About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, May 11, 2017

TUAH KASIHNYA TEJA - ANARIF





Syukur ke hadrat Ilahi, novel kelima dari saya sudah pun terbit.
 
Sungguh tak sangka.
 
Naskhah ini, idea asalnya ditulis ketika saya berusia 16 tahun. It has been 13 years, and now it's finally in my arms.
 
 
Ini la manuskrip paling cepat saya siapkan. Mula ditulis pada tahun lepas, April 2016 kerana malas mengedit IBC hahahaha
 
Novel ni, teaser tak pernah upload di mana2. Memang naskhah yang disiapkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum saya uar2kan kerana sy bimbang dengan isu jiplak.
 
Jadi, boleh dikatakan, novel ini disiapkan sepenuhnya oleh saya dengan ilmu2 yang diturunkan dari bos, bukan dari zaman saya tak matang, menulis ikut suka hati di blog hahahaha. Harapan saya, naskhah ini akan memberi imej baru kepada Anarif, dan ada akan suka dengan naskhah ini sebagaimana anda menyukai karya saya sebelum ini.
 
Terima kasih atas sokongan kalian.
 
Untuk bacaan bab random teaser, boleh klik ikon di sebelah kiri. Bila rajin, saya akan update di blog juga.
 
Sedikit teaser di bawah untuk mereka yang tak pernah baca. ;)
TEASER 1
 
Heroin bad girl. 😉😉😉

Teja bersiul senang tatkala dia menghampir galeri milik Tuah. Set breakfast McD yang baru dibelinya masih panas lagi. Dia mahu berkongsi berita gembira dengan Tuah.
Sebaik saja dia masuk ke dalam galeri itu, tersentak Teja apabila seorang wanita dalam baya umurnya sedang bersembang rancak dengan Tuah di hadapan sebuah lukisan.
Tuah yang tidak menyedari kehadiran Teja mengangkat muka apabila bunyi sesuatu jatuh ke atas lantai menyapa telinganya.
Di depan pintu galeri, dua cawan air panas yang dibawa Teja tadi sudah jatuh ke lantai, membasahi celah jubin yang ada. Tuah sedikit tergamam dan kaget. Selepas hampir dua minggu Teja tidak muncul, dia tak sangka Teja akan datang ke sini seawal pagi begini.
“Erm, awak tunggu kejap ya. Saya tengokkan dia kejap.” Tuah meminta diri dengan suara yang lunak.
Dia mendekati Teja yang cuma terpacak di pintu dengan mata mencerlung ke arahnya. Lengan Teja dipegang, membuatkan Teja menentang matanya.
“Apa awak buat ni? Basah lantai ni,” tegur Tuah dengan nada berbisik.
Teja ketap giginya.
“Awak buat apa? Curang bila saya tak ada?”
Berkerut-kerut dahi Tuah.
“Eh, apa awak merepek ni? Kita tak ada apa-apa hubungan.”
Prang! Tuah terpempan apabila pasu yang berada di sebelah Teja ditolak dan sekali gus menyembah lantai lalu terhempas. Selamba saja tangannya bergerak tanpa perubahan mimik wajahnya yang juga tiada langsung riak bersalah.
Genggaman lengannya semakin kuat dek kerana terkejut.
“Teja! Apa awak buat ni?” Marah Tuah.
Teja tarik senyum sinis sambil mengarahkan lirikan matanya ke arah pelanggan wanita di depannya. Wanita itu juga kelihatan terkejut dengan tindakan Teja yang tidak dijangka itu.
“Kau tak reti nak blah lagi?” Bahasa kasar yang keluar dari mulutnya membuatkan Tuah semakin kalut.
Bila dilepaskan pegangan tangannya, pelanggannya sudah kalut mahu keluar dari galeri itu. Kelam-kabut Tuah mengucapkan selamat jalan dan juga meminta maaf kepadanya bersilih ganti.
Sebaik saja cuma tinggal mereka berdua di situ, Tuah terus tutup pintu galerinya dan menguncinya. Dia pandang pasu yang pecah beserta lantai yang basah dan wajah Teja yang beku di situ silih berganti dengan keluhan berat. Tuah raup wajahnya, bingung.
Teja turut membisu. Cuma desah nafas mereka saja yang bersuara saat itu. Tuah cekak sebelah pinggangnya.
“Apa awak nak daripada saya sebenarnya? Beritahu sekarang.” Tanya Tuah dengan nada mendatar.
Teja pandang wajah Tuah dengan pandangan menikam.
“Saya nak awak.”
Mata mereka bertentang beberapa saat sebelum Tuah melarikan matanya.
Dia terus ke bahagian tengah galeri, membelakangkan Teja.
“Susah sangat ke awak nak faham? Saya tak nak awak!” Kali ini, suara Tuah meninggi.
Teja menghampiri Tuah dengan langkah garang.
“Bohong. Awak bohong. Kenapa susah sangat untuk awak nak terima kenyataan bahawa perasaan awak itu ada untuk saya, ha?” Tekan Teja.
Tuah pusingkan tubuhnya pantas kerana berang. Tak semena-mena tubuh mereka berhadapan dengan jarak cuma beberapa inci.
“Apa awak sibuk sangat dengan perasaan saya, hati saya? Saya tersalah cakap, hari tu. Get a life, Teja! Move on! Saya dah tolak awak 10 tahun lalu dan saya tetap akan tolak awak! Susah sangat ke awak nak faham?” Tengking Tuah tepat ke wajah Teja.
Teja tidak membalas, sebaliknya dia berpatah balik ke pintu masuk galeri. Dengan hati yang rawan, Tuah sangkakan Teja memang akan pergi. Malangnya, Teja cuma berdiri saja di pintu masuk galeri itu sambil memandang Tuah. Wajahnya sudah berubah mendung.
“I’ll come again. Nanti awak boleh bagi bil kerugian awak.” Tuah mengerutkan dahinya, tidak mengerti maksud bicara Teja.
Bila tangan Teja bergerak, barulah Tuah mengerti tapi sudah terlewat.
Prang! Satu lagi pasunya menyembah lantai. Teja mencampakkan makanan di tangannya ke atas lantai begitu sahaja sebelum melangkah keluar.
Pang! Bunyi pintu dihempas hampir membuatkan jantungnya gugur. Dia tahu Teja berang. Tuah pandang kedua pasunya yang sudah berderai, dan lantai galeri yang kotor.
Diraup wajahnya bersama rengusan keras dan kasar.
“Argh! Stres! Stres aku macam ni!” Kalau ini bukan galerinya, mahu juga dia mengamuk macam Teja. Haish!
 
 
TEASER 2
 
"Teja tak nak,” tegasnya.
Serentak semua mata tertumpu padanya. Nawal yang sedang mengatur piring untuk puding karamel juga terkejut. Dia tak mendengar perbincangan penuh mereka tadi, memandangkan dia perlu menidurkan Farah yang sudah merengek kerana mengantuk.
“Tak nak apa?” Tanya Nawal hairan.
Dikerling suaminya. Aura di meja makan ni memang dah lain macam.
“Kenapa tak nak pula? Nikah je dulu. M...ajlisnya kemudian la,” balas Wafi selamba.
Alang-alang Dayana sudah setuju dengan Tuah, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah semalam, Wafi terus cucuk Dayana supaya nikahkan saja Teja dan Tuah dulu. Demi rancangannya dengan Tuah, dia tak boleh merisikokan Teja dengan majlis perkahwinan mereka. Kalau tahu dek Dhan dan Jack, musnah rancangan mereka.
Nawal kini mengerti. Dia duduk di sebelah Wafi, menghadap wajah Teja yang kelat mencuka.
“Kenapa nak kalut-kalut? I need a grand wedding! Teja dah pelan semuanya kalau Teja nak kahwin, my own dream wedding! Kenapa nak nikah saja dulu? Sekali sajalah semuanya! This is my wedding. Abang jangan masuk campur,” bantah Teja jelas-jelas.
Tuah rasa macam nak tercekik. Kalau beginilah gayanya nak buat rancangan di belakang Teja, mahu mati tergolek dulu agaknya. Boleh ke rancangan mereka berjaya? Teja bukan gadis normal yang mengikut saja kata-kata orang dewasa. Itu fakta!
Dayana diam saja, seolah-olah berfikir.
Wafi terus cedok puding ke dalam piring tanpa menunggu Nawal. Dalam hatinya sudah ribut taufan. Takutnya kalau Teja tahu rancangan mereka.
“Abang ni Teja, malu tau. Kau ingat aku tak tahu kau pergi menempek di galeri si Tuah ni hampir setiap hari? Nikah ajelah! Kendurinya suka hati kau la dik, nak macam mana pun. Nikah je dulu. Bukan susah pun. Kita buat kita-kita saja. Abang tak kisah la, orang nak menyebut lepas ni sebab aku tau kau dah tak buat dosa. Faham?” Ceh, si Wafi berhujah. Padahal ada udang di sebalik mi.
Teja jatuhkan tangannya marah. Dia pandang Dayana pula.
“Ibu, apa ni? Tuah baru nak berkenalan dengan ibu!”
Ini aneh. Kali pertama bersua, mereka dah beria nak suruh nikah? Nikah dulu sebelum kenduri? Hish!
Dayana berdeham perlahan.
“Adik nak kahwin ke tidak?”
“Nak!”
“Jadi, nikah sajalah. Bukan apa pun. Betul cakap Wafi tu. Lagipun kamu ni nanti, ke hulu ke hilir bersama, bahaya juga. Ibu percayakan kamu tapi ibu tak percayakan setan kamu, dan setan si Tuah ni. Kalau nak, nikah je dulu. Kalau tak nak, tak payah kahwin langsung. Senang cerita.”
Teja terus memuncung panjang. Dia pandang Tuah di sebelahnya pula.
“Awak!” Ditolak lengan Tuah yang sedang termenung.
“Hah, ya, apa?”
Wafi tahan ketawa. Nak juga dia tengok macam mana Tuah uruskan adiknya yang sangat lain dari yang lain ini.
Terkebil-kebil Tuah pandang wajah Teja.
“Awak nak ke nikah dulu?”
“Awak tak nak?”
Teja ketap giginya.
“Mestilah nak! Dari hari tu saya cakap saya sukakan awak.” Teja muncung lagi.
Tuah senyum saja. Comel betul.
“Kalau macam tu, kita nikah je dulu. Lagipun, saya tak ada sesiapa pun. Ada awak je. Kita ikut saja permintaan ibu awak. Tak salah pun. Lepas tiga bulan, awak boleh buat kenduri macam mana awak nak. Okey?” Pujuk Tuah.
Teja masih memuncung. Tuah ramas tangannya lembut, dalam usaha memujuk.
“Tapi, kalau saya dah mengandung masa nak buat kenduri tu, macam mana?” Tanyanya agak kuat.
Wafi terbatuk kuat. Terlekat terus puding di tekaknya.
“Uhuk! Uhuk!”
Kelam-kabut Nawal hulurkan air kosong padanya sementara Dayana cuma menggeleng.
“Apa la kamu ni, gelojoh sangat makan tu.”
Sempat Tuah dan Wafi berbalas pandang yang cuma mereka mengerti. Tuah yang segan.
“Erm, itu… boleh dibincangkan nanti.” Terus formal balasannya. Matanya sudah melekat ke dinding. Malu nak pandang Dayana, mahupun Nawal.
Nawal tersenyum sambil menggosok belakang badan Wafi.
“Itu yang dia risaukan rupanya…” usik Nawal.
Dayana pandang Teja pula.
“Teja, itu kan rezeki Allah. Dah kahwin, nanti pandai-pandailah kamu.” Selamba Dayana membalas.
Teja merengus perlahan. Kalau nikah dulu, nanti mengandung, gambar kahwin tak lawa la! Eee! Tensionnya!
“Awak jangan bagi saya mengandung sebelum kenduri, tau!” Tegah Teja sepenuh hatinya.
Sekali lagi Wafi tersedak dengan air liur sendiri. Tuah rasa seperti mahu masuk ke bawah meja. Malu tak terkata.
Nawal sudah ketawa. Teja, Teja. Memang ikut suka hati dia saja!
 
TEASER 3
 
 
Eh, no. bila I cakap I tak nak mengandung sebelum resepsi, dia cadangkan kita orang duduk asing-asing tau!”
May tarik senyum sinis.
“Yalah tu. Sebelum kahwin, cakaplah macam tu. Dah kahwin, if he doesn’t touch you at all for three whole months, he’s gay! Kerat jari I kalau dia tak gay, okey!”...
Teja tergelak. Mengarut betul kata-kata May.
“Kalau dia gay, ingat dia nak kahwin ke dengan I? Hei! Ini Teja la! Kalau I tak buat dia tunduk dengan I on the first night, I bukan Teja okey!”
May ketawa mengilai.
“We’ll see!” Sengaja May mahu mencabar.
Teja ketap giginya, yakin dia akan menang. Tuah lelaki sejati walaupun Tuah memang tak pernah ambil kesempatan ke atasnya selama ini.
“Tapi, sekiranya you mengandung, urghh! Punah harapan you nak pakai gaun Barbie Doll tu!”
Teja menjerit kuat. Terkejut May di sebelahnya.
“May! I tak nak!!!”
“Tak nak apanya?”
“Tak nak mengandung awal! Tak boleh jadi ni!” Teja bersuara nekad.
“Apa? You nak pastikan Tuah tak sentuh you?”
Teja geleng.
“Heck no! I dah kena start research on pencegahan hamil!”
May ketawa lagi. Habislah. Selepas ni, perbincangan mereka menjurus ke arah itu je la. Dia amat yakin.
 
TEASER 4
 
Wafi sengih.
“Tau pun! Ni baru nikah saja. Belum kenduri lagi,” ejek Wafi.
Tuah jeling Teja lagi.
“Aku risau ni.”
“Apasal?” Wafi beriak serius kembali.
“Teja macam tak kisah la pulak kalau mengandung.”
“Ha?”
Tuah pegang kedua bahu Wafi dengan riak serius.
“Kau okey ke kalau…”
“Tak boleh!” Wafi bersuara kuat tiba-tiba.
Bila Teja pandang ke arah mereka, Wafi pura-pura betulkan tanjak Tuah sambil menyengih. Tuah turut sama tersengih sebelum mereka sama-sama berpusing, membelakangkan Teja yang masih tidak mengesyaki apa-apa. Dari jauh kedengaran suara May sibuk memberi arahan kepada jurumekap.
“Kau jangan cari nahas. Kau dah janji dengan aku. Aku dah tunaikan janji aku. Sekarang, tunaikan janji kau dulu. Lagipun…”
“Aku tak nak Teja berisiko tinggi kalau jadi apa-apa pada kau. Kau faham kan?” Suara Wafi penuh harapan.
Tuah angguk sebelum mengeluh panjang.
“Okey. Aku faham.” Dia jabat tangan Wafi erat.
“Terima kasih kerana kotakan janji kau. Aku akan cuba sebaik mungkin.”
Wafi angguk.
“Eh, akad nikah sekali lagi ke tu?” Tegur May dari jauh.
Cepat-cepat Tuah lepaskan genggaman tangan mereka sebelum menjauhi Wafi. Bimbang Teja syak pula.
TUAH betulkan urat-urat badannya. Mahu tak terseliuh badannya bila disuruh jurugambar membuat pelbagai gaya, termasuklah mengangkat Teja. Nampak saja kurus, tapi boleh tahan berat juga Teja yang kini sudah sah menjadi isterinya.
May yang memandu kereta dikerlingnya sekali lalu.
“Kita ke rumah you ke?” Tanya May pada Teja yang duduk di sebelahnya. Tuah seorang di belakang.
“Haah.”
“Your mum?”
“Balik rumah abang, macam biasa.”
“Woo… you all berdua sajalah malam ni di rumah tu ya?” Usik May.
Tuah terus buka matanya yang sudah hampir mahu terpejam.
“Wafi tak ada?” Laju Tuah bertanya.
Teja toleh belakang sedikit.
“Dia balik rumah dia la.”
Tuah tepuk dahinya. Kenapa dia boleh tak ingat arrangement begini? Wafi pun tak ada rasa nak tolong aku langsung. Masak aku macam ni.
Dia terus hantar SOS pada Wafi.
Tuah: Apasal kau tak buat alasan supaya kau tidur sini malam ni? Aku baru teringat kita orang berdua je ni!
Wafi tak balas. Tengah sibuk barangkali. Resah Tuah menunggu balasannya. Macam mana dia nak buat malam ni? Telefonnya bergetar. Cepat-cepat dia baca mesej yang baru masuk.
Wafi: Sorry wei. Ibu aku bisinglah bila aku cakap nak pergi sana. Aku tak nak dia orang syak pula. Pandai-pandailah kau malam ni.
Tuah: Kepala hotak kau wei. Mana aku nak lari???
Wafi: HAHAHAHAH bertuah. Pandai kau la mengelak. Kalau benda nak jadi juga, aku tak kuasa. Tapi if adik aku mengandung dan apa-apa jadi pada kau, kau fikirlah sendiri.

TEASER 5

Teja diam.
“Awak sayang saya, kan?”
Teja angguk.
“Jadi, tolonglah saya. Hari ni je. Kan banyak hari lagi untuk kita?” Tuah kenyitkan matanya.
Teja peluk pinggang Tuah tiba-tiba, merapatkan tubuh mereka.
Ah sudah! Silap taktik! Undur! Undur!
Tapi sudah terlambat. Teja sudah rapatkan wajah mereka juga, dengan senyum menggoda.
“Cium dulu.”
Tuah yang kelu.
“Cium dulu. Make up for last night,” rayu Teja lagi.
Mata Tuah turun ke bibir Teja. Belum sempat otaknya memproses tindakan selanjutnya, Teja sudah menyambar bibirnya. Tuah kaku di situ. Lama bibir mereka bersentuhan, dan baru Tuah sedar matanya terbeliak selama itu. Teja senyum nakal.
“Ee, suci sangat awak ni!” Komen Teja selamba.
Tuah kulum liurnya. Bukan suci, tapi puasa dan menahan diri!
Wafi yang sedari tadi menanti berdeham kuat. Dia sudah risau. Teja ni bukan boleh percaya. Dekat dapur pun boleh jadi kerja, kalau dah namanya Teja.
Tuah toleh ke laluan, bimbang Wafi melihat. Teja pula suka melihat raut Tuah yang kalut.
“Demi awak, saya turutkan.” Teja pagut bibirnya sekali lagi untuk sesaat, sebelum melepaskan rangkulannya. Teja terus berlalu ke ruang makan semula dengan riak selamba.
“Mana Tuah?”
Teja sengih seraya meneguk air teh Tuah.
“Adalah. Sibuk je.”
Wafi dah terjenguk-jenguk. Lega bila Tuah muncul, tapi rautnya yang bingung buatkan Wafi yakin, mesti Teja dah lakukan sesuatu padanya.
“Kau buat apa dekat laki kau?” Tanya Wafi tak bertapis.
Teja angkat keningnya.
“Buat apa?”
“Tu, macam dah kena pukau dah aku tengok. Kau mandrem ke apa?” Komen Wafi.
Tuah duduk kembali, masih tanpa suara.
“Adalah. Sibuk je. Ada aku tanya apa kau buat dengan Kak Nawal?”
Balasan selamba Teja buat Wafi rasa nak cepuk saja adiknya itu. Nasib baik Tuah dah kembali ke alam nyata. Dia cepat-cepat ayun tangannya supaya Wafi bertenang.
Wafi hela nafas dalam. Bila Tuah menjilat bibirnya, Wafi pantas mengerti.
Bertuah punya adik!

************************
Sekian teasers dari naskhah ini.
 
Cepat dapatkan di kedai buku! Takut jadi limited edition dan dah tak ada reprint pula. =)




PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.