pnye lulu..gua suke beb dgn dy n marjan ue...msti sweet pnye lah!!!
ReplyDeletee'eh...cter ni kalo bg tajuk mr. driver pon best gak... hehe~ :p
ReplyDeletexsabar nk tau name btol marjan.. mst sdp kn???