About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 20

Nisa' membaca membaca mesej yang baru diterima dari Irfan dengan debaran kuat.

Nisa', hari ni kita beritahu Mak Su, ok?

Nisa' menarik nafas dalam sambil menaip,

Ok, saya ikut awak.

Cadangan Irfan benar-benar menganggu konsentrasinya untuk bekerja. Dia bimbang rancangan mereka terbongkar. Bimbang, apa yang dirancangkan tidak menjadi, bimbang dan berdebar-debar juga untuk bergelar raja sehari.

Aku akan berkahwin, dan akan menjadi janda. Nisa' meraup wajahnya. Tuhan, semoga ini jalan yang benar kau tetapkan untuk kami.

*******

‘kamu nak kahwin?’ soal Mak Su tidak percaya. Buntang matanya memandang Irfan dan Nisa' silih berganti. Nisa' tunduk malu. Dia perlu berlakon.

Irfan garu kepala.

‘ya Mak Su. Kami nak kahwin. Mak Su setuju tak?’

Mak Su senyum lebar, jelas dia amat menyukai usul itu.

‘apa tak setujunya? Kamu pun tau, Mak Su mesti setuju punya.’ Mak Su memeluk Nisa' yang berada di sisinya erat. Nisa' membalas dengan senang hati.

Irfan senyum senang. Namun dia tahu, kegembiraan ini tak akan kekal lama. Dalam diam, dia mengeluh.

‘Mak Su suka sangat kamu berdua ambil keputusan ni.’ ujar Mak Su lagi. Tangannya menggenggam jemari Nisa' erat.

‘bila kamu nak balik beritahu mak dengan ayah kamu?’ Mak Su menyoal Irfan yang menyandar malas. Mendengar soalan Mak Su Irfan menegakkan duduknya.

‘kalau Mak Su je yang buat persiapan semua tak boleh?’

Mak Su geleng.

‘ish, kamu ni, walau macam mana pun, kamu kena beritahu diorang. Lagipun, diorang kan mak dan ayah kamu juga? Irfan, yang lepas tu lupakanlah. Tak baik bermusuh dengan mak dan ayah sendiri.’ Nasihat Mak Su. Nisa' dapat melihat riak tidak senang di wajah Irfan sebaik Mak Su menyebut tentang mak dan ayahnya.

Kenapa? Malas Nisa' mahu bertanya. Lagipun, dia bukan sesiapa pada Irfan untuk dia bertanya. Dia Cuma membiarkan persoalan itu berlegar di mindanya.

Irfan menyandar kembali. Kelihatan malas sahaja.

‘Irfan, lagipun kamu nak berkahwin. Mesti mak dengan ayah kamu tak akan ungkit lagi hal lama. Mereka Cuma nak kamu bahagia. Jadi apa yang kamu risaukan lagi ni?’ soal Mak Su pula.

Irfan tidak menjawab. Sekali-sekala dia mengerling Nisa' yang tidak menunjukkan tanda-tanda berminat dengan perbincangan mereka.

Nisa' yang bosan menjadi pemerhati dan pendengar tanpa memahami apa-apa akhirnya meminta diri untuk pulang.

Mak Su menghantar di pintu. Mencium ubun-ubun Hana dan kedua pipinya penuh kasih sayang.

‘Hana sayang, nanti jadi cucu tok su kan?’ Nisa' telan liur. Begitu gembira nampaknya Mak Su. Pilu dan gusar untuk kesekian kalinya bertandang lagi. Bagaimana perasaan Mak Su setelah mereka bercerai nanti?

Nisa' tidak sanggup memikirkan tentang itu. Bimbang dia akan menarik balik keputusannya.

Sampai di kereta, Irfan sahaja yang menghantar mereka.

Hana sudah diletakkan di dalam baby’s chair. Irfan berdehem perlahan.

‘Nisa', awak tak nak tahu ke kenapa saya tak berapa ngam dengan ibu bapa kandung saya?’ soalan Irfan membuatkan Nisa' tersenyum nipis. Dia mengerling Mak Su di muka pintu.

Nisa' membalas pandangan Irfan.

‘Irfan, antara kita tak ada apa-apa kan? Jadi saya rasa saya tak berhak nak bertanya. Kalau awak nak beritahu, saya akan dengar, ok?’ jawapan itu membuatkan Irfan senyum tawar.

Nisa' tidak kisah langsung tentang dirinya. Irfan, sedarlah! Kau bukan sesiapa pada dia! Cuma seseorang yang sanggup menolongnya sahaja. tak lebih dari itu.

Irfan menghantar Nisa' pergi dengan pandangan sayu.

Masuk ke dalam rumah, Irfan duduk lemah. Mengeluh panjang.

Mak Su turut mengambil tempat di hadapannya.

‘Mak Su tengok kamu dengan Nisa' ni macam lain macam je?’ tegur Mak Su.

Irfan memejamkan matanya. Diletakkan kedua-dua tangannya yang disilangkan di atas dahinya.

‘lain macam? Apa yang lainnya?’ Irfan menyoal kembali tanpa membuka matanya. Jawapan Nisa' masih terngiang-ngiang di telinganya.

Mak Su menggaru kepala yang tidak gatal.

‘lainlah. Bilanya kamu cakap dengan Nisa' yang kamu suka dia? Bila kamu lamar dia? Hari tu, bukan main panjang cakap tak nak Nisa' salah fahamlah, demi Hana lah, tup-tup, kata nak kahwin. Mak Su terkejut sangat tadi, tapi Mak Su tak nak lah Tanya depan Nisa'. Mak Su bimbang dia fikir lain pulak.’

Irfan mengeluh kecil. Dia tahu kehairanan Mak Su itu wajar. Dia sendiri tidak percaya dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nisa'. Walaupun untuk tujuan tertentu.

‘2 hari lepas kita jumpa di JKM, Irfan jumpa dia personally, Irfan cakap Irfan suka dia dan Irfan lamar dia. Irfan pun tak sangka dia akan terima Mak Su. Irfan memang mencuba nasib je.’ Bohong Irfan.

Mak Su membesarkan matanya.

‘dia terima masa tu jugak ke?’ soal Mak Su tidak percaya.

Irfan angguk.

‘haah, tapi lama jugak la kitorang bercakap sebelum dia terima.’ Irfan membuka matanya, melihat pandangan aneh Mak Su.

‘kenapa Mak Su tengok Irfan macam tu?’ tegur Irfan.

Mak Su teragak-agak mahu membuka mulutnya.

‘Irfan, entah-entah, Nisa' nak gunakan kamu untuk dapatkan Hana. Bila dia tau kamu suka dia dan kamu nak berkahwin dengan dia, mungkin dia terima sebab dia nak gunakan kamu.’ Mak Su meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.

Irfan mengerutkan dahinya.

‘gunakan Irfan untuk dapatkan Hana? Macam mana?’ soal Irfan lagi. Takkanlah.

‘alah kamu ni, sekarang dia anak dara, jadi banyaklah masalah dia untuk jaga Hana. Nanti, dia kahwin dengan kamu, dia akan mintak cerai dari kamu untuk jadi janda. Bila dah janda, senanglah dia nak jaga Hana.’ Irfan terdiam seketika mendengar andaian Mak Su. Memang itu yang kami rancangkan Mak Su.

Kemudian, Irfan senyum nipis.

‘tak lah Mak Su. Takkanlah Nisa' nak buat macam tu. Irfan percayakan dia.’ Irfan meyakinkan Mak Su. Dia maklum sangat, jika dia mahu berkahwin dengan Nisa', dia perlu meyakinkan Mak Su terlebih dahulu. Jika tidak, mustahil mereka akan berkahwin dan mustahil rancangan mereka yang telah diatur rapi akan berjalan lancer.

Mak Su kelihatannya tidak termakan dengan kata-kata Irfan.

‘kamu yakin ke?’

Irfan angguk. Dia bingkas, melutut di depan Mak Su, dipegang tangan ibu saudaranya itu. Mata mereka bertatapan.

‘Mak Su, Irfan yakin Nisa' takkan buat macam tu. Lagipun, Mak Su yang kata Nisa' tu budak baik kan? Kenapa Mak Su nak ragu pula? Lagipun, kalau betul Nisa' berniat tak baik, biarlah. Lagipun, Irfan bukannya anak teruna lagi. Kalau jadi duda kali kedua apa salahnya?’ sempat Irfan berseloroh.

Mak Su memukul Irfan perlahan, marah.

‘ke situ pulak kamu.’ Tegur Mak Su.

Irfan ketawa kecil.

‘ye Mak Su, betul. Irfan yakin dengan Nisa'. Irfan nak Mak Su pun yakin dengan Nisa' sebab kalau Mak Su tak yakin, Mak Su pun tau Irfan takkan kahwin tanpa restu Mak Su.’ Irfan sengaja berkata begitu, meraih simpati Mak Su.

Mak Su mengeluh perlahan. Irfan mencium tangan Mak Su.

‘Mak Su jangan risau ya? Doakan yang terbaik untuk kami, ok?’ pujuk Irfan lagi.

‘mak dengan ayah kamu macam mana?’

Irfan melarikan matanya dari Mak Su sebaik mendengar perkataan mak dan ayah.

‘Irfan, baliklah. Mak Su yakin mereka akan terima Nisa'. Lagipun, kamu nak berkahwin kan? Hari tu, kamu berkecil hati sebab mereka nak kamu berkahwin dengan Shila. Tujuannya supaya hajat mak dan ayah kamu untuk menimang cucu tercapai. Kamu pun tau kan? Sekarang, kamu nak berkahwin, Mak Su percaya mereka takkan halang.’ Ujar Mak Su yakin. Irfan mengeluh kecil.

Dia duduk bersila di atas lantai, di depan Mak Su.

‘Irfan tak risaukan hal tu. Irfan risau mereka akan ungkit latar belakang Hana. Nisa' pasti terguris. Irfan tak nak dia kecil hati atau terbeban dengan hal ni lagi. Lagipun, dia pun dah cakap, dia tak nak latar belakang Hana menjadi isu lagi.’ Akhirnya, kerisauannya terluah juga.

Mak Su turut mengeluh mendengar penjelasan Irfan.

‘hmm, habis tu, takkan tak beritahu mereka? Nak berbohong pun tak boleh, sebab Bakar dan Riani mesti akan beritahu mereka juga.’ Ujar Mak Su risau.

Irfan mengeluh lagi.

‘nampak gayanya, Irfan kena balik sorang dululah, nak tengok keadaan dulu. Tak boleh bawa Nisa' lagi.’ Irfan meluahkan apa yang ada di fikirannya.

Mak Su terdiam seketika.

‘hmm, Mak Su rasa itu je jalan yang ada sekarang. Kamu kena yakinkan mak dan ayah kamu dulu.’ Irfan tidak menjawab lagi.

Berfikir ligat.

‘apa-apapun, Mak Su nak kamu tau, Mak Su sentiasa menyokong kamu Irfan. Hmm, Mak Su ke dapur dulu, nak masak.’ Mak Su bingkas dari duduknya.

Irfan angguk saja. Menyandarkan badannya di kaki sofa. Menarik nafas dalam sebelum melepaskannya. Esok juga dia akan pulang ke rumah ibu bapanya.

**********

Kereta Irfan meluncur perlahan memasuki pekarangan rumah banglo setingkat milik ibu dan ayahnya, Puan Hasanah dan Encik Khalid. Kereta ayahnya yang merupakan seorang askar pencen ada di halaman menandakan ayahnya ada di rumah.

Irfan mematikan enjin, menarik nafas dalam. Debaran kuat terasa. Sudah setahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Sejak dia berkeras menolak cadangan ganti tikar ibu dan ayahnya. Irfan meletakkan dahi di stereng, menenangkan diri.

Dia menyandar kembali, dan pandangannya tertumpu pada halaman rumah yang kemas. Ibunya memang rajin berkebun bagi mengisi masa lapang. Lagipun, mereka Cuma ada Irfan. Satu-satunya anak mereka. Irfan pula sudah bekerja sendiri. Tinggallah mereka berdua di banglo ini sejak Zila meninggal. Dahulu, Irfan menetap di sini sebelum dan selepas berkahwin. Tetapi selepas dia bertegang urat dengan ayahnya, dia tidak lagi pulang. Duduk di rumah yang dibeli sendiri dan berulang-alik ke rumah Mak Su.

Irfan membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. Dia berdiri di depan rumah, teragak-agak untuk membuka mulut.

‘assalamualaikum,’ laung Irfan.

Tiada jawapan.

Dia mencuba lagi. Akhirnya, ada sahutan dari dalam rumah. Pintu dikuak, dan wajah Puan Hasanah terjengul.

‘siapa tu? Eh, Irfan?’ Irfan menanggalkan kasut dan mendapatkan ibunya.

Puan Hasanah pantas membuka selak pintu. Mereka berpelukan lama.

‘Irfan, ibu rindukan Irfan. Irfan sihat ke?’ soal Puan Hasanah, ada nada sayu dan gembira.

Irfan merenggangkan pelukan ibunya. Dicium tangan ibunya berkali-kali. Puan Hasanah juga tidak ketinggalan mencium pipi Irfan.

‘Irfan sihat ibu. Maafkan Irfan sebab lama tak balik.’

Puan Hasanah senyum nipis sambil menggeleng.

‘ibu dengan ayah yang salah sebab paksa kamu. Maafkan ibu ya?’ Irfan terdiam seketika, dia memeluk ibunya kembali.

Menitis juga air mata Puan Hasanah menyambut kepulangan anak tunggal yang tersayang.

‘siapa tu has?’ suara garau itu menyapa cuping telinga Irfan, membuatkan dia merenggangkan pelukan dan menoleh ke arah suara itu.

Pandangan mereka bertaut. Irfan resah.

‘ayah,’ panggil Irfan. Puan Hasanah dan Irfan beriringan menghampiri Encik Khalid yang jelas terkejut dengan kepulangan Irfan.

Irfan teragak-agak menghulurkan tangan dan mencapai tangan kasar itu. Dia melepaskan nafas lega apabila tangannya tidak ditepis. Irfan mencium tangan itu lama.

‘ayah, maafkan Irfan.’

‘hmm, ingat tak nak balik dah.’ Sinis bicara itu. Irfan memeluk pula ayahnya lama.

‘maafkan Irfan. Irfan terpaksa bertindak macam ni ayah. Maafkan Irfan.’ Pelukan Irfan berbalas juga namun tiada kata-kata yang menyusul.

Puan Hasanah senyum bahagia melihat mereka.

‘Irfan tidur sini malam ni?’ soal Puan Hasanah. Irfan merenggangkan pelukan. Menatap wajah ibunya serba salah.

‘ibu, Irfan tak boleh tidur sini malam ni. Irfan kena balik malam ni jugak. Irfan janji, Irfan akan pulang lagi nanti.’ Irfan memberi janji membuatkan wajah Puan Hasanah yang baru hendak bertukar sayu menjadi ceria kembali.

Irfan bermain dengan kunci di tangan. Sepi suasana itu membuatkan dia resah. Ayahnya tidak banyak bercakap. Ibunya ke dapur membuat minuman. Cuma kedengaran bunyi kipas angin yang menjadi halwa telinga kala itu.

Encik Khalid berdehem perlahan. Dari gaya Irfan, dia tahu Irfan balik dengan tujuan tertentu. Namun dia tidak akan bertanya. Tidak mahu terburu-buru. Tidak mahu lagi anaknya berjauh hati dengannya sepertimana yang berlaku dulu.

‘bisnes kamu ok?’ Encik Khalid menyoal. Irfan memandang wajah ayahnya, angguk bersama senyum nipis.

‘ok ayah, Irfan baru merangkak semula lebih kurang 3 bulan yang lalu.’ Irfan memaklumkan. Encik Khalid angguk faham.

‘hmm, kamu, ada jumpa Shila?’ soalan itu membuatkan Irfan kelu seketika, berbalas pandang dengan ayahnya.

Irfan geleng.

‘tak ayah.’

Puan Hasanah muncul dari dapur bersama sedulang minuman.

Gelas diberikan kepada setiap seorang sebelum Puan Hasanah mengambil tempat di sisi suaminya.

‘Irfan, minumlah.’ Jemput Puan Hasanah. Irfan angguk. Dicapai gelasnya dan airnya diteguk perlahan.

Gelasnya diletakkan semula.

Irfan berdehem perlahan. Sukar nampaknya dia mahu memulakan bicaranya.

‘err, ibu, ayah. Irfan nak beritahu sesuatu ni.’

Encik Khalid angkat muka, menatap wajah anaknya itu.

‘apa dia?’ soal Encik Khalid. Dia meletakkan gelasnya perlahan. Menumpukan perhatian pada Irfan. Puan Hasanah juga memandang Irfan, menanti dia berbicara.

Irfan telan liur.

‘Irfan, nak kahwin.’

Tiada bicara yang menyusul. Sepi. Cuma mata mereka berbicara. Bulat mata Puan Hasanah, tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Encik Khalid menarik nafas dalam.

‘dengan siapa?’ setelah beberapa ketika, baru Encik Khalid bertanya. Puan Hasanah senyum senang. Begitu gembira dengan berita itu.

Irfan menunduk sebelum bertatapan mata dengan ayahnya semula.

‘dengan Nisa'.’ Ringkas.

Berkerut dahi Encik Khalid.

‘Nisa' mana?’

Irfan bermain kunci di tangan. Berusaha menenangkan perasaan yang gundah dan menghilangkan debaran di dada.

‘Nisa', Irfan kenal dia di rumah Mak Su. Dia, hantar anak dia untuk Mak Su jaga.’

Berubah wajah Puan Hasanah.

‘dia, janda ke?’ soalan Puan Hasanah berbaur curiga.

Irfan mengalih pandang pada ibunya, geleng.

Encik Khalid yang melihat jawapan Irfan pantas menafsir.

‘Irfan, ayah takkan terima perempuan macam tu dalam keluarga kita! Kamu dah gila ke?’ marah Encik Khalid. Irfan senyum kecil. Dia tahu apa yang ayahnya fikirkan. Pasti itu juga yang bermain di fikiran ibunya yang jelas menunjukkan wajah tidak senang dengan jawapan Irfan tadi.

‘ibu, ayah, dengar dulu. Dia perempuan baik, malah lebih baik dari yang ayah dan ibu dapat fikirkan. Anak dia tu anak angkat. Anak kawan dia yang dah meninggal suami isteri. Nama budak tu Hana. Ayah dia meninggal masa dia dalam kandungan. Ibu dia meninggal selepas melahirkan. Sejak tu, Nisa' yang jaga Hana.’ Irfan menjelaskan penuh sabar.

Dia dapat melihat ibu dan ayah melepaskan nafas lega. Dia senyum kecil.

‘kesiannya.’ Ujar Puan Hasanah simpati.

Irfan senyum lagi. Menekur lantai.

‘sekarang, budak tu umur berapa?’ soal Puan Hasanah ingin tahu.

‘3 bulan lebih rasanya. Mungkin dah nak masuk 4 bulan.’ Jawab Irfan.

Puan Hasanah angguk, mengerti.

Encik Khalid berdehem perlahan. Tidak berminat mahu bertanya namun tidak pula dia menunjukkan riak tidak senang.

‘kenapa kamu tak bawak diorang datang sekali?’ Puan Hasanah menyoal lagi. Jelas dia tidak setuju anaknya pulang tanpa membawa mereka.

Irfan merenung kunci di tangan sebelum memandang wajah ibunya.

‘sebab Irfan nak beritahu ayah dan ibu tentang latar belakang Hana dulu.’ Ujar Irfan. Dia menanti reaksi ibu dan ayahnya. 2 pasang mata melekat padanya, menanti bicaranya seterusnya. Irfan berdehem lagi.

‘Ibu Hana dulu pernah bekerja sebagai GRO. Tapi selepas berkahwin, dia telah berhenti melakukan pekerjaan tu.’

Puan Hasanah meletakkan tangan di dada, terkejut dengan khabar itu. Dia memandang suaminya yang masih tidak berkata apa-apa. Tenang melirik Irfan.

Encik Khalid mengangguk perlahan.

‘jadi kamu tak nak bawa Hana dan Nisa' balik sekarang sebab kamu takut reaksi ayah dan ibu terhadap Hana akan mengguris Nisa'?’ Encik Khalid menyoal tenang.

Irfan menunduk, tidak mengiyakan, tidak menidakkan.

‘Irfan, kalau kamu yakin dengan pilihan kamu, ayah tak menghalang. Ayah tau, kamu pasti terkenangkan Zila dan anak kamu yang di dalam kandungan tu. Mungkin juga kamu terdorong untuk berkahwin dengan Nisa' kerana Hana. Ayah takkan menghalang, dan ayah takkan bertanya apa-apa. Dulu, masa kamu nak berkahwin dengan Zila pun, ayah serahkan soal kahwin kamu pada kamu sepenuhnya. Jika ini yang kamu mahukan, ayah takkan berada di laluan kamu. Teruskanlah.’ Irfan terdiam mendengar kata-kata ayahnya, merenung ayahnya tidak percaya.

Pantas dia bingkas dan melutut di depan ayahnya. Mencapai kedua tangan ayahnya dan menciumnya.

‘ayah, terima kasih! Terima kasih ayah!’ Encik Khalid mengusap kepala Irfan penuh kasih. Puan Hasanah tersenyum dalam sebak. Diseka air mata yang menitis. Baginya, jika suaminya tidak membantah, dia juga tiada halangan.

‘cepat-cepat bawak balik bakal menantu ayah tu.’ Ujar Encik Khalid. Irfan angguk pantas.

‘baik ayah! Hujung minggu ni Irfan bawa Nisa' dan Hana balik. Terima kasih ibu, ayah.’ Irfan mengucap syukur yang tidak terhingga. Gembira kerana doanya didengari juga. Syukur ya Allah!

2 comments:

  1. tharu nye...huhuhu...nsb la ayh irfan x ksh kn.bgs2...

    ReplyDelete
  2. bagus betul parents dia boleh trima hana..i lyke..

    ReplyDelete