“Assalamualaikum kak Nisa'. Saya pasti saat akak membaca catatan ini, saya mungkin telah pergi mengadap Ilahi. Doakanlah saya di kalangan orang-orang yang beriman.
Akak, saya isteri Badri yang dikahwininya setahun lalu. Kami bertemu di kelab malam yang selalu dikunjungi Badri. Dia tidak mencintai saya tetapi saya merasa amat bertuah apabila dia sanggup mengeluarkan saya dari neraka itu dan menjadikan saya seorang isteri yang bertuah biar tidak memiliki cintanya. Mungkin akak tidak tahu yang Badri telah meninggal dunia 4 bulan yang lalu kerana barah hati. Dia meninggalkan saya yang ketika itu sedang mengandungkan anaknya 5 bulan. Pilu hati ini, patah kaki dan tangan saya untuk meneruskan hidup yang sudah sedia kosong ini. Saya sebatang kara, begitu juga Badri dan saya tahu akak pasti sudah sedia maklum dengan keadaan Badri.
Saya mengenali akak kerana Badri sering bercerita tentang seseorang yang bernama Nisa’, yang disayanginya sepenuh hati tetapi terpaksa dikecewakannya kerana penyakitnya. Dia tidak sanggup akak merana kerana kematiannya kelak. Dan saya tahu, akak tidak tahu-menahu mengenai penyakitnya itu. Dia sering berkunjung ke kelab malam kerana kecewa dengan hidupnya dan di situ juga kami bertemu.
Akak, hakikat hidup saya sangat sukar untuk diterima. Mungkin nasib saya memang begini. Saya juga berhadapan dengan maut. Saya sebenarnya tidak dibolehkan mengandung kerana rahim saya tidak kuat. Namun saya tetap mahu mengandung demi Badri dan kini, saya hanya menanti saat melahirkan yang menurut kata doctor, peluang saya untuk hidup amat tipis selepas melahirkan. Saya pasrah.
Namun saya harus bertindak pantas demi anak yang bakal dilahirkan. Saya tidak mahu anak saya nanti juga bernasib malang seperti saya dan kerana itulah saya berhajat untuk mengamanahkan anak saya yang bakal lahir nanti kepada akak. Akak ambillah dia sebagai anak angkat. Saya tahu permintaan ini agak berat kerana kita tidak saling mengenali dan akak juga punya kehidupan tersendiri namun saya percaya, akak tak akan menolak permintaan ini. Badri sangat percayakan akak dan kerana itu, saya juga percaya akaklah orangnya yang paling layak dan sesuai menjaga anak kami nanti setelah ketiadaan saya.
Saya percaya akak akan mendidiknya sebaik mungkin yang mungkin saya sendiri tidak mampu lakukan sekiranya saya mempunyai umur yang panjang. Saya percaya anak kami akan selamat dan aman di tangan akak. Didiklah dia seperti anak akak sendiri.
Saya terfikir juga, sekiranya akak tidak mampu untuk menjaga anak kami nanti, berilah dia kepada orang lain yang akak percaya mampu menjaganya sebaik akak. Saya percaya dengan penilaian akak dan saya reda jika itu yang akak mampu lakukan untuk anak kami nanti.
Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan akak nanti.
Sekian dari saya,
Suraya.”
Air mata mengalir laju menuruni pipi. Isi kandungan surat itu benar-benar di luar jangkaannya. Badri, itu helahmu rupanya. Sayu bila memikirkan insan yang pernah disayanginya sepenuh hati sebelum kehadiran Daniel. Teringat betapa kecewanya dia apabila Badri sentiasa melarikan diri darinya sehingga Badri melafazkan kalimah mahu berpisah dan menamatkan hubungan mereka.
Hana, anak Badri. Kedengaran tangisan si kecil di bilik di mana dia bertemu Suraya tadi. Pantas dia bangun dari kerusi menunggu di luar bilik itu lalu masuk ke dalam bilik. Digendongnya Hana dengan pipi yang basah dengan air mata.
Hana, apalah nasibmu menjadi yatim piatu di hari kelahiranmu! Nisa' merintih sayu. Beberapa ketika kemudian misi masuk ke dalam bilik itu. Melihat suasana itu hatinya turut tersentuh.
“Cik Nisa', awak nak kami uruskan jenazah?” Tanya misi itu perlahan.
Nisa' mengesat air mata. Cuba berbicara dalam sebak.
“Ya, tolong uruskan jenazah. Saya perlu balik dahulu untuk menukar pakaian. Saya akan uruskan bayarannya. Dia tanggungjawab saya sekarang. Saya yang akan menjaga Hana.” Yakin Nisa' menuturkan kata-kata itu.
Misi itu mengangguk perlahan, terharu dengan kesanggupan Nisa', kagum dengan wanita itu yang sanggup menerima anak orang lain kerana amanah. Nisa' mengerling jam di tangan. 4.30 pagi. Nisa' menghampiri sekujur tubuh yang kaku itu. Dibuka penutup mukanya lalu dikucup dahi Suraya. Semoga dirimu aman di sana.
***************************************
Nisa' mengetuk-ngetuk pintu Mala. Hendak dikuatkan lagi ketukan bimbang pula si kecil dalam kendongan akan terjaga. Tidak lama kemudian, pintu terbuka dan tersembul wajah Mala yang mamai di balik daun pintu.
“Kau ni kenapa? Kan aku dah kata karang aku datang amik kunci?” ujar Mala kecewa kerana tidurnya diganggu buat kali kedua pada hari itu. Seketika, matanya tertancap pada Hana yang nyenyak tidur di dalam kendongan Nisa'.
“Eh Nisa'! Anak siapa ni?” ujar Mala kehairanan juga cemas. Ngantuknya seakan dilupakan.
“Ha, itulah yang aku kacau kau lagi sekali ni. Kot ye pun bagi la aku masuk dulu. Pagi-pagi buta nak menyembang kat luar je ke?” ujar Nisa' separuh berbisik.
“Oh, ya tak ya. Ok.” Lalu pintu dibuka dan Nisa' masuk ke dalam.
“Nisa', baby ni anak sapa? Kenapa muka kau macam ni?” Nisa' masih diam, tidak menjawab soalan sebaliknya dia bertanyakan kain alas untuk meletakkan Hana di atas sofa. Pantas Mala masuk ke bilik mengambil selimut bersih lalu diberi kepada Nisa'.
Nisa' meletakkan Hana berhati-hati ke atas sofa lalu direnung wajah mulus itu. Bayi yang baru berusia sehari.
“Nisa', kenapa ni?” Tanya Mala apabila air mata Nisa' menitis perlahan menuruni pipi. Nisa' tidak menjawab sebaliknya dia memeluk Mala yang masih termangu-mangu, bingung dengan situasi itu.
“Nisa', kenapa ni?” ujar Mala cuba menenangkan namun esakan Nisa' bertambah kuat.
“Nangisla, lepaskan perasaan kau. Jangan dipendam. Lepaskan semuanya….” Dan esakan Nisa' tetap tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti. Si kecil Hana masih tidak berkutik. Lena dalam tidurnya.
**********
“Baby ni anak ex kau? Serius?” Nisa' meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda meminta Mala memperlahankan suaranya. Setelah hampir 15 minit Nisa' teresak-esak, baru dia berpeluang menceritakan hal sebenar kepada Mala.
“Ops! Sorry. Terkuat. Habis sekarang kau akan jaga dia? Daniel macam mana?” Nisa' merenung Hana sebelum memandang wajah Mala yang menuntut seribu penjelasan.
“Entah la Mala. Aku pun tak tau nak cakap macam mana kat Daniel nanti. Aku rasa takut. Dahla semalam tiba-tiba dia cakap pasal anak. Tup-tup aku dapat anak pulak. Aku tak tau apa penerimaan dia nanti.” Ujar Nisa' gelisah.
“Ok, Nisa', kau jangan fikirkan Daniel dulu. Kau tu sekarang macam mana? Kau memang betul nak jaga baby ni?” Tanya Mala.
Nisa' terdiam memikirkan pertanyaan Mala. Benar, dia sendiri tidak pasti apa kata hatinya ketika ini. Mengikut amanah, memang dia tiada pilihan tapi jika dia menimbangkan keadaan sekeliling, bayi ini tidak sepatutnya menjadi tanggungjawabnya.
“Aku pun tak pasti Mala. Apa yang aku tau, aku ada amanah sekarang. Kalaupun aku nak bagi dekat orang lain, siapa? Aku tak percayakan orang Mala. Aku tak berani. Aku bimbang Hana akan dipersiakan nanti.” Nisa' melabuhkan pandangannya pada Hana.
Sekarang bila-bila masa saja si kecil itu akan bangun mencari susu. Kala ini ibunya yang patut bersamanya.
“Ok. Yang tu kita fikir lain. Kita fikir hal sekarang, hal hari ni. Kau nak letak dia kat mana sekarang? I mean, takkan kau nak jaga dia sambil kau kerja kot?” persoal Mala.
Nisa' mengangkat mukanya memandang Mala.
“Maksud kau nursery?” Mala mengangguk.
“Entah. Aku tak fikir apa-apa pun sekarang. Sudahlah 7.30 nanti Daniel akan datang ambil aku ke bengkel. Aku rasa aku tak boleh bagi dia tau pasal Hana. At least not now.”
“Hmm, aku rasa pun macam tu. Ok. Macam ni. Apa kata kau minta cuti sakit hari ni? Kau nak urus jenazah lagi kan? Nanti kau ikut Daniel ambil kereta then kau balik sini. Tapi kau jangan bagitau dia kau tak pergi office. Sementara tu aku jaga baby ni. Tapi sekarang kau kena cari susu bayi dulu. Baby ni umur baru sehari. Tali pusat pun tak kering lagi. Dia akan menangis nakkan susu setiap 2 jam Nisa'. Percayalah. Aku tau sebab aku pernah jaga anak kakak aku dulu.”
“Hmm, baiklah.” Ujar Nisa' Cuma menurut. Dia juga buntu. Mujur ada Mala.
“Mala, thanks for being with me now.” Ujar Nisa' perlahan. Mala tersenyum.
“Tak apa la. Apa guna kawan dan berjiran kalau tak tolong? Dah, dah pergi. Tengok kedai 24 jam. Jangan beli banyak. Beli untuk sekarang je dulu. Nanti kita cari yang baru yang lebih bagus untuk bayi. Sekarang apa yang ada kau beli je dulu. Lagi satu, lampin pakai buang sekali tau. Jangan lupa pulak.” Mala mengingatkan.
Nisa' bangkit menjalankan tugasnya.
45 minit kemudian, dia pulang dengan mendapati Hana sedang menangis kuat di pangkuan Mala.
“Nisa', cepat. Lamanya kau.” Nisa' menghampiri Mala lalu mengambil Hana.
Mala pula mengambil alih tugas membancuh susu.
“Eh, aku mintak kau beli susu je ya? Mujur kau boleh fikir lagi nak beli botolnya.” Ujar Mala sambil ketawa kecil.
Mala bekerja pantas dan sekejap sahaja susu sudah siap dibancuh. Dihulurkan pada Nisa' yang pantas menyuapkan puting botol ke dalam mulut Hana dan Hana terus senyap.
“Kesian Hana. Hana lapar ya? Maafkan umi Nisa'. Umi Nisa' lambat sikit tadi.” Ujar Nisa' seakan berbisik.
Nisa' mengamati wajah Hana. Sekilas dia dapat melihat wajah Badri pada mulus wajah itu. Badri…
Hana sudah tidur kembali. Mala sibuk membelek barang-barang yang dibeli Nisa'. Nisa' mengerling jam di dinding. 6.45 pagi. Begitu pantas masa berlalu.
Hana diletakkan perlahan di atas pembaringannya tadi.
“Mala, aku kena balik rumah dulu. Kau tengokkan Hana ya? Aku nak solat dan bersiap. Nanti aku datang balik. Lepas tu, aku kena tinggal lagi dia dengan kau.”
“Tak apa. Lagipun aku masuk pukul 9. Sempat je kau balik sini balik sebelum aku pergi kerja.”
“Betul Mala? Thanks. Aku balik dulu.” Bergegas Nisa' balik dan kembali semula setengah jam kemudian.
10 minit kemudian, Daniel sampai dan Nisa' bergegas turun.
“Assalamualaikum.” Ucap Nisa' sebaik memasuki kereta Daniel. Kebiasaannya apabila mereka berjumpa pertama kali dalam satu hari.
Daniel menjawab perlahan. Nisa' hairan apabila Daniel tidak terus memandu keretanya.
“Kenapa?” tanyanya kepada Daniel apabila Daniel merenung wajahnya tidak lepas.
“Awak tak tidur ke semalam?” alamak! Dia perasan la pulak.
Nak jawab apa ni? Daniel mudah perasan segala perubahan yang berlaku pada Nisa'. Walau sedikit. Otak Nisa' ligat memikirkan jawapan. Nak cakap habiskan kerja, Nisa' tidak pernah membawa kerja pulang. Kerana itu dia bertungkus-lumus di pejabat. Nak jawab apa ni?
“Err, tidur tapi mimpi ngeri. So asyik terjaga and tak nyenyak.” Nisa' memberi alas an. Mujur sempat fikir.
Kereta Daniel sudah meluncur di atas jalan.
“Awak ni tidur tak basuh kaki ke? Selalu tak pernah lupa kali ni lupa?” Daniel membuat andaiannya sendiri.
Nisa' tersenyum, mengiyakan tidak menidakkan pun tidak.
Sampai di bengkel, Nisa' meminta Daniel beransur dahulu dengan alasan mekanik mahu berbincang sesuatu mengenai keretanya dan Nisa' mungkin akan lambat ke pejabat. Daniel Cuma menurut. Nisa' menarik nafas lega kerana Daniel tidak mengesyaki apa-apa. Pantas dia menguruskan keretanya lalu memandu pulang.
“Awal jugak kau.” Komen Mala apabila Nisa' sampai ke rumahnya. Nisa' terus menghadap Hana yang masih lena tidur.
“Hmm, Daniel tak banyak kerenah. Mujur la. Tapi dia ada Tanya kenapa aku macam tak cukup tidur. Aku pun kelentong la, mimpi ngeri.”
“Pandai kau. Aku nak keluar dah ni. Jom, kita pindah rumah kau.” Lalu Mala mengutip barang-barang bayi yang dibeli tadi sementara Nisa' mengendong Hana.
“Nanti kau nak keluar kau bancuh susu siap-siap. Dia menangis je kau bagi susu. Jangan lupa telefon office cakap kau cuti hari ni. Lagi satu, ganti lampin dia. Alamak, baby wipes tak beli kan?” ujar Mala seraya menepuk dahinya.
Nisa' berkerut-kerut melihat Mala.
“Apa tu?”
“Apa tu? Ha, tu la kau. Tak pernah ambil tau hal bayi ni. Sekarang ni, orang cuci punggung bayi guna baby wipes. Tak payah susah-susah guna kain lap lepas tu nak basuh lagi. Aku lupa nak cakap tadi. Hmm, tak apa la, kau guna la benda lain dulu. Kain yang lembut tau! Petang karang aku balik, kita pergi shopping semua benda baby. Bestnya!” ujar Mala teruja.
“Ish kau ni. Kalau kau yang kena jaga dia baru kau tau.” Ujar Nisa' mengusik.
“Ish, janganlah. Aku tengok kau pun aku dah risau. Tapi tak apa Nisa'. Anak ni rezeki. Walaupun dia bukan anak kau, tapi dia dah jadi anak yatim piatu. Besar pahalanya Nisa' kau jaga dia.” Mala bertazkirah.
Nisa' mengangguk-angguk setuju.
“Betul cakap kau.” Mereka masuk ke rumah Nisa' dan Mala beredar sebaik dia meninggalkan sebakul lagi peringatan pada Nisa' tentang bayi.
Nisa' membuka kain yang membalut tubuh kecil Hana perlahan lalu ditanggalkan lampin Hana. Nak lap dengan apa ni? Kain yang lembut. Kain tudung aku? Ish, peningnya. Nisa' menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Tiba-tiba dia teringatkan sapu tangan sutera yang Daniel beri padanya semasa Daniel pulang dari China. Yang tu boleh kot?
Sorry Daniel, tak putus-putus Nisa' meminta maaf di dalam hatinya. Boleh basuh kan? Dia menyedapkan hatinya. Sebaik selesai, Nisa' tertidur di sebelah Hana di atas katil queen-sized nya. Dia terpisat-pisat bangun apabila tangisan Hana memecah kesunyian. Seketika Nisa' termangu-mangu memikirkan dari mana datangnya tangisan bayi sebelum dia teringat akan kewujudan Hana. Pantas dia menenangkan Hana seketika sebelum berlari ke dapur menyediakan susu.
Sampai di dapur, Nisa' terpaku. Nak buat apa dulu? Banyak mana susu ni? Ah, letak jela. Bukan membazir pun, dia minum.
Lalu masuklah 5 scoop susu itu ke dalam botol yang sederhana besar. Air panas pula dimasukkan sehingga setengah botol. Teringat pula dia melihat orang merasa kepanasan air dengan menitikkan susu itu di belakang tangan. Nisa' meniru gaya itu. Terjerit kecil dia apabila air itu terasa panas. Mujur. Kalau tak melecur anak aku. Lalu dibuang sebotol susu itu lalu dibancuh yang baru.
Tangisan Hana semakin nyaring. Nisa' semakin gelabah. Tiba-tiba telefon bimbitnya pula berbunyi nyaring. Alamak, masa ni lah kau nak bunyi! Marah Nisa' di dalam hati. Susu sudah hampir siap. Dia berlari ke bilik yang sudah bingit dengan bunyi tangisan Hana dan telefon bimbitnya yang bordering. Dicapai telefonnya lalu ditekan punat hijau.
“Hello,” ditekapnya telefon ke telinga sementara sebelah tangannya menyumbat puting susu ke dalam mulut Hana. Dia melepaskan nafas lega.
“Helo, cik Nisa'?”
“Ya saya. Siapa ni?” lelahnya masih belum hilang.
“Saya Liza la. Cik Nisa' tak kerja ke hari ni? Encik Hashim Tanya.”
“Oh, saya lupa nak telefon, saya cuti hari ni. Saya ada hal peribadi.”
“Oh ye ke? Okla, saya akan sampaikan pada encik Hashim. Err, cik Nisa', tadi ada bunyi baby nangis tu siapa?”
“Hah? Eh mana ada? Awak salah dengar kot?”
“Hmm, ye kot? Ok cik Nisa'. Jumpa esok.”
“Ok bye.” Telefon diletakkan. Nisa' terbaring di sebelah Hana sambil sebelah tangannya masih memegang botol susu Hana.
Dia melepaskan nafas lega. Aduh, penatnya kepala otak!
No comments:
Post a Comment