Lu'lu' memeluk tubuhnya, masih merenung Marjan tajam. Menanti jawapannya. Syaza menarik tangan Marjan supaya Marjan menghadapnya.
Dituding jari telunjuknya ke arah Lu'lu'.
"kenapa perempuan garang ni ada kat sini?" soal Syaza tanpa bertapis-tapis lagi.
Marjan bertambah kelu. Pandangan Lu'lu' mencerlung, bertambah tajam seolah-olah bias menempusi kepala Marjan.
Pekerja kaunter yang masih menanti jawapan Marjan menjadi bingung melihatkan apa yang sedang berlaku di hadapannya. Perlukah dia mencelah? Dia perlukan jawapan secepat mungkin. Pembayaran perlu dibuat.
"encik, saya minta maaf jika saya mengganggu perbualan encik tapi saya perlu menguruskan bayaran bilik encik." Celah penjaga kaunter.
Lu'lu' mengangkat kening, melangkah perlahan mendekati Lu'lu' dan Syaza yang merengus kecil, tanda menyampah dan tidak suka dengan kehadiran Lu'lu' di situ.
Marjan gigit bibir.
"oh, awak nak ambil bilik ya?" soal Lu'lu' bersama senyum nipis, senyum sinis.
Syaza bertambah geram apabila Marjan kaku di situ, tidak terkata apa-apa.
"hei perempuan, kau sibuk kenapa? dia nak tidur bilik ke, nak tidur di kaki lima ke, kau sibuk kenapa?" tempelak Syaza.
Senyum Lu'lu' bertambah lebar. Dia berpusing mengelilingi Marjan dan Syaza, membuat Syaza bertambah berang.
"kau ni kenapa hah?" marah Syaza lagi.
Penjaga kaunter sudah menggeleng, akhirnya berhajat untuk membiarkan ‘urusan’ mereka diselesaikan dulu.
Lu'lu' berhenti di hadapan Marjan, memaksa Marjan menentang matanya.
"Marjan, kenapa awak tak cakap dengan perempuan gila ni yang kita datang bersama-sama?" tenang bicara Lu'lu', namun Marjan lebih tahu niatnya.
Syaza membesarkan matanya.
"hei, perempuan gila! Marjan nak datang dengan kau? Ke, kau dah kebulur sangat tengok lelaki, hah?" sinis nada Syaza di hujung ayatnya membuatkan senyuman Lu'lu' hilang.
"kebulur? Hei! Cakap tu berlapik sikit!" balas Lu'lu' geram ke wajah Syaza. Syaza berpaling senang.
Lu'lu' kemudiannya beralih pada Marjan semula.
"kau ingat aku kebulur sangat dengan dia ni, ha?" soal Lu'lu'.
Marjan menunduk seketika. pening dengan kerenah dua wanita di hadapannya.
Lu'lu' menoleh ke Syaza kembali, dengan wajah yang sengaja dimaniskan.
"dia datang dengan aku, sebab dia, DRIVER aku! Takkan, tu pun kau tak tau, Syaza??"
Bulat mata Syaza, tidak percaya dengan kata-kata Lu'lu'. Dicapai tangan Marjan, matanya pada Lu'lu' yang tersenyum puas.
"Marjan, betul ke awak datang dengan dia? Awak, driver dia? Betul ke?" soal Syaza separuh merengek tanpa menanti lagi.
Marjan telan liur. Ditarik nafas dalam. Mungkin ini saja caranya untuk menjauhkan Syaza dari hidupnya.
Marjan menentang pandangan Syaza lama.
"maafkan saya, betul, saya, pemandu dia." Ujar Marjan, berterus-terang.
Syaza terdiam, tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dilepaskan tangan Marjan begitu sahaja.
Terus dia berlari meninggalkan Lu'lu' yang tersenyum puas dan Marjan yang mengeluh kesal.
Untuk seketika, mereka Cuma berdiri di depan kaunter itu tanpa sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing.
Lu'lu' berpaling, kembali merenung Marjan tajam. Tanpa sepatah kata, dia menuju ke arah tangga, mahu naik ke biliknya. Marjan mengejar. Dia perlu menamatkan semuanya dengan keluarga ini, dengan Lu'lu', sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Dia sudah mengambil keputusan, dia akan berhenti kerja sebaik mereka pulang ke KL dari percutian ini.
"cik Lu'lu'!" panggil Marjan agak kuat sedikit. Langkah Lu'lu' mati namun dia tidak berpaling.
Marjan turut berhenti melangkah. Menarik nafas dalam.
"I want to quit." Ujarnya ringkas.
Tiada respons untuk seketika.
Lu'lu' menggigit bibir.
"so? Do I look as if I care?" balas Lu'lu', tanpa menoleh langsung. Apabila Marjan tidak bersuara membalas kata-katanya, Lu'lu' meneruskan langkahnya bersama hati yang galau.
I do care! I care!
Namun haluan mereka tetap berbeza. Marjan mengundur sepatah sebelum berpusing untuk pulang ke khemahnya. Dan Lu'lu' terus ke tangga, naik ke biliknya.
Mira memanjangkan lehernya, mencari-cari wajah Lu'lu' namun tiada. Bukan Lu'lu' sahaja, Marjan juga tiada, tidak kelihatan di mana-mana. Hampir setengah Jam majlis bermula, Fahim tiba dengan wajah yang agak kelat. Mira menghampiri Fahim, dengan harapan dia akan tahu di mana Lu'lu'.
"Fahim, where’s Lu'lu'?" soal Mira tanpa menunggu lagi.
Fahim berkerut dahi.
"I don’t know. Dia tak cakap nak datang dengan I pun. So, I come alone." Fahim menjelaskan.
Mencerlung mata Mira melihat Fahim.
"bukan kau dah berbaik dengan dia ke?" soal Mira lagi tidak puas hati.
Fahim menunduk seketika sebelum menggeleng.
"entahlah Mira, I don’t know what’s wrong with her. Tadi, she kept crying sampai aku dah tak tau nak buat apa. I just, sat there and watched her crying. Lepas tu, dia bangun, she said sorry, she can’t be with me anymore. And then, she left. Just like that." Ujar Fahim perlahan, ada nada kesal di situ.
Bulat mata Mira mendengar kata-kata Fahim.
"kau tak halang dia?"
Fahim tidak menjawab, namun diamnya jelas memberi jawapannya iaitu tidak.
Mira menggeleng.
"kau jangan anggap dia pelik. Because you made her into that kind of person! And Fahim, I’m not siding with you anymore. And I really hope she will get someone who will be with her in good and bad times, not like you." Ujar Mira tegas seraya berlalu meninggalkan Fahim yang kesal.
Kesal dengan perbuatannya yang lalu.
Marjan mengerjakan solat maghrib beralaskan tikar budak lelaki yang membantunya menaikkan khemah. Silapnya, dia tidak membawa sehelai pun kain pelekat untuk bersolat. Sekurang-kurangnya, jika ada kain pelekat, boleh dijadikan alas untuk bersolat.
Usai solat, dia termenung di muka pintu khemahnya. Menimbangkan kewajaran untuk dia pergi ke majlis barbeku yang diadakan Mira dan rakannya.
Lama dia bermenung di situ sebelum lamunannya terganggu dek bunyi nyaring telefon bimbitnya. Diseluk poket dan handphonenya dikeluarkan.
Nombor tak dikenali. Marjan mengeluh. Lagi sekali. Takkan Syaza lagi kot? Dah tau aku driver pun nak kacau ke? Ke dia dah tau aku siapa?
Tadi, pulang ke khemah selepas pertembungan Lu'lu' dan Syaza, Marjan terus mengerjakan solat asar dan dia tertidur lena usai solat. Jiwa dan raganya penat walau dia tahu tidur selepas asar mewarisi kegilaan. Lagi pula, dia tidak tahu apa lagi yang boleh dibuatnya di sini.
Telefonnya masih berbunyi nyaring. Nombor Syaza sudah disimpan. Jadi, nombor siapa ni?
Punat ditekan.
"helo," yakin suara Marjan.
"hai Marjan, Mira ni."
Marjan menghela nafas lega.
"oh, Mira, hmm, kenapa?" lemah Marjan menjawab. Dia tahu kenapa Mira menelefonnya. Tujuan yang sama Mira meminta nombornya tadi. Mahu dia datang ke majlis mereka malam ini.
"Marjan, awak tak nak datang ke?" soal Mira tenang. Tiada nada mendesak.
Marjan senyum kelat, walau dia tahu Mira takkan dapat melihat wajahnya.
"entahlah Mira, saya.."
"Marjan, datanglah. We are all waiting for you." Ajak Mira bersungguh-sungguh.
Marjan senyum lagi. Semua menanti dia? Siapa dia untuk dinanti?
"lagi satu, awak nak datang, panggilkan Lu'lu' ya. Lu'lu' belum turun lagi." Beritahu Mira, membuatkan Marjan membetulkan duduk. Hairan dengan berita yang didengarinya.
"Lu'lu', belum turun?" soal Marjan hairan.
"hmm, belum lagi."
"Fahim?"
"dah, Fahim tak turun dengan dia. Well, looks like things are not going so well between them." Cerita Mira lebih lanjut tanpa ditanya.
Marjan mengeluh perlahan. Salah aku ke?
"awak datang ya? And cari Lu'lu' sekali. Ok? Saya tunggu you all. Bye."
"bye."
Talian mati.
Marjan termenung sekejap. Lu'lu' tak baik lagi dengan Fahim. Mungkin aku tak ada tokoh nak jadi matchmaker. Hmm, ke mana dia? Tertidur ke?
Marjan bingkas juga. Destinasi pertama ialah bilik Lu'lu'.
Walaupun dia mahu berhenti, sekarang, Lu'lu' tetap tanggungjawabnya selagi dato tidak melepaskannya secara rasmi.
Marjan melangkah longlai, dan sedar tak sedar, dia sudah terpacak di depan bilik Lu'lu'.
Senyap sunyi keadaan sekeliling. Kebanyakan penghuni hotel keluar makan malam sekarang. Bilik Lu'lu' gelap memandangkan tiada biasan cahaya dari bawah pintu.
Marjan menghela nafas dalam.
Tok! Tok! Tok!
"cik Lu'lu'..." panggil Marjan agak kuat. Tiada jawapan dari dalam.
Marjan mengetul lagi. Kali ini, sedikit kuat dari yang tadi.
"assalamualaikum, cik Lu'lu'!" panggil Marjan, juga lebih kuat dari tadi.
Marjan mencuba lagi untuk kali ketiga, diketuk dan diberi salam, tetap tiada balasan.
Marjan memusingkan badannya, membelakangkan pintu bilik. Matanya meliar ke kawasan hotel di bawah, jika Lu'lu' akan muncul seperti pagi tadi. Namun hampa. Kelibat Lu'lu' tidak kelihatan.
Tiba-tiba, bunyi riuh dari arah tangga mengganggu konsentrasi Marjan yang ligat berfikir. Dia berpaling sekilas.
Wajahnya resah. Bimbang ada yang tidak kena berlaku.
Rupa-rupanya, bunyi riuh itu datang dari sebuah keluarga yang meyewa bilik di sebelah bilik Lu'lu'.
Marjan menoleh sekilas, mengukir senyum kepada seorang lelaki yang mendukung seorang kanak-kanak berusia mungkin setahun, barangkali anaknya. 3 orang budak lelaki berebut-rebut mahu memasuki bilik, dan kedengaran suara ibu mereka menegur kenakalan mereka.
Marjan memandang ke hadapan kembali.
Pergi mana pulak dia ni? nombor pun tak sempat ambil. Ish, susah ni.
"encik tunggu siapa?" tegur lelaki tadi. Anaknya sudah tiada bersamanya. Mungkin dia hairan melihat Marjan di situ, dengan wajah kelat.
Marjan senyum nipis, tanda hormat. Mereka berjabat tangan.
"saya tunggu kawan yang duduk di bilik ni." beritahu Marjan.
Melopong mulut lelaki itu.
"oh, perempuan yang rambut ikal tu, muka bujur, cerah-cerah orangnya?" amboi, detail sungguh!
Marjan angguk pantas.
"ya bang. Abang tahu dia pergi mana?"
"tadi, masa saya dan family saya keluar makan dalam 5.30 tadi, dia keluar sekali. Bawa beg baju semua. Kalau nak ikutkan saya, saya rasa dia dah check out la encik."
Giliran Marjan melopong. What?!!
"eh, ye ke? La, dia tak cakap dengan saya pulak. Err, terima kasih ya bang. Saya pergi dulu." Marjan meminta diri seraya berjabat sekali lagi dengan lelaki itu.
Debaran di dada bertambah hebat. Lu'lu'! ke mana kau?
No comments:
Post a Comment