About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 25

"Mala, ummi dah setuju." Beritahu Nisa'. Nadanya mendatar. Mala berkunjung ke rumahnya malam itu, sebaik dia tiba dari rumah Haji Bustaman.

Mala membesarkan matanya.

"betul ke?"

"betul."

"macam mana kau cakap dengan ummi kau?"

"hmm, tak ada lah apa sangat. Tapi, mengalir jugak air mata aku dengan penangan ummi." Ujar Nisa', senyum tawar.

Mala senyum lebar.

Dipeluk bahu Nisa' mesra.

"tahniah my friend! Akhirnya, kau akan kahwin jugak." Ucap Mala ikhlas.

Nisa' mencebik.

"hmm, yelah tu, kahwin olok-olok." Balas Nisa'.

Mala memuncungkan mulutnya.

"tak nak olok-olok buat betul-betul." Ujar Mala selamba.

Nisa' menampar paha Mala, tanda amaran. Mala ketawa riang.

"betullah. Dua-dua keluarga dah suka, kenapa mesti berlakon? Kenapa mesti olok-olok? Hana dapat ummi, dapat ayah. Kau, dapat suami. Handsome, baik hati lagi. Hah, tak ke bonus namanya? Dah tak nak anak pun tak apa, dah ada Hana, cukuplah tu." Hujah Mala. Bagai bertih jagung bicaranya, tiada henti.

Nisa' mengetap bibir, geram dengan bicara Mala. Dicubit pipi Mala agak kuat membuatkan Mala terjerit kecil. Tidak sempat dia menepis.

"padan muka. Mulut tu tak berlapik cakap. Kau nak aku beli penapis ke untuk mulut kau tu?" ujar Nisa' geram.

Mala tersengih dalam sakit. Lucu dengan kata-kata Nisa'.

"betullah tu. Kau ni, cuba fikir logic sikit. Irfan tu sebenarnya tak nak berlakon atau kahwin olok-olok, kau tau tak? dia, memang nakkan kau dan Hana!" Mala meluahkan ayat itu terus ke muka Nisa', membuatkan Nisa' terlopong seketika.

"kau gila eh? Dia ada kekasih lah!" bidas Nisa'.

Matanya dilarikan dari Mala. Entah mengapa, selama ini, kata-kata Mala tidak pernah memberi kesan padanya, namun kali ini, dia bagaikan terhantuk ke dinding. Tersedar tentang sesuatu. Tak mungkin.

Mala mencebik.

"eleh, entah betul entah tak dia ada kekasih. Sebenarnya, aku nak cakap dengan kau lama dah tapi entah, aku rasa tak yakin nak cakap. Kalau salah, kan ke malu je?" kata-kata Mala membuatkan Nisa' menoleh kembali.

Merenung wajah Mala. Mujurnya kala ini Hana sudah tidur. Jadi perbualan mereka di ruang tamu tidak akan mengganggu tidur Hana di dalam bilik.

"apa yang kau nak cakap tu?" soal Nisa' pantas.

Mala terdiam seketika sebelum mengerling Nisa' sekilas.

"masa aku mula-mula jumpa Irfan, aku rasa, dia suka kau." Ujar Mala selamba.

Nisa' terdiam seketika, mencari kepastian di dalam kata-kata Mala. Matanya masih melekat di wajah Mala.

"takkan lah." Nisa' membalas sambil memandang ke hadapan semula, ke kotak televisyen. Namun fikirannya terganggu dengan kata-kata Mala sebentar tadi.

"hah, tengok, kau tak percaya. Aku rasa ya lah Nisa'. Kau ingat kenapa dia sanggup tolong kau selama ni?" soalan Mala membuatkan Nisa' menoleh kembali.

Menentang sepasang mata milik Mala.

"sebab Hana lah. Mana ada sebab lain." Tingkah Nisa' yakin.

Mala tergelak kecil, tidak percaya.

"kau ni kan, aku nak kata buta tak buta, takkan kau tak boleh tengok cara dia pandang kau? Kau tak perasan ke?" soal Mala penuh perasaan tidak puas hati.

Geram dengan sikap Nisa' yang seakan-akan tak endah saja.

Nisa' geleng laju.

"apa yang aku tak perasan?" soal Nisa' lagi.

Mala mengetap bibir, geram.

"ish, kau ni. do you really think dia akan tolong kau and be with you all this while for nothing? For no reason at all?"

Nisa' jungkit bahu.

"aku tak kata dia tak ada sebab, tapi dia kata sebab Hana, so, takkan aku nak kata dia bohong pulak?" balas Nisa', benar-benar tidak faham dengan maksud kata-kata Mala.

"argh! Nisa'! memang Hana salah satu sebabnya dia buat semua ni, tapi, dia ada sebab lain jugak, kau tau tak? dia, sukakan kau! Betul!"

"taklah!"

"ya!"

"tak!"

"ya lah Nisa'!"

"ish, kenapa dengan kau ni? kalau dia suka aku, mesti dia dah cakap lama dah kan? Kenapa dia buat bodoh je depan aku? Kenapa dia tak pernah berterus terang dengan aku? Maknanya, tak lah. Dia tak suka aku, faham?"

Mala menepuk bantal geram.

"Nisa', takkan dia nak beritahu kau? Aku tau lah, aku tengok cara dia pandang kau pun aku dah tau." Balas Mala tidak mahu mengalah.

Nisa' mula rasa sesak dengan kata-kata Mala. Rimas. Rimas dengan bicara Mala. Atau dia tidak dapat menerima kenyataan di sebalik kata-kata Mala?

Hakikatnya, dia sudah keliru. Dia tidak mahu mempercayai kata-kata Mala, tetapi jauh di sudut hatinya, keraguan mula timbul dengan tujuan asal Irfan mahu melakukan semua ini. Irfan ada niat lain? Tapi, tak mungkin.

Entah-entah, dia tak nak ceraikan aku nanti. Tak mustahil, kalau apa yang Mala katakan tu betul, maksudnya, Irfan gunakan Hana untuk dapatkan aku? Tapi, takkanlah?

Nisa' menggigit bibir. Tapi, tak mustahil juga kalau itu yang dia nak.

"Mala, kau baliklah, aku dah nak tidur." Nisa' bingkas meninggalkan Mala menggumam.

"hah, nak lari lah tu! Percayalah Nisa', apa yang aku cakap ni betul." Mala turut bangun sambil membebel.

Nisa' memegang bahu Mala, dipandang tepat ke dalam anak mata Mala.

"Mala, aku akan settlekan kalau apa yang kau cakap ni betul, ok?"

Mala mengerutkan dahi.

"nak settle apa?"

Nisa' tidak menjawab sebaliknya dia menarik Mala menuju ke pintu.

"settle apa yang patutlah. Kalau apa yang kau cakap tu betul, ada kemungkinan aku takkan kahwin." Ayat itu meluncur laju dari mulut Nisa', membuatkan rahang Mala jatuh.

"apa lah kau ni Nisa'! dah dia sukakan kau, terima je lah! Kenapa tak jadi kahwin pulak?" tingkah Mala tidak puas hati.

Nisa' menggeleng. Pintu dibuka luas, Mala di ambang pintu.

"tak, kalau betul dia suka aku, aku takkan kahwin dengan dia. Aku tak nak seksa dia dengan perkahwinan ni sebab aku tak cintakan dia, and our marriage then surely would not going to work. Dalam erti kata lain, I’m done hurting and lying to people about my feelings. Faham, cik Mala?" tegas dan yakin kata-kata Nisa'.

Mala terdiam, agak kecewa dengan kata-kata Nisa'. Akhirnya, dia mengalah. Dia menjungkit bahu seraya melangkah keluar.

"suka hati kaulah Nisa'. Aku balik dulu." Ujar Mala lemah.

Nisa', jinak-jinak burung merpati, jika didekati akan lari juga. Mala melangkah bersama keluhan panjang.

Nisa' menutup pintu, dan dia berdiri lama di situ, berfikir dalam. Aku perlu jumpa Irfan untuk dapatkan penjelasan. Tapi, macam mana aku nak Tanya? Ish! Memang kerja gila.

Jam dinding sudah bernyanyi dan berdenting sebelas kali. Esok hari isnin. Aku perlu jumpa dia. Lunch time? Hmm, tak sesuai. Lepas kerja kot?

Nisa' mencapai telefon bimbit, ditutup suis tv, lampu dan kipas dan selak pintu diperiksa. Setelah semuanya ok, Nisa' masuk ke bilik tidurnya. Lampu bilik dipadamkan. Cuma lampu sisi yang menyebarkan cahayanya di segenap ruang bilik itu.

Nisa' berbaring perlahan, dibetulkan selimut Hana. Sebelah tangannya di atas kepala. Memikirkan kewajaran dia menghantar mesej kepada Irfan tentang hajatnya mahu bersemuka esok.

Akhirnya, dia menaip juga.

Slm. Sori ganggu mlm-mlm ni. sy nk jmpa awk esok, boleh? Lepas kerja, tapi kat luar, sblm sy ambil Hana.

Mesej selamat dihantar.

Nisa' menanti balasan. Sangkanya, Irfan akan lambat membalas namun dia agak tersentak apabila deringan telefonnya tiba-tiba memecah hening.

Irfan call?

"hello, Irfan?"

"Nisa', assalamualaikum."

Nisa' termalu sendiri.

"waalaikumussalam. Kenapa awak call? Tak boleh reply je ke?"

"kenapa? tak boleh call ke?"

"eh, tak lah. So, awak free esok?"

"sorry Nisa', saya outstation. Ada hal di Kedah. 3 hari lagi baru balik KL. Can you wait for me? Or, awak nak discuss dalam phone je?"

"eh, err, tak pe, tak pe, I’ll just wait for you, till you come back. I’m not in a rush anyway."

"betul? By the way, apa yang awak nak cakap tu? If, awak boleh bagi saya insight ke?"

"err, I think we should wait for the day to come. Bila awak dah balik, let me know, ok?"

"ok, as you wish. Hana tidur?"

"haah, dah lama dah. Penat berjalan tadi."

"hmm, anyway, saya lupa nak cakap tadi. Your parents are great people. I mean it."

"oh, ok, thanks. Your parents too. Saya suka diorang."

"yeah, thanks to you too."

"why me?"

"sebab awak dan Hana ceriakan diorang."

"ye ke? How is that?"

Nisa' tertanya-tanya sendiri. Macam mana dengan perempuan yang Irfan suka tu?

"well, awak pun tau sejarah saya. Duda yang bakal dapat anak. Awak dan Hana, ibarat menantu dan cucu yang turun dari langit for them. So, you have made them happy from that perspective."

"tapi, Irfan, err, if you don’t mind me asking, that girl, yang awak suka tu, parents awak tak kenal?"

Irfan tersenyum sendiri.

"kenal, and they love her too."

"Irfan. Saya rasa risaulah. Hmm, tak pelah, kita discuss nanti je lah kot? Let me know when you get back here."

"don’t worry for nothing Nisa'. Relax ok? Ok, good night, assalamualaikum."

"waalaikumussalam."

Talian mati. Resah Nisa' menanti 3 hari lagi. Resah atau sesuatu yang lain? Rindu mungkin?

1 comment:

  1. u mmg pndai menulis ya..i bru beli mlm td novel nie..harap best la..hehehe..semoga berjaya dlm ap jua yg u buat...tq..

    ReplyDelete