Sementara itu, di KL, Datin Ifa dan Dato' Mokhtar kelihatan sedang berbincang serius di dalam bilik pejabat Dato' Mokhtar.
Datin Ifa merenung wajah abangnya tajam, wajahnya tidak puas hati.
"bang, bila nak jalankan next plan? Ifa dan bosan jadi patung bernyawa kat rumah tu tau! Dengan Lu'lu' lagi, hi, sakit hati ni tau tak?" Datin Ifa menekan dadanya kasar berkali-kali.
Dato' Mokhtar melirik Datin Ifa tajam.
"kau ingat kerja ni senang ke? Kita perlu teliti betul-betul supaya tak ada orang mengesyaki kita. Kau tau nak cepat je." Dato' Mokhtar menegur kasar.
Datin Ifa berpaling, merengus kasar.
"sabar apa lagi? Dah 4 tahun dah kami kahwin! Apa lagi yang abang nak tunggu? Hantar je si Safwan tu ke ‘tempat’ isterinya! Habis cerita!" protes Datin Ifa.
Dato' Mokhtar menarik nafas dalam.
"hei, kau ingat Safwan tu bodoh ke? Kan abang dah cakap, selagi semua harta tak bertukar ke nama kau lagi, tak ada apa yang boleh kau buat. Setakat ni, semua harta masih pada nama Lu'lu'. Harta yang menjadi hak kau Cuma sepertiga saja mengikut hukum faraid tau. Sepertiga tu pula harta sepencarian. Kau baru kahwin dengan dia, yang menjadi hak kau sikit sangat Ifa berbanding dengan harta Safwan dalam dan luar Negara. Semuanya masih di atas nama Lu'lu'. Berapa kali kau nak aku ulang benda ni? jangan kerana ketidaksabaran kau, semua plan kita musnah, tau?" keras suara Dato' Mokhtar mengingatkan.
"kalau Safwan mati sekarang, tak ada apa yang tinggal. Tak pasal-pasal kita kena kuburkan Lu'lu' sekali untuk dapatkan harta tu nanti." Tambah Dato' Mokhtar lagi.
Datin Ifa merengus lagi. Dia sudah menjadi tamak, tamak dengan masa dan harta suaminya. Suami yang dikahwininya semata-mata kerana harta.
Dato' Mokhtar menarik nafas dalam, menenangkan dirinya. Dilirik wajah adiknya yang mencuka.
"Laila macam mana sekarang?"
Datin Ifa merengus lagi.
"macam tu lah. Diam je. Memberontak kadang-kadang." Ujar Datin Ifa, memaklumkan. Dato' Mokhtar mengangguk perlahan. Jarinya diletakkan ke mulutnya, bermain dengan bibir sendiri. Berfikir dalam.
"jaga dia betul-betul. Jangan sampai dia tahu tentang semua ni. walaupun dia anak kau, tapi aku tak percayakan dia." Pesan Dato' Mokhtar.
Datin Ifa mengeluh kecil.
"saya tau lah bang." Jawab Datin Ifa, berbasa basi.
Datin Ifa bingkas. Tidak mahu menunggu lagi. Tujuannya bertemu Dato' Mokhtar empat mata sudah tertunai.
"saya balik dulu." Datin Ifa terus ke pintu, menguak pintu lalu keluar tanpa menanti balasan abangnya.
Dato' Mokhtar menyandar di kerusinya. Mengeluh panjang, meneliti semua yang telah dirancangkan selama ini. Rancangan yang diaturkan hampir 6 tahun dulu. Satu jangka masa yang lama. Kerana itu dia tahu, dia takkan boleh berpatah balik. Segalanya perlu dilaksanakan sebaik mungkin biar itu bererti ada nyawa yang perlu dikorbankan.
**********
"ok, guys, pemenang kita this time is group 1!" pengumuman Mira disambut dengan sorakan yang lain.
Marjan turut bertepuk kuat. Gembira dengan kemenangan itu. Lu'lu' sekadar menepuk perlahan, sekali dua tepukan sahaja sebelum dia kembali memeluk lututnya.
"guys, take five ok? We will start the next game in just a moment, ok?" Mira memberi arahan seterusnya. Mira kemudiannya memanggil beberapa orang lain menghampirinya, berbincang tentang permainan seterusnya.
Marjan melunjurkan kakinya. Meletakkan kedua tangannya di atas pasir, menyandar senang. Dikerling Lu'lu' di sisinya yang mencuka.
Marjan menoleh ke sisi lain. Din sedang bersembang galak dengan yang lain. Tidak pula dia perasankan Fahim.
Marjan berpaling ke Lu'lu' kembali.
"kata tak nak turun? Takut saya beritahu Fahim ke?" Marjan bersuara perlahan, cukup perlahan untuk didengari telinga Lu'lu' sahaja.
Lu'lu' menoleh pantas, menggigit bibir.
"awak diam boleh tak?"
Marjan senyum nipis mendengar bicara kasar itu. Namun, Lu'lu' juga menjaga nada suaranya. Tidak mahu didengari yang lain, terutamanya Fahim.
"jangan risau cik Lu'lu'. Sejahat-jahat saya, saya takkan sakitkan hati cik Lu'lu' menggunakan orang lain. Saya takkan khianati cik Lu'lu'." Tenang Marjan berbicara.
Lu'lu' terdiam. Bermain dengan pasir di kaki. Melawan rasa hati.
"saya bosan kat atas." Tanpa Lu'lu' sedari, dia menjawab soalan Marjan. Selama ini, sedaya upaya dia akan mengelak dari menjawab soalan Marjan.
Marjan menoleh. Melirik Lu'lu' yang menekur pasir, merenung jari yang bermain pasir.
"bosan?" Marjan ketawa kecil. Dia memandang hadapan semula.
"itulah saya cakap. Orang datang sini nak enjoy. Kalau tak saya takkan buat cik Lu'lu' datang. Tapi baguslah cik Lu'lu' turun. At least, tak buang masa saya kat sini." Marjan menarik tangannya ke sisi, menarik rapat kakinya ke badan, bersila pula.
Lu'lu' menoleh, berkerut dahinya.
"buang masa awak?"
Marjan angguk.
"yelah, saya tak ada kepentingan di sini, I’m here for you only. Kalau cik Lu'lu' nak memerap dalam bilik je, sia-sialah saya datang jauh nak tunggu luar bilik cik Lu'lu' je, betul tak?"
Lu'lu' terdiam, geram pula mendengar kata-kata Marjan yang seakan memerlinya itu.
"buang masa awak kata? Siapa yang beriya nak datang sini? awak kan? Saya tak ingin nak datang!" marah Lu'lu', masih dalam nada suara yang terkawal.
Dia menekur pasir kembali. Menyampah pula menjadi penonton setia senyum sinis Marjan.
"cik Lu'lu', I’m helping you right now. If you are not enjoying your time here, it will surely be a waste. Buang duit, buang masa, penat dapat. Sebab tu..." bicara Marjan terhenti apabila bunyi nyaring bergema di udara. Marjan pandang Lu'lu' yang tidak kelihatan terganggu langsung dengan bunyi itu.
"telefon awak ke?" soal Marjan.
Lu'lu' kerut dahi.
"gila apa handphone saya pakai monotone lagi? Entah siapa punya handphone cabuk." Sempat Lu'lu' mengutuk.
Marjan toleh ke arah Din yang turut memandangnya atas bawah. Pelik.
"handphone siapa tu?" soal Marjan pada din.
Din kerut dahi, sengih pelik.
"bukan bunyi tu datang dari kau ke?" Marjan melopong.
"aku? Takkanlah handphone aku.." tiba-tiba Marjan teringatkan sesuatu. Dia menepuk dahi, meraba poket seluar kiri yang terasa tersembul.
Handphone aku! Aduh! Macam mana boleh lupa pulak?
Marjan bingkas meninggalkan Din yang sudah ketawa lucu melihat telatahnya. Lu'lu' Cuma melihat dengan ekor mata Marjan berjalan ke belakang sedikit. Namun dia tidak menoleh.
Marjan mengeluarkan handphonenya dari poketnya. Nombor yang tak dikenali. Ish. Siapa pulak yang mengganggu masa cuti aku ni?
Marjan menekan punat tengah.
"hello?"
"hello, Marjan ya?"
Marjan kerut dahi. Suara macam pernah dengar tapi siapa?
"ya saya, siapa ni?"
"amboi, baru je jumpa berapa hari dah lupa. Ni I la, Syaza." Jatuh rahang Marjan mendengar nama itu.
Menepuk dahi. Habis aku!
"oh ya, cik Syaza, ada apa ya?"
"sh, telefon pun tak boleh ke? Lagi satu, kenapa you ni formal sangat? Syaza je dah la." Manja suara itu menegur.
Ya tak ya jugak. Dah terbiasa bercik-cik dengan Lu'lu' dan Laila.
Marjan sengih, garu kepala.
"ya Syaza, ada apa awak telefon saya?" dikerling teman yang lain. Mira dan beberapa orang yang dipanggilnya tadi sudah turun berhampiran pantai.
Lu'lu'? masih bermenung.
"you free tak? I bosan la, nak ajak you keluar."
Marjan senyum tawar. Dia mula dah.
"err, sorry Syaza, saya kat PD lah sekarang." Selamat aku betul-betul kat PD. Tak payah bohong.
"what? PD? Kenapa tak beritahu I awal-awal? Boleh I come along."
Marjan senyum kelat. Tak payah, tanpa kau pun, masalah aku dah cukup banyak.
"err, saya tak plan pun. Ada hal tiba-tiba." Dalih Marjan.
"hmm, kalau macam tu, you tunggu I, petang nanti I sampai. Sekarang jugak I siap."
What? No way! Gila apa dia ni!
"eh, Syaza, kenapa you nak datang? Tak apa, tak apa, I ok je."
"Marjan, apa salahnya I datang? Boleh kita enjoy sama-sama. I pun dah lama tak pergi PD. You tunggu je, I bersiap sekarang jugak. Tunggu tau!"
Talian mati tanpa menanti balasan Marjan.
Marjan menurunkan tangannya lemah. Habis. Bala datang lagi!
Dia melangkah longlai menuju ke arah teman-teman yang lain.
Mengambil tempatnya kembali.
Lu'lu' mengerling Marjan penuh curiga. Dari perbualan Marjan yang didengarinya secara tidak sengaja sebentar tadi, gayanya seperti yang menelefonnya ialah seorang perempuan.
Tapi muka layu je? Ai, girlfriend telefon pun sedih? Tapi, betul ke tu girlfriend dia?
Lu'lu' mengangkat muka. Masih memeluk lutut.
"telefon sendiri yang bunyi pun tak perasan. Apa lah." Kritik Lu'lu' bersahaja.
Marjan mengerling Lu'lu' malas.
"dah memang bukan handphone saya nak buat macam mana?" jawabnya tanpa dia sedar.
Lu'lu' mengerutkan dahi.
"habis, handphone siapa? Handphone curi?" telah Lu'lu'.
Marjan terdiam, menoleh ke Lu'lu', keliru.
"apa saya cakap tadi? Bukan handphone saya? Eh, tak lah, memang handphone saya, Cuma tak biasa lagi pakai handphone." Dalih Marjan.
Melepaskan nafas lega bila Lu'lu' tidak lagi bertanya.
Mira sudah kembali bersama beberapa orang yang bersamanya tadi. Yang lain mengambil tempat sementara Mira berdiri di tengah seperti tadi.
"ok guys. Our next game is mencari siput di dalam pasir. With one condition, you have to use your face only, not your hand, macam mencari benda dalam tepung. Ok? The first person who gets the shell is the winner."
Sorakan bergema kembali. Perhatian Marjan teralih seketika. lupa sebentar dia pada kebimbangannya.
"so, now, kita semua kena turun ke pantai, di tempat where we have buried the shells for each group. Since this is a very tricky game, each group has to vote to choose one person to dig the shells out, ok?" sambung Mira lagi.
"ok!" jawab yang lain.
"so, now, let’s go down there." Ajak Mira. Semua mengangkat punggung, mengikut langkah Mira ke suatu tapak yang jelas digali. Ada 4 lubang semuanya, satu untuk setiap kumpulan. Mujurnya pasir di situ kering. Jadi tidak terlalu sukar untuk menggali dengan dagu sekalipun.
Mira berdiri di tengah, dikelilingi yang lain.
"ok, now, I will let you take about 3 minutes to vote." Arah Mira.
Setiap kumpulan membentuk bulatan kecil.
"ok, kita buat lat-talilat, nak?" cadang Din. Marjan angguk, yang lain juga mengangguk kecuali Fahim dan Lu'lu' yang jelas tidak berminat namun tiada bantahan.
"ok, lat-talilat laili tamplum!" semua tapak tangan dikeluarkan ke tengah, dan tangan yang ganjil ialah tangan Lu'lu'.
Yang lain sudah tersenyum melihat wajah tidak puas hati Lu'lu'.
"lagi sekalilah! Saya terlambat tadi.’ Protes Lu'lu'. Dia tidak sanggup mengorek pasir itupun dengan mulut! Yuks!
Marjan kerut dahi.
"tak bolehlah, tadi dah ok semua." Marjan membantah. Yang lain jungkit bahu, malas mahu masuk campur hal ‘laki bini’. Fahim memerhati dalam diam.
Lu'lu' merengus tidak puas hati.
Marjan sengih senang. Haha. Kena engkau!
Lu'lu' memeluk tubuh. Geram. Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu.
Lu'lu' menarik Marjan agak jauh dari yang lain.
"apa hal ni?" soal Marjan hairan.
"awak ganti saya, saya akan bagi ganjaran." Cadang Lu'lu'.
Marjan cekak pinggang, kerut dahi.
"apa ganjarannya? Ferrari?" tak payahlah, Lamborghini aku pun tak terpakai.
Lu'lu' jeling tajam.
"banyak kau punya Ferrari. Aku benarkan kau tempah bilik malam ni."
Marjan terdiam. Biarpun bukan Ferrari, dalam situasi sekarang, sebuah katil dan bantal empuk lebih berharga dari sebuah istana!
"ok!" laju Marjan menjawab. Lu'lu' senyum senang.
"tapi lagi satu syarat, mesti menang, ok?"
Marjan terdiam. Menekur pasir. Hmm, boleh kot aku pecah tradisi keluarga aku telan pasir hari ni kerana sebuah bilik dan katil empuk?
"ok! Set."
Lu'lu' angguk. Marjan resah.
"ok, get set, go!" wisel ditiup!
Marjan yang sudah bertinggung bersama 3 yang lain membenamkan dagunya ke dalam pasir, mengorek pantas. Aku nak katil malam ni!
Tidak dipedulikan kematu kulit mukanya, gatal yang mula menjalar. Dia terus menggali sehingga ada pasir yang terlepas ke dalam mulutnya. Pantas disembur keluar. Menggali lagi.
Lu'lu' memerhati senang. Dia tersenyum riang. Lucu juga melihat gelagat Marjan yang beriya menggali. Habis berpasir seluruh wajahnya.
Tiga yang lain, semuanya perempuan. Penggeli pula. Lambat-lambat mereka menggali.
Marjan terus menggali sehingga dagunya terasa sesuatu. Sesuatu yang keras dan berwarna Putih. Marjan menggigit bahagian yang sudah kelihatan itu, menarik keluar cengkerang siput.
"yeah! We have already got our winner! The first group! Marjan!" umum Mira. Seluruh ahli kumpulannya mendapatkan Marjan yang agak comot dengan pasir di muka. Fahim menepuk tangan perlahan. Lu'lu' memeluk tubuh.
Marjan mencari-cari wajah Lu'lu'. Pandangan mereka bertentangan. Diangkat siput di tangan tinggi. Wajah comot Marjan dan aksinya benar-benar mencuit hati Lu'lu'.
Lu'lu' tersenyum lebar, sehingga menampakkan baris giginya yang Putih. Untuk seketika, Marjan terkesima melihat senyuman itu. Yang pertama untuknya, ikhlas dan tulus. Marjan turut tersenyum lebar. Akhirnya, dia ketawa juga.
COMEI NYERRRRR.....
ReplyDelete