About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, March 25, 2009

Masih Ada Waktu

Azam memandang sekeliling. Nafasnya ditarik perlahan. Dia merasai kembali sebuah ketenangan yang pernah menjadi sahabat baiknya. Sebelum hidupnya menjadi gelap. Hidupnya dahulu tenang dan damai, setenang air di parit yang menjadi tempatnya bermain dengan rakan-rakan. Dengan Zahid, Fahmi, dan Arif. Rindunya kenangan dahulu. Bermain di kebun, mengejar ayam dan itik. Membantu ayah di sawah. Membanting padi. Kenangan dahulu satu persatu diputar kembali. Alangkah indahnya hidup jika apa yang difikirkannya kala ini menjadi kenyataan. Alangkah bagusnya jika kenangan itu boleh diulang kembali. Pasti hidupnya tidak akan samar-samar seperti sekarang. Sekiranya diberi peluang kedua, dia akan mengubah masa itu. Namun dia tahu, angan-angan itu hanya tinggal angan-angan.

Hakikatnya amat pahit untuk ditelan. Ketenangan kampung ini bukan lagi miliknya. Azam pasti kepulangannya tidak dinanti. Ibu dan ayah telah meninggal setelah pemergiannya yang tidak direla itu. Ibu tidak rela, begitu juga ayah. Lantas kedua-duanya dijemput Ilahi, 2 tahun selepas pemergiannya. Tujuan utamanya sekarang, walau dia tahu, namanya mungkin sudah dilupa, wajahnya mungkin sudah tidak mahu diingat orang kampung, dia perlu pulang. Demi amanah ibu dan bapa yang tercinta. Yang satu masa dulu amat terluka dengan perbuatannya. Azam sebak. Maafkan azam, ayah, ibu. Kebun dan sawah, tetap miliknya sebagai anak tunggal. Walau dia punya ayah saudara, namun dia pasti, dia pasti tidak diakui saudara. Mereka tidak salah. Dia yang salah. Dia bersalah.

Dia meneruskan langkahnya. Tanpa disedari, ada mata-mata yang memerhatikan. Azam dah pulang. Bisik hati itu sendiri.

Dari kejauhan, atap rumahnya sudah kelihatan. Rumahku, syurgaku. Sepatutnya ungkapan itu dipegang dari dahulu. Azam sedar, sesalannya akan mengaitkannya dengan semua perkara yang ada dalam hidupnya kini. Tapi itulah harga yang perlu dibayar. Dia sudah bersedia. Sebaik diberitahu dia dibenarkan pulang, dia sudah menetapkan azam. Menguatkan hati untuk semua perkara yang bakal berlaku rentetan kepulangannya. Tapi, bersediakah dia?

Rumahnya usang. Jika diikutkan perkiraannya, sudah 2 tahun rumah itu tidak berpenghuni. Aku akan mengi’marahkanmu kembali. Janjinya pada diri sendiri.

Azam tergesa-gesa keluar dari bilik. Bunyi ketukan bertalu-talu di luar rumah mengejutkannya yang baru habis mengerjakan solat Isya’. Penat masih terasa lantaran mengemaskan rumah seharian. Mujurla kebiasaannya membuat kerja berat membuatkannya tidak mudah letih.

Selak pintu dibuka. Dia dapat menangkap pandangan 5 pasang mata sebaik daun pintu dibuka sepenuhnya. Dia mengukir senyum ikhlas biar wajah dihadapannya seakan tidak mengharapkan senyum itu.

“oh, tok imam, pak long. Arif, fahmi, silalah masuk. Sila.” Pelawanya ikhlas seraya menguak daun pintu seluasnya. Aku sudah bersedia. Dia berbisik sendiri.

“hah, kan sy dh ckp tok imam? Si jahanam ni dah balik ke sini semula. Nak buat kacau lagi.” Sinis suara itu. Arif senyum sumbing. Dialah yang mengetahui kepulangan azam pagi tadi. Dia juga yang membawa mereka yang lain ke mari. Azam senyum tawar.

“ish, kamu ni arif. Cakap tu biar berlapik. Tak baik bising-bising kat luar rumah ni. Kot ye pun kita naik dulu. Jom.” Tegur tok imam lantas memanjat tangga rumah azam. Yang lain menurut. Huluran tangannya hanya disambut tok imam. Azam terpandang wajah pak longnya. Sayu. Pilu bila saudara sendiri menyisihkan. Sabarlah wahai hati. Ini balasan untukmu.

Sebaik semuanya duduk, azam turut melabuhkan punggung. Inilah mahkamah dunia untukku. Aku harus menghadapinya demi syurgamu ya Allah. Azam berdoa sendiri.

“sebelum tu, saya mintak maafla semua. Saya tak sempat nak beli apa-apa lagi untuk rumah ni. Tak ada apa yang tinggal. Jadi, tak ada apa lah yang dapat saya sediakan. Kalau datang lagi lepas ni, insyaAllah, dah penuh la dapur tu.” Ramah azam. Tok imam tersenyum. Arif mencebik.
“jangan harap kami datang lagi!”getus arif. Biar perlahan namun didengar semua. Azam senyum lagi.

“arif. Jaga kelakuan kamu.” Tegur tok imam lagi. Tok imam berdehem kecil. Azam menanti sabar hukuman yang akan dijatuhkan sebentar lagi.

“azam, bila kamu keluar penjara?”lembut suara itu bertanya. Debaran makin terasa.

“semalam tok. Dibebaskan sebab berkelakuan baik.” Terangnya. Dengusan kecil kedengaran. Azam senyum lagi.

“ooh, Alhamdulillah. Tok pun risau tengok rumah arwah ayah kamu ni, terbiar je. Dulu tok ada jugak mintak mak aji tolong kemas-kemaskan, tapi dia pun dah tak larat sangat sekarang. Tok mintak maaf la azam. Tak jagakan rumah ni untuk kamu.”

“tak apa tok. Rumah ni tak dirobohkan pun saya dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, masih ada tempat berteduh untuk saya kat sini.”

“jadi kamu memang berhajat untuk terus tinggal di kampung ni? Bagus la, tanah kamu pun banyak. Sekurang-kurangnya, ada juga pengusahanya. Yang dah lepas tu, biarkan lah berlalu. Kita pandang ke hadapan. Semua orang perlu diberi peluang kedua. insyaAllah, masa akan menyembuhkan segala-galanya. Tok pun harap kamu benar-benar akan mengambil peluang ini untuk membersihkan kembali nama kamu, nama keluarga kamu. Betul kan Dollah?” pak long Cuma diam. Tiada jawapan. Azam terharu. Sebak hati bila masih ada yang mahu menerimanya dan menyokongnya.

“dollah, dia ni anak saudara kamu jugak. Jangan lah diputuskan persaudaraan sekiranya ada usaha untuk menyambungnya. Ingatlah, nama baik tak dibawa ke kubur. Amalan juga yang dikira. Sekiranya kita bertaubat bersungguh-sungguh dan bertekad ingin membetulkan segala kesalahan, insyaAllah, besar ganjarannya kelak. Kita yang pada pandangan masyarakat ni dilihat sebagai yang baik haruslah benar-benar berakhlak baik. Maafkanlah yang bersalah. Memaafkan itu kan amalan mulia.” Menusuk bicara tok imam ke dalam hati-hati yang hadir. Masing-masing berteleku.

“saya sememangnya ingin meminta maaf kepada semua atas segala kesalahan dan kekalutan yang telah saya timbulkan dahulu. Saya benar-benar menyesal. Jika saya diberi peluang kedua, insyaAllah. Tidak akan saya sia-siakan. Tujuan saya pulang hanya satu. Mengembalikan kepercayaan orang kampung dan juga menjaga amanah arwah ayah dan ibu saya. Di sini saya lahir, jika boleh, di sini juga saya ingin dikebumikan. Sekiranya ada yang tidak senang dengan kepulangan saya, saya faham. Saya juga faham yang usaha saya ini mungkin akan memakan masa yang hanya Allah saja yang tahu tapi saya redha kerana saya tahu, inilah balasan yang harus saya pikul atas dosa-dosa saya dahulu. Saya Cuma mengharapkan sokongan kalian, jika tidak boleh menyokong terus, tak mengapa lah. Saya akan tunggu saat di mana saya dimaafkan dan diterima kembali. Saya percaya, jika saya bersungguh-sungguh, kalian akan tahu juga bahawa saya berkata benar. Biarlah masa sahaja yang menjadi penentunya.”

“bagus lah kalau macam tu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. insyaAllah. Amanlah hidup kita. Oh ya, sempena kepulangan kamu ni, tok nak buat kenduri sikit, tanda kesyukuran. Kamu datang ya. Esok, lepas Zohor, di rumah tok. Lagi bagus kalau kamu datang berjemaah di surau esok. Boleh langsung ke rumah saja.” Azam terdiam. Surau. Kenangan hitam terusik kembali. Namun dia tetap terharu dengan sokongan yang diberikan oleh tok imam yang sememangnya dihormati di kampungnya itu.

“insyaAllah tok. Saya pasti datang. Terima kasih banyak-banyak tok.” Dia memberi janji. Peluang yang dinanti sungguh tidak disangka datang secepat itu. Mungkin berkat sabarnya dan taubatnya semasa di sebalik tiang besi dulu. Alhamdulillah.

“oklah azam. Kamu mesti penat. Biarla kami beransur dulu. Rehatkan diri kamu. Esok hari penting untuk kamu.”tok imam mengingatkan. Semuanya sudah berdiri. Azam merapatkan diri dengan pak longnya. Teragak-agak tangan dihulur dan di luar jangkaannya, tangan itu bersambut lantas diciumnya. Rindu kepada ayahnya tiba-tiba terasa. Dollah masih diam. Tok imam yang memerhati Cuma tersenyum.

“pak long, maafkan azam. Azam dah berubah pak long” pak longnya Cuma mengangguk. Lantas tangannya dilepaskan. Azam puas kerana dia tahu, peluangnya sudah terbuka. Dia tidak akan mensia-siakan harapan mereka.

Fahmi pula dirapatinya.

“mi, maafkan aku.” Ujarnya perlahan. Fahmi mengangguk. Masing-masing tersenyum dan mereka berpelukan. Erat. azam melirik arif yang sudah berjalan menjauhi yang lain. Fahmi yang menyedari lirikan itu Cuma mengeluh. Dia mengerti, bukan senang menuntut pengorbanan.

“biarkan dia dulu. Nanti dia ok lah tu.” Ujar fahmi menenangkan. Azam mengangguk.

“aku tau, lagipun, semua ni berpunca dari aku. Kalau tak, kita takkan jadi macam ni. Kita masih berempat.” Ada titis air mata memenuhi kolam matanya. Fahmi diam kembali.

“zam, aku rasa kau tak tau lagi berita ni. Zahid…dia dah meninggal tahun lepas, barah hati. Aku mintak maaf sebab tak khabarkan pada kau awal-awal.” Azam tersentak mendengar berita itu.

“Innalillahiwainnailaihirajiuun....”jawab azam perlahan. Tidak disangka sahabatnya itu telah pergi dulu meninggalkan mereka. Terkilan kerana perpisahan untuk selama-lamanya itu menyaksikan dia membelakangi sahabatnya.

“azam, kami beransur dulu. Kita jumpa esok ya. Assalamualaikum.” Rombongan kecil itu melangkah pergi dan hilang dalam samar malam.

“waalaikumussalam.” Jawabnya seraya mebuhkan punggung di anak tangga. Kepalanya berselirat dengan berita yang baru diterima. Zahid, aku harap aku dah mendapat kemaafan darimu sebelum kau pergi untuk selama-lamanya. Semoga kau berbahagia di sana. Azam mendoakan. Tulus. Sebak. Ya Allah, matikanlah hambamu ini dalam iman. Sempat dia menitip doa untuk diri sendiri.

Keesokan harinya, dia ke surau yang kelihatan baru. Ada kekesalan timbul dihati tatkala melihat binaan surau yang hampir keseluruhannya baru. Mata-mata yang ada memandangnya. Masing-masing mempamerkan perasaan bercampur-baur. Dia tahu ada yang jelik, benci, marah dan banyak lagi kepadanya namun dia cuba berlagak biasa. Fahmi yang baru tiba menghampirinya dan mereka duduk bersebelahan. Azan masih belum dilaungkan.

“mi, aku menyesal sebab teguk air haram tu. Bila tengok surau ni, aku sedih sangat. Aku dah berdosa pada semua. Aku berdosa mi.” ujar azam penuh penyesalan.

“sudah la zam. Ada hikmahnya apa yang berlaku. Macam ni, kita dapat surau yang baru, yang lebih bagus. Kalau kau tak bakar surau ni malam tu, mungkin kita masih guna surau yang dulu, yang serba-serbi kekurangan. Betul tak? Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur kau dah kembali ke pangkuan kami. Seperti kata tok imam, yang sudah tu jangan diingatkan lagi. Terus pandang kehadapan dan perbaiki diri kita. InsyaAllah, hidup lebih aman.”

“terima kasih mi kerana menenangkan aku. Kau memang sahabat sejati dunia akhirat. Tapi mi, aku nak tau satu perkara. Sebelum zahid meninggal adakah dia dh maafkan aku?”

“aku mintak maaf zam. Aku tak pasti tentang hal tu. tapi yang aku tau, dia Cuma berharap kau menyesal dengan tindakan kau dan bertaubat. Itu yang kerap dia ulang zam. Pada hemat aku, dia pasti sudah maafkan kau. Jika kita bersungguh-sungguh, insyaAllah. Jangan la kau risaukan sangat.”

Serentak itu, azan dikumandangkan tok bilal. Mereka menghayati azan sehingga habis sebelum mengerjakan solat sunat. Usai solat sunat, solat zohor pula dikerjakan berjemaah. Azam merasa tenang kembali. Sebaik doa habis dibacakan tok imam, semua jemaah dijemput ke rumah tok imam untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan azam.

Azam, fahmi, tok imam serta jemaah solat beriringan ke rumah tok imam yang letaknya tidak berapa jauh dari surau. Rumah itu meriah sedikit. Beberapa orang kaum hawa sibuk keluar masuk menyediakan hidangan. Kanak-kanak berlari riang. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan menghampirinya. Bajunya ditarik.

“ayah, ayah, dia kacau saya.” Ujar suara halus itu. Azam tersenyum sebelum dia duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak itu. Wajah mulus itu ditenungnya. Rambutnya dielus.

“adik nama apa?”

“farah hani”petah dia berbicara. Umurnya mungkin dalam lingkungan 4 tahun. Teka azam sendiri.

“ayah dengan mak mana?”

“ni lah ayah, mak dengan nenek masak. Mak suruh farah keluar. Farah keluar la.”

“azam.” Fahmi yang masih setia di sisinya menyampuk.

“farah anak arwah zahid, zam.” Suara fahmi perlahan. Azam tersentak. Anak kecil ini sudah yatim rupanya. Ah! Sukarnya meneka masa depan. Kasihan dia. Simpati azam. Aku juga sudah yatim piatu. Itulah hakikatnya.

“adik nak pakcik jadi ayah adik?”Tanya azam ikhlas. Aku rela jika itu akan memberikan seulas senyum di wajah mulus itu. Juga untuk sahabatku.

“nak. Saya suka ada ayah. Ayah saya dulu pun baik. Baik sangat. Dia selalu main dengan farah. Ayah tak pernah marah. Tapi mak kata ayah dah pergi jauh. Kami tak boleh main macam dulu.”lancar dia berbicara. Azam tunduk, ada pilu menyayat hatinya.

“baiklah, kalau macam tu, farah dah ada ayah mulai sekarang. Ayah takkan tinggalkan farah. Ayah janji.”

“farah!” suara nyaring memanggil dari kejauhan. Azam mengangkat mukanya. Wajah itu! Perasaannya mulai tidak tenteram. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Tapi, apa kaitan dia dengan farah? Dan zahid? Mungkinkah…

“mak, farah dah ada ayah!” kanak-kanak itu berlari ke arah empunya suara. Azam terkedu. Mata itu juga memandangnya tidak lepas.

“azam.” Namanya meniti di bibir itu. Teragak-agak juga pada mulanya. Ada riak tidak suka dengan pertemuan itu.

“faridah. Apa khabar?” tutur suaranya tersekat-sekat. Seakan ada batu di kerongkongnya. Terimalah hakikat azam. Kau bekas banduan. Memang dia patut mencari yang lain, yang lebih layak dengannya.

“err, farah comel. Takziah atas pemergian zahid.” Tuturnya lagi. Faridah menunduk. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan kecil farah.

“hmm, farah memang comel. Idah minta maaf, dia panggil azam ayah. Sejak zahid pergi, dia asyik menyebut-nyebut tentang ayahnya saja.”

“eh, tak apa. Dia tak faham apa-apa lagi. Janganlah halang dia. Zam tak ambil hati.” Faridah tersenyum tawar. Hakikat itu tiada yang tahu, azam.

“idah pergi dulu. Mak dah tunggu.” Ujarnya lagi. Azam mengangguk separuh rela.

“jom sayang.”

“tapi ayah?” faridah menarik nafas. Sesak mendengar panggilan itu.

“Farah, ini pakcik, bukan ayah. Pakcik, sayang.” Dia mendengar faridah membetulkan sebutan itu. Azam masih terkedu. Jika kenyataannya bukan seperti sekarang, anak ini pasti anaknya, dan faridah tidak akan menjanda. Mereka sekeluarga akan bahagia. Dia mengeluh perlahan. Faridah….

Kenduri di rumah tok imam berjalan lancar biar ramai yang menyatakan ketidaksanggupan mereka menerima azam kembali. Cuma sebilangan sahaja yang menyatakan penerimaan mereka. Azam tetap bersyukur. Bersyukur masih ada yang menerimanya. Itu lebih baik dari jangkaannya.

“dia bakar surau kita. Dia patut dihalau.”
“dia rompak kedai saya. Perompak macam ni patut kekal dalam penjara.”
“mak dengan ayah dia pun sakit jiwa, sampai ajal dah pun. Ibubapanya pun dia boleh buat macam tu, apatah lagi kita?”
“betul ke dia dah menyesal? Entah-entah hangat-hangat tahi ayam je. Mungkin lepas ni lebih teruk lagi, mana kita tahu?”

Suara-suara itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Azam mengeluh kecil. Sekali berdosa, terpalit selama-lamanya. Azam akur. Dia Cuma mampu berdoa, semoga esok masih ada untuknya.

Dia mengerjakan kebun seperti biasa. Sawah juga dikerjakan. Jika selama dia tiada pak ali yang mengerjakannya, kini, tugas itu diambil alih olehnya kembali.

Hari itu, sedang dia berjalan pulang dari kebun, suara kecil itu kedengaran lagi.

“ayah! Ayah!” azam menoleh. Terkedek-kedek si kecil itu berlari ke arahnya. Faridah di belakang tersenyum tawar. Ada riak tidak senang mendengar panggilan itu.

“oh, farah. Ayah ingat siapa tadi. Ayah baru balik dari kebun ni. Farah dari mana?” azam melayan si kecil itu.

“farah pergi bangunan putih. Semua orang pakai putih ayah. Semua orang baring. Farah makan
gula-gula. Kawan baju putih bagi. Lepas tu, dia pegang-pegang farah. Kan mak?” azam mengerut-ngerutkan dahinya.

“hmm…kami baru pulang dari hospital. Idah amik ubat sikit.” Terangnya mahu tak mahu. Satu yang azam pasti, faridah seakan-akan tidak senang dengan pertemuan itu. Azam mengerti.

“oh. Sakit apa?” tanyanya ingin tahu. Apapun, dia pernah menyayangi insan itu sepenuh hati.

“tak ada apa-apa pun. Batuk je. Idah balik dulu. Farah, jom.”dia menarik tangan kecil itu pergi. Biar kau berhak azam, aku tidak akan memberi hak itu padamu. Tidak sekali-kali. Faridah bersumpah sendiri.

“bye ayah!”tangannya dilambai-lambai. Azam membalas bersungguh-sungguh.

Malam itu, apabila fahmi datang ke rumahnya, dia mengambil kesempatan bertanya.

“mi, aku ada nak Tanya sikit. Tapi, kau jangan salah anggap kat aku pulak.”
“apa dia?”
“pasal arwah zahid dan faridah.” Dia menelan liur. “err, Bila mereka berkahwin?”
“oooh, pasal tu. Hmm, sebulan lepas kau dibawa pergi, mereka terus berkahwin. Aku ada juga Tanya pada zahid kenapa macam tergesa-gesa je tapi katanya, dah jodoh. Tak lama lepas tu, farah lahir tapi dengarnya, dia lahir awal sebulan. Kenapa?”
“tak ada la, aku Cuma nak tau je.” Azam bersuara lemah. Fahmi yang menyedari kekusutan sahabatnya itu menepuk-nepuk bahu azam perlahan.
“zam, aku tau kau sedih tapi aku rasa apa yang zahid buat tu bagus. Sekurang-kurangnya, nasib faridah terbela lepas kau hilang entah ke mana. Aku harap kau tak salahkan dia.”
“eh tak la. Aku faham. Aku sangat gembira bila aku tau faridah tetap bahagia. Walaupun sekarang dia sudah menjanda, tapi dia ada farah. Masih ada ibu dan ayah. Aku tumpang gembira dengan semua tu. Aku bahagia bila dia bahagia mi.”ujarnya ikhlas. Fahmi tersenyum senang. Gembira dengan pengakuan itu.
“tapi kan, aku heran la. Cepat aja budak tu panggil kau ayah. Pelik. Selama ni dia Nampak aku tak pernah pulak dia tersasul macam tu. Kau tak pelik?”
“hmm, budak-budak mi. dia tau apa. Dia terasa nak panggil ayah kat aku, biarlah. Aku tak kisah, sekurang-kurangnya terhibur sikit hati aku.” Azam menjelaskan. Tidak langsung dia mencurigai kemungkinan itu.

Semenjak itu, kerap juga dia bertembung dengan farah dan faridah namun acap kali juga faridah seakan-akan tidak rela dengan pertemuan-pertemuan yang tidak dirancang itu. Cuma farah yang akan bersorak-sorak melihat azam. Apabila azam melayan keletah farah, dia tidak menyangka perkara itu mendatangkan kemarahan faridah dan tanpa dijangka suatu hari faridah memberi amaran yang menyentak perasaan azam.

“azam jangan bahasakan diri azam ayah dengan farah. Idah tak suka. Azam bukan ayah dia. Takkan jadi ayah dia, selama-lamanya!” Lantas farah ditarik menjauhi azam. Azam tersentak. Sampai hati faridah. Namun cepat dia sedar kedudukannya di mata itu mungkin sudah berubah, dia tersenyum melindungi pedih di hati. Bersabarlah wahai hati.

Orang kampung juga semakin ramai yang kembali menerima azam. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang menjadi sebahagian dari kampung ini. Namun, azam menyedari kekurangan sesuatu. Dia semakin jarang bertembung dengan farah, dan juga faridah. Apa khabar farah? Namun apabila diingatkan kembali amaran faridah, azam meneka-neka kemungkinan faridah sengaja mengelak pertemuan mereka. Ah, biarlah. Namun harus diakui, dia rindukan keletah farah. Azam melepaskan keluhan kecil.

Senja itu, sedang dia membersihkan alatan kebunnya, dia terkejut dengan kedatangan faridah yang amat tidak dijangkanya. Wajah itu resah.

“eh, idah. Kenapa ni?”
“zam, idah nak mintak tolong zam. Hanya zam je yang boleh tolong idah.”
“tolong apa? insyaAllah, kalau zam boleh tolong, zam akan tolong sedaya upaya.”
Faridah diam. Teragak-agak.
“zam boleh datang ke hospital esok? Zam mesti datang, pasal farah.” Gelisah bunyinya.
“farah? Kenapa dengan farah? Dia sakit ke?”
“farah sakit zam. Zam janji, zam datang esok? Idah tak boleh lama ni. Zam datang tau. Jumpa di hospital pukul 9 ya?”
“baiklah, zam akan datang. Jangan risau. Pergilah balik, dah senja ni.” Faridah mengangguk lantas mengorak langkah pergi. Wajahnya masih cemas dan risau. Azam tertanya-tanya sendiri.

Kenapa dengan farah?

****************

“boleh saya tau hubungan encik azam dengan pesakit?” Tanya jururawat itu. Belum sempat dia menjawab, faridah telah mendahuluinya.
“dia sepupunya. Nurse, tolongla. Jalankan pemeriksaan sekarang. Saya pasti sum-sumnya sesuai dengan pesakit. Percayalah nurse.” Azam terkesima. Apa yang cuba dibuat faridah?
“baiklah. Encik azam, sila tanda tangan di sini.”arah jururawat itu. Azam keliru. Sebaik tiba kepalanya sudah diasak dengan bermacam perkara.
“nurse, sekejap ya.” Lantas dia menarik hujung baju faridah menjauhi jururawat tersebut.
“idah, kenapa ni? Apa yang idah cuba buat ni? Zam tak faham la.” Faridah mengeluh kecil.
“zam, farah ada leukemia. Dia perlukan tulang sum-sum, zam tapi darah dan sum-sum idah tak sesuai zam. Sebab tu idah cari zam. Hanya zam yang boleh tolong idah.”jelasnya. kesedihan jelas terpancar di matanya.
“tapi macam mana idah boleh pasti sampai macam tu sekali? Kalau zam punya tak sesuai jugak macam mana?” azam menjelaskan kegusarannya. Kemungkinan itu terjadi tetap ada.
“zam, idah pasti zam. Hanya zam harapan idah sekarang.”
“idah, jika zahid masih ada, mungkin idah boleh berkata macam tu sebab zahid ayah farah. Bukan zam. Zam takut..”
“zam, idah pasti sebab farah anak zam! Bukan zahid!”akhirnya kenyataan itu terkeluar juga. Azam terkesima. Tak mungkin!
“idah….apa yang idah merepek ni? Idah jangan main-mainkan zam. Ni bukan hal main-main. Lagipun, macam mana…”
“macam mana hal ni boleh berlaku? Zam tak ingat? Zam betul-betul tak ingat? Tapi idah tak salahkan zam kalau zam tak ingat sebab masa tu idah tak kenal langsung zam. Zam dah berubah!” titis air mata mula menuruni pipi itu. Azam tersentuh. Kekeliruan bertambah.
“idah, apa yang idah cakapkan ni? Zam tak faham!”
“zam, sebenarnya, malam tu….”esakan faridah semakin kuat. Azam terkedu.

*************

Kelihatan sebatang tubuh terhoyong-hayang berjalan di dalam kegelapan. Azam mabuk teruk. Ecstasy yang diambilnya juga masih tidak hilang kesannya. Dia tidak tahu arah tujuannya lagi. Dia Cuma berjalan mengikut rasa hati. Warasnya sudah tidak ada. Tiba-tiba kakinya tersepak batu yang agak besar menyebabkannya tersungkur di atas jalan.

“siapa tu?” faridah bertanya. Dia terdengar bunyi sesuatu. Dia yang baru pulang dari rumah Halimah mulai ketakutan. Menyesal pula pulang selewat ini. Tiba-tiba dia terpandang sekujur tubuh di atas jalan. Pantas dia menghampiri. Azam!

“zam, kenapa ni?” hati kecilnya tersentuh. Azam, kau dah berubah! Dia turut merendahkan badan. Memerhati sekujur wajah yang sudah tidak terurus. Wajah yang dahulunya bersih dan tenang.

“kau…sapa hah?”Tanya azam. Dia sudah tidak mengenal orang lain. Ingatannya padam sementara.
“zam, ni idah la. Zam, kenapa zam jadi macam ni?” sebak mula terasa.
“idah…aku tak kenal la. Mana Suzy?” sempat dia mengingat rupa dan tubuh montok suzy di kelab yang baru ditinggalkannya.
“aku nak suzy la…”bicaranya sudah tidak jelas. Faridah kecewa melihat jejaka yang dahulu menjadi sanjungannya sudah menjadi rendah martabatnya, lebih rendah dari rumput di muka bumi. Dia serba salah. Mahu ditinggalkan di sini atau dibawa pulang? Akhirnya dia mengambil keputusan membawa azam pulang. Kemudian dia akan menelefon zahid untuk mengambil azam pulang ke rumah. Hendak dihantar terus terlalu jauh pula rumah azam.

Dengan bersusah payah dia memimpin azam ke rumahnya. Kebetulan pula ibu dan bapanya tiada di rumah pada malam itu. Sebaik sampai, azam dibiarkan di ruang tamu dan dia ke dalam bilik untuk menelefon zahid.

Tanpa disedarinya, azam turut mengikutinya masuk ke bilik namun dia hanya menyedarinya setelah dia habis bercakap dengan zahid.

“eh zam. Keluar la. Nanti zahid datang.”
“suzy, kenapa kau tinggal aku?” azam menutup pintu bilik. Diselaknya.
“zam, apa zam buat ni?”faridah mula gusar. Ini petanda tidak baik.
“suzy, kau mainkan aku ke hah?”azam mula merapu bicaranya.
“zam, ni idah. Bukan suzy. Zam, keluar la zam. Jangan macam ni.”
“malam ni, kau milik aku, suzy!” tali pinggangnya dibuka. Zip seluar juga turut ditarik. Faridah yang menyedari tindakan azam mula bertindak mahu melarikan diri. Namun dia tidak mampu melepasi azam yang ternyata disebalik ketidaksedarannya itu, tenaga lelakinya masih kuat.

Azam mula megggila. Faridah dipeluknya lalu dicampakkan ke atas katil. Lantas dia menindih faridah yang cuba melawan sehabisnya. Namuan ternyata tenaganya tidak sekuat azam lalu dia tewas. Esakannya bertambah kuat. Air mata mula membasahi cadar. Bajunya direntap kuat sehingga menampakkan bahunya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini! Faridah sedar masa depannya sudah gelap segelap langit pada malam itu.

Tiba-tiba, pintu ditendang kuat dari luar. Azam masih tidak terganggu. Faridah sudah menyerah.

“azam! Kau buat apa ni ha? Kau dah gila ke?” pantas zahid merentap leher baju azam lalu dicampakkan azam keluar bilik.

Azam masih tidak sedar. Dia bingung. Zahid yang sudah tidak dapat membendung amarahnya itu terus melayangkan tumbukan ke muka azam. Tiada balasan. Pantas zahid beristighfar. Dicekaknya leher baju azam dan didirikan azam.

“kau pergi dari sini, pergi! Jangan balik lagi ke sini!” lantas dicampakkan azam keluar. Azam bingung. Masih tidak menyedari salahnya. Lantas dia melangkah pergi. Tidak lagi diambil tahu kisah faridah seterusnya.

Langkah kakinya membawanya ke hadapan surau, dan matanya terpandang sebotol besar minyak tanah serta mancis di satu sudut. Ketika itulah syaitan membisikkan supaya dia menyalakan api dan terbakarlah satu-satunya surau di kampung itu. Apabila orang kampung menyedari kejadian itu, azam dijumpai di hadapan surau dalam keadaan terduduk dan kebingungan. Lantas pihak berkuasa dipanggil dan azam telah dibawa ke balai polis dan didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Namun, kisah hitam faridah hanya zahid dan faridah yang mengetahui. Kerana malu, faridah tidak mahu melaporkan kepada polis. Tambahan pula setelah dia mendapat tahu azam telah ditangkap kerana membakar surau. Baginya azam telah mendapat balasannya. Ibu bapanya yang hanya pulang ke rumah 2 hari selepas kejadian juga tidak diberitahu. Dan setelah sebulan, kenduri zahid dan faridah pun dilangsungkan dan sebulan kemudiannya, faridah disahkan mengandung 2 bulan.

*********

Azam terduduk. Tidak menjangka sekutuk itu dirinya. Dia telah menodai faridah yang amat disayanginya tanpa menyedari salahnya. Faridah sudah teresak-esak kecil. Membongkar kembali kisah itu amat memilukan hatinya kerana janjinya pada zahid telah dilanggar. Dia telah berjanji, dia tidak akan mengingati lagi kisah hitam itu.

“idah, zam berdosa besar idah. Zam berdosa pada idah, pada farah!” air mata lelakinya terus mengalir tanpa tertahan-tahan lagi. Besar penyesalannya. Faridah Cuma diam, tiada lagi yang mampu dikatakannya.

Kini dia mengerti amaran faridah. Selama ini, faridah cuba untuk melupakan hakikat itu. Hakikat yang menyatakan farah lahir dari benih azam. Namun ternyata, kuasa Tuhan membuatkan anak itu merasai kehadiran ayahnya apabila azam kembali. Panggilan ‘ayah’ bukanlah kebiasaan kanak-kanak itu tetapi dorongan kuasa Tuhan.

“idah, zam berjanji. Zam akan dermakan sum-sum zam. Kalau boleh, nyawa pun zam sanggup berikan pada farah. Zam janji idah!” azam menangis lagi mengenangkan dosanya. Allah, ampunkan hambamu yang hina ini!

***********

“ayah, bila ayah datang?” azam tersentuh. Layakkah aku dipanggil ayah bila kau dijadikan dalam keadaan yang tidak diingini?
“baru saja. Anak ayah sihat?”
“sihat. Farah rajin makan ubat. Mak kata, kalau makan ubat cepat sihat.” Azam terdiam.

Tabahnya dirimu. Semuda ini sudah diuji dugaan seberat ini. Wayar-wayar yang berselirat di badan farah diperhatinya. Azam pilu. Dipandangnya faridah yang duduk berhadapan dengannya. Wajah mulus yang pernah dilukainya. Dipandangnya pula farah. Azam tekad. Nasib Farah sebagai anak luar nikah perlu terus dibela.

“idah, zam tau zam tak layak, tapi sudi tak idah jadi isteri zam?” Faridah tergamam sementara Azam pasti, itu yang terbaik.

***********

Azam membersihkan dirinya dengan wudhu. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Selesai berwudhu, dia melewati pintu bilik farah. Farah sudah kembali sihat sejak azam mendermakan sum-sum tulangnya dan 4 bulan selepas pembedahan farah, azam dan faridah telah diijab kabulkan. Azam bersyukur kerana masih diberi peluang menebus salahnya pada faridah, pada farah. Arif juga sudah dapat memaafkannya. Alhamdulillah. Namun hingga kini, rahsia faridah kekal rahsia demi kebaikan farah kelak.

Sejadah dihamparkan lalu solat sunat tahajud 2 rakaat dikerjakan. Selesai solat, dia berdoa panjang.

“Ya Allah ya tuhanku, Kau lah yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Aku bersyukur diberi peluang kembali ke jalan mu ya Allah. Ampunkan lah dosa ku ya Allah, aku ini lalai dan leka dengan hidup ini. Ya Allah ya tuhanku, kau kembalikanlah ketenangan di hati isteriku dan anakku ya Allah. Tenangkanlah mereka dan masukkanlah kami dalam golongan yang beriman. Kami tidak layak untuk syurgaMu, namun kami mahu menagih syurgaMu ya Allah. Bimbinglah hati-hati ini ke jalan yang benar sentiasa ya Allah. Rahmatilah kami, rahmatilah keluargaku, rahmatilah anakku. Hukumlah aku di atas dosaku yang lalu namun jangan dihukum anak dan isteriku ya Allah. Bahagiakan lah hidup mereka hingga keakhirnya. Hanya itu harapanku padaMu. Kabulkanlah ya Allah. Amiiin….”

Kabulkanlah ya Allah…. Amiin….

6 comments:

  1. mmm, menarik, lain dr yg lain

    ReplyDelete
  2. emm..best jgk..menarik..mcm tak caye je..dlm senyap2 wat cerpen eh..hehe

    ReplyDelete
  3. best cte ni...
    ada moral value at the end....
    teruskan...k...???

    ReplyDelete
  4. bestnyer citer ne...
    hmmm... teruskan berkarya k...

    ReplyDelete
  5. dunia nie mmg penuh ngn laki jahanam.
    aq xkn mfkn laki yg mroskkn maruah gurl.
    walaupun laki 2 dh insaf.
    aq mtk mf la kt laki2 yg baik.

    ReplyDelete
  6. great story !
    banyak pengajaran yang kita boleh dapat,,
    anyway,
    keep it up !

    ReplyDelete