About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, April 18, 2009

Kira Ayumi 5

Kira melangkah masuk ke rumah yang sunyi. Dia melepaskan keluhan kecil. Seperti yang sudah dia jangka, mama dan papanya tiada di rumah. Masih petang, masih terlalu awal untuk mereka pulang. Kak Timah yang tidak menyedari kepulangan Kira sibuk di dapur. Kira mendekati Kak Timah perlahan-lahan.

‘Kak Timah!’

‘oh mak kau!’ latah Kak Timah. Kira ketawa berdekah-dekah.


‘Kira! Kenapa tak panggil Kak Timah tadi?’ ujar Kak Timah bernada kesal.

‘tak apa, Kira bukan tak ada kunci.’ Jawab Kira seraya menarik kerusi dan duduk. Dia mengambil sebiji epal lalu digigitnya.

‘Kira seronok kat kolej?’ Tanya Kak Timah, dia juga menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Kira.

Kira mengangguk sahaja. Seketika, ingatannya melayang pada Hafiz. Lalu dia senyum sendiri.

‘ha, senyum sendiri ni mesti ada apa-apa? Dah dapat pakwe hensem ke?’
Ya! Tapi jawapan itu hanya terkeluar di fikirannya di sahaja. Tidak terlafaz.

‘mana ada la. Dapat kawan ramai.’ Ujar Kira. Dia menggigit lagi epal itu lalu dikunyahnya.

‘hmm, ye lah tu. Kira nak makan apa malam ni? Kak Timah masak special untuk Kira.’

‘ye ke? Hmm, kalau macam tu, Kira nak Pizza Hut, Kenny Roger’s, KFC, McD, semualah.’ Ujar Kira bersungguh-sungguh.

Kemudian dia ketawa kecil apabila melihat wajah Kak Timah yang sudah terkulat-kulat.

‘Kak Timah ni macam tak kenal Kira pulak. Kira makan apa saja yang Kak Timah masak. Jangan risau. Ok?’ ujar Kira lalu bangun menuju ke peti ais. Dia mengambil sebotol air sejuk, dituang di
dalam gelas lalu diteguknya habis.

‘Kak Timah, Kira naik dulu. Nak mandi dan rehat. Penat.’ Ujar Kira seraya berlalu pergi. Kak Timah Cuma mengangguk sahaja.

Sampai di biliknya, Kira terus merebahkan badannya yang kepenatan.

Kini baru dia berpeluang meneliti kembali apa yang telah berlaku sejam dua yang lalu. Dia tidak tahu adakah dia mengambil tindakan yang betul. Tapi dia tahu perasaannya pada Hafiz tulus.

Dia bukan seorang yang mudah jatuh cinta namun kini dia merasakannya.

Adakah ini yang orang bercinta akan lakukan? Bertindak tanpa memikirkan kesannya kelak. Kesannya? Apa akan jadi kalau hubungan mereka diketahui orang? Dia tertanya-tanya kesusahan apa yang akan menimpanya jika hubungan mereka sampai ke pengetahuan orang-orang tertentu.

Sedang dia mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima. Kira tersenyum sendiri. Mesej dari Hafiz.

Ingatkan saya?

Kira senyum mengejek. Perasan! Pantas jarinya menaip balasan.

Perasannya awak!

Dan mesej masuk lagi.

Betullah tu. Awak menyesal?

Balasan Kira,

Tak dan takkan pernah menyesal. Kalau saya nak menyesal awal-awal lagi saya dah tak kisah dengan awak.

Jadi selama seminggu kita kenal ni awak kisah la dgn sy?

Haah kan. Kt br sminggu kenal. Menyesal la pulak.

Padan muka kau, usik aku lagi. Kira tersenyum sendiri.

Awak menyesal? Betul? Tapi satu saya nak cakap, saya tak pernah menyesal kenal dengan awak Kira. Cuma saya sedih bila awak akan susah bersama saya. Kira, masih belum terlambat kalau awak nak menarik diri. Saya faham… :(

Kira mengeluh panjang.

awak jangan Tanya lagi boleh? Macam mana kalau saya kata saya tak sanggup?

Kalau awak tak sanggup, saya lagi tak sanggup Kira. Sy tak kan maafkan diri sy kalau sesuatu terjd pd awak Kira.

Hairan. Kita kenal tak sampai seminggu tapi kenapa kita boleh terikat dengan satu sama lain begitu cepat?

Kan awak jugak yang kata, rasa tu hadir tanpa kita minta tapi ia tetap hadir. Kan?

Hmm, betul, this is my first time Hafiz.

Tiada balasan tapi telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Kira menjeling sekilas nama pemanggil sambil tersenyum simpul.

‘kenapa telefon?’ tiada hai salam atau sapaan, itu yang ditanyanya dulu.

‘sebab saya nak dengar pengakuan tu dari mulut awak sendiri. Betul this is your first time?’ tanyanya seakan tidak percaya.

‘kenapa tak percaya?’ Tanya Kira pula. Dia ketawa kecil.

‘because you are lovable Kira. How could you have no one in your heart until now? It’s just unbelievable.’

‘sebab saya takut untuk jatuh cinta. Dan tak sangka pula when I first fell in love, awak orangnya.’

‘dan ketakutan awak mungkin akan menjadi igauan buruk awak Kira.’ Hafiz mengingatkan lagi.

‘saya tahu, saya rasa saya nak pertimbangkan balik boleh tak? Saya nak fikir balik.’ Tanya Kira, lebih kepada mahu mengacah.

‘Kira, saya tak main-main ni.’

‘saya pun. Tu la awak, asyik Tanya benda yang sama, penat la saya. Kan saya dah kata saya takkan menyesal? Kenapa awak nak Tanya banyak kali? Awak nak saya undur diri? Macam tu?’ tingkah Kira.

Terdengar keluhan panjang Hafiz.

‘Kira, saya Tanya sekarang sebab kita belum begitu rapat lagi. Nanti bila sayang saya pada awak dah menebal, saya bimbang kita akan lagi sakit untuk meneruskan semua ni. Dan saya tak sanggup merasa sakit sebegitu lagi.’

‘Hafiz, walaupun ini kali pertama saya menyukai seseorang dan pertama kali sy terpaksa berhadapan dengan situasi ni, tak pernah terlintas di hati saya untuk menarik diri. Perasaan yang saya alami bukan main-main, dan saya akan buktikan pada mereka yang saya tak main-main dan cinta itu lebih agung dari segala-galanya.’

‘Kira, awak nak tau satu perkara? When I first saw you, I knew you are the one for me and now I know that it is very much true. You are the one for me.’ Kira terdiam, terharu mendengar pengakuan itu.

‘thanks Hafiz for that, I really appreciate it.’

‘Kira, promise me? Promise me that no matter what happens to you, you will let me know, small or big things, whatever, promise me you will tell me Kira?’

‘Hafiz, I promise you, no matter what happens to me, I will let you know, small or big things, whatever, I will tell you, ok?’ Kira memberi janji.

‘ok, ingat, awak dah janji. Saya tak nak awak berahsia dengan saya. Ok?’

‘ok, saya takkan berahsia dengan awak, awak pun jangan berahsia dengan saya tau.’

‘ok. Saya kena pergi dulu, nanti Wani nak datang rumah.’

‘hmm, ok. Bye.’

Dan talian dimatikan. Kira merenung siling. Wani. Hafiz. Kira memejamkan matanya rapat-rapat, malas mahu mengingati apa-apa sehingga dia tertidur.

Kembali ke kolej lusanya, Kira terus mencari Syafni di biliknya tetapi Syafni masih belum pulang. Kira menanti sehingga malam, barulah Syafni tiba di biliknya.

‘Syaf!’

‘ha, awal kau balik?’ ujar Syafni berbasa-basi.

Kira terdiam seketika. Syafni tidak memanggilnya awak lagi sebaliknya ‘kau’. Kira menjungkit bahunya, malas hendak ambil pusing tentang itu.

‘saya dah tau kenapa Hafiz jadi macam tu.’ Ujar Kira, menanti reaksi Syafni yang sibuk mengemas bajunya.

‘kenapa?’ Tanya Syafni. Kira pun bercerita panjang. Syafni Cuma mendengar sahaja tanpa memberi apa-apa reaksi yang Kira harapkan.

‘Syaf awak ok ke?’ Tanya Kira, mulai bosan bercerita seorang diri.

‘ha? Ok je. Kenapa?’ Tanya Syafni, raut wajahnya seakan baru tersedar yang dia tidak menunjukkan wajah ceria seperti selalu.

‘taklah, awak muram je. Are you sure you are ok?’ Tanya Kira lagi.

‘yes, I’m ok, Cuma mungkin penat sikit. Sorry Kira.’

‘tak apa, saya balik bilik dulu la. Esok cam biasa tau.’ Ujar Kira lagi seraya bingkas dari duduknya.

‘ok. Jumpa esok.’ Kira kembali ke biliknya, terlupa sebentar pada keanehan Syafni sebentar tadi.

Keesokan harinya, Kira dan Syafni sibuk berbincang tentang persatuan yang mahu mereka sertai. Menyertai persatuan atau kelab bukanlah satu kewajipan tetapi lebih kepada salah satu cara untuk mengisi masa lapang. Hari ini merupakan hari pendaftaran kelab dan persatuan yang terbuka kepada pelajar baru.

Kira bercadang mahu menyertai Kelab Fotografi sementara Syafni pula mahu menyertai Kelab Anak Seni.

‘nampaknya kita tak minat benda yang sama, kan?’ ulas Kira. Syafni mengangguk.

‘tak apa Kira, kita boleh meluaskan pemandangan, ramaikan kawan. Betul tak?’

‘betul. Kaunter Kelab Fotografi kat sana. Saya pergi dulu. Jumpa nanti. Kalau awak habis dulu, awak balik dulu lah.’

‘ok.’ Dan mereka berpisah haluan. Apabila Kira semakin hampir dengan kaunter pendaftaran kelab itu, telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang baru diterima dari Hafiz.

Kira, awak nak masuk kelab apa?

kelab fotografi. Awak kelab apa?

Kira, tu kelab saya. Awak masuk kelab lain, boleh?

Kenapa pulak?

Kira, awak dah lupa? Bahaya kalau kita berdua dalam satu kelab.

Tapi sy mmg minat fotografi. Dh lama sy teringin nk masuk kelab mcm ni.

Kira, sy hrp awak fikir baik-baik. Kalau awak sanggup, sy tak boleh buat apa but please, we must be very careful, ok?

Hmm, ok. Nanti sy gtau lain.

Kira bersandar di dinding, menimbangkan tindakan yang patut diambil. Minat atau cinta? Argh, pening!

p/s: ok,kali ni anda kena undi pilihan anda ok?

  • A ~ Kira masuk kelab lain
  • B ~ Kira tetap mendaftar namanya di Kelab Fotografi
  • C ~ Kira tak masuk mana-mana kelab. Buat pening je.

4 comments:

  1. napa syaf jd camtu..
    ntah2 nnt dia gtau wani pa..
    tidak!!!!!!!!!!
    hehehe

    ReplyDelete
  2. adess..dh agak..
    mesti mslah akn timbul ..
    susah tol brcinta ngn 1 kolej ni..
    kira jgn korbankan minat semata2 kerana cinta
    cinta tu tak bermata..
    bahaya kalo ikutkan kata hati..
    sesekali kite kene gune kata akal gak..

    ReplyDelete
  3. must say,,
    mcm cite jepon hana yori dango,,
    bezanya versi mlayu..
    hmm

    ReplyDelete