About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, February 22, 2010

Anaknya, Anakku Jua 54

Mereka sampai ke rumah menjelang maghrib. Kepenatan. Hana sudah tertidur sebaik saja mereka naik kereta. Sebaik masuk ke dalam rumah, dengan berbondong-bondong beg plastic, mereka tersandar kepenatan di kerusi. Nisa' akhirnya bingkas, mengangkat Hana yang ditidurkan sementara di atas sofa naik ke bilik. Dia mahu membersihkan diri.

“alamak!” tiba-tiba suara Irfan menerjah ke telinganya. Dia menoleh.

“kenapa?”

“saya terlupa nak beli something la. Nanti saya kena keluar balik..” keluh Irfan.

Nisa' geleng.

“solatlah dulu. Maghrib pendek je..”

Nisa' memusingkan badannya semula, dan dia memanjat tangga dengan berhati-hati.

Irfan memerhati dalam diam. Dia tersenyum nipis. Rencananya berjalan lancar.

Nisa' sudah masuk ke bilik. Irfan pula ke biliknya untuk bersolat sebelum keluar semula dari rumah.

*******

Nisa' melipat telekungnya. Hana masih tidur. Pasti dia keletihan. Setelah dipasangkan kelambu katil dan dihadiah satu ciuman di dahi si kecil itu, Nisa' keluar dari biliknya, namun pintunya dibiar terbuka. Dia melalui depan bilik Irfan yang tidak bertutup dan terbuka luas. Nisa' teragak-agak mahu menjenguk.

Dia dah keluar ke?

Dia memanjangkan lehernya, lampu tidurnya saja yang terbuka. Setelah dipastikan tiada orang di situ, Nisa' melangkah masuk untuk mematikan lampu itu dan menutup pintu.

Dia mendekati lampu itu, dan apabila dia mahu berpaling semula, seluruh badannya kaku. Matanya sahaja yang bersinar-sinar di situ. Dihidupkan kembali lampu itu untuk memastikan apa yang dilihatnya.

Memang matanya tidak menipu. Nisa' masih tidak mahu percaya dengan apa yang dilihatnya. Dihidupkan pula suis utama.

Nisa' menekup mulutnya, matanya bulat, tidak berkelip. Jelas dia menerima kejutan yang maha hebat. Tak mungkin? Apa ertinya semua ini?

Irfan tipu aku? Tak mungkin. Tak mungkin dia…

Jantungnya seakan berhenti berdegup. Kenapa? Kenapa dia tipu aku? Mak Su pun? Ibu? Ayah? Dan Sara?

Nisa' terduduk di tepi katil. Air matanya mula bertakung.

***********

Irfan pulang dengan mendapati rumah itu sudah bergelap. Dibelek jam di tangan. Belum lambat sangat. Baru nak dekat pukul 10. Takkan dah tidur?

Dia ke dapur, tiada sesiapa di situ. Barang-barang dapur yang dibeli tadi sudah tersusun elok. Sesuatu mula menyelinap di hatinya, melihat rumah itu seakan-akan berpenghuni, tidak seperti sebelum ini.

Dia dah tidur ke?

Irfan memanjat tangga ke atas pula. Pintu bilik Nisa' bertutup rapat. Dicuba tombolnya, mahu memastikan tombol itu tidak berkunci. Bersedia bagi sebarang kemungkinan.

Tak berkunci. Irfan menolak pintu itu perlahan.

Dan kelihatan sekujur tubuh Nisa' berbaring, membelakangkan pintu. Irfan menunduk seketika, direnung kotak baldu biru di tangannya.

Esok lah..

Diperhatikan Hana pula. Kelihatannya Hana juga sedang tidur nyenyak.

Irfan menghela nafas lega.

Dia kemudian menutup pintu itu kembali, dan diatur langkah ke biliknya. Esok, dia akan menamatkan sandiwara ini.

*******

Irfan bangun pagi itu dengan mendapati Nisa' sudah tiada. Hana juga.

Pantas dia mahu mendail nombor Nisa' apabila matanya terpaku pada satu nota kecil di peti ais.

Dah pergi kerja. Bawak Hana ke rumah Mak Su sekali.

Nisa'…

Irfan mengurut dagunya sendiri.

Awal betul. Pelik.

Namun dia tidak ambil kisah. Hari ini, hari yang paling gembira buatnya. Nisa' dan Hana akan kekal di sisinya. Dia begitu pasti. Dia perlu mengatur rancangan untuk malam ini. Dia begitu gembira sehingga dia tidak ingat langsung mahu menghantar mesej kepada Nisa' pada hari itu.

********

Nisa' resah di duduknya. Begitu resah. Kepada siapa patut dia mendapatkan kepastian? Irfan? Ibu, ayah, Sara atau, Mak Su orang itu sendiri?

Matanya tidak menipu. Dia masih waras. Dia pasti wajah itu yang dilihatnya. Kenapa Irfan begitu selamba? Kenapa yang lain juga begitu? Kenapa mereka menipunya?

Apa tujuan mereka? Sampai hati mereka. Jika dia tahu lebih awal, sebelum hatinya mula berbelah bagi, mungkin dia akan mengundur diri tanpa rasa bersalah. Dan kini, dia sudah bersalah! Menjadi pesalah di dalam mahkamahnya sendiri.

Tok! Tok!

Liza menjengah tanpa menunggu izin Nisa'.

“puan Nisa', puan tak nak makan ke?” soal Liza dengan wajah ceria.

Nisa' tersenyum tawar.

“saya tak laparlah.. awak pergi makan dulu ya..” tolak Nisa' dengan baik.

“ok..” Liza akur.

Pelik. Wajah Nisa' tidak ceria. Namun dia tidak mahu bertanya. Hal rumahtangga, tak baik diheboh-hebohkan.

Nisa' tersandar di kerusi. Sekejap-sekejap dia bangun, duduk kembali. Bingung.

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Mungkin dia boleh meluahkan pada orang itu. Dia tahu Daniel akan mengotakan janjinya, untuk menjadi seorang sahabat baik.

Mala? Terlalu bahaya. Mala mungkin akan menyanggahnya, seperti selalu. Mala pasti menangkan Irfan.

Nisa' mendail nombor itu, dan dia menanti jawapan di sebelah sana dengan penuh debaran.

“helo.. Daniel?”

“Nisa'? aik, mimpi apa awak telefon ni?” suara Daniel ceria.

Nisa' mengeluh perlahan.

“can we have lunch together? Saya…”

“Nisa', awak ok ke?”

Nisa' angguk laju, seolah-olah Daniel di depannya.

“saya ok..” sejurus selepas ayat itu terluah, air matanya merembes laju, membuatkan dia teresak-esak dalam sekelip mata.

Perasaan itu sudah tidak terbendung lagi.

“Nisa', kenapa ni? Awak buat saya risau.. awak kat mana? Office ke? Saya datang sekarang..” suara Daniel kerisauan.

Nisa' geleng.

“tak, jangan datang. Kita jumpa di tempat biasa..” pantas Nisa' menahan dalam sebak.

“are you sure awak boleh datang sendiri?”

Nisa' angguk lagi.

“yeah, saya boleh datang. Saya jumpa awak di sana ya..” dia cuba menahan air matanya, namun mereka ingkar. Sebaknya begitu terasa.

“ok..” berat Daniel menerima, namun dia terpaksa akur. Nisa' isteri orang. Bahaya mereka bertemu begitu.

Talian mati.

Nisa' menangis sepuas-puasnya, sehingga dia terduduk di sofa, lututnya terasa lemah.

Kenapa orang yang sudah mencuri hatinya kini melukakan hati itu? Bagaimana mungkin dia mengambilnya kembali? Tak mungkin. Dan dia betul-betul terluka. Cuma Daniel saja yang ada dalam fikirannya sekarang.

Mungkin Daniel boleh membantu.

*******

Daniel resah sendiri. Nisa' masih belum muncul-muncul lagi. Ke mana dia?

Kerisauan bertandang. Nisa' tak pernah menangis begitu. Kerana Irfan dia menangis? Mungkin. Daniel mengeluh perlahan.

“hey, awak..” Daniel panggung muka. Wajah itu macam kenal.

“kenduri Nisa', kan?” gadis itu bertanya lagi.

Daniel memicingkan matanya.

“siapa ya?”

“Hana?” Sara cuba mengingatkan lagi.

Hana? Hana kan anak Nisa'..

“oh, awak yang dukung Hana?”

“Daniel kan?”

“haah, apa nama awak?”

Sara mencebik.

“Sara lah..”

Daniel sengih malu.

“duduklah..”

Sara tersenyum nipis.

“tak, tak pe. Awak mesti tunggu someone kan? Saya tengok dari tadi resah je..” tegur Sara.

Daniel garu dahi, tersenyum lebar.

“haah, tunggu kawan..”

“kawan ke someone special?” usik Sara lagi.

Begitu ceria dia. Daniel sengih malu.

“tak lah, serious, kawan je. Join us?”

“cikgu.. jom..” seorang kanak-kanak mungkin dalam lingkungan 8 tahun menggamit Sara.

“oh, saya kena pergi. Saya bawak budak-budak ni melawat KL. Balik hari. Anyway, nice meeting you. kirim salam dengan kawan awak ya.. assalamualaikum..” sempat Sara mengusik lagi.

Mereka kemudiannya berlalu meninggalkan Daniel sendiri lagi.

Daniel tersenyum sendiri. Sehingga dia tidak sedar Nisa' menghampiri.

“hai, senyum sorang-sorang?”

“eh, bila awak sampai?”

“baru je..”

Daniel dapat melihat perubahan di wajah Nisa'. sembap sedikit.

“awak menangis?”

Nisa' senyum tawar.

“order?”

“ok..” Daniel menurut.

Mereka memanggil pelayan dan membuat tempahan makanan dan minuman.

“Nisa'..”

“Daniel, saya nak awak dengar apa yang saya nak cakap ni. Jangan menyampuk langsung. Boleh?” ujar Nisa' perlahan, namun tegas.

Daniel angguk.

Nisa' memulakan, tanpa tertinggal sedikit pun. Bagaimana mereka bertemu dan membuat rancangan perkahwinan mereka, demi Hana. Dan juga perasaan Nisa', dan apa yang merunsingkannya.

“dah habis?”

Nisa' angguk. Diteguk minumannya, dia sudah puas menangis tadi. Dia takkan menangis lagi.

“jadi selama ni, awak menipu saya..”

Nisa' geleng.

“saya tak menipu awak Daniel, mulanya, memang saya tipu, tapi lama-kelamaan, saya sendiri rasa saya menipu diri sendiri. Saya akui, saya tak boleh lupakan dia.. Maafkan saya, sebab saya cari awak bila ada masalah. Saya terpaksa, kalau saya beritahu Mala, mungkin Mala akan beritahu Irfan..”

“jadi saya ni substitute lah?”

“Daniel please. Tolong saya. Saya buntu ni..”

Daniel membetulkan duduknya.

“awak tau tak?”

Nisa' tidak menjawab. renungannya jelas menunjukkan dia menagih jawapan.

“awak tak pernah menangis sebab saya, kan?”

Nisa' terdiam.

“Daniel..”

Daniel tersenyum nipis.

“tapi tak apa. Sekarang saya tau, awak memang betul-betul cintakan dia. Sebab awak menangis kerana Badri dulu, dan sekarang, kerana dia. Memang tak ada rezeki saya nak dapat air mata awak, nak buat macam mana kan..”

“Daniel…”

Daniel mengangkat tangannya, menahan Nisa' dari terus berkata-kata.

“ok, sekarang saya nak tanya, awak pernah pergi kubur Zila?” Daniel beriak serius, lagaknya seperti Detektif Conan.

Nisa' geleng.

“dia pernah tunjuk gambar Zila?”

Nisa' geleng lagi.

“awak pernah tanya siapa Shila?”

“tak..”

“mungkin diorang kembar ke..”

“Daniel! Such a big thing, takkan Irfan terlupa nak cakap dengan saya? Tapi yang saya tau, Irfan memang selalu mengelak kalau saya tanya pasal Shila. Pendek kata, dia tak pernah kisah nak bercerita pasal Shila. Dan dia memang elakkan topic Shila..”

Daniel mengurut dagunya, berfikir dalam.

Dia menyuap nasinya, membiarkan Nisa' ternanti-nanti.

“mungkin… apa yang awak rasa tu betul..”

Nisa' mengeluh berat.

“tapi, itu mungkin, mungkin jugak salah. Tinggal satu saja jalannya.”

Mata Nisa' bersinar.

“apa dia?”

“tanya Irfan sendiri. Awak takkan dapat jawapan dengan meneka macam ni. Nisa', bukan salah awak bertanya. Tanya dia, siapa perempuan dalam gambar tu? mungkin betul tu Shila, dan mungkin betul dia menipu awak. tapi, mungkin jugak, Shila dan Zila kembar, atau memang seiras tanpa pertalian, awak tak tau, betul tak?”

Nisa' menggigit bibir.

“kalau Irfan tak nak jawab, macam mana?”

Daniel geleng.

“awak jangan tanya depan dia, kosong macam tu je. Awak tunjuk gambar kahwin tu, dan tanya depan gambar tu. so, dia tak boleh mengelak. Ok?”

Nisa' terdiam.

Memang betul, itu saja jalannya, tapi, persoalannya di sini, KUATKAH DIA UNTUK MENDENGAR KENYATAAN? Bagaimana kalau apa yang ditakutinya itu, betul?

Apa yang harus dilakukan? Tinggalkan Irfan? Kuatkah dia? Dia tak sanggup kehilangan lagi.

Nisa', be strong. Dia tetap bukan hak kau. Irfan milik Sara.

********

“Mak Su..”

“hmm..”

“malam ni, Hana tidur dengan Mak Su ya..”

Mak Su mencebik, hairan.

“kenapa pulak?”

Irfan tersenyum.

“adalah.. saya ada hal dengan Nisa'… boleh ya?”

Mak Su tersenyum mendengar balasan Irfan.

“oklah..”

Irfan memeluk Mak Su erat.

“thanks Mak Su..”

********

Irfan sudah membeli semua benda yang diperlukan. Lilin berukir, bunga mawar sejambak berhias cantik, meja juga sudah disusun. Hidangan istimewa juga sudah tersedia. Dan yang paling penting, kotak baldu biru itu.

Irfan mengerling jam di dinding. Sekejap lagi, Nisa' akan balik. Dan dia pasti akan terkejut. Irfan bersedia menerima sebarang kemungkinan. Apa yang penting, isi hatinya terluah.

Bagai mahu pecah dadanya menanggung rasa itu. Dia mahu berkongsi rasa itu dengan Nisa', dan harapannya, Nisa' mahu menerimanya dengan hati terbuka, bukan kerana Hana, bukan kerana apa pun, atau siapa pun. Ikhlas.

Irfan menanti dan menanti. Maghrib menjelang. Nisa' masih belum pulang. Mahu menghantar mesej, bimbang dia merosakkan suasana kelak. Dan akhirnya dia menanti, sehingga isyak.

Makanan yang terhidang, dipanaskan semula. Nisa' pasti pulang.

Pukul 10. Irfan sudah layu di kerusi. Mana Nisa'?

Pukul 11, makanan dimasukkan ke dalam peti sejuk semula. Direnung kotak biru itu sepi. Nisa', pulanglah..

Telefon bimbitnya juga sepi. Sedari tadi tiada bunyi. Bimbang menggigit tangkai hati, namun memikirkan ini hari pertama Nisa' kembali ke pejabat, pasti kerjanya banyak. Dan dia tidak mahu menganggu.

Tiba-tiba..

Irfan tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Pantas dicapainya.

“helo, Nisa'?” terkocoh-kocoh dia menjawab.

“kak Nisa' belum balik rumah ke?” suara Sara kedengaran, dan Irfan mengeluh berat.

“belum..kenapa Sara call abang ni?”

“bang ipan, Sara tak tau la sama ada patut ke tak Sara cakap ni. Tapi Sara nak abang tau. Terpulang pada abang untuk buat judgment sendiri. Ok?”

“apa dia Sara?” nada suara Sara membuatkan hati lelakinya berdetak kencang.

“tadi.. Sara nampak..err.. kak Nisa' dengan Daniel…”

Seluruh alam bagai terhenti.

Irfan kaku.

“abang, Sara nampak Daniel mula-mula, Sara tegur dia, dan dia ingat Sara. Bila Sara tanya jumpa siapa, dia cakap kawan. Tapi dia memang nampak resah. Sara pun tak boleh lama. Jadi Sara mintak diri. Bila Sara dah pergi, Sara dah jalan agak jauh sikit la, Sara tertoleh semula, dan Sara nampak kak Nisa', dengan abang Daniel. Dan diorang nampak, lain macam. Sara pasti mata Sara nampak dia. Bukan Sara nak lagakan abang. Abang pun tau kan, Sara suka kak Nisa' tu? tapi Sara tau Sara kena beritahu abang. Sebab tu Sara call lambat sikit ni..”

Irfan tidak dapat mendengar apa-apa lagi. Talian itu tergantung sebelum Sara mematikannya dan mendail semula.

Namun Irfan sudah tidak mendengar lagi.

Nisa'… sampai hati awak…

********

Pukul 2 pagi, kereta Nisa' meluncur perlahan masuk ke pekarangan.

“pelik. Irfan tak telefon langsung. Maknanya, dia tak kisah dengan aku la kan?” dia berbicara seorang diri.

Hana macam mana?

Sengaja dia pulang lewat. Tidak mahu berhadapan dengan Irfan. Buat masa ini, dia belum bersedia. Dia akan bertanya bila dia sudah mengumpul cukup kekuatan untuk mendengar kebenarannya.

Rumah itu sudah bergelap. Pasti mereka sudah tidur. Dia berkira-kira mahu masuk ke dalam.

Hana, maafkan ummi..

Nisa' memasuki ruang tamu, dan dia terlanggar sesuatu.

“aduh!” Nisa' pantas mencari suis. Apa yang dilanggarnya?

Suis dipetik, dan dia kehairanan melihat objek itu.

Meja? Siap dengan lilin, set pinggan makan, dan.. bunga? Nisa' mengamati meja itu. Sebelum ni, meja tu di bilik belakang. Kenapa ada di sini? Takkanlah..

“baru ingat nak balik?”

Nisa' terundur ke belakang setapak. Terkejut mendengar sapaan itu.

Irfan menuruni tangga tenang, namun pandangannya menakutkan, mencerun ke arah Nisa'.

“Irfan..”

“ya, saya Irfan, suami awak. ingat awak dah lupa jalan balik ke rumah ni..” Irfan menghampiri, begitu dekat sehingga Nisa' terpaksa mengundur ke belakang.

“saya… saya..”

“jumpa kekasih sampai lupa nak balik?”

“apa awak cakap ni?”

Irfan tersenyum sinis.

“Nisa', saya dah penat main sorok-sorok dengan awak.. cakap, ke mana awak pergi seharian?” dia mendekatkan wajahnya ke wajah Nisa', pantas Nisa' berpaling.

“saya di pejabatlah. Ke mana lagi..”

“ye ke? Entah-entah, pergi berfoya-foya tak ingat dunia. Lupa tanggungjawab..”

“Irfan, awak ni dah kena rasuk ke? Hah?” tempelak Nisa'.

Bicara Irfan menghiris perasaannya. Sampai hati Irfan..

Nisa' tersentap apabila Irfan mencekak kedua bahunya, memaksa mata mereka bertentangan.

“ya! Saya memang dah kena rasuk! Saya menanti awak dari petang tadi, mengharapkan awak akan muncul, dan kita takkan jadi macam ni! Satu mesej pun awak tak hantar, telefon pun tidak! Awak tau tak saya risaukan awak??” tengkingnya, membuatkan Nisa' tergamam.

“awak tak pernah nampak saya, kan Nisa'? awak masih harapkan Daniel, yang sanggup putus dengan awak, sebab Hana? Dan awak masih kejar dia? Kenapa awak tak nampak saya Nisa'? yang sentiasa di sisi awak susah senang awak, sanggup bagi idea gila demi kepentingan awak, dan Hana? Sanggup tulikan telinga dengan cakap-cakap orang kerana kahwini awak… awak memang tak kan nampak saya? Kan Nisa'?” suaranya sudah berubah lirih. Mata mereka bertentangan lama.

Nisa' mengetap bibir, memalingkan wajahnya.

“apa yang awak nak Irfan?” suaranya masih terkawal. Dia masih mampu membendung segalanya.

Irfan bingung seketika seraya mendengar soalan itu. Dilepaskan pegangannya di bahu Nisa', direnung wajah itu tidak percaya.

“apa yang saya nak? Saya nakkan seorang isteri, yang menyayangi saya. Dah jelas bukan?”

Nisa' pula tersenyum sinis.

“seorang isteri? Lakonan apa yang awak buat ni? Bagus betul. Sampaikan saya tertipu dengan semua orang, dengan awak. hah, saya memang bodoh. Sebab biarkan diri saya diperbodohkan awak, sampai macam ni sekali..”

“apa maksud awak?”

Mencerlung mata Nisa' merenung Irfan dalam.

“apa maksud saya? Apa tujuan awak menipu saya dengan perkahwinan ni? Kenapa? Apa yang awak nak dari saya? Harta? Pelik. Awak lagi kaya. Tapi kenapa awak sanggup menipu saya macam ni? Kenapa??”

“Nisa'! apa yang awak merepek ni?”

Nisa' masih berdiri tegak, bagai tidak percaya dengan penidakan Irfan.

Direntap tangan Irfan dan dipaksanya Irfan menuruti langkahnya menaiki tangga.

Sampai di bilik Irfan, pintu bilik itu dibuka seluas-luasnya. Mereka masuk, dan Nisa' menudingkan jarinya ke satu arah. Ke bingkai gambar yang menghiasi kepala katil agam itu.

Irfan terpana.

“tu! Shila kan? Siapa Shila pada awak? awak tipu saya kan? Selama ni bila saya tanya awak, awak asyik mengelak! Dia bekas isteri awak, kan? Sebab tu awak tak nak bercerita pada saya tentang dia. Kan? Kenapa awak tipu saya? Kenapa awak cakap dia dah mati? Kenapa? Apa tujuan awak? apa???!”

Air matanya gugur satu persatu, sudah tak dapat dibendung lagi.

“kalau awak nak saya jadi isteri awak, saya dah pun jadi isteri awak. and I STUPIDLY fell for you! Kalau itu yang awak nak, awak dah dapat. Now, what? Awak nak ceraikan saya? Nak kecewakan saya? Macam tu? hah?”

Bicaranya berselang sedu.

Irfan kaku. Dia menghela nafas dalam.

“apa salah saya Irfan? Kenapa awak buat saya macam ni… bagai orang gila, saya cuba tak mencintai awak, mengingatkan janji saya pada Sara, dan kebaikan awak, saya tak sampai hati nak hancurkan hidup awak..tapi kenapa awak sanggup buat saya macam ni, kenapa…” Nisa' terduduk di hujung katil, dengan wajah yang basah.

Dia menekup mukanya, dan menangis semahu-mahunya.

Irfan mencapai telefon bimbitnya, dan didail nombor di situ.

Nisa' masih mengongoi sendiri.

“nah..” Irfan menghulurkan telefon bimbitnya.

Nisa' menunjukkan wajahnya, dikesat air matanya.

“Mala nak cakap..”

Nisa' keliru. Mala? Disambut juga huluran itu.

Dia membetulkan suaranya. Serak.

“Mala?”

“Nisa', apa kau buat ni?”

“a- ke-kenapa kau telefon?”

“Nisa'.. Shila dan Zila, kembar seiras..”

Bagaikan batu terhempap ke kepalanya, Nisa' terkedu, kelu.

“ap-apa kau cakap ni?”

“ya Nisa', Shila adik Zila. Dan apa yang kau nampak tu, gambar arwah Zila. Shila adik Zila, dan Shila pernah nak dijodohkan dengan Irfan lepas Zila pergi. Sebab tu Irfan tak senang dengan Shila. Sara tu sepupu Irfan, yang Cuma menyamar sebagai kekasih, sebab kau yang nak syarat tu sebelum korang kahwin kan? Jadi, dia terpaksa minta bantuan Sara. Tengok, kau terlalu sukar nak terima dan melihat dengan mata hati Nisa', sampai kau dah lukakan hati dia yang sayangkan kau, dan menjaga kau selama ni. Dia sanggup bagi segalanya pada kau, sebab kau dan Hana hidup dia. Tapi kau? Kau lukakan dia, kau hina arwah Zila. Nisa', aku harap kau sedar apa yang kau buat ni…”

Suara Mala sudah tidak kedengaran lagi. Telefonnya sudah terlepas dari genggaman. Nisa' tergamam.

Ya Allah! Apa aku dah buat?

“Irfan..”

Nisa' mengangkat muka, sepi. Irfan sudah tiada di dalam bilik itu.

“Irfan!” Nisa' bingkas, dan bagai orang gila, dia mencari dan menjerit memanggil nama itu.

Enjin kereta kedengaran di bawah. Nisa' pantas berlari namun sudah terlambat. Sebaik dia sampai, kelibat kereta Irfan sudah hilang, dan Irfan turut hilang bersamanya. Nisa' terduduk di halaman rumah, bersama air mata yang masih berjejeran.

“Irfan…maafkan saya…” rintihnya di situ, bersama air mata sebagai peneman, menanti di dalam dingin pagi.

*******

Nisa' dapat mendengar pintu biliknya dikuak. Namun dia tidak berkutik. Pipinya masih basah. Pakaiannya belum berganti.

Irfan kah?

Tilamnya terasa berhenjut. Nisa' masih membatu. Matanya dipejamkan.

Dia terasa sesuatu merayap di pinggangnya, namun dibiarkan saja. Air matanya mengalir laju apabila desah nafas itu kedengaran di belakang kepalanya, dan hangat tubuh itu mula tersebar ke seluruh bahagian badannya yang bersentuhan.

“Nisa'…jangan pergi…” suara itu perlahan, namun jelas.

Nisa' memejamkan matanya erat. Dia memusingkan badannya perlahan, dan wajah Irfan jelas kelihatan, sayu dan redup, renungannya hangat, penuh dengan kasih sayang. Kini Nisa' mampu melihat semua itu.

Mata mereka bertentangan.

“awak…jangan pergi?”

Irfan menyeka air mata yang turun laju, namun usahanya gagal. Air mata itu tetap merembes laju.

“saya takkan pergi mana-mana tanpa awak..” bisiknya sebelum bibirnya menyentuh dahi dan kedua pipi Nisa', dan akhirnya di bibirnya.

Nisa' pantas melingkarkan tangannya di pinggang Irfan, erat.

Saya takkan lepaskan awak pergi, sebagaimana saya biarkan Badri pergi. Takkan…

Ini Bubur Cinta: Bowl 12




Petang itu, rumah kayu pusaka itu menerima kunjungan seseorang yang sudah lama tidak berkunjung. Encik Rashid. Isabelle menyiapkan hidangan seperti biasa, kuih lapis dan seteko teh.
“Isabelle, masuk bilik. Nenek nak cakap dengan Encik Rashid kejap.” Arah Nek Zizah, perlahan dan tenang.
Isabelle merenung Nek Zizah sekilas. Sedar dia perlu akur. Sebagaimana yang selalu dia buat. Akur dengan arahan Nek Zizah.
Dia menundukkan kepala sedikit kepada Rashid sebelum dia mengundur diri, menghilang ke dalam biliknya.
Rashid tersenyum nipis. Rambutnya sudah keputihan sedikit, berbanding dulu. Namun nyata dia masih kelihatan segak, dan pasti ada yang menyangka umurnya baru di awal 40-an sedangkan umurnya sudah separuh abad.
“dia dah besar panjang..” komen Rashid.
Nek Zizah tersenyum nipis. Ada garis kerisauan terselit di situ.
Rashid dapat melihat senyum itu berhias bimbang.
“puan risaukan dia ke?”
Nek Zizah tidak menjawab, sebaliknya dia mengeluh perlahan.
“memang saya risaukan dia. Masa depan dia..”
Rashid membetulkan duduk.
“puan tak nak kahwinkan dia?”
Nek Zizah menentang mata Rashid seraya mendengar soalan itu.
“dah banyak pinangan, tapi dia tolak..” keluhnya.
“dia tak nak kahwin?”
Nek Zizah angguk.
“saya pun tak tau lah Rashid, apa nasib dia kalau saya pun ikut jejak suami saya nanti..”
Rashid menunduk, sayu. Kematian Tuk Khalid mengejutkannya. Sungguh dia tidak menyangka Tuk Khalid pergi begitu awal.
“sebab tu, saya panggil Rashid datang sini. Saya nak pastikan masa depan dia terjamin.” Kata-kata itu tegas, tenang, dan yakin.
Rashid mengangkat muka.
“tolong macam mana tu?” Rashid bertanya, pelik.
Bukankan dia memang sedang menjaga kebajikan Isabelle?
Nek Zizah mengeluh perlahan.
“cari anak saya.. Haliza..”
Rashid terdiam, buntang matanya, jelas terkejut dengan permintaan itu.
“ke- kenapa nak cari dia?”
Nek Zizah menunduk seketika.
“saya tak risaukan harta, yang saya risaukan, kehidupan Isabelle kelak. Saya nak dia hidup berterusan dengan kasih sayang, dan saya nak pastikan semua tu akan terjadi sebelum saya tak ada lagi di dunia ni. Dia ibarat sebatang kara. Kalau saya pergi, dengan siapa dia menumpang kasih?” suara itu sayu.
Rashid menelan liur. Dia menghela nafas dalam.
“jadi, saya kena cari Haliza sekarang?”
Nek Zizah angguk.
“saya akan bayar upahnya. Tapi jangan hubungi dia kalau dia dah ditemui. Beritahu saya. Kemudian, saya akan beritahu perkara seterusnya..”
Rashid mengetap bibirnya, kurang pasti. Tak pernah dia bertindak sebagai seorang penyiasat persendirian.
“bukan duit yang saya risaukan. Tapi amanah ni, agak berat pada saya. Tapi saya akan cuba..” Rashid memberi janji.
Nek Zizah menghela nafas lega.
“terima kasih Rashid, pada Rashid saja saya letakkan harapan sekarang. Perkara kedua, tentang ini..”
Dihulurkan satu sampul yang sudah agak lusuh.
Rashid menyambut, teragak-agak. Apa isinya?
“ini..wasiat Tuk Khalid.”
Rashid mengangguk.
“saya nak awak tulis wasiat saya, berdasarkan wasiat ni..” ujar Nek Zizah lagi.
Rashid kerut dahi.
“apa wasiat puan?”
Nek Zizah tersenyum tawar.
“bila Haliza dah dijumpai, saya akan beritahu…”
Rashid terdiam, dan direnung sampul itu lama.
“tentang Haliza, dia isteri pegawai daerah. Saya percaya tak susah untuk awak cari dia. Nama suami dia Nazri. Dia pernah bertugas di daerah ni. Itu petunjuk yang saya boleh bagi.”
“nama penuh dia Haliza?”
“ya. Haliza Khalid.”
Rashid mengangguk lagi. Sampul itu disisipkan ke dalam beg bimbitnya.
“baiklah. Saya akan cuba yang terbaik. Saya akan hubungi puan kalau saya dapat berita apa-apa..”
Nek Zizah tersenyum lagi.
“Rashid, terima kasih..”
Rashid tersenyum nipis. Dia kemudiannya mencapai cawan tehnya, dan diteguk air itu perlahan.
Haliza Khalid..
**********
Di sebuah rumah banglo 2 tingkat di kawasan perumahan elit..
“abang!” Nasha menjerit kuat.
Esfahan menoleh, seraya merengus perlahan.
“apa??” soalnya, marah. Kunci kereta di tangannya digenggam kuat.
Nasha mendekat, dengan mimik muka tidak puas hati. uniform sekolahnya untuk hari sukan elok tersarung di tubuhnya.
“tumpanglah!”
Esfahan berpaling, seraya meneruskan langkahnya meninggalkan Nasha yang sudah berwajah kelat. Berbeza dengan Nasha, lelaki itu begitu kemas dan kacak, dengan penampilan yang memikat. Siapa tak kenal Esfahan? Model sambilan dan juga arkitek muda.
“abang tak ada masa lah!”
Nasha mengekor langkah Esfahan.
“siapa nak hantar Nasha???” suara Nasha juga separuh menjerit.
Esfahan jungkit bahu.
“pergilah naik bas!”
Nasha geleng laju.
“tak nak! Nasha dah lambat ni!” protes Nasha.
Esfahan merengus kasar.
“abang hantar dekat simpang je!” Esfahan mengetap bibir geram.
Nasha senyum lebar.
“tak kisah, sayang abang!” dipeluk abangnya erat, namun cepat ditolak Esfahan.
“gila!” marahnya.
Nasha jungkit bahu.
Dia pantas menuju ke pintu tempat duduk sebelah pemandu, dan mengambil tempatnya. Esfahan turut mengambil tempatnya dengan wajah tidak puas hati.
Enjin kereta BMW 5 Series itu mengaum hebat sebaik dihidupkan. Menggambarkan betapa bengkaknya Esfahan dengan Nasha, sedang Nasha? Tersenyum gembira.
*********
“apasal kau lambat?” Nira, temannya merangkap pengurus tak rasminya menggeletek di sebelah Esfahan sebaik saja dia sampai di lokasi iklan mereka.
Esfahan memuncungkan mulutnya.
“adik aku yang bengap tu lah. Dia mintak aku hantar dia pulak! Director ada ke?”
Nira memuncungkan mulutnya ke satu arah. Wajahnya bermekap tebal. Mekap modellah katakan. Mereka beriringan ke sudut mekap. Krew penggambaran yang lain semuanya sedang bersiap sedia.
Jantina mereka mungkin sama, namun gaya mereka sungguh berbeza. Nira meliuk lentok, sedang Esfahan tegap, gagah perkasa.
Esfahan duduk di atas kerusi, dan Nira menjalankan kerjanya pantas. Touch-up wajah Esfahan. Sebagai seorang yang sudah biasa diperlakukan begitu, Esfahan tidak membantah.
“hah, putera Esfahan. Ingat sebulan lagi baru sampai..” Amri mencelah tiba-tiba. Diserahkan satu kotak seluar dalam lelaki, subjek untuk hari itu. Esfahan menyambut tanpa sepatah kata.
“mujur director ok hari ni. Kalau tak..” Amri menyambung lagi.
Esfahan mencebik.
“berani dia nak cari orang lain?” sinis bicaranya, angkuh juga.
Amri menjeling. Kacak, tapi bongkak.
Dia akhirnya berlalu. Malas mahu menyampuk lagi. Layan orang gila, kita pun gila!
Esfahan menjeling kotak di tangan. Tiada secebis rasa malu untuk memperagakan produk itu. Bukan sekali dua baru. Berkali-kali.
Tidak dia kisah mempertontonkan diri di khalayak, dan mempamerkan dirinya tanpa Seurat benang kecuali sehelai seluar dalam. Aurat? Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu.
Nira selesai melakukan kerjanya. Esfahan bingkas dan masuk ke dalam bilik persalinan.
Tidak lama kemudian dia keluar bertuala sahaja, ke pentas penggambaran. Dan tanpa secebis rasa bersalah, dia menanggalkan tualanya, membiarkan kelipan-kelipan cahaya kamera membaluti tubuh gagahnya, dan bertambahlah titik hitam di hatinya, menambahkan lagi kelam, menjauhkan hidayah. sedih.
*********
“nek..” Isabelle memicit kaki Nek Zizah perlahan.
Nek Zizah yang memejamkan matanya, membuka matanya sedikit.
“ya..”
“apa yang nenek cakap dengan pakcik Rashid?” Isabelle bertanya. Mencuba nasib.
Mana tau nenek nak cakap sikit-sikit.
Nek Zizah mengeluh perlahan.
“kenapa kamu tanya?”
Isabelle memuncungkan mulutnya.
“lain macam je nenek tadi. Bagitaulah…” pujuk Isabelle.
Nek Zizah menghela nafas dalam. Sepi seketika kecuali bunyi kipas angin di siling.
“makcik Haliza kamu..”
Isabelle mengerutkan dahi.
“kenapa dengan dia?” kenapa tiba-tiba?
Nek Zizah mendesah perlahan.
“nenek rindukan dia..” ujar Nek Zizah perlahan.
Lidah Isabelle kelu. Mulutnya terasa kering tiba-tiba. Kenapa nenek cakap pasal dia? Selalu nenek tak macam ni. Takkanlah..
“nek, nenek tak sihat ke? Kalau nenek tak sihat, cakap dengan Isabelle, ok?” pujuknya perlahan.
Nek Zizah tersenyum nipis.
“nenek sihat..”
Isabelle geleng. Wajahnya risau, bimbang yang teramat.
“tapi kenapa nenek bangkitkan pasal dia tiba-tiba? Nek, janganlah macam ni. Nenek buat Isabelle risaulah..” suaranya lirih. Jemarinya sudah berhenti mengurut. Dia kini menumpukan sepenuh perhatiannya pada wajah tua itu.
Nek Zizah geleng.
“Isabelle, nenek ok.. tapi nenek tak suka Isabelle macam ni. Kalau nenek pergi, itu takdir. Tiada siapa boleh lawan ajal. Isabelle tak boleh meraung, menangis, macam masa Tuk Khalid pergi dulu.. faham kan, sayang?”
Isabelle menunduk. Titis-titis jernih mula bergenang di matanya.
“walaupun kita rasa kita keseroangan, kalau Isabelle berpegang pada janjinya, seluruh dunia akan bersama kita. Itu janji Dia. Isabelle kena pegang pada semua tu. jangan terlalu kejar dunia. Kelak, kita keseorangan jugak. Kalau kita jadikan dunia ni penjara kita sekarang, insyaAllah syurgalah untuk kita di sana. Nenek nak Isabelle ingat pesan nenek ni..ya sayang?”
Isabelle teresak-esak perlahan. Dia mengangguk. Nek Zizah menarik Isabelle ke dalam pelukannya. Air matanya turut bergenang.
Allah, pelihara dia walau di mana dia berada.. itu saja pinta ku..

Monday, February 15, 2010

Anaknya, Anakku Jua 53

“susu Hana jenama apa?” Irfan bertanya, sebelum dia menoleh sekilas pada Nisa' yang menolak stroller Hana.

“dugro..”

“nak beli ke?”

Nisa' jungkit bahu.

“boleh je if nak beli. Tapi ada lagi susu dia.”

Irfan angguk. Dicapainya setin susu dugro, dan diunjukkan pada Nisa'.

“yang ni?”

Nisa' meneliti seketika sebelum mengangguk.

“haah.”

Irfan memasukkan tin itu ke dalam troli yang ditolaknya. Bukan susu sahaja. Semua barang keperluan Hana dibelikannya. Baju, kasut, topi, padahal semuanya sudah mencukupi. Berlebihan pulak. Nisa' mula rasa lain macam.

“Irfan, sudahlah tu, semua barang Hana masih cukup lagi. Ni banyak-banyak, if dah tak muat, tak ke membazir namanya?” tegah Nisa'.

Risau dia melihat Irfan beriya membeli.

Irfan yang sedang membelek pakaian kanak-kanak mengerling sekilas.

“alah, bukan selalu..” jawabnya.

Nisa' terdiam.

Bukan selalu? Maybe this is the first and the last time we ever go shopping together…

Dan Nisa' tidak membantah lagi. Rawan hatinya memikirkan haluan mereka yang sebenarnya berbeza. Jalan hidup yang sebenarnya tidak seirama, tapi bertemu juga, membuatkan irama yang terhasil merundung duka.

“so..”

Habis setroli barang Hana, tiba-tiba Irfan memandang Nisa' lain macam.

“so?”

“awak tak nak beli apa-apa?”

Nisa' geleng.

“tak apa. Saya tak perlu apa-apa..”

Irfan angguk.

“ok. So, sekarang, kita cari barang dapur, ok?”

Nisa' senyum tawar.

“ok..”

Satu pusingan lagi dibuat, segala macam benda dibelinya, sampaikan Nisa' naik pening. Begitu banyak.

“Irfan, kita ni dah nak kena isytihar darurat ke?”

Berkerut dahi Irfan.

“kenapa?”

“habis, awak beli macam dah tak ada hari lain nak beli? Banyak sangat..” tegur Nisa' seraya menjeling ke dalam troli.

Irfan sengih sambil menggaru dahinya.

“sebenarnya..saya tak pernah beli barang dapur..”

Membulat mata Nisa'.

“maksud awak?”

Irfan sengih lagi.

“selalunya, arwah dan ibu yang beli. Saya bagi duit je.”

Nisa' terdiam, menggeleng tidak percaya.

“Irfan, lain kali cakap je lah yang awak tak biasa, bukannya saya nak marah pun.. lagipun saya dah biasa buat semua sendiri..”

Irfan geleng. Wajahnya berubah tegas.

“tak, saya takkan biar awak sendiri. Cukuplah saya biarkan Zila sendiri selama ni, walaupun dia ada suami, tapi macam tak ada. Saya terlalu sibuk, tak ada masa untuk dia…”

Nisa' terkedu. Wajah Irfan mendung, namun jelas dia cuba menahan rasa itu dari terpamer, namun gagal. Dia begitu kesalkan kisah dulu.

Nisa' menunduk. Dia telah menyebabkan lelaki itu sentimental lagi.

“ok, kalau macam tu, saya rasa better we stick to your way, duit awak, but saya yang beli dan pilih barang, kerja awak, tolak je troli tu. Ok?”

Irfan diam seketika, sebelum dia mengangguk.

“ok..”

Nisa' teliti semula semua barang dalam troli, dan dikeluarkan mana yang tak perlu. Sekali-sekala Irfan menegur.

“eh, yang tu saya nak..”

“eh, tu pun tak nak ke?”

“alamak, saya rasa kita perlu yang tu..”

Sebelum akhirnya Nisa' menjeling Irfan tajam.

“siapa yang nak pilih barang sekarang? Awak ke saya?”

Irfan tersengih.

“ok, ok, sorry..”

Hana tepuk dahi, dia pun dah pening. Bila nak balik rumah, ummi, abi? Hana dah ngantuk ni….

Akhirnya, setelah 4 jam membeli, mereka masih belum mahu belah dari situ.

Mereka singgah makan di food court pula. Kalau ada pertandingan troli terpenuh dan paling melimpah, mungkin mereka boleh menang award. Irfan sampai termengah-mengah menolak troli itu. Mujur Nisa' dah tapis tadi, kalau tak, alamatnya dua trolilah kena guna.

Untuk seketika, masing-masing terlupa segala masalah dalam kepala. Mereka betul-betul tenggelam dengan gambaran keluarga bahagia yang sedang mereka alami sekarang. Baik Nisa' mahupun Irfan, lantaran kepenatan dan asyik membeli-belah, mereka terlupa dengan kebimbangan masing-masing.

“esok, awak pegi keja dah kan?”

Nisa' angguk. Nasi ayam Hainan disuap sesudu ke dalam mulut. Hana di dalam stroller sedang menyusu.

“kenapa?”

Irfan geleng.

“nothing..Cuma, saya rasa awak tak perlu hantar Hana. Saya jaga dia. If saya kena keluar, saya hantar ke rumah Mak Su. Atau, Mak Su datang rumah kita..”

Nisa' menghirup air milonya, berfikir sejenak.

“tak kesian ke Mak Su? Awak hantar je Hana ke rumah Mak Su, tak perlu bawak Mak Su ke rumah, risau pulak Mak Su nanti..”

“tak pe, Mak Su lagi suka duduk ramai-ramai. Tak sunyi dia di rumah tu. kalau dia duduk dengan kita terus, lagi bagus.” Secara tak langsung cadangan itu terkeluar dari mulut Irfan.

Nisa' mahu mengatakan sesuatu apabila ada yang lain menghalangnya.

Mak Su duduk dengan kami terus? Habis, kalau kita bercerai, apa jadi? Kecewalah Mak Su..

“tak bolehlah Irfan..”

“kenapa pulak?”

“sebab, apa yang akan jadi lepas ni..” entah kenapa, sukar baginya kini untuk melafazkan perkataan itu sekarang.

Sejak hatinya mengalami perubahan.

“apa yang akan jadi?” Irfan merenung Nisa' tajam, menagih jawapan, membuatkan Nisa' yang sedang menyuap tersedak.

Dia mencapai cawan minumannya dan diteguk airnya laju.

Setelah tekaknya agak reda sedikit, dia merenung Irfan pelik.

Lupa ke dia?

“awak tak ingat ke?”

Takkanlah..

“ingat apa?” Irfan bertambah hairan.

Nisa' mengeluh perlahan. Kenapa begitu sukar dia mahu mengingatkan Irfan tentang janji mereka? Benarkah dia terlupa, atau sengaja dia berlagak lupa? Tapi kenapa? Apa tujuan dia buat macam tu?

“tak ada apa-apalah..” Nisa' menyuap kembali, perlahan.

Semangatnya sudah terbang, dia sudah kembali berpijak di bumi nyata. Bahawa perkahwinan ini sementara. Dan bahagia yang dirasainya tadi, takkan hadir lagi.

Irfan tak senang duduk. Dia terus menyuap juga, namun otaknya ligat berfikir.

Apa dia? Tiba-tiba..

“oh.”

Nisa' panggung muka.

“pasal tu ke?”

“tu apa?” Nisa' pulak kehairanan.

“pasal..janji kita?”

“janji?”

“yang kita…akan ber- erm.. berpisah lepas ni?” lambat-lambat Irfan menyambung.

Nisa' angguk, dan dia terus menunduk, merenung sisa nasi di pinggan.

Irfan turut diam.

Irfan - Dia selalu ingatkan pasal benda tu. tak boleh ke dia lupa terus pasal tu?

Nisa' – Lupa ke, saja nak sakitkan hati aku?

Irfan – dia memang tak perasan ke aku ikhlas betul ni?

Nisa' – mesti saja je buat-buat lupa. Mustahil dia lupa. Ni rancangan dia..

Irfan – takkan dia tak sedar aku betul-betul lupa pasal tu? tapi dia ingat pulak. Pelik. Kenapa dia tak ingatkan aku betul-betul tadi, macam yang selalu dia buat sebelum ni?

Nisa' – sudahlah Nisa', berhenti berharap. Kau tetap akan kecewa di kemudian hari. Kau dapat Hana, besar syukur dah. Jangan tamak!

Irfan – kenapa dia biar je aku tadi? Dan muka dia, lain macam. Tak mungkin..

Nisa' – entah dia beli banyak-banyak sebab lepas ni, takkan ada peluang lagi macam ni. Mungkin jugak tu niat dia yang sebenar..

Irfan – takkanlah dia kecewa sebab tu? Irfan! Tanya dia! Tanya!

“err, awak..”

“hmm?”

“tadi, kenapa awak tak ingatkan saya pasal janji tu, macam selalu awak buat sebelum ni?”

Nisa' garu dahi.

“err, apa maksud awak?”

Irfan merenung Hana sekilas.

“taklah, selalu awak cakap pasal benda tu, laju je, macam air, tak ada ragu-ragu, I mean, with confidence.. Tapi tadi, awak lain macam je…” argh! Irfan, straight to the point!

Pesal gelabah cam nak akad nikah ni? Nak nikah hari tu lagi senang dari ni!

Nisa' jungkit bahu.

“tak ada.. saya biasa je..”

“tak lah, tapi awak tak sebutkan benda tu, macam selalu.. awak, tak suka ke dengan janji tu?” ah, finally..

Nisa' menggumam.

“eh, taklah, mana ada, Irfan, janji tetap janji! No turning back, ok? Saya Cuma, err.. sedih sebab saya tak berpeluang duduk sebumbung dengan Mak Su.. ever.. tu je..” fuh! Mujur cepat!

“oh, sebab tu ke..”

Nisa' angguk laju.

“yelah, sebab apa lagi?” dengan innocent nya, Nisa' bertanya.

Irfan geleng, kecewa.

“err, tak, tak ada apa-apa..”

Dan selepas itu, masing-masing bisu sampailah ke rumah. Dengan seribu satu persoalan di kepala masing-masing, dan juga harapan menggunung tinggi.

Irfan dan Nisa' – kalaulah dia cakap apa yang aku nak dengar tadi..