Nisa' resah di duduknya. Dingin kereta itu tidak dirasakannya. Peluh dingin tetap mengalir di balik tudungnya, membasahi kolar blausnya. Mala mengerling Nisa' di sisi. Dia tahu Nisa' tidak menginginkan semua itu. Tapi apakan daya? Dia terpaksa demi umminya yang semakin hari semakin mendesak.
“Nisa', relakslah. Kita tak tau lagi diorang tu ok ke tak. tak semestinya kau kena bagi Hana kat diorang.” Tegur Mala.
Nisa' tidak menjawab. Menarik nafas dalam. Destinasi yang dituju semakin hampir.
“Mala, siapa yang kenalkan kau pada diorang?” Mala mengeluh kecil bersama senyum tawar.
Sudah berpuluh kali soalan itu ditanya Nisa', dan berpuluh kali juga Mala menjawab. Dia sedar Nisa' tidak tenteram. Tiada apa yang lekat di fikirannya sekarang kecuali Hana.
“Kawan ofis. Mereka saudara jauh dia. Dia kata diorang ok. insyaAllah.” Mala meyakinkan Nisa'.
Ok? Itulah yang aku risaukan. Getus Nisa'. Nisa' mengeluh lagi. Hana...
Sebaik tiba di restoran di mana mereka berjanji untuk bertemu dengan pasangan itu, debaran di dada Nisa' semakin menggila. Dia semakin dapat merasakan, Hana akan pergi darinya.
Mereka turun dari kereta. Nisa' melangkah lambat, terlalu lambat sehingga Mala terpaksa menarik tangannya supaya langkahnya dipercepatkan sedikit.
“Nisa', please, kita dah lambat ni,” pujuk Mala.
Matanya meliar mencari pasangan itu. Dia ada melihat gambar mereka yang ditunjukkan oleh rakan sekerjanya itu.
“Hah, tu pun diorang.” Mala menarik tangan Nisa', namun Nisa' tidak berganjak. Mala menoleh melihat Nisa' yang menggeleng perlahan.
“Mala, I don’t know if I can do this.” Mala melepaskan tangan Nisa'. Dia memegang kedua-dua bahu Nisa'.
“Nisa', look at me. This is a very good opportunity. You don’t know if you could find anyone else to give Hana to in the future. This is the best couple and the only choice we have. Well, if you really want to stop your mother’s nagging.” Mereka bertatapan lama. Nisa' mengalih pandang.
“Tapi, kau pun tau, it’s not about finding good people to take care of Hana, it’s about me Mala. I don’t know if I can live without Hana. I’m used to having her by my side, listening to her cries, sleeping with her, how could I change my routine if they qualify and I give her to them Mala? How could I?” Mala melepaskan bahu Nisa'. Memeluk tubuhnya.
“Nisa', its either you give her to someone else or you let your mother hates you for the rest of her life. You choose.” Mala mengingatkan.
Nisa' menatap wajah Mala yang serius. Yang setia menanti jawapan. Mujur restoran ini tidak begitu ramai pengunjung kala ini. Jadi tindakan mereka bertekak di sudut itu tidak begitu menarik perhatian ramai.
Nisa' mengurut dahinya, melepaskan keluhan panjang. Dia benar-benar terbeban. Sorotan matanya kembali pada Mala.
“Well? I’m waiting.” Nisa' turut memeluk tubuhnya. Ummi. Hana. Dia benar-benar celaru. Keliru. Bingung. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Hendak dikulum sahaja pun tak boleh. Apa nak buat ni?
“Nisa', let’s do this. After this, kita takkan cari orang dah. I will let you decide but now, since kita dah ada kat sini, let’s just meet them, ok?” pujuk Mala. Nisa' melirik wajah Mala. Tidak pasti.
Mala menarik tangan Nisa', dan kali ini Nisa' turut mengikut langkah Mala. Mungkin dia perlu berjumpa mereka dahulu kemudian baru dia memutuskan. After all, hak untuk memberi Hana tetap ada pada dia bukan? Nisa' menyedapkan hati sendiri.
Mereka menghampiri meja itu. Nisa' dapat melihat riak ceria terpampang di wajah kedua suami isteri itu. Dia bertambah gelisah.
“Assalamualaikum, maaf, kami lambat.” Kata-kata Mala disambut senyuman.
“Tak apa, kami pun baru sampai.” Suaminya menjawab.
Nisa' menjeling. Entah kenapa, mengingatkan mereka mungkin akan mengambil Hana darinya menyebabkan dia prejudis pada mereka. Betulkah mereka baik? Atau berlakon sahaja semata-mata untuk mendapatkan Hana?
“Saya Mala, ini Nisa', penjaga Hana.” Mala menunjuk Nisa' yang sudah duduk di sisinya.
Si isteri menghulur tangan namun tidak disambut Nisa'. Dia terlalu asyik melayan fikirannya sehingga dia tidak menyedari tindakan wanita itu. Mala menyiku Nisa' perlahan.
“Apa?” getus Nisa' geram.
“Salamlah,” Mala berbisik perlahan.
Melihat huluran tangan itu, Nisa' menyambut bersama senyum tawar. Dia tidak merasa bersalah langsung. Kelat wajah si isteri.
“Ok, cik Nisa' dan cik Mala nak makan apa?” Tanya Bakar. Mala menoleh ke Nisa'.
“Nak makan?”
“Tak nak.” Jawab Nisa', ringkas. Bakar dan Riani berpandangan sesama sendiri.
“Ok, minum?” Tanya Bakar lagi.
Mala mengerling Nisa' sekilas.
“Fresh orange dua.” Bakar mengangguk mendengar jawapan Mala, memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
Nisa' masih memandang ke arah lain. Benar-benar menunjukkan ketidaksudian dia berada di situ.
“Hana mana? Tak bawak sekali?” Tanya Riani.
Nisa' menjeling. Dah tak Nampak tu tak ada lah. Lagi nak Tanya.
“Err, tak, dia kat rumah pengasuh.” Jawab Mala.
“Oo,” muncung mulut Riani.
“Cik Nisa' ni kerja apa?” Riani bertanya lagi, matanya jatuh pada Nisa'.
“Dia financial manager.” Mala menjawab lagi apabila melihat Nisa' seperti tidak mendengar soalan itu.
“Oo,” muncung lagi. Mala mencubit Nisa' di bawah meja, cukup untuk membuatkan Nisa' menjerit kecil.
“Sakitlah,” marah Nisa', menghadiahkan pandangan tajam pada Mala. Mala tetap memandang ke hadapan, mengukir senyum di hadapan Bakar dan Riani yang melihat mereka dengan pandangan pelik.
“Dengarnya Encik Bakar buat bisnes sendiri ya?” Tanya Mala pula, mahu menghilangkan suasana janggal antara mereka.
“Ya, saya buat bisnes sendiri. Adalah sikit-sikit.”
“Puan Riani suri rumah ya?” Riani mengangguk. Nisa' Cuma menjadi pendengar. Jelas tidak berminat.
“Haah, saya sebenarnya berkerja dulu, tapi lepas kahwin, Bakar minta duduk rumah, jaga anak-anak. Hmm, tapi tu lah orang kata, tak ada rezeki. Dah sepuluh tahun kami kahwin. Tak ada rezeki lagi.” Riani mengukir senyum tawar.
“Boleh saya tau, kenapa cik Bakar dan Riani tak nak ambil anak angkat dari rumah anak yatim? Tu pun, kalau kalian tak keberatan nak menjawablah.” Bakar tersenyum mendengar permintaan Mala.
“Sebenarnya, kami nak ambil anak angkat yang mempunyai latar belakang yang pasti. Macam Hana, saya boleh pastikan keluarganya siapa, ibu bapanya yang sebenar siapa, pekerjaan mereka dulu apa, latar belakang seperti itu supaya kelak nama baik keluarga kami akan dapat dikekalkan. Yelah, cik Mala faham-faham sajalah, budak-budak di rumah anak yatim tu kadang-kadang kita tak tau mak ayahnya siapa, latar belakang mereka bagaimana. Itu yang kami risaukan tu,” jelas Bakar. Riani di sebelah mengangguk menyokong.
Mala turut mengangguk faham.
“Oh, begitu.”
Nisa' merenung Bakar sebaik sahaja dia habis bercakap? Latar belakang yang pasti? Nak jaga nama baik?
Hmm, I think I can do something about that. Fikirannya mula ligat merencana sesuatu.
Dia mula berminat untuk turut serta dalam perbualan itu.
“Ooh, macam tu ya encik Bakar?” Mala menoleh pantas, terkebil-kebil melihat Nisa' yang seperti baru dikejutkan dari tidur.
Wajahnya ceria, tidak seperti tadi. Mala tahu ada yang tidak kena dengan Nisa' tapi apa yang boleh dia buat sekarang? Dia terpaksa membiarkan sahaja Nisa' begitu, tiada pilihan. Mala menggaru dahi. Berdehem perlahan.
“Hmm, Mala dah beritahu cik berdua ke latar belakang Hana?” Tanya Nisa' bersama senyum lebar.
Bakar dan Riani sudah berpandangan antara satu sama lain. Pelik dengan Nisa' yang tiba-tiba ramah.
“Err, ada sikit-sikit. Katanya, mereka orang baik-baik. Mereka meninggal kerana barah otak dan barah rahim.” Bakar berkata yakin.
“Oo, itu je?” Nisa' mengerling Mala di sisi. Pelayan datang membawa pesanan mereka, dan suasana sepi seketika. Masing-masing meneguk minuman yang dihidangkan.
Nisa' menolak gelasnya ke tepi sedikit seakan mahu menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh untuk berbicara dengan mereka.
“Hmm, selama ni encik Bakar, cik Riani, saya memang risau kalau-kalau Hana akan stay dengan saya sampai tua. Yelah, saya tak kahwin lagi. Kalau dia dengan saya, macam mana saya nak kahwin kan?” suara Nisa' sayu. Sedih yang dibuat-buat. Bakar dan Riani mengangguk-angguk.
Mala melirik Nisa'. Ish, apa pulak dia merepek ni?
“Saya memang risau sangat tak ada orang akan ambil Hana jadi anak angkat. Yelah, mak dia bekas GRO. Ayahnya jumpa mak dia pun di kelab malam. Sebab tu lah saya risau bila orang tau pasal Hana, orang takkan adopt dia. Tapi saya bertuah sangat, sebab saya dah jumpa pasangan yang baik hati, macam kalian berdua.” Bakar terkedu, Riani sudah tak senang duduk.
Mala mencubit Nisa' kuat di bawah meja namun demi meneruskan lakonannya, Nisa' menahan sakitnya. Tidak mengendahkan Mala di sisi.
Dia seperti mahu ketawa di situ juga melihat wajah kelat Bakar dan Riani. Namun ditahan sahaja perasaan geli hatinya itu.
Bakar beralih pada Mala.
“Cik Mala, betul ke apa yang cik Nisa' cakapkan ni?” Bakar meluahkan rasa tidak percaya.
Mala kelu melihat pandangan tajam Riani dan Bakar. Nisa'! apa kau dah buat!
“Err, saya boleh terangkan.” Mala gugup menahan panahan mata mereka.
“Terangkan? Maksudnya, betullah Hana tu anak GRO?” tempelak Bakar.
Nisa' berpura-pura tidak mendengar tempikan marah Bakar. Dia meneguk minumannya bersahaja. Menikmati setiap saat tanpa resah lagi. Bakar tersandar di kerusi. Riani melirik Nisa' yang tenang di duduknya sebelum melihat Mala semula.
“Mujur cik Nisa' cakap. Kalau tak, entah anak siapa yang kami ambil nanti. Bang, jom balik. Yani tak nak ambil budak tu jadi anak angkat kita.” Riani sudah bingkas. Bakar menurut dengan pandangan tidak puas hati. Mala melopong melihat mereka pergi dengan pandangan tidak percaya. Mala mengepal tangannya.
“Nisa', apa kau dah buat?” marah Mala. Dia menyandar di kerusi, menyilang tangannya di dada. Benar-benar marah.
Nisa' menoleh kepada Mala.
“Mala, aku tak nak serahkan Hana pada diorang. Besides that, diorang ada hak nak tahu siapa sebenarnya Hana. I told them the fact.” Ujar Nisa' selamba. Baru kini dia senang hati.
Mala mendengus.
“Yes, I know but not by expressing it that way. They are mad with me, not you!” marah Mala lagi.
“Mala, I’m sorry about that but there is nothing I can do. I have to. You heard what they want. Diorang nak a child with a clean family background. You know she is not.” Hujah Nisa' bersungguh-sungguh.
Mala melirik Nisa' lama, tidak menjawab. Tiba-tiba dia ketawa. Berkerut dahi Nisa' mendengar tawa Mala yang tiba-tiba itu.
“Kenapa pulak ni?” Nisa' bertanya bersama senyum nipis. Hatinya tenang kini. Hana akan tetap bersamanya.
Mala tidak menjawab. Ketawanya masih belum berhenti. Nisa' turut ketawa. Entah apa yang lucu dia tidak tahu.
Mala menggeleng kepala dalam tawa yang masih bersisa.
“Pandai jugak kau berlakon ek? Aku tak sangka betul.” Akhirnya, Mala menjelaskan sebab tawanya pecah. Nisa' ketawa kecil mendengar pujian Mala.
“Well, I think I can do any unusual things for Hana, anything.” Nisa' berkata yakin.
“Well, that’s one!” Mala mencapai gelasnya, lalu meneguk minumannya yang masih berbaki. Dia mengerling dua gelas di depannya yang sudah tidak bertuan.
“Nisa', tengok, siapa nak bayar?” marah Mala, mengusik Nisa' yang masih tersenyum panjang. Ditunjuk dua gelas itu.
Nisa' menjungkit bahu.
“Well, that makes two of the things I can do for Hana.” Dan mereka ketawa lagi.
best..mst irfan yg suke kat nisa' kan??
ReplyDeletebut ksian kt daniel...snyp cm 2 je..ermmm pndai writer olah cte ni.x borink..mmg best.
ReplyDelete