About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, August 22, 2009

Anaknya, Anakku Jua 31

“abang Irfan! Bila abang sampai?” Fazil sudah berdiri mendapatkan Irfan. Nisa' masih di duduknya, tidak berganjak.

Pisang goreng di tangan direnung. Entah kenapa, sejak beberapa hari ini, perasaannya tidak tenteram. Apatah lagi bila Irfan berdekatan.

Irfan dan Fazil beriringan ke pangkin.

“baru je. Abang call kak Nisa' dia tak angkat.” Beritahu Irfan kepada Fazil, namun ianya lebih kepada soalan pada Nisa'. Kenapa tak angkat telefon?

Fazil berpaling pada Nisa'.

“ye ke kak Nisa'? kenapa akak tak angkat?” soal Fazil kehairanan.

Nisa' tergamam.

“ah, err,” Nisa' menggaru kepala yang tidak gatal.

Irfan mengambil tempat di hadapan Nisa', sementara Fazil di antara mereka.

“makan bang.” Pelawa Fazil.

Irfan angguk saja. Matanya masih tidak lepas dari Nisa'. Nisa' masih menunduk. Pisang goreng direnung, bukan digigit dan dimakan.

“alamak!” tiba-tiba Fazil menepuk dahi.

“kenapa Zil?” soal Nisa' hairan.

Fazil tersengih-sengih sendiri.

“nak ambil cawan lagi. Untuk abang Irfan. Kejap, Zil naik kejap.” Fazil terus turun dari pangkin dan berlari ke tangga naik ke atas.

Nisa' bertambah tak keruan. Dia menunduk kembali.

“kenapa tenung je pisang tu? Makanla.” Tegur Irfan.

Nisa' tersentak.

“hah, oh, haah.” Digigit sedikit. Jelas seleranya sudah terbang. Soalan-soalan Fazil kembali bermain di fikiran. Kenapa aku nak kahwin dengan Irfan?

“kenapa tak angkat call?” soal Irfan.

Nisa' mengangkat muka, bertentang mata dengan Irfan yang jelas menanti jawapan.

“err, handphone dalam bilik. Saya kat dapur tadi.” Nisa' beralasan.

“kenapa tak call balik?” soal Irfan lagi.

Nisa' menunduk kembali.

Tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan.

“awak marah ke?” Irfan masih tidak berputus asa.

“hah? Marah? kenapa saya nak marah?” mata mereka bertentangan lagi namun pantas Nisa' melarikan matanya.

Irfan tersenyum. Nisa' sudah berubah. Semakin pemalu orangnya. Kenapa ya? Yang jelas, dia suka melihat Nisa' begini.

“tak ada apa-apa.” Jawab Irfan. Dicapai sekeping pisang goreng dan digigitnya.

“kenapa awak datang?” giliran Nisa' pula menyoal.

Irfan mengunyah tenang. Pandangannya terarah ke halaman rumah.

“sebab risaukan orang tu.” Jawab Irfan tanpa memandang Nisa'.

“ha?”

“tak ada apa-apa. Rindukan Hana.” Kali ini, Irfan berpaling ke arah Nisa' dan suaranya lebih jelas.

Nisa' angguk.

“oh.” Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.

Irfan tersenyum nipis melihat reaksi Nisa'.

“kenapa? saya tak boleh datang ke?”

Pantas Nisa' mengangkat tangan, dihayun ke kanan kiri.

“eh, tak, tak, saja Tanya.” Alamak. Kenapa gelabah semacam je aku ni? Nisa'! be strong!

Irfan mengunyah lagi.

“Hana mana?” Irfan bertanya lagi.

Nisa' mengarahkan matanya ke atas.

“atas. Tidur lagi. Dengan Mala.”

Irfan mengangguk.

Mana Fazil ni? lama pulak ambil cawan saja pun. Nisa' menggigit lagi pisang goreng di tangan. Hujung-hujung sahaja.

Sepi. Cuma kedengaran bunyi mulut Irfan mengunyah.

“saya nak ke Sabah.” Tiba-tiba suara Irfan memecah hening.

Kunyahan Nisa' hampir terhenti.

“ya? Bila?” dikuatkan suaranya supaya tidak menzahirkan bicara hati.

“petang ni.”

“oh.”

“oh je?”

“habis?”

Irfan tersenyum nipis. Sedar dia mengharap lebih dari yang layak diberi padanya.

“sebab tu awak datang? Awak baru plan nak pergi ke?”

“tak, dah lama.”

Dah lama? Tak pernah pun dengar pasal plan ni.

“ye ke? Oh.”

“awak ok ke?”

“ok, kenapa?”

“pisang awak tak habis-habis lagi dari tadi. Awak makan ke tak?”

Nisa' memandang pisangnya sepi.

“tak, tak lapar.”

“tak lapar? Awak cukup tidur tak?”

“cukup. Kenapa?”

“macam tak bermaya je.”

“tak, saya ok.”

“penat semalam?”

“hmm.”

“tu belum lagi kenduri betul. Jadi pengantin pun penat tau. Saya nak awak dapatkan rehat secukupnya. Ok?”

“hmm.”

Irfan terdiam sekejap. Perubahan wajah Nisa' mengganggu perasaannya. Kenapa?

Deringan telefon bimbit Nisa' membuatkan mereka tersentak. Kebetulan telefon itu berhampiran dengan Irfan. Sebelum sempat Nisa' mencapainya, Irfan sempat menjeling nama yang tertera.

Melihat nama pemanggil, Nisa' pantas turun dari pangkin.

“awak tak nak naik ke?” ajak Nisa'.

Irfan geleng.

“tak apa, awak jawab call tu. Saya tunggu Fazil kat sini.”

Nisa' kelihatan serba salah.

“kalau macam tu, saya naik dulu.” Nisa' berlari anak naik ke atas membuatkan Irfan bertambah hairan.

Tak lama menunggu, Fazil turun.

“la, mana kak Nisa'?” soal Fazil melihat Irfan keseorangan di situ.

Irfan jungkit bahu.

“atas. Jawab call.”

“oo.” Fazil mengambil tempat kembali dan cawan Irfan diletakkan di dalam talam. Dituang air teh ke dalam cawan itu.

“bang Irfan, minum.”

“ok, thanks.” Irfan mencapai cawannya dan dibawa ke mulut. Diteguk seteguk dua.

“Zil, abang nak Tanya sikit.”

Fazil yang sedang enak mengunyah pisang goreng menentang mata Irfan.

“apa dia bang?” hampir tak kedengaran suara Fazil kerana mulutnya penuh.

“Makcik Kamariah, siapa?”

Fazil berfikir sejenak sebelum tersenyum lebar.

“oh, yang tu. Makcik Kamariah tu, mak abang Daniel.”

Irfan terangguk-angguk sendiri.

“kenapa bang?”

Irfan menggeleng.

“tak ada apa-apa.”

“mana abang dengar nama tu?” Tanya Fazil hairan.

“err, kak Nisa' tersebut tadi.” Bohong Irfan.

Yang jelas, dia sendiri tertanya-tanya. Mengapa Nisa' berlari ke atas demi menjawab panggilan Makcik Kamariah? Mungkinkah, mereka berbicara tentang Daniel?

Tapi, Nisa' tak ada pula sebut pasal Daniel. Kenapa ya? Irfan menelan liur.

“bang,”

“hmm,” Irfan menoleh ke Fazil.

“Zil nak Tanya sikit, boleh?”

Berkerut dahi Irfan.

“Tanya apa?”

Fazil tersengih-sengih.

“pasal kak Nisa'.”

Irfan turut tersenyum hairan.

“kak Nisa'? kenapa dengan dia?”

Fazil meneguk airnya seteguk dua.

“abang suka apa dengan kak Nisa' tu?”

“hah?” Irfan ketawa kecil.

Fazil turut tersengih.

“tadi, Zil dah Tanya kak Nisa', apa yang dia suka dengan abang.”

Hmm, menarik!

“apa kak Nisa' jawab?”

Senyuman Fazil pudar. Sebaliknya, raut wajah hairan dipamerkan.

“dia jawab entah. Teruk kan kak Nisa' tu?” rungut Fazil sambil menggigit sekeping lagi pisang goreng.

Irfan ketawa lagi. Entah?

“tu je yang dia jawab?”

Fazil angguk bersungguh.

“haah bang. Betul.”

Ketawa Irfan masih bersisa. Mana mungkin Nisa' dapat menjawab soalan itu. Nisa' tak pernah sukakan Irfan, suka yang sebetulnya. Mereka di sini Cuma untuk satu tujuan, Hana. Namun lain pula bagi Irfan.

“so, sekarang, Zil nak tau la kenapa abang suka kat Nisa'?”

Fazil sengih lagi.

“haah. Rahsia kita bang. Zil tak beritahu orang lain. Sumpah!” Fazil mengangkat tangan, memberi ikrar.

Irfan tersenyum lagi. Ditarik nafas dalam.

“abang suka dia, sebab dia ialah dia. Masa abang tengok dia first time, abang dah tertarik. Bila abang tau dia jaga Hana sedangkan dia sendiri masih belum berkahwin, abang bertambah kagum. Dia, tabah. Kuat semangat. Walaupun, kadang-kadang dia macam, kelam-kabut sikit. Tapi itu daya penarik dia. Abang tak pernah dengar dia merungut tentang Hana. Sebaliknya, dia sanggup korbankan hidup dia, semata-mata kerana Hana. Itu yang membuatkan abang tertarik dengan kak Nisa'.”

“wah! Best betul la abang ni! beruntung kak Nisa' dapat bakal suami macam abang!” Fazil siap bertepuk tangan.

Irfan menunduk seraya tersenyum.

“sebab tu ke abang datang sini? abang rindu dia kan?” usik Fazil.

Irfan tidak menjawab sebaliknya dia membalas usikan itu dengan senyum lebar sehingga menampakkan giginya.

“abang nak jumpa dia sebelum abang pergi Sabah.” Balas Irfan.

Melopong mulut Fazil.

“oo,”

“Zil nak tau, abang tak rasa abang sanggup kehilangan dia, tapi, mungkin abang terpaksa bersedia untuk semua tu.” Irfan berbicara lagi di luar sedarnya.

“kenapa abang cakap macam tu?”

Tersedar dia sudah terlepas kata, Irfan menggaru kepala yang tidak gatal.

“err, yelah, kita ni manusia. Kalaupun kekal dalam perkahwinan, ajal maut di tangan Tuhan. Betul tak?”

Fazil terangguk-angguk.

“betul tu.”

Irfan melepaskan nafas lega dalam diam.

“Irfan!” Irfan mendongak, bertatapan mata dengan Nisa' yang berdiri di anak tangga paling bawah.

“jom, naik. Abah panggil.”

Irfan mengangguk. Turun dari pangkin.

“Zil, abang naik dulu.”

“ok, bang.”

Irfan mengatur langkah ke tangga. Menurut Nisa' yang sudah naik ke atas semula.

3 comments:

  1. hurrmm..
    irfan mle xsdp duduk ye psal mkcik kamariah..?
    huhu..nisa' da ketara rase smthing..hehe..comey je..smbung2..

    ReplyDelete
  2. cita i pnjg lg ek??

    x sbr tgu wedding nisa dgn irfan..jgnlah buat tb2 daniel dtg menyibuk..

    smbung2..

    ReplyDelete
  3. sambung la cepat. x sabar nak tau...

    ReplyDelete