About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, August 15, 2009

Anaknya, Anakku Jua 29

Hujung minggu. Nisa' sibuk, Irfan juga sibuk. Nisa' di kursus kahwin, Irfan sibuk menguruskan majlis merisik dan meminang. Sebelum Irfan buat apa-apa, persetujuan Nisa' diminta terlebih dulu.

‘Nisa', nak cincin merisik tak?’

‘Nisa', nak tentukan semuanya sekali ke masa merisik dan meminang nanti? Cepat sikit.’

‘Nisa', awak tak ada time meminang tu tak apa ke? Cadangnya nak buat hari bekerja. Boleh?’

Telefon Nisa' tak berhenti-berhenti bergetar, dan terpaksa Nisa' menjawab sambil berbisik-bisik dalam dewan. Kalau tak jawab, lain pulak jadinya. Hai, penat. Macam ni ke orang nak kahwin?

Akhirnya, Nisa' dapat menarik nafas lega apabila Irfan memaklumkan rombongan meminang akan sampai pada hari minggu depan. Tak jadi buat hari bekerja sebab ibu Irfan bertegas mahu Nisa' ada di rumahnya semasa rombongan sampai. Nisa' Cuma mampu menurut kerana dia pasti ummi juga mahukan hal yang sama. Ini perkahwinan anak dara tunggalnya. Ummi takkan buat cincai je, bak kata orang kedah, ‘halai balai’. Ummi mesti nakkan yang sempurna.

Padahal, hanya Nisa' dan Irfan je yang tau, apa tujuan perkahwinan mereka.

Nisa' mengeluh lega apabila panggilan terakhir Irfan hari itu dimatikan. Peserta kursus yang lain sudah menjeling-jeling. Aduhai nasib. Nak kahwin pun susah, tak kahwin lagi susah. Sabar je la.

********

‘hai, saya Ikram, awak, Nisa' kan?’ tegur Ikram agak sopan. Bimbang menakutkan Nisa'.

Nisa' angguk perlahan. Tiba-tiba sahaja lelaki ini menahannya sebaik kursus tamat.

‘ya, saya Nisa'. Kita kenal ke?’ soal Nisa' juga dengan sopan, mahu menunjukkan adab. Walaupun sudah keletihan sepanjang hari, namun adab sopan tetap perlu dijaga.

Ikram mengukir senyum riang. Tak salah orang.

‘awak tak kenal saya, tapi, saya kenal Daniel. Saya kawan dia.’ Ikram memperkenalkan diri.

‘Ikram, siapa ni?’ seorang wanita yang agak anggun penampilannya menegur Ikram. Nisa' turut menoleh apabila wanita itu menghampiri.

Ikram tersenyum menyambut kehadiran wanita itu.

‘Azila, tunang saya.’ Ikram memperkenalkan. Azila menghulur tangan, Nisa' menyambut senang.

‘Nisa'.’

‘awak kenal Ikram?’ soal Azila.

‘err, saya,’ sebenarnya Nisa' juga ternanti bicara Ikram yang terhenti tadi disambung semula. Ikram kawan Daniel?

Nisa' mengarahkan pandangannya pada Ikram kembali.

‘oh, lupa pulak. Saya kawan Daniel, dan Daniel ada cerita pasal awak. Tapi dia tak ada cakap pulak korang nak kahwin?’ soalan Ikram menyentap jantung Nisa'.

‘err, saya..’

‘eh Nisa', tak apa, saya tak marah awak. Saya faham. Tapi kalau saya jumpa Daniel nanti saya akan ganyang dia cukup-cukup.’ Ujar Ikram geram disusuli gelak kecil.

Nisa' Cuma mampu senyum kelat. Azila turut senyum.

‘awak datang sorang je ke? Mana Daniel?’ soalan Ikram masih tidak putus.

Mana Daniel? Aku juga bertanyakan soalan yang sama sekarang. Mana Daniel?

‘err, dia...’

Melihatkan kesukaran Nisa' untuk menjawab, Azila berasa tidak senang dengan soalan Ikram lantas dia mencelah.

‘err, Ikram, jom, dah lambat ni. my mum dah tunggu.’

Ikram mengerut dahi.

‘kita ada janji dengan your mum ke?’

‘ish, adalah, jom,’ Azila sudah mahu menarik lengan baju Ikram.

‘Nisa', kitorang balik dulu ya. Kirim salam Daniel.’ Ujar Azila seraya menarik Ikram berlalu pergi. Ikram pula tidak membantah, menurut saja walaupun dia tidak begitu mengerti tindakan Azila.

‘jangan lupa jemput kami nanti ke kenduri!’ sempat Ikram berpesan dari jauh.

Nisa' memerhati sahaja kelibat mereka hilang di balik kereta-kereta. Dia melepaskan nafas lega.

Kenduri Daniel dan aku? Hmm, apa perasaan dia kalau dia tau aku akan kahwin dengan orang lain, bukan Daniel. Daniel...

Akhirnya, dia juga menuju ke keretanya. Soalan-soalan Ikram tetap bermain di fikiran. Membuatkan fikiran Nisa' bertambah serabut.

**********

Rombongan meminang telah dihantar dan pulang dengan berita baik, sebagaimana yang Nisa' dan Irfan harapkan. Nisa' terpaksa pulang juga semasa peminangan demi mengelakkan leteran ummi kelak. Dengan Mala sekali diheretnya ke kampung kerana tiada sesiapa yang boleh membantu menjaga Hana di kampung.

Bukan Mak Su tak menawarkan diri namun Nisa' segan pula menyusahkan Mak Su sepanjang masa. Semasa rombongan hendak pulang, Puan Hasanah memeluk Nisa' erat. Wajahnya ceria, jelas gembira dengan berita Irfan mahu berkahwin lagi. Sedikit pun kehadiran Hana tidak menjejaskan semuanya, sebaliknya mereka lebih gembira dengan adanya Hana. Cucu instant lah katakan.

Pada hari rombongan datang, ada satu wajah di pihak Irfan yang mengganggu pemikiran Nisa'. Wajah wanita itu seperti biasa dilihat. Dan dia duduk di sisi Puan Hasanah. Gayanya seperti rapat. Siapa ya?

Teka-teki Nisa' akhirnya terjawab apabila wanita itu menegurnya apabila Nisa' keluar untuk bersalam dengan tetamu wanita.

‘hai,’

‘hai,’

‘ingat saya lagi?’

Berkerut-kerut dahi Nisa'.

‘Shila, kita jumpa di kedai makan, awak dengan Irfan, tak ingat?’

Nisa' memicingkan matanya. Shila? Kedai makan?

‘oh, Zila, yang tu. Sorry. Banyak benda yang saya fikir, susah nak ingat semua.’ Nisa' memberi alasan, menyedapkan hati Shila.

Shila senyum kelat.

‘tak apa, saya faham. Hal kahwin bukan hal main-main. Saya faham.’ Jawapan Shila bagai sindiran. Hal kahwin bukan hal main-main?

Nisa' senyum tawar.

‘Nisa', dah kenal Shila?’ entah dari mana Puan Hasanah datang dan menegur.

Shila memaut mesra bahu Puan Hasanah. Bagai ada sesuatu di situ. Nisa' tertanya-tanya sendiri.

‘dah kenal dah ibu, kami kenal hari tu.’ Jawab Shila seraya tersenyum manis. Nisa' turut mengukir senyum. Namun jelas tawar.

Puan Hasanah menyambut jemari Shila mesra.

‘Nisa', Shila ni sebenarnya...’

‘eh, ibu, ayah panggil lah.’ Tiba-tiba Shila mencelah. Dan ada rasa kurang enak di situ. Siapa Shila sebenarnya? Mungkinkah, kekasih Irfan?

Puan Hasanah melihat ke arah yang dimaksudkan.

‘mana ada ayah panggil?’ Puan Hasanah tertanya-tanya sendiri. Suaminya tidak melihat ke arahnya.

‘Shila nampak tadi. Ibu pergi dulu ya, nanti sembang lagi.’ Shila membawa Puan Hasanah menjauhi Nisa' sebelum meninggalkannya agak jauh dari Nisa', dan kembali pada Nisa'.

‘maaflah. Ibu memang macam tu.’ Shila tersenyum lagi.

Nisa' terangguk-angguk.

‘tak apa.’ Hati Nisa' mula rasa tidak enak.

Kenapa Shila berbohong dengan Puan Hasanah? Apa yang dia nak sembunyikan? Kata Irfan, kekasihnya tahu tujuan mereka berkahwin, dan dia merestuinya. Ini bererti, kekasihnya itu kenal Nisa'. Tapi, rasanya, kekasihnya belum pernah bertemu Puan Hasanah. Jadi, siapa Shila?

Shila dan Puan Hasanah begitu mesra. Mustahil Nisa' akan bertanya sendiri pada Shila.

‘so, sayang Irfan tak datang kan?’

Mendengar nama Irfan Nisa' mengangkat mukanya, bertentang mata dengan Shila yang bersahaja.

‘err, haah.’

‘hmm, Irfan tu memang macam tu. Masa dengan isteri pertama pun, sibuknya macam ni lah. Lebih pentingkan bisnesnya dari keluarga.’ Tambah Shila lagi. Nisa' bertambah tidak enak.

‘sebab tu lah, masa isteri dia meninggal, dia rasa bersalah sangat. Sebab dia baru menghargai kehadiran isterinya yang sedang mengandung, alih-alih, isterinya pergi buat selama-lamanya. Sebab tu Irfan down sangat.’ Shila terus berbicara tanpa rasa bersalah.

Nisa' menahan sebu di dada. Mengapa dia harus bercerita di hari peminangan orang lain untuk Irfan? Bukankah itu namanya tiada adab?

‘saya kesian sangat dengan Irfan, tapi saya marah jugak masa tau dia nak kahwin lain. Mujur ibu tenangkan saya. Kalau tak, hmm, jangan haraplah saya benarkan Irfan kahwin lagi!’ keras bicaranya kali ini, membuatkan Nisa' tersentap.

Shila tersenyum kelat.

‘eh, jangan risau, saya takkan ganggu awak. Saya doakan awak bahagia dengan Irfan.’ Bukan Nisa' mahu bersangka buruk, tapi ada nada tidak ikhlas di situ.

Nisa' Cuma mampu mengangguk, dan saat itu, Mala memanggilnya.

‘Nisa'!’ wajah Mala cemas. Mungkin hal Hana.

Tergesa-gesa Nisa' meminta diri dan dalam masa yang sama, nafas legas dilepaskan. Lega dapat terlepas dari Shila.

**********

‘so, puas hati cik Nisa'?’ suara Irfan di corong malam itu entah mengapa membuatkan hati Nisa' dibuat rasa senang.

‘senang hati kenapa pulak?’

‘yelah, kenduri dah ditetapkan tarikhnya. Dan awak akan dapat Hana untuk selama-lamanya.’

‘hmm, awak dapat apa pulak?’

‘dapat isterilah, plus anak instant.’

Nisa' tersenyum sendiri. Ingatannya menjengah ke peristiwa siang tadi. Senyumannya terus pudar.

‘Irfan,’

‘hmm,’

‘saya nak Tanya boleh?’

‘tanyalah, apa dia?’

‘erm, Shila tu, saudara awak eh?’

Senyap.

‘Irfan?’

‘hmm,’

‘awak, marah ke?’

‘taklah, kenapa nak marah?’

‘taklah, sebab hari tu, masa kita jumpa dia, awak tak perkenalkan dia dengan saya. Awak diam je. Tadi, saya jumpa dia...’

‘awak jumpa dia? Kat mana?’

‘sinilah, dia datang dengan rombongan.’

‘what? Betul ke? Or awak salah nampak?’

‘Irfan, kalau saya just nampak je tak apa, tapi masalahnya, dia datang cakap dengan saya, siap bercerita panjang lebar takkanlah salah nampak lagi kot?’

Diam lagi.

‘Irfan?’

‘ye,’

‘ok, saya tak paksa awak, tapi dia nampak rapat dengan mak awak, and she seems to know your late wife and you very well. Tapi awak tak ada adik beradik lain kan? So, saya rasa pelik. Sebab tu saya Tanya.’

‘apa yang pelik?’

‘peliklah sebab dia boleh datang dengan rombongan, dan dia panggil ibu pada ibu awak. Tak pelik ke? Selalunya, yang datang dengan rombongan ni ahli keluarga terdekat je, betul tak?’

‘hmm, you have a point there.’

‘so? Awak tak nak cakap siapa dia?’

‘kenapa awak nak tau sangat?’

Ish! Saya nak tau sebab gaya dia bercakap dengan saya macam nak cari gaduh! Mujur saya ni baik tau!

‘saja je, tapi, kalau awak tak nak cakap, tak pe lah. Saya faham. But, saya rasa dia bukan kekasih awak kan?’

‘kenapa awak teka macam tu?’

‘sebab, kekasih awak, tak kenal ibu kan?’

‘awak lupa ya Nisa'? ibu kenal buah hati saya, dan ibu sayang sangat kat dia.’

‘ye ke? So, dia tu kekasih awak lah ya?’

Diam.

‘Nisa', awak mesti penat, tidurlah. Dah lewat ni.’

Tu je?

Mulut Nisa' memuncung.

‘hmm, ok. Memang saya penat sangat. Bye, assalamualaikum.’ Nisa' terus mematikan talian tanpa menunggu balasan Irfan.

Menyesal bertanya.

Kenapa aku sibuk nak tau? Tu hidup dia, hak dia, lagipun, perkahwinan ni olok-olok. Lupakan lah Nisa'.

Baru dia mahu memejamkan matanya, telefonnya berbunyi lagi, tanda ada mesaj baru diterima.

Nisa', sorry, marah ke? Lambat-laun, awak akan tau siapa dia. But not now. Ok?

Nisa' mengeluh panjang.

Ok, tak apa. Saya tak marah. ;)

Hipokrit. Plastic. Nisa' mengeluh lagi.

7 comments:

  1. eh sape zila ? haha lupa dah
    apa kaitan dia dgn irfan eh?
    heh bila la nisa' nk sedar yg dia suka irfan? haha

    ReplyDelete
  2. eeii..
    blom kawen agy da ade aura2 orng luar jeles..
    isk2..
    spe la zila tuh..
    smbung2..

    ReplyDelete
  3. lah, sape lak zila tu??
    hurm,
    smbung2..
    huk3..
    best2..

    ReplyDelete
  4. zila nakkan irfan tapi cuma bertepuk sebelah tgn aje..

    ReplyDelete
  5. kjap zila, kjap shila?? mn 1 ni??

    ReplyDelete
  6. cepat2 sambung lagi
    tgh hot sekarang nie..
    heheehhe

    ReplyDelete
  7. y spatut nye shila kn..?die ade hati kt irfan.dlu fmly irfan nk jdohkn irfan ngn shila ni..but irfan tolak...kn??hehhee

    ReplyDelete