About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, April 11, 2009

Kira Ayumi 2

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Kira di biliknya sedang mengemas barang-barang yang masih belum habis dimasukkan ke dalam almari apabila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Nombor pemanggil yang tidak dikenali. Siapa? Kira meneka-neka sendiri. Nak angkat ke?

Kira cukup fobia dengan nombor asing kerana dia pernah mendapat panggilan dari mat bangla yang sebaik mengetahui Kira seorang perempuan, rajin pula dia menelefon. Sudahlah tu, mat bangla itu Cuma tahu perkataan sayang dan cinta dalam bahasa melayu! Yuks! Geli geleman Kira bila mengingatkan kembali cerita itu.

Telefon di tangan masih menjerit-jerit minta diangkat. Akhirnya Kira menekan butang hijau dan dengan teragak-agak dia melekapkan telefon itu ke telinganya. Sebelah tangannya memegang penyangkut baju yang bersangkut baju kurung.

‘helo’ Kira memulakan.
‘helo, Kira kan?’ Kira tersentak. Orang ni tau nama aku la!
‘ya saya. Siapa ni?’
‘laa, baru je jumpa dh lupa ek? Saya la, Hafiz.’ Riang suara itu berbicara.

Hafiz! Langsung terlepas penyangkut baju di tangan.

‘oh mak!’ latah Kira pantas ditekap mulutnya cepat-cepat.
‘hai, melatah rupanya?’ dan dia ketawa riang.

Muka Kira sudah merah menahan malu.

‘awak nak apa? Saya sibuk ni.’ Pantas Kira menutup malunya.
‘aik, awak ni memang pelupa ya? Kan saya ajak awak keluar malam ni, dah lupa?’

Ya la, aku memang dah lupa pasal tu. Bila kakak tu bagi warning, terus aku tak fikir pasal tu. Nak pergi ke tak ni?

‘err, saya minta maaf. Saya tak boleh pergi la. Kemas baju tak habis lagi. Lagipun, kawan saya tinggal sorang. Saya tak nak tinggalkan dia. Sorry.’ Ujar Kira. Tiada kesungguhan dalam katanya. Sekadar berbasa-basi.

‘hmm, is something bothering you?’
‘what? No, I’m fine, why?’
‘because you sound different from before. Not as cheerful and excited as before. Why? Sedih ke?’ suara itu kedengaran prihatin.
Kira tersentuh. Ops! Jangan Kira! Bahaya! Ini perangkap!
Cepat-cepat dia mengingatkan dirinya.

‘tak lah, saya ok. Cuma mungkin sebab saya tengah concentrate mengemas so penat la sikit.’
‘hmm, ye ke? Ok.’ Dah habis cakap? Kira berbisik dalam hati. Bagus!
‘ok, bye.’ Cepat-cepat Kira mahu mematikan perbualan yang meresahkan ini.
‘eh Kira, nanti!’ pantas Hafiz menahan.
‘saya belum habis cakap.’ Hafiz menerangkan.
‘ye ke? Apa lagi yang nak dibualkan? Saya rasa dah tak ada apa-apa kan? Saya dah cakap saya tak boleh keluar dengan awak malam ni so it’s done. Kan? Or, awak nak sambung apa-apa lagi?’

Tanya Kira. Tegas suaranya.

‘seriously, you are not the same Kira Ayumi whom I talked to this afternoon. I don’t know why but I know you did this on purpose. As you wish Kira. As you wish. Bye then. Assalamualaikum.’

Kira tergamam. Salam pun tidak berjawab. Jahatkah aku?

Kira menghempaskan punggung di katil. Baju yang terjatuh tadi dikutip kembali, dibetulkan sangkutannya lalu dimasukkan ke dalam almari. Dia melepaskan keluhan panjang. Dan tiba-tiba, pintu biliknya dibuka kasar dari luar. Syafni masuk lalu duduk di meja belajar Kira. Apabila dilihatnya Kira seakan tidak sedar kedatangannya, dia menegur.

‘Kira, kenapa dengan awak? Awak sakit?’
Kira tersenyum tawar.

‘tak, saya ok. Saya dah tolak pelawaan Hafiz. Awak rasa saya buat benda yang betul ke?’ Syafni menjungkit bahunya.
‘well, itu keputusan awak dan apa jua keputusan awak, saya perlu kata betul, kan? Tak apa Kira. Tak berkudis kalau awak tak keluar dengan dia. Dia tak berkudis, awak pun tak. Tapi, awak mungkin berkurap kot?’
‘ish, apa awak ni? Gelinya kudis kurap!’ marah Kira, geli pun ada.
‘yela, awak monyok ni sebab awak terpaksa tolak so tak dapat makan free or ada sebab lain?’ Syafni mengorek.

‘saya sedih…mungkin sebab dia kata saya dah lain. Memang saya terpaksa jadi orang lain. Saya jenis yang suka berkawan, dan saya tak suka hampakan kawan. Tapi kali ni, saya terpaksa sebab saya terfikirkan amaran tu. Yela, manalah tau, senior tu ikhlas dengan kita menegur. Lagipun dia senior, dia lebih tau, kan?’
‘yup! Exactly! Sekarang saya nak Tanya, kita nak makan kat mana? Saya dah lapar.’ Syafni tersengih-sengih. Ceria sahaja wajahnya.

‘hmm, entahlah. Nanti kita pergi tengok apa yang best dekat medan selera tu. Ok? Lepas maghrib boleh? Saya nak solat maghrib dulu.’ Tanya Kira.
‘ok bos. Nanti saya datang jemput bos.’ Kira yang geram dengan usikan itu mengambil sebuah penyangkut untuk ditujukan kepada Syafni namun Syafni terlebih dulu mengorak langkah keluar bilik.


‘Kira, cuba awak tengok tu.’ Syafni berkata sambil matanya menghala ke satu arah. Kira yang sedang menikmati nasi ayam itu berhenti seketika lalu menoleh ke arah yang dimaksudkan. Dia pantas menangkap dua batang tubuh yang duduk tidak jauh dari mereka. Pasangan itu kelihatan seperti sedang bertengkar dan perempuannya seperti sedang merajuk. Kira mengerut-ngerutkan dahinya.

Apa kaitan Hafiz dan senior tu? Mereka pasangan kekasih ke? Tapi, kenapa Hafiz seakan menunjukkan minat pada Kira? Kira menoleh kembali ke hadapan. Sungguh dia tidak menyangka senior itu betul. Hafiz mempermainkannya. Ah, biarlah. Dia siapa pada aku. Kami baru kenal. Namun, jauh di sudut hati, ada pilu bertandang. Tidak sangka dia dipermainkan oleh seseorang yang akhirnya Berjaya mengetuk pintu hati yang selama ini tertutup rapat kepada insan bernama lelaki. Kira mencucuk-cucuk ayamnya dengan garfu di tangan. Syafni hairan.

‘awak ni kenapa? Dah hancur ayam tu awak kerjakan.’ Tegur Syafni. Kira menghentikan perbuatannya.
‘awak rasa mereka kekasih?’ Tanya Kira pada Syafni.
‘kalau ikutkan dari gayanya, macam kekasih, tapi tak taulah.’ Seketika Syafni diam sambil mencerlung matanya ke arah Kira. Kira hairan.
‘kenapa?’
‘awak, jealous ek?’ Kira tersentak, tidak menjangka soalan itu.
‘eh, nak jealous kenapa? Dia bukan hak saya dan saya pun tak kenal dia. Biarlah dia nak buat apa pun.’ Naïf Kira. Dia meneruskan suapan namun seleranya telah hilang. Sabarlah wahai hati.

Keesokannya, ketika mereka di makmal computer yang baru pertama kali dijejakkan kaki, nama Kira dipanggil dengan pembesar suara untuk ke bilik kawalan computer. Dengan rasa hairan, dia pergi juga. Bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya dia ingkar.

Sebaik tiba, didapatinya bilik itu sunyi tiada penghuni. Salam diberi namun tiada jawapan.

‘cari siapa?’ suara itu kedengaran hampir dengan telinganya. Kira melompat ke depan, terkejut dengan suara itu.

Kedengaran ketawa kecil. Kira menggigit bibir menahan marah. Seraut wajah itu ditenung dalam.

‘awak ni dah tak ada kerja? Bagi salam dulu tak boleh?’
‘awak tak melatah pulak. Awak cari siapa?’ Tanya Hafiz lagi. Kira mendengus.
‘siapa-siapa je la. Awak sibuk kenapa?’ lalu dia meneruskan usahanya mencari orang di dalam bilik itu. Siapa yang panggil aku tadi? Rasa hairan menggigit mindanya.

Hafiz tersengih-sengih.

‘cik Kira ayumi, sila datang ke bilik kawalan computer dengan kadar segera. Terima kasih.’ Kira menoleh pantas. Alamak! Macam mana boleh tak cam suara dia tadi?

Pantas Kira mahu melintas Hafiz yang berada di ambang pintu untuk kembali ke makmal. Hatinya membengkak. Aiseh, kenapa aku nak mengamuk tak tentu pasal ni?

Hafiz pantas menahan. Kira merenung sepasang mata redup di balik kaca mata itu tajam.

‘awak nak apa?’ tanyanya garang.

Hafiz menjungkit bahunya. Masih mengukir senyum yang boleh meluruhkan jiwa raga Kira.

‘tepi la, saya nak balik ke makmal!’ namun Hafiz masih tidak memberi laluan. Nak tolak nanti, tersentuh kulit pulak. Haram!

‘awak ni kenapa tiba-tiba jadi garang semacam?’ Tanya Hafiz. Suaranya kedengaran serius sedikit.

Kira mendengus. Memeluk tubuhnya.

‘suka hati sayalah. Awak sibuk kenapa?’
‘sebab saya nak mengenali cik Kira Ayumi dengan lebih dekat. Salah ke?’
‘salah! Sebab awak tak setia dengan teman wanita awak! Sekarang boleh saya pergi?’
Hafiz menurunkan tangannya, seakan-akan kecewa dengan kata-kata Kira. Pantas Kira berlalu meninggalkan Hafiz.

‘dia bukan teman wanita saya.’ Terang Hafiz sambil menyaingi langkah Kira.
‘saya peduli apa?’
‘awak marah sebab awak cemburu?’ terhenti langkah Kira.
‘PERASAN!’ tekannya. Lalu langkahnya diteruskan dan Hafiz ketawa kecil, masih menuruti langkah Kira.
‘saya nak jelaskan sesuatu pada awak. Malam ni kita jumpa. Ok?’
‘tak nak!’
‘please Kira. Give me a chance to explain. Lepas ni. You can avoid or hate me if you want. I won’t bother you anymore. Please.’
Kira tidak menjawab. Dia telah sampai ke makmal. Pantas dia masuk lalu menutup pintu meninggalkan Hafiz di luar.

p/s: Kali ini, perlukah Kira bertemu Hafiz untuk mendengar penjelasannya? Apa pilihan anda?

  • A – Kira bertemu Hafiz
  • B – Kira tidak bertemu Hafiz
  • C – Kira bertemu dengan senior itu untuk mendapatkan penjelasan darinya mengenai Hafiz

3 comments:

  1. waa...da jmpa blog najah...

    ReplyDelete
  2. adess..cm cite impian ilyana sunsilk la pulak
    apela si kira tu..
    cam lalang..org ckp tu ikut camtu..
    peduli la ckp org..
    cepat benor ek kira ni falling in love..
    cinta express..hehe
    ish aku benco betol lelaki mulut manis cam hafiz tu..name dh sedap..
    dh ade awek ade ati nk ushar awek lain..
    benci..benci..
    emo lak aku ni :p

    ReplyDelete